Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 12 January 2020

Trip bersama Anak buah

Alhamdulillah niat aku terlangsung juga akhirnya nak membawa anak-anak buah aku jalan2 walaupun tak jauh mana. Dari sebelum cuti sekolah bermula aku dah suarakan pada Mr.Hubby dan alhamdulillah aku dapat seorang suami yang sangat memahami. Bagi aku setiap rezeki aku dan Mr.Hubby dapat hari ini, seeloknya kami bahagikan sedikit darinya dengan cara apapun kami mampu. Apa yang penting kita buat atas niat ikhlas bersedekah, moga dimasa akan datang rezeki kami sentiasa luas. Semoga saja ya, Puteri kami ini belajar melihat dan meneruskan apa yang kami lakukan suatu hari nanti.

Pesan aku untuk korang (wow mcm ganaz je ayatt😜).
."Tak perlu jadi tersangat kaya guys utk buat sesuatu, yang penting cukup..Syukur apa adanya..nikmatilah hidup ini selagi masih sihat dan ada masa. Duit boleh dicari tapi untuk mencukupkan sesuatu yang kurang dalam hati kau bukan dengan menyimpan hingga duit kau berbukit tetapi dengan berbahagi rezeki bersama keluarga dan siapa saja yang memerlukan. Bahagiakan hati dengan selalu bersedekah. Jangan berkira guys...ini saja peluang yang Allah beri untuk kita selagi ada hayat kita di dunia nih. Insyaallah ...rezeki tak kau duga akan menyusul kemudian hari. " 

 Syukur tahun 2019 aku langsungkan juga walau berbeza cara kami melakukannya. Kali ini kami buat trip untuk anak-anak buah aku pula padahal kebiasaannya kami menjamu keluarga dengan hidangan yg tak seberapa. Yerp..first time aku buat untuk mereka. Walaupun dekat tapi aku rasa cukup memenuhi kemahuan mereka. Yang penting aku dapat melihat wajah kegembiraan sepanjang trip ini bermula. 
Nahh...aku jangkakan ini adalah salah satu memori yang aku pahatkan dalam fikiran mereka bila aku sendiri tak mampu lagi menginggati detik-detik ini suatu hari nanti. Moga ketika mereka terkenangkan saat ini bersama puteri kami untuk tidak terlupa bahawa ada aku dan Mr. Hubby begitu berusaha menjayakan impian mereka untuk membuat trip bersama. 
Ayat mudah dari aku
"Aku happy bila aku nampak mereka happy. Yeay!"

Sebelum ke Bintulu..aku ambil gambar diarorang dulu..buat kenang-kenangan..Jika gambar terdelete or hilang dalam hp..don't worry.. kat sini masih boleh dilihat hehe..

Aku dan Mr.Hubby sediakan bilik khas untuk diaorang. Memang sengaja tak nak campur dengan diorang sbbnya aku nak mereka nikmati moment2 bersama sebagai kazen mazen...

Bila aku suruh buat pose macam nih, rasa macam tengok orang bersedih lak hehehe 

So aku suruh pandang depan semula sebabnya tak sesuwaiii gambar di atas..hilang mood happy

Aku nak jugak join...dier orang rasa macam aku nih peminat diaorang padahalllll aku ada waktunya terlalu menghargai moment2 yg org lain tak nampak ketika aku buat sesuatu yg menjengkellkan haha

Pelepasan untuk berjalan tepi pantai..aku dan Mr. Hubby pantau dari jauh ye..haha...

Followers