Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 31 October 2011

eMAS,AIR atau FIRE!!

Selalunya setiap pagi isnin aku baca status update kengkawan di facebook semuanya macam tension2 belaka.Mungkin impak cuti sabtu dan ahad sebelum tu membuatkan semua hilang mood hendak bekerja pagi nih.Sampai kekadang aku pun terpengaruh dengan ayat-ayat diaorang walaupun bagiku setiap hari pun sama hahaha.

Hmmmm...Cuma hari ini aku merasa sedikit perbezaan dalam taman di hati ini chewahhhh...Hari yang pelik dan aku rasanya lebih bersemangat daripada hari-hari yang sudah.Setelah beberapa hari fikiranku agak terumbang-ambing memikirkan sesuatu.Ye aku boleh rasa itu sebab aku tahu kalau aku "down" cikit jer aku jadi cepat sakit sana sini.Badan lak rasa macam takda energy nak buat itu ini.Dah tua memang macam tuuuu,macam-macam penyakit yang datang kuikuikui.

Tapi alhamdulillah pagi nih aku rasa sedikit lega dan rasa bernafas semula setelah tergerak hati nak check semula segala yang aku rasa sendiri TAK MUNGKIN beberapa minggu lepas.Mungkin juga aku leh ketegorikan agak "Menghampakan" kut time tu.Hari ini aku rasa macam ada spotlight dihujung terowong lak..blink..blink wakakaka.Apa yang membuatkan aku semakin tak sabar bila menggenangkan ianya merupakan antara aktiviti yang berkaitan dengan tarikh ulang tahun perkahwinan aku dan Mr.Hubbyku yang ke-11 yang akan turut disambut dengan puteri tersayang.Siapa yang tak excited woiii..kalau semuanya bertujuan untuk mengenang sesuatu yang indah ekekeke...Doa-doakan semoga semua program yang dirancang akan berjalan dengan lancar.Apa yang boleh aku jadikan cluenya ialahhhh eMAS,AIR atau FIRE!! (",)

Dan pagi isnin ini juga apa yang turut menggembirakan aku bila aku lihat pergerakkan statistik atau analitik blog aku mula ada peningkatan.Kata kunci yang dicari juga memuaskan hati aku,tak ada yang buat aku terbeliak setakat nih.Baik-baik belaka penggunjug blog aku nihkannn hehehe.Terima kasih yer sebab singgah blog aku nih walau baru jer hampir sebulan lahirnya.Lain kali sudi-sudikanlah jengah lagi teratak ku ini.(^,^)Yeay!


Nota: eMas bukan bererti jongkong berketul-ketul, Air bukan pula bermaksud sungai, laut,tasik, parit segalakkk..dan Fire bukan juga maksudku benda yang panas sampai melecur2 dibuatnya hehehe..daaa..fikir-fikirkan lahhhh..hihihi

Sunday 30 October 2011

Siput Gondong



1 bungkusan yang Mr.hubby bawa balik rumah hasil daripada pemberian seseorang buat aku blur. Walau 3 hari dah berlalu,sampai ke hari nih aku masih tertanya-tanya siput apakah sebenarnya ini? Menurut Mr.hubbyku jika ikut bahasa tempatan siput ini dipanggil Siput Gondong yang diambil di sekitar sawah-sawah padi.Glurppp..macam siput babi pun ada jugak kwang..kwangg..kwangggg.. :-s
Walawehhhh..aku bukan hipokrit hokeyyyy...sebelum nih banyak juga telan siput2...segala siput sedut, kerang, lokan aku dah cuba tapi siput nih first time masuk dapur aku dan membuatkan aku bertambah pasti selama nih aku tak pernah tengok pula orang tua ku masak siput jenis nih :-s

Terkenang saat aku berhadapan dengan siput-siput nih haha..rasa lucu pun ada gak. Semalaman siput tu direndam dalam air,menurut Mr.hubby begitulah cara membuatnya dengan tujuan untuk membuang sisa-sisa yang tak patut katanya.Adehh..sisa apa plak tu? huwaaaaaaa.(*,*') Rasa kecik pulak duniaku time tu ekekeke...Seharian dah berlalu tapi still aku tak pegang pun siput2 tu.Aku buka jer penutup siput tu....Ya Allahhhhh!!..bau tanah tu pekat-pekat lak..hadeiii..part nih la aku buat macam aku tarer lak walau pun aku tak tahu  apa-apa hahaha..Entah idea sapa pulak yang aku ambik tetiba tangan gatal semacam nak bubuh garam,tanpa fikir panjang aku bubuh garam sebanyak mungkin then aku tutup balik..hahaha..wat bodo lak kuar dapur pastu haha..pangsan aku haha.Aku bukan sabotaj hokeyyy..aku nak try buat siput2 tu keluarkan semua sisa-sisa yang ada..ngeeee...entahlah logik ke tak,aku pun tak tahu..bantai jer laaa

Choyyy..choyyy..choyyy..watak aku tak habis takat tu wehh..walaupun dah buat macam tu aku still tak puas hati.Jantung aku tetap dup dap memanjang sampai aku takleh tahan dah terus capai handphone lantas mms mak aku yang kebetulan berada di Miri jaga anak-anak buah aku seminggu.Jiwa kacau lak dibuatnya huwaaaa... sepanjang hari aku bersms dan bermms ngan mak aku gara-gara siput nih.Aku tanya semua soklan..Siput apakah ini? Pernah makan siput nih? Macam mana nak buat siput nih?Ada pantang apa-apa tak makan siput nih????...OMG!!! aku rasa macam nak melompat-lompat lak dengar jawapan mak aku.Hiyakkkk...yang lagi buat aku meremang bila dia cakap "Haaa..tu la siput dalam parit depan rumah kita"..adehhhh...Tersentap sesaat dua hahaha..Aku terimagine parit depan rumah mak and bapak aku kat kampung pun dah rasa loya semacam haha..gila ahhhh!!

Gara-gara ayat mak aku maka aku pun boikot dan tak mahu sentuh siput2 nih hehee..Tapi Mr.Hubby aku nih baik hati jugak,dia tahu aku nih bukan biasa dengan siput2 tu so dia turun padang kerjakan siput tu sorang-sorang dalam dapur siap dia keluarkan dari kulit keras.Aku tanya kenapa buang kulit biasanya orang masak sekali dengan kulit..dengan selamba dia jawab kalau tak buang takut nanti bila masak,air dia keruh tanah jer.Cehhh korang ingat aku lagi nak buat kalau Mr.Hubby sendiri dah cakap macam tu ? Dia kerjakan sampai jadi bersih macam gambar bawah nih haaa :-D


Apsss..perjungan Mr.Hubby aku tak berakhir disitu,dia teruskan usaha dengan menggoreng sendiri siput-siput nih.Aku memang lepas tangan dah sebab aku memang takda perasaan dah nak buat hehe.Petang tu Mr.Hubby aku buat masak kicap,wahhh siap dia puji sendiri lak cakap sedap.Aku?..adehhh..aku tak rasa pun camne masakkan tu, seram aku nak menelan walaupun aroma dia dah macam masakan chef2 kat restoran.Aku masih tak boleh nak mencuba walau cuma 1 hehehe Jadi aku memang totally tak tau rasa siput tu macam mana or bagaimana?.Petang tu mak aku sms lagi siap suruh aku try..hahaha..Sorrylah..tekak aku nih tak berapa nak boleh menerima so aku biarkan Mr.Hubby habiskan sorang-sorang haha..Lihatlah betapa sedapnya masakan dia tapi aku masih bertekad takkan mencuba.Mungkin part tu aku rugi tapi aku takut lak aku nyesal lepas makan siput tu hahaha..Yeay!


Nota: Terlalu banyak nonton Fear Factor agaknya sebab tu banyak benda yang aku tak berani nak cuba hehe..


Saturday 29 October 2011

Gempakkan Asia-Pacific Blog Awards 2011

Wowwweeee....Nuff buat blog awards pulak tahun nih.Dasyat ekkk..bukan calang-calang lak tuuu...peringkat ASIA - PACIFIC tu wehh..2,3 hari lepas ada juga terbaca tapi macam biasa, aku selalu tak ambik port sangat cuma hari ini bila aku baca balik baru aku berminat hendak berkongsi sepatah dua tentang award nih.Hmm..nampaknya tarikh baru jer bermula iaitu 25 Oktober 2011 dan akan berakhir pada jam 11.59pm,2 November 2011.Tempoh yang agak singkat tapi bagi blogger sekalian alam,perkara macam tu dah jadi kebiasaan...ye takkk hehe..

Wah..wah..wah..aku leh agak,lepas nih melompat-lompat lah blogger baca iklan nih yer.Mana taknya,inilah kesempatan untuk membuktikan hasil keringat dari memerah otak siang malam,bersekang mata time orang semua syok tidur just untuk menaip blog masing-masing.Usaha berblog nih mungkin orang tak nampak tapi alhamdulillah dengan Award yang akan dilancarkan nanti akan ada orang menghargainya.Nampaknya NUFFNANG ASIA-PACIFIC BLOG AWARDS 2011 akan berlangsung pada 16 December 2011 bertempat di Kuala Lumpur.Dari pengamatan mata kasar aku,hadiah pemenangnya nanti dah tentu yang hebat dan dasyat2 arrr sebab partner2 yang terlibat pun nampaknya bukan yang biasa-biasa tapi sebenarnya yang Power-power belaka.Bertuah badannn...tuah bergolekkkk kut huhu..

Yang lagi bestnya bila tertulis kat situ dimana kita boleh memilih blog favourite yang layak untuk mendapat awards nih.Banyak ketegori pulak dipertandingkan seperti Best Entertainment blog,Best Food blog,Best Travel Blog,Best Fashion Blog,Best Photography Blog,Best Geek Blog,Best Parenting Blog,Best Lifestyle Blog,Most Original Blog Design dan Hidden Gem.Huiii..banyak tol nak kene copy ketegori tu..penat aku haha.Leh tahan gak ketegori yang dipertandingkan tapi biasanya untuk kebanyakkan kita mungkin memilih Best Lifestyle Blog kann hehe..itu aku teka jer.Terpulanglah korang nak letak blog favourite korang bawah ketegori apa punn..

Siapa ek yang agaknya akan tercalon? Adakah korang mempunyai blog favourite? or adakah korang meletakkan nama blog korang sendiri sebagai calon ekekeke..Aku suspek orang yang sesuai ikut pertandingan nih ialah otai-otai kita yang sememangnya kita tahu mempunyai follower setambun,komitmen 101%,backlink hebat,kandungan tersurat dan tersirat yang dasyat,fakta blog yang sentiasa meletop,pandai berSEO segalak hahaha dan apa yang penting tak pernah boring berblog ngeeeee :-p Al-maklum,kekadang kita tak kenal pun siapa tuan punya blog,yang kita baca cuma hasil dia...satu-satunya benda yang menarik minat pembaca adalah hasil tulisan dia tol tak??.. huhu..

Bagaimana dengan Newbies? hehehe..kalau newbies nih rasa nak ikut tu memang la boleh,kat situ pun dah tertulis terang-terang open untuk semua maknanya semua layak untuk dicalonkan cuma tahap magnet kita nih belum mencapai level tertentu.Lainlah kalau korang baru start berblog terus cantas ranking otai-otai sekalian hahaha.Imagine jer la baru nak letak nama terus kene kick..adeiii..hadapilah kenyataan lepas tu hehehe..Orang macam aku tak leh kalau kena...aku cepat fobiaaaa haha.Panel juri pun aku rasa bukan dari sebarangan orang wehhh..Dah tentu dia orang meletakkan or menitik beratkan standard tertentu dalam sesatu blog tu.Apa pun nasihat aku,baik korang bersabar dulu,tunggu 2,3 tahun lagi yer macam aku haha..Aku pun baru gak..baru start balik bulan nih setelah blog lama bersawang entah kat mana hahaha..Melainkan kat situ tertulis Best Newbies Blog baru la kita join beramai-ramai hahaha..Tapi takpe,walau kita tak masuk apa-apa ketegori..kat situ tertulis akan ada peringkat voting tapi taktau la voting kita ataupun juri2 tu yang buat voting..kalau kita yang diberi kuasa untuk vote mana2 blog yang terpilih lepas nih,waktu itulah kita sibukkan diri untuk vote..vote..voteeee!!..Yeay!!

Nota: Bagi yang tercalon tu,semoga berjaya ye..Bagi yang baru nak menamakan calon lak..Pilihlah blog yang betul-betul layak sebab blog-blog ini akan mewakili kita di seluruh Asia-Pacific.Kalau nak baca lebih lanjut atau nak mencalonkan sesape yang anda rasa layak,leh la klik link nih :--> BLOG AWARDS 2011

Friday 28 October 2011

Kucingku dalam kenangan

Hari nih aku teringin nak tengok balik gambar-gambar kucing yang penah family aku bela.Hmm..rasa rindu lak nak tengok kucing2 
nih main ngan anak aku.Start dari tahun lepas, rumah aku takde dah bela haiwan nama kucing2 nih.Semua kucing yang 5 ekor entah kemana menghilang dan yang sadisnya cuma tinggal seekor jer lagi,tu pun mak pada kucing2 tu semua yang kini dijaga sepenuhnya oleh mak mertua aku.Kucing2 yang hilang nih pun bukan tak cari,berusahalah juga cari waktu tu tapi nak buat macam mana jejak pun tak nampak.Agaknya time tu terkejut dengan environment baru kot maklum baru pindah sini tahun lepas so kekadang tak tau sape yang datang skodeng kucing2 nih dalam sangkar depan rumah hehe..lari ke..terlepas ke...kene copet ker..mati ker sampai ke hari nih aku malas nak fikir,biar jer laa.

Lepas peristiwa tu semua,aku pesan kat anak aku..takyah bela kucing dah pasnih..Hadeiii..bukan kejam tapi bila terkenang perasaan dia ngadap kucing2 yang hilang..aku lak yang sentimental.Aku fikir lagi elok daripada tak bela apa-apa..hehehe
Meh tengok gambar kenangan kucing-kucing kesayangan anak aku hehehe..Yeay!  



Keturunan yang aku takpat nak cam ikut belah mana ekekek...berbilang kaum agaknya kuikuikui Lahir sehari sebelum Christmas 2009 ( 24/12/2009)

 Ni lah ibu kepada semua kucing-kucing dalam gambar nih.Kita orang panggil "Putih" jer and satu-satunya kucing yang diberi nama,yang baby kitten tu takat panggil mimi jer hehehe.Mata biru tapi bukan siam sangat pun..kucing kampung biasa jer kut.Hadiah dari ayah aku untuk puteri aku yang dia beli cuma RM8 jer time tu..hehe..

Antara kucing yang paling aktif dan paling berani buat aksi stunt hahaha..tengok pun dah tauuu..:-D..

Satu-satunya waris yang ada warna kulit ibunya...putih bersih dan berseri-seri hehe..

Part yang paling aku geram..bila semua pakat main dekat tingkap kaca.. :-s

Ini bukan tersepit tapi berfikiran sempit, suka benar main tempat sempit-sempit..

Pose ala-ala comel ngeeee..

Santai timeee!!..bersinar-sinar mata tu haha..

Ada macam replika singa kat singapore dah aku tengok kucing nih :-s

Yang paling bongsu dan penakut...Muka pun macam kecut jerr :-O

Geng-geng tukang sepah dok melepak depan bilik mandi

Saatnya bila anak aku sering bermesra alam dengan Putih..time tu Putih still remaja tauuu ekeke..

Waris jari hantu :-p

Hai..hai bye..bye... 

Main angkat-angkat sampai Putih pun jeles dok kat tepi..huwaa

Semua excited nak main kat kaki dinosour kuikuikui

Berhimpitan dalam kurungan sementara sebelum masuk dalam kereta,penghijrahan beramai-ramai hehehe..terpaksa lah bebbbb!!

Yang nih paling ganas..suka gigit-gigit..macam harimau lak :-s

Main pancing-pancing ngan kucing? Biar betolllll??

Acara favourite anak aku,sikat-sikat bulu kucing..siap ukur dengan pembaris wakakaka..

Apa dikenang orang yang jauhhhh?? hehehe

erkkk..jelir lidah ke per???

Saat paling comel dimana aku suruh kucing nih jaga anak aku yang time tu baru 3 tahun lebih.Kebetulan aku busy  masak kat dapur,keluar jer aku tengok dia lak tido atas badan dak tu haha..Mengikut arahan sungguh hehe..so sweetttttt!!!

Setia disisi selaluuu :-(

Nota: Semenjak Putih tinggal ngan Mak mertua aku,dh brapa keturunan dah dia ada tapi seekor pun tak hidup..hadeiii..cian toll...agaknya dah terlalu tua dah kut  (T,T)

Thursday 27 October 2011

Cupcake Coklat Rice


Tadaaaa...lihatlah cupcake coklat yang aku buat petang nih,comel tak? Siap bubuh coklat rice kat atas tuu...Yummy!!!...sedap woooo..angkat bakul jap ekeke...Aku buat pun 6 cawan jer,cukup2 untuk makan bertiga.Kalau buat banyak sangat takut tak habis pulak nanti.Lagipun aku tak minat sangat makan cake2 nih,tekak nih tak brapa nak tahan benda manis.Buat cupcake nih pun sekadar suka-suka and untuk santapan anak aku jer...sekali sekala tukar selera maaa..Kebetulan bahan-bahan semua ada kat dapur maka bermulalah projek buat cupcake coklat rice nih hehehe...

Rupa cupcake aku macam tak sama saiz kan?Nak tau sebabnya tak? hahaha.Nihlah gara-gara aku guna bekas tin minuman gas yang aku kerat dua petang tadi tu arrr...Saja aku try camne hasilnya kalau aku buat ikut acuan tin minuman tu.Bijak tak aku? ekekeke...Resultnya tak la menghampakan,tak melekat pun sebab aku siap sapu minyak cikit hahaha.Mula tu takotlah juga,mane tau tak jadi.Tapi nampak gayanya,cara nih pun leh pakai gak..lagi save bajet youuu...pasnih takyah susah2 fikir nak beli cup2 dia lagi.Kalau teringin nak makan jer,ambik bekas tin aluminium tu then kerat dua.Kerajaan pun galakkan kita untuk kitar semula,jadi inilah masanyaaa.. :-D.

Nak resepi tak? Boleh,takde masalah...tapi aku letak bahan2 dan sukatan ikut suka aku jer,main ingat jer benda apa yang logik aku bubuh ngeeee....Dah biasa buat cake2 raya nih memang kene berimaginasi lebih sebab tu kekadang buat tak ikut resepi ekeke..Mak aku pantang dengar kalau aku buat kek tak ikut resepi,ada percuma kena sound direct ekekek..Tapi macam biasa, aku tetap aku.Yeay!!...

Resepi Cupcake Coklat Rice 
(untuk anggaran 6 cup,kalau buat lebih leh la ubah sukatannye yerrr)

Bahan:

1 cawan  -  Tepung
3 sudu besar  -  Susu Pekat (Ikut suka manis camne)
1 or 2 sudu besar  -  Serbuk koko (Jgn banyak nanti pahit)
1 cawan  - Susu kotak coklat dutch lady( tapi bergantung juga,jgn cair sgt ye.)
1 sudu kecil  -  Vanila 
Setengah cawan - Gula  Kastor
1 sudu -  Baking Powder
Setengah buku - Butter
Coklat rice chip  sebagai hiasan

Cara-cara:

Gaul semua bahan2 tadi, lepas tu bubuh dalam cup yang anda suka.Masukkan dalam oven dalam suhu 150' selama 10 hingga 12minit.(Perhatikan selalu yer,jgn lak sampai hangus hahaha) Dah semua siap,baru la taburkan coklat rice chip tuuuu..nak masukkan dulu or kemudian pun leh,ikut suka mata anda memandang hehe..Yang aku buat tu,aku letak serentak ngan bahan-bahan tadi,sebab tu coklat rice chip dia cair semacam belah atas cupcake aku..Tak sabar memang macam tu jadinya haha..Oklah Selamat Mencuba ye!.

Nota:  Psttt...husband aku cakap sodappp!! awwhhh..bangga jap...melayang-layang diangkasa lak roh dibuatnya hahaha...nasib baik dia puji,kecut gak perut aku sebelum dia nak telan tadi.Takot tak menepati citarasa antarabangsa ekeke...Tapi bila dah dia cakap macam tu, aku pun legaaa..makacehlah utk pujian tu yerr, pas nih mintak kebenaran nak join Masterchef pulak wakakaka..melampau tol!  :-D

Bila Diri Disayangi Jahh!!! :-D


(Sumber Gambar: Google search)

Ekekeke..adeh..nak start menaip jer aku rasa nak gelak.Bukan sebab apa,tapi sebelum tido malam tadi aku minta seorang minah yang suka usik2 aku tolong buat something.Tak berat mana pun apa yang aku minta cuma kebetulan tanduk kambeng aku tumbuh time dia sms,terus aku minta dia carikan aku 1 TAJUK sesuai untuk aku buatkan entri dalam blog aku pagi nih.Aku bagi dia semalaman untuk fikirkan then aku tido bodo jer,takkan aku lak yang kene fikir..baik aku tido kuikuikui....Wehh..baca betul-betul arr,Aku suruh dia carikan tajuk jer,selebihnya aku la yang karang.Kalau aku suruh dia buat entri,baik aku kasi dia blog aku nih wakaka..

Pagi nih dengan semangat berkobar-kobar,aku pun tanya dia tentang tajuk tu..Fullllamakkkk!!...Tajuk "BILA DIRI DISAYANGI"...Whattt??? Agak-agaklah wehh...Pehhhh...serius aku cakap,tajuk nih memang tak sesuai masuk list blog aku..No!!..No!!..No!!! tak sesuwaiiii makcik oiii ekekeke.Tapi untuk tidak menghampakan, aku tetap menyahut cabaran dan berminat nak mereputkan diri dan bermadah helah tentang tajuk nih..Berminatlah sangattt!!!..Dah rasa macam ada cacing kerawitt melompat dalam perut dah nih hah (*,*').Dia ingat aku nih Pakar kaunseling or motivasi cinta ke ape? Tercabar gak minda aku dibuatnya,rasa macam pakar cinta pun ye jugak hahaha....Tapi apa-apa pun untuk idea canggih, aku tetap teruskan dan didahului dengan ucapannnnn..... 
"Makaceh yerr...KELASSSS KO JAHHHH!!!...".. :-p

Aku rasa dak nih terlebih tengok drama Melayu kut sebab tu jiwang semacam.Hadeiii..gelilah woi,aku suruh tumbuk belacan kang baru padan muka tuuu...hehehe..Aku nak cakap apa tentang topik nih ek,adehh..beruban aku tunggu idea datang mencurah-curah tapi takde yang datang menyinggah pulak.Tajuk pun ngalahkan lagu group Ukays dah nih haaa...Rasanya dia copet tajuk lagu Ukays tu ar takpun dia slalu dengar lagu nih,jiwa klasik memang macam tu..serba serbi tentang lagu ngeee....

Hmm Bila diri disayangi? Haikkk..nih soklan ke per?..Nak tanya bila lak? Sibuk jer nak tau bila.. (',')..blur jap haha..Kalau aku jawab skema,kang ada lak korang tersentap sorang2 baca blog aku nih...Ya ampunnnnn!!!..Cehh..tajuk nih macam remeh tapi bila difikikan balik,topiknya agak berat dan susah nak dijelaskan satu persatu.Dalam hidup nih bukan semua benda kita boleh kongsi dengan tulisan or kata-kata,kekadang benda secara lisan pun kita payah nak ungkapkan..melainkan kita sendiri yang merasa kewujudannya.Aku selalu ingat cikgu kat sekolah dulu pesan bila buat karangan kene cari isi tersurat dan tersirat.Agaknya kita sendiri tak sedar yang kita sering melalui peringkat itu dalam kehidupan kita.Yang tersuratnya dah tentu kita tahu dan yang tersiratnya pasti banyak yang tersembunyi dan perlu kita cari..chewahhh..kuikuikui

Jawapan aku simple tapi bukan semua boleh memahaminya.Untuk disayangi bukan mudah dan untuk menyayangi seseorang juga bukan satu perkara yang selalu berlaku pada diri kita.Orang yang datang dan pergi dalam hidup kita,tak semua yang kita leh terima semudah ABC.Setiap permulaan dan endingnya ada cerita sebaliknya.Semua tu perlu ada Magic kut haha..tapi aku percaya,ada sesuatu yang membuatkan kita serasi dan ada sesuatu pula yang membuatkan kita sebaliknya.Ada waktunya yang pahit itu terpaksa kita telan dan sampai satu saatnya tiba maka yang manis itu juga terpaksa kita buang.Yup..Mungkin kita sengaja melakukannya atau mungkin juga kita terpaksa kerna sesuatu keadaan.Kebaikan dan keburukan tu hanya diri sendiri je yang harus tahu kannn,biasanya camtulahhh. Allah dah berikan ko hidup pun dah kira bersyukur weh..jangan mintak lebih-lebih lak..ekeke.Gagal atau berjayanya sesuatu perhubungan itu,biarlah Allah yang tentukan.Yang penting kita menyayangi dari hati yang ikhlas bukannya cuma datang dari perasaan yang entah apa-apa,pastu hentam sana sini macam dot..dot dot hahaha..Hargai apa jua moral yang telah...akan dan bakal  berlaku hehehe

(Sumber Gambar: Google search)

Aku melihat sesuatu itu dengan mudah,tak suka semak-semak or layan perasaan sangat hehe.Pendek kata kenyataan hidup kita gini...
"Ada positif dan negatifnya,ada putih dan hitamnya,ada bersih dan kotornya,ada luka dan parutnya,ada sedih dan gembiranya,ada kenangan manis dan pahitnya,ada sebab dan tanpa sebab, ada panas dan sejuknya,ada yang nyata dan kaburnya,ada airmata dan tawanya, ada neraka dan ada syurga,ada kata jelas dan lisannya,ada suara bising dan sunyinya,ada jerit dan bisunya,ada lahir dan matinya,ada jawapan dan persoalannya,ada pertemuan dan perpisahan dan yang paling utama ada benci dan ada SAYANGnya hehe.Bila diri disayangi..semua itu TETAP ada dalam 1 riwayat perjalanan hidup kita hehehe...ada mereka..ada kita...ada dia..ada kamu dan ada AKUUUU..hahaha." 
Selebihnya kalau nak tahu gak, ko layan jer la lagu UKAYS ko tu,sadis tol dah aku dengar hehehe..
LIFE IS SIMPLE, DON'T MAKE IT COMPLICATED!!..Yeay!!...

Nota: Wehhh..kalu ye pun bercinta,takyah la sadis sangat.Siang malam asyik nak dengar ayat jiwang sampai tempias ke blog aku dah nih hah!...Lagi satu..aku rasa jawapan aku takde kaitan dengan tajuk dia,takpe laa..aku pun rasa sebijik macam "BILA DIRI DISAYANGI" pulak ekeke..



Lagi-lagi Meragam

OMG!!..komputer aku buat hal pulakkkk!!!..Apa lagi yang tak kena nih!!..Lagi-lagi meragam..Pagi-pagi dah buat hal, lepas satu hal..datang lak satu hal..asem tol laaa!!!.Padahal aku dah update,reboot, install driver baru,double check siap skodeng kat control panel pun still camtu. Apa pulak USB Device not recognized??? Dah berkurun aku sumbat laptop nih dengan mouse blink blink aku nih,baru hari nih bagitau aku tak pat recognized?? Apa ke hallll??..Siot jerr!!

(Source: Google)


Eeee..geramnyeeeee!!!...hilang mood aku dibuatnya, pantang tol aku kalau benda nih meragam. Yang virus segalak menapak kat laptop aku nih pun satu hal, orang dah flying kick pun masih nak bertapa kat komputer aku gak...degil tol!..corrupt sini sana lak jadinya! Eee..leh muntah darah aku merapu kat blog macam nih..ekekek...

Hadoiii....dalam hati siap mengharapkan dan berdoa sekurang-kurangnya wujud 1 kedai komputer dan seorang pakar IT untuk daerah tempat aku stay nih. Dapat gak aku melompat kalau ada problem ngan laptop aku nih..bukannya kene travel beribu batu jauhnya semata-mata nak reformat or check laptop aku nih jer. Kalau siap sehari takpalah juga, bayangkan kalau 2,3 hari dikurung kat kedai camne lak tu? Bajet pun leh lari woiiii!!!.. Bukan saja cakap lerrr...Aku dah biasa sangat dah sebab tu aku tahu huhu...Choyyy..choyyy..choyyyy....sabar jer laaa huhu..takpe-takpe hidup memang macam nih, penuh cabaran dan dugaan. Yeay!! 

Wednesday 26 October 2011

Comelnya Drama PASTA

(Sumber Gambar: Google Search)

Pernah tengok muka pelakon-pelakon nih tak? hehe..Mungkin peminat drama korea dah tau siapa diaorang nih dan mungkin juga ada yang baru first time tengok gambar yang aku letak kat blog nih.Haaaa...kalau nak tahu, nihlah pelakon utama bagi drama siri korea yang bertajuk "Pasta" yang ditanyangkan di TV2 setiap Isnin hingga Jumaat jam 5 hingga 6 petang.Sorry jangan tanya aku siapa nama diaorang semua sebab aku sendiri pun tak tahu siapa nama dierorang nih.Malas aku nak search lebih2 yang aku tahu cuma gelaran "Chef2" yang diguna dalam drama nih dan dah tentunya aku minat gilerrrr dengan lakonan mereka dalam drama "Pasta" tu..Gempak and selamber siotttt..

Rasanya datang balik dah demam korea aku nih,seingat aku last aku fanatik dengan drama-drama korea nih 3, 4 tahun lepas..musim orang tergila-gilakan drama "Winter Sonata" tu arr.Zaman tu bukan takat hafal nama pelakon2 tapi siap hafal lagu sekali.Yang lagi dasyat penangan drama tu, tiap kali jalan dalam shopping mall mesti ada yang spin lagu winter sonata..apa lagii...langkah kaki pun tetiba jadi slow-slow mane taknya layan lagu mendayu-dayu dalam mall.Hati pun jadi sayu-sayuuuuu ala-ala winter sonata hahaha..lawak tol ahh!!...

Eh..aku bukan nak crita pasal drama Winter Sonata tu..tapi aku nak crita pasal drama "PASTA" weiiii...hehehe..Dipendekkan cerita aku nonton drama nih pun secara kebetulan jer,duduk depan tv sambil layan anak buat ulangkaji..haha..Entah macam mana leh terlekatlah pulak ngan drama korea nih,biasanya aku abaikan je drama2 waktu petang nih.Buang masa aku jer,jiran2 ngadap kebun,santai2 ngan pasu bunga segalak,aku lak nak menapak depan tv..ape ke hallll??? Ehh...busy ngadap dapur pun yer jugak hehe..Tapi lain pulak kisahnya bila aku dah start fanatik balik dengan drama korea nih, kalau boleh aku tak nak terlepas tengok drama nih..sanggup aku masak awal or kemas apa yang patut semata-mata nak menapak depan tv sebelum jam 5pm...hehehe..

Hero dan heroin drama nih taklah handsome or cantik mana tapi comel tu tetap ada hehehe.Semua pun dah tahu drama nih dah tentu berkisar tentang masakan sebab tengok tajuk jer pun dah tahu ..Makanan ngetop oversea tuuuu..."Pasta". Hmm..Apa yang menarik drama nih ialah tentang jalan ceritanya yang selamba dan simple dan macam biasalah unsur cinta tu tetap ada arr walau kita tengok ribut melanda siang malam..comel kannn??? ekekeke.Drama Pasta nih aku leh katakan boleh membuat kita banyak ketawa dan tersenyum walaupun ada saat2 sedihnya sendiri.Pehhh..aku suke cerita macam nih,tak buat aku menangis teresak-esak depan tv tapi buat aku suspen and kecut perut memanjang terutama part Ketua Chef menengking pekerja dia..Hadeiii...Watak chef2 dalam drama nih suka jerit2..heran aku hahaha..Lagi yang buat aku heran,dah ngamuk tahap brutal pun masih ada yang nak ngorat lagi hahaha...Kalaulah aku jumpe orang macam nih,dah tentu2 aku lari 100meter dibuatnya haha..Inilah saat aku merasa perasaanku jadi comel gak wakakaka..Nama pun dah drama..so itu cuma drama,kalau betul2 agaknya jadi macam aku jugak kut hahaha

Oklah,aku rasa cukuplah takat nih dulu sebab aku pun masih menunggu sambungan seterusnya drama Pasta nih.Tak sabar rasanya tunggu petang...awwww..pasta..pasta..pastaaa kau dihatiku hehehe...Bagi sesiapa yang moodnya turun naik lepas balik kerja,tension2 or susah sangat nak senyum pas penat2 bekerja..meh la join aku ngadap drama PASTA sama-sama.Yeay!!!..

Nota: Aku sempat promot kat jiran drama nih, cara aku hint yang  aku tak pat melepak or tunjuk muka waktu petang2 start jam 5pm sampai 6pm wakakak..

Tuesday 25 October 2011

Lahirnya MasterChef Malaysia 2011

Wahh..wahh..wah...1 rancangan baru kat Astro Ria yang dapat di saksikan dari Sabtu hingga Rabu jam 9 malam betul2 menarik perhatian aku dan mungkin juga seluruh rakyat Malaysia.Terpegun sejenak sampai aku rasa ingin berkongsi dengan kengkawan semua dalam entri kali nih.... chewahhh sibokkk jer kannn ekeke...

(Sumber Gambar: Google Search)

Sebelum rancangan nih mula ditayangkan,dalam kepala cuma fikir pakar2 makanan ,otai-otai masakan dan bakal2 chef yang terhebat di Malaysia je yang MUNGKIN layak untuk merebut gelaran nih.Tak pun bekas2 pelajar yang berkaitan dengan aliran masakan yang diberi keutamaan untuk berentap dalam rancangan Masterchef nih.Tapi tanggapanku salah sesangatttt...taktahu pulak dalam Masterchef nih memberi peluang kepada semua golongan peserta.Memang agak berbeza dari apa yang difikirkan.Terbeliak juga mata bila pertama kali mendengar setiap latarbelakang peserta2 kita hehehe..Mana taknya ada pekebun,pelajar,pelakon,doktor,pereka fesyen,juru audit,surirumah,jurulatih dan bla..bla..blaa..Dalam hati aku siap cakap "Aikkk...Biar betul diaorang nih? Masterchef Malaysia tuuu..."( <--tanda-tanda terkejut tahap gabannn ngeeee..) 

Hmm..Rancangan yang mengetengahkan 40 peserta yang bertuah dan sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam diri aku sehingga hari nih.Apakah kriteria atau corak pemilihan yang diambil kira oleh juri2 dalam memilih peserta2 ini.Yang aku boleh lihat sendiri dengan mata kasar time nonton rancang nih,peserta2 semuanya berbakat dan mempunyai minat yang sama iaitu Memasak.Selebihnya aku masih dalam kekaburan untuk meneka.Adakah berdasarkan kehebatan berhadapan dengan tekanan ketika berada didapur? Atau keenakan rasa masakan yang disajikan? Atau ketangkasan yang sepatutnya ada pada seorang yang bergelar Masterchef? Atau harus ada ciri-ciri kreativiti pada setiap hidangan? atau perlu memahami Ketepatan masa dalam memasak? atau keyakinan yang ditunjukkan oleh para peserta itu sendiri? atau pengalaman sebelum mengikuti rancangan nih? Almaklumlah kebanyakkan peserta yang kita dapat saksikan mempunyai pengalaman start dari zero dan seperti banyak benda yang tak tahu or tak pasti...lebih banyak yang masak didapur sendiri daripada di restoran2 kat luar sana tu haaaa...Apa yang lagi lawak bila dia orang blur,aku pun jadi blur gak..kecut perut sorang2 haha.Tu yang aku hairan gak bila fikir balik apa yang buat mereka terpilih untuk join rancangan nih hehe....Haduiii..aku sibuk jer nak tahu hehehe..

Tapi apa-apa pun tanggapan kita sebagai penonton,sebaiknya kita tak perlu mempersoalkan sampai ke lubang cacing walaupun ada datang perasaan macam aku tadi tu arrr hahaha..kerna aku percaya mereka dipilih pun bukan dari calang-calang juri sebelum ini..Mungkin juri2 profesional ini telah membuat beberapa ujian atau merasa sendiri masakan mereka semasa audition sehingga mereka layak diberi peluang untuk menyertai rancangan Masterchef nih..hehe.....Mungkin juga mencari x-factor untuk MASTERCHEF MALAYSIA hehe..

Bagi aku rancangan Masterchef Malaysia ini mungkin masih baru tapi percayalah ada kelainan tersendiri yang kita boleh amati..simple tapi mampu menarik minat penonton sampai kita sendiri leh rasa berdebar-debar..emo sakannn haha....Dan yang paling syoknya Masterchef Malaysia sesuai untuk ditonton setiap lapisan masyarakat tak kira kaum,agama dan usia. Rasanya inilah antara rancangan yang kita sendiri boleh nampak dimana terdapatnya konsep 1 Malaysia diterapkan dan memang sesuwaiii sangat untuk rakyat Malaysia! MASTERCHEF MALAYSIA BEST oiii!!!...Yeay!..

Nota: Psttt..aku suke tengok part bila peserta diuji dengan perkara-perkara basic seperti potong bawang,perah santan,pukul telur and pas nih apa pulak yeee??...Rasa nak masuk dapur and try gak dibuatnya haha..effect rancangan nih agak kuat yer bagi someone yang dok ngadap dapur memanjang apatah lagi rakyat malaysia kat luar sana yang suka tengok rancangan masak-memasak hehe..mesti ada yang cuba gak pas tengok tuu hehehe...And aku minat sangat juri kita Chef Priya..sentiasa cool and senyum memanjang hehehe..


Nota 1: Karang juri2 dah tukar pulak..Chef Riz dan Chef Zubir yang menggantikan 2 chef sebelumnya..huhu

Hujan owh hujan


"Katak oh katak megapa panggil hujannnn??.." teringat lagu top zaman kanak2 dulu hehe......Huishhh...pagi nih hujan agak lebat,disertakan dengan bunyi guruh dan kilat yang boleh membuatkan aku rasa tak selesa lak duduk sorang-sorang dalam rumah.Keadaan sekeliling yang agak gelap dan pemandangan kat luar yang agak sunyi menambahkan lagi rasa seram semacam.Bukan aku tak biasa cuma kekadang perasaan takut tu datang dengan sendiri maklumlah imaginasi melampau,segala macam alien and hantu2 timbul dalam otak nih..ekekeke..Yang lebih tragis bila pagi nih dikejutkan dengan berita kematian di sekitar daerah nih..choiiiiiyyy!!!..Seram lorrrr!!!

Ouchhh!!..walaupun hujan dah reda tapi angin yang menampar-nampar seluruh badan dari pagi tadi sampai sekarang membuatkan aku terpaksa menggalah dengan alam hingga memaksa aku untuk menyarungkan baju sejuk buat sementara waktu hehehe...Rasa macam dah beku jer isi badan tapi aku tetap juga berdiri teguh dihadapan pintu rumah sambil menghayati panorama indah diwaktu hujan begini.Hmm..Tak kelihatan seorang pun berada diatas jalan..kereta takde..motor takde..orang naik basikal pun takde..semua takde....lengang..sunyi..and damaiii!!!..Tambah-tambah bila rumah aku ngadap pokok macam nih hehehe...Meh la ngadap same-same .Yeay!! :-D

Monday 24 October 2011

Manchester United kene sepak Manchester City

Baca update status kengkawan kat FB buat aku senyum sorang-sorang.Hampir setiap daripada mereka menyatakan perasaan tidak puas hati dengan kekalah yang dihadapi oleh Manchester United yang dibelasah teruk oleh Manchester City malam tadi(23/10/2011) hehe..Apa dah jadi dengan pasukan favourite dunia nih? Rasa macam pelik jer mata aku baca update2 peminat bola di FB.. Macam mimpi ngeri pun ada jugak!:-s

Hmm..kemenangan  tak terduga 6-1 menjadi isu hangat di setiap dada akhbar luar dan dalam negeri,kaca tv sekalian alam...belum lagi termasuk  blog2 persendirian,Facebook,Twitter,Friendster,Myspace,chatroom segalakkk and bla..bla..blaa....Huiii..masing2 tak sabar nak mengulas akan kekalahan teruk tu termasuk aku haha...Apa taknya,aku yang tak tahu menahu pun tersentap gak dengan kekalahan yang begitu tak masuk akal maklumlah semua pun tahu MU nih kalau ikut ranking dan sejarah yang lepas2,pencapaian tak pernah memalukan atau mengecewakan...tak gituuu???..huhu

Tak banyak yang aku tahu tentang MU sebab aku pun tak minat mana sukan bola nih,cuma tengok gitu2 jer.Yang fanatiknya husband aku arr kat group MU nih.No wonder muka pun takde semangat dah aku tengok malam tadi time nonton bola and bangun pagi nih pun buat2 taktau pulak brapa gol yang MU dapat jaringkan..tertempias dengan kekalahan agaknya.Siap tanya aku siapa yang bagitahu pulak bila aku sebut MU kalah teruk.Amboiii soklannnnn!!! Yang dia menapak depan tv dari mula sampai habis takkan taktau pulak..ker tak sanggup nak bagitau MU kalah dah hehe.. :-D.

Takpe-takpe...benda dah jadi nak buat macam mana kannnnn....Kepada penyokong2 Manchester City seluruh dunia aku ucapkan tahniah kat korang sebab setia menyokong M.city sampai dapat hadiah yang begitu tak disangkakan semalam.Dan kepada penyokong2 Manchester United pulak,mungkin korang tak bernasib baik kali nih.Dah adat dalam permainan....ada kalah dan ada menang,sape tahu lepas tewas teruk macam nih akan bangkit semula dimasa akan datang.Kena selalu fikir positif maaaa...Yeay!!!!..

Sukaneka SJK Chung Hua

2 hari aku tak update blog dah cukup buat aku rasa rindu daaa...(Dalam hati siap cakap "Yerr ar tuu..rindu la sangattttt!!!") hehehe..Hmm jadual yang sedikit padat membuatkan aku agak keletihan untuk menaip sehari dua nih so aku abaikan apa yang patut seperti berblog ekekeke.Camnilah kalau jadi suri,kalau tak sibuk dengan kerja sendiri pasti sibuk ngan aktiviti family.Berkejaranlah jugakkk tapi aku sukeeee!!! Kurang-kurang hujung mingguku terisi cikit..ye takkk?? ngeeee :-p

Ouchhh...mukaku masih terasa sunburnnya,gara-gara join aktiviti sekolah anak aku hari sabtu lepas..Padan muka aku hehe...Pehhh..mane leh aku lepas peluang,wajib aku datang walaupun sunburn!!..Iyer laa mestilah ikut sebab pihak sekolah pun siap dah bagi surat rasmi minta ibu bapa datang untuk menjayakan sukaneka bersama PIBG.Nanti kesian lak anak aku,ibu bapa anak-anak lain semua datang,yang mama dengan daddy dia lak tak ada disisi.Aku faham perasaan tu..sangat memahami keadaan macam tu..Alaaa...time kita sekolah dulu-dulu pun kita selalu mahu begitu cuma kekadang kita lebih suka ikut jer apa orang tua kita fikir..kekadang tak tunjuk muka langsung kat sekolahkannn hehe..,jangan lak tak ngaku..kita pernah sama-sama lalui saat2 itu hehe..

First time aku ikut aktiviti sekolah nih,rasa hati debar-debar semacam lak sehari sebelum tu hehe..maklumlah anak sorang jer..masuk lak PRA 2 kat sekolah cina tahun nih,tahun lepas PRA 1 aku hantar gi Sedidik kuikuikui..Tak banyak yang aku nak ceritakan kat sini,program sekolah tu agak simple tapi aku enjoy dengan adanya senamanerobik,sukaneka,jamuan bersama PIBG dan pertandingan karaoke untuk kanak-kanak.

Fuhh..aku terpilih masuk 1 group ngan anak aku,group biru(ikut colour sampai kat pergelangan tangan diarah lekat kertas biru yang telah disediakan.)Aku sempat join 2 games selebih daripada tu aku jadi tukang sorak jer hahaha..aku tak larat weh pasal banyak lari-lari and angkat2 bebudak nih.Aku takat main tiup-tiup belon and pecah2 belon jer wakaka tu pun aku rasa dah semput semacam.Choyyy..cepat loteh dibuatnye jadi aku lebih rela bagi sokongan kat anak aku yang macam blur2 time diaorang bersukaneka..Tak faham cakap cina kut tapi wat2 paham wakakaka..samalah macam aku time kat situ hehehe...Oklah kat bawah nih ada 2,3 keping gambar yang aku uploadkan just untuk kenangan, takleh upload banyak2 nanti blog aku ngalahkan angkat kapal lak hehehe..Enjoy yerrr!!Yeay!!



Ni ler benda pertama kena buat,lekat kertas biru..charyooo group biru!!

Eh..sape lak budak laki yang aku pegang nih??

 Fokus hutan belantara kat belakang tu..green peace yo!! hehe...

  Puteriku start jadi blur...tak paham ape kene buat kut..Ikut jer laa hehe...

Saat menderita dibawah panas terik hehe..Berpeluh siottt!!

Angkat budak sama saiz mane larat cikgu woiii haha..

Bila ibubapa dah join,jangan harap nak tengok dari jauh hehe..

Nota: Malangnya pasukan biru dapat nombor last iaitu nombor 4 kwang..kwang..kwangg..Part karaoke tu aku takpat datang sebab belah petang aku terpaksa balik rumah orang tuaku yg megambil masa juga untuk sampai kekampung aku huhu..so aku takde koleksi gambar part karaoke tu ye hehe..

Friday 21 October 2011

Ikan Patin masak simple turun temurun.

Yuhuuu..Ikan patin dalam tanganku dan sekaligus ikan patin jadi santapanku hari ini.Dah bertahun gak aku tak merasa ikan patin nih,seingat aku last aku makan tahun 2009,itupun sekerat jer(sebab beli belah ekor jer ngeeee).Ikan nih takleh dibeli selalu, mahal gileee...ngalahkan harga ikan tapah jugakkk.Sesiapa yang biasa beli ikan tapah tu,tau la harga pasarannye yerr...Ikan nih kalau aku betul2 dah takleh tahan sangat nak merasa baru aku suoh suami aku belikan kuikuikui..

Hari nih masak Ikan patin terbaek dari sungai...ini sudah bagussss!!!...Huyooo..happy sesangat,hati melonjak-lonjak dibuatnya hahaha..Ye laaa sesekali makan ikan sungai rasa macam mengimbau kembali zaman kanak-kanak pulak.Teringat kat arwah nenek belah bapak dulu, suka sangat makan ikan patin sungai nih.Aku boleh agak kalau  nenek datang dari kampung dan stay kat rumah ayah,hampir setiap hari ngadap menu yang sama..ikan patin masak kukus hehehe Sedappp woooo...Tambah-tambah nenek sendiri yang buatkan,kuasa dan penangan airtangan nenek dasyat lah juga walau takde pingat dan sijil  "Chef Profesional" dari mana2 restoran..agensi atau kolej2 ekekeke.Rindu pula nak merasa masakan arwah nenek nih.Tapi apa-apa pun itu cerita lama,malas nak cerita lebih-lebih..buat sayu jer..

Harga ikan patin sini boleh tahanlah jugak,kalau ikut kata laki aku harga sekilo dalam rm20 lebih(entahlah brapa lebihnyeee,tak tanye detail..malas ambik port).Tapi yang dia beli around 2kg lebih camtu sekor.Pehhh..sekor tuuu..bukan kerat2 dah haha..Berlagak japp..winkk..wiinkk (^,^)Ape mimpi tah beli sekor Ikan patin,biasanya dia bawa balik ikan laut jer hehe..Tapi malas bicara soal tu,yang penting aku nak siang ikan nih and masak wat menu family aku tengahari nih.Nak tau masak apa dengan ikan patin nih? Apa lagiii kukus jugak laaa hahaha.Korang bubuh la apa pun kat dalam tu asalkan korang kukus,rasanya tetap berlemak and yummy! hahaha..Resepi simple turun temurun tuuu hahaha..Yeay!!



Ni haa ikan patin tu..berkilat-kilat,aku siap letak dalam sinki..pasal aku nak siang pas ambik gambo nih,malas nak angkat pasal berat sangat ngeeee...

P/s:  Orang tua-tua kat sini selalu pesan,takleh makan ikan nih selalu sangat takut bila dah nazak nanti susah nak menghembus nafas.Mengikut apa yang aku tahu,ikan patin nih nak matinya susah walau dah lama kene tangkap,ko letak camtu jer atas meja pun belum tentu dia game over tauu...siap masih leh libas2 ekor lak tu hehe...Kira tahan lasaklah woiii..tu yang orang tua dulu-dulu takot sangat.Kang orang yang melawat dia turun naik rumah leh pergi dulu,yang nazaknya bertahun2 tak gak pergi2.Tapi aku lebih percaya pada ajal dan maut ditangan tuhan,cepat atau lambat  perginya seorang hamba Allah,itu semua urasan Dia yang maha berkuasa...betol takkk?? hehehe..

Thursday 20 October 2011

Ulser yang comel!

Pedihnyeee...sakitnyaaa uwawawa....dah masuk hari ke 3 aku menahan ulser dalam mulut nih, nak telan air sikit pun susah..Aku mengharapkan hari nih akan pulih seperti biasa tapi jangan harap laaa..makin besar adalaaaa..ampes tol!! Haiyakkk..bila agaknya nak baik nih???..Hilang segala selera makan 2,3 arinih dibuatnya..Ulser..ulser..owh ulserrr...sudah-sudahlah tuuuuu...!!!

Nak kata tak cukup minum air mineral, aku teguk gak macam biasa...Alaa bukan teruk mana pun cuma yang buat aku tak tahan,pedihnya rasa macam sampai ke tulang pulak bila tersentuh kat ulser sebesar bijik mutiara sabah saiz kecik tu.Nak borak2 pun aku takde mood,rasa macam ada emas lak dalam mulut nih...ewww sakit tauuu.... :-s Elehh..macam la korang tak pernah kene gak...hehe..

Dalam aku dapat ulser yang comel lagi fresh nih, sempat gak aku melalak ngan husband aku sebentar tadi,sesaje test vokal sambil main gitar time malam sunyi macam nih.Mane tau dua-dua terpilih masuk rancangan reality tv pasnih,jangan lupa afundi aku yerrr (^,^) wakakaka Kalaulah umah aku nih ada jiran dok sebelah meyebelah,ada percuma kene hempok ngan kuali melalak malam2 camnih tapi mujur la jiranku duduk jauh di benua afrika hehe....

Amboiii minat punya pasal ulser pun tak hingattt dahhh..hehehe...Apa pulak tak hingatttt.??..Aku sporting hokeyyy..tak tunjuk2 aku pedih sampai ulu hati tauuu..cuma kat blog nih jer ngadu sana sini ngalahkan budak baru nak masuk tadika kuikuikui...Rasa macam nak terkoyak lak ulser aku bila melalak malam nih tapi aku belasah gak untuk setengah jam,janji aku happy..Yeay!.

Serius geram!

Huwaaaa...Serius lorrr...aku dah fedup sesangat bila takde elektrik dan air cam nih.Mana letriknyaaa...bukan bill tak dibayar,dah bayar awal-awal lagi..Mana airnyaaa??? bukan bill tak dibayar,dah bayar jugakkk.Hayooo...benda nih bukan sehari dua tapi dah selalu sangat dah huwaaaa...melampau laaa...Blog aku bertukar menjadi blog yang agak serius lak pagi-pagi camnih...seriuslah sangatttttt!!!..

Camne nihh..camne nihhh?? Nak buat itu takleh,nak buat ini takleh...Hadoi laa..malam tadi start kul 2am dah takde letrik,kene tunggu sampai kul 6am baru ada.Berasaplah jugak tunggu tapi mujur kat luar hujan lebat tau, sejuk sikit badan aku dibuatnya,kalau tak memang macam dok dalam oven dah.Kecian anak aku macam tak selesa jer tido malam dibuatnya..pusing sana..pusing siniiii..kejap2 sedar..hmmm..

Pagi nih pulak, gi dapur nak cuci gelas yang tertinggal dlm sinki malam tadi.Aku tunggu air keluar dalam 10min tapi hadeiiii..setitis air pun takdeeee.Ya ampunnn nasib baik aku ada stok air untuk kami 3 beranak mandi pagi nih.Itupun cukup2 jer..ampes laaa...Mana air nak guna masak lagi...nak minum lagiii ...nak cuci kain baju lagi..nak cuci itu ini lagi....nak guna kuar masuk tandas lagiiii....

Eeee geramnyeee...pagi-pagi aku dah jadi serius!..Mana2 yang berkaitan tolonglah ambil serius sebab kesulitan anda amatlah dikesali.<--pinjam ayat sape tah hehe...Sila ambik perhatian yeeee..Tapi apa-apa pun problem aku hari nih ,serius aku tetap nak tiap ending entri dalam blog aku tercatat perkataan Yeay! (^,^)

Tuesday 18 October 2011

Tergamaknya dia

Haduiiii...rasa tak sedap hati pulak lepas terbaca satu artikel kat myMetro(Sila clik jika nak tau lebih lanjut) online hari nih. Berita nih membuatkan aku sedikit terkejut dan tersentap. Tengah syok meneguk air nescafe panas tetiba tersangkut lak kat anak tekak dibuatnya,nasib baik tak terpercik dari mulut..Haduiii..terrrrrsangatlahh gila perbuatan macam nih,tak berhati perut langsung.Tergamaknye kelar anak sendiri huwaaaaa...

Tak dapatkah dia melihat betapa comelnya anak yang baru dia lahirkan tu????..Dimanakah letaknya perasaan keibuaan dia? Mungkin dia terlupa,bayi inilah yang bakal mendoakan kan dia dihari2 tuanya nanti.Tergamaknya dia buat begitu pada darah dagingnya sendiri... huwaaaa....tak berperikemanusiaan langsungggg!!! 

Pada pendapat aku laa..,walau dia tak dapat nak jaga pun,janganlah dia buat sampai tahap nak kelar-kelar macam nih..ingat anak ayam?...kambing??..lembuu???..apa daaaa...Dia boleh beri kat orang lain jer,jadikan anak angkat or jelaskan pada family sendiri,insyaallah orang tua dapat menerima baik dan buruk dier.Kalau dah buat macam nih, 1 Malaysia dah gempak then siap masuk tv,news,radio,sensasi online dan ditambah extra cemuhan dan cacian dia terima..ini lagilah memalukan daripada dia bagi kat orang lain.Sampai berzaman orang kenang tau takkkk....Ahhh..pendek akal toll...aku rasa cuma dia tak mahu je kutt...Partner dier pun satu hal..buat bodo lak..sape tak makin stress oiii...

Kita selalu  kene ingat Allah berikan kita banyak jalan dan cara untuk selesaikan sesuatu masalah walau seberat mana pun kesilapan dan ujian yang kita hadapi. Insyaallah kita akan dapat tempuhi kalau kita betul2 sedar.Tapiiiii....still nak buat sesuatu yang Allah murkai jugak...Dia orang nih takut pada siapa sebenarnya..macam tak takut pada Allah jer??? haduss..pot pet pot pett aku dibuatnya...melampaulahhh!!

Kalau panjang lagi tulisan dalam artikel tu agaknya aku takleh nak baca sampai habis,separuh takut aku baca and of coz aku kesian dengan baby tu.Sape tak kesian woiiii..baru nak lihat dunia dah kene kerat...sedangkan jari jemari kita terhiris kene pisau sikit pun time potong bawang dah terasa pedihnya siap menitis-nitis darah ke lantai,inikan pulak baby yang baru lahir begitu,siap dikerattt lak tu... :-( cedeyyyy...dimanakah letaknya akal fikiran mereka time tu.Takleh nak cakap Yeay dah...

Nota:  Psssttt...Mak aku selalu pesan, jangan ckp lebih2 perkara macam nih...selagi kita ada kakak,abang,sepupu,sedara mara and terutama anak lelaki dan perempuan...takut kene batang hidung sendiri pulak suatu hari nanti...huhu..Ada benarnya so aku pun takat komen gitu2 jer..Yang selebihnya biar Allah yang tentukan. 

Sunday 16 October 2011

Aiskrim idaman Hati


Tadaaaa...tengok aku beli apa hari nih!!!...Aiskrimmm tuuuuu....Sampai 10 bungkus aku beli...Opss...kat dalam gambar cuma ada 8 jer pasal aku ngan anak aku dah telan time dalam kereta tadi hahaha..Tak sabooooo nak menelannnn..dahaga sungguhhh hehehe..Kalau dimakan time matahari atas kepala macam nih memang sesuwaiiiiiii sesangatttt.Huhhhh...Betapa banyaknye aiskrim aku pilih tapi yang makan cuma 3 orang...tamak haloba tolll tapi husband ok jer..suoh ambik..so aku ambik jer la ikut suka..Ada aku kesahhhhh!! hehehe.....

Hari nih balik dari rumah mak mertua trus ajak husband singgah kedai runcit tepi jalan.Dalam kepala dah target nak beli macam-macam rupa aiskrim. Anak tekak tak sabar-sabar nak melahap aiskrim yang bakal aku beli nanti.Ini semua gara-gara pagi tadi  arr...kisahnya aku tengok bebudak kat rumah mak mertua aku makan aiskrim 10sen buatan sendiri.Nak mintak,rasa segan lak wakakaka Pehhhh..dierorang nih betul-betul buat  aku terliur.Teringat lak zaman bebudak dulu, time tu slalu gak aku belasah  aiskrim camtu..biasalah bajet ciput tak leh memilih sangat nanti kempunan pulak ekekeke..

Aiskrim dari brand apa aku minat? Entahlahhh..aku jenis main ambik jer,tak kisah la brand apa ..yang aku tahu cuma aku pilih ikut mata jer..Kalau cantik bungkusan and rupa dia maka aku ambik lerrr...Nak rasa dulu mane leh so aku pilih la ikut cantiknye bungkusan..daya tarikan tu woiiii..penting..penting bagi sesapa yang nak jual aiskrim hehe..Tapi yang aku pilih berdasarkan perisa gakkkk..Hari nih perisa limau yang selalu aku cari tak jumpe kat kedai tu so aku ambik ler seberapa banyak perisa coklat sbb tu korang nampak setambun perisa coklat dalam gambar tu hehe..

Oklah, aku nak melahap aiskrim dulu yer...tak makan nasi ler tengahari nih  dibuatnye haha..kenyang aiskrimmmm...hehe..Jomlah berpesta aiskrim ngan aku...Yummmyyyy!!!..Segarnya tekak nihhh...Yeay!

Friday 14 October 2011

Pot pet pot pet..

Argghhh!!!..Dah berpuluh kali dah menguap depan screen segiempat nih,tapi mata tetap maintain jer..Pandang jam kat tangan pulak rasa macam dah lewat sangat tapi kenapa mataku masih segar bugar???....Hayakkkk!...tolong laaa..tolong laaaa... sapa2 yang lum tido lagi tu,silalah jawab aku,katakan padaku masih ada insan yang jadi burung hantu gak malam nih uwaaaaa Cehh!!..ayatttt!!!,kalau korang jawab pun aku nak ckp ape? Gudnite ke?..ampes jerrr...:-s

Dari tadi  dok tekan mouse,kejap klik sana..kejap klik sini.,,kejap search sana ..kejap search sini....Apa sebenarnya yang aku cari malam  nih ye? huwawaaaaa...Lotehnye jiwa raga kalau dah over boring nih. Ngadap tv aku rasa muak,dengar lagu lak rasa macam bingit jer telinga nih dibuatnye.Ye betullah kata orang "Sunyi itu indahhhh" tapi malam nih gangguan bunyi cengkerik yg memekak kat luar siap ditemani bunyi over kipas dinding umah aku nih wat aku rasa makin bertambah geram and menyampah lak..Choyyy!! Nape baru malam nih aku nak sibuk komplen bunyi kipas ni padahal dah brapa lama dah menapak kat dinding tu huh!..Gangguan bunyi tolll!!

Dari tadi skodeng FB,dalam hati nak jer aku update status kat wall tapi bila difikirkan balik, baik takyah.Malam nih semua nampak senyap jer,baik sokmo..ker dah berdengkur dah agaknye..huhu..Ada gak 2,3 orang classmate lama dok melepak kat wall tp mood aku takdok mlm nih,jauh diufuk megaaa..Nak suoh aku ..tegooo...meyampokkk..inbox...chatttt..berkebunnnn kat farmville??hahaha.Maaflahhh ye..tak sesuwaiiiiiii hokeyyyy!! Malam nih aku cuti berkomen and cuti buat segala perkara yang berkaitan kt FB haha...kejap lagi nak gi cuti-cuti m'sia gak huhu

Oklah,end dulu yerr..saje jer pot pet pot pet kat sini kejap.Karang dah legaaa..senak-senak perut dah kurang tahap 40%, hati lapang tahap 30% ...aku rasa dah pat tido dah agaknye pasnih wakakaka..daaaaa..nite2.Moga mimpi indah yerrr...Yeay!!..

Tempek-tempek :-D

Fuhhh...Seharian aku buat blogwalking.Uikkk..bukanlah maknanya 1 hari aku langsung tak bangun2 dari kerusi nih..maksud aku ada masa free jer,trus menapak depan laptop..rasa macam sebijik keje kat opis lak kuikuikui..Dalam aku sibuk skodeng blog2 orang nih,mata aku tak lepas daripada menjeling setiap sudut ruang yang digunakan.Huiii..aku terpukau dengan keindahan blog diaorang.

Biasanya aku hanya membaca isi kandungan blog tersebut tetapi hari nih aku lebih tertarik utk melihat background and design2 yang diaorang cuba pamerkan.Penuh warna-warni,identiti,cerita,tema dan illustrasi yang meletopppp!!.Dan aku percaya setiap latar ada makna selain suka-suka heeee.Pehhhh..Idea yang sungguh realistik dan aku rasa kagum...kagummm dan bertambah kagummmm!!

Dengan pengaruh2 yang ada maka aku pun tak ketinggalan ambik kesempatan ini utk menghias blog aku sesimple yang mungkinnn..simple kee??? Nampak mcm serabotttt jer haha..takper laa..serabot sbb hasil kerja tangan sendiri dah kira ory ape haha..Ada aku kesahhhhh!!! huhu..Sebelum ini aku tempek jer ape2 gambar yang aku rasa cantik dan menarik kat web2 macam gambar kat bawah nihhh.Ya ampunnn!!!...Sape tah punye gambar tu..sori yer aku pinjammm dahulu dan selamanyaaa ngeeee..Jom la ikut aku tempek-tempek...kita tukar selera lakk..Yeay!!!

Aku pinjam gambar nih slalu kalau takde idea nak letak gambar ape kt FB or Blog aku..lawa tak???..Memanglah lawaaa..sebab tu aku suke gune gambar nih cuma karang aku nak lihat pemandangan lain pulak hehe..

Wednesday 12 October 2011

Edit Gambar Online

Hmm..hari ini teringin pula nak buat entry tentang salah satu hobi aku yang ada pasang surutnya iaitu mengedit gambar atau dlm english disebut Image Editing,Photofun,Photo effect..semua tu berkaitan.Huuu..walaupun tangan aku biasa pegang senduk2 dan kuali kat dapur tapi part mengedit gambar nih favourite aku..tak banyak mane pun pengetahuan tapi bolehlah untuk aku sharekan kat sini..hehehe..Takleh cakap lebih-lebih,kat luar sana tu lagi banyak yang tarer..siap ambik degree lagi pasal benda-benda macam nih...Yang aku nih pulak cakap berdasarkan pengalaman dan minat so apalah salahnya aku share cikit2 kat korang benda yang aku tahu..

Oklah kita direct to the point je lah ye..Zaman dah semakin canggih,pelbagai aplikasi percuma yang kita jumpa setiap hari.Ada yang memberi pelbagai pilihan background,effect dan tema yang dasyat-dasyattt..So secara logiknya,siapa yang tak terpengaruh atau terbeliak mata bila adanya aplikasi2 begini..Macam aku mula-mula dulu laaa,pas edit tayang sana sini ekekeke..Tapi itu cerita lama..zaman tu aku baru melihat dunia luar hanya dengan duduk di depan komputer hehehe..  

Bagi sesiapa yang berminat aku leh sharekan beberapa web yang boleh mengedit gambar secara online.Sejujurnya web2 ini pernah membantu aku utk memudahkan urusan pengeditan gambar family aku suatu ketika dulu.sesungguhnya aku sendiri kagum dengan aplikasi yang ada cuma belum sebijak itu utk membuat sofware sendiri..bak kata orang ilmu cuma sejengkal jerr.Tapi sekarang alhamdulillah berkat basic-basic yang ada dalam mendalami benda-benda macam nih, aku dah beralih arah ke Program Photoshop.Program yang mulanya buat aku naik geram,muak,letih,cepat fed-up dan selalu buat aku ckp kat diri sendiri..tak boleh!..tak boleh! dan tak boleh!..Puncanya aku tak faham 1 pun apa yang aku baca dan harus aku buat.Tapi kini dah berbeza,benda nih mungkin boleh membuatkan aku tersenyum dan sekaligus memuaskan hati aku yang kekadang aku tempek kat facebook aku hehe...syukurrr..

Tadaaaa...Inilah antara carta-carta top utk web yang mengedit gambar secara online.Tapi mcm promosi web dierorang pula aku ni kannn..Ahhh..lantaklah..niat aku cuma nak kongsikan dengan korang jer..Terpulanglah apa pun anggapan korang..yang positif dan negetif aku terima jer..Yeay!







7.   Jpgfun.com

8.   Dumpr.net







Followers