Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 30 April 2012

Artis Keluar Masuk Sini

Minggu lepas blog aku agak bersawang...terasa kemalasan dan kepenatan yang berganda.Segala aktiviti harianku tersangkut dan sekaligus membuatkan aku lebih suka duduk menghayati panorama disekeliling rumah jer,tak de mood rasanya nak membuat apa2 plan.

Opsss.....walaupun aku menyepi seketika tapi daerah tempat aku menapak nih tak pernah sunyi dari pelbagai hiburan dan sememangnya sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Hmm jika mula-mula dulu aku merasa sedikit pelik dengan suasana daerah nih tetapi untuk tahun ke-3 aku menjadi semakin biasa malah menjadikan aku sedikit tak hairan disaat ini ekekek Yup..satu daerah yang agak terpencil dan kurang dikenali tetapi bagi aku yang uniknya kawasan ini bilamana artis sentiasa keluar masuk hampir setiap bulan.Wow..satu suasana yang aku rasa agak berbeza sepanjang tinggal di daerah ini, kerana dibandar2 pun belum tentu adanya artis2 yang datang bertandang atau keluar masuk begini hehehe..Dipendekkan cerita,sabtu (28/04/2012)lepas,artis yang datang pun tak kurang hebatnya iaitu Awi Rafael dan Misha Omar..dua nama besar dalam industri hiburan tanahair kita. 

Oklah meh tengok beberapa gambar artis yang pernah membuat persembahan disekitar daerah nih dan sebenarnya ramai lagi artis yang aku tak capture sebelum nih. Aku pun dah jadi macam makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang hanya dok mendengar dan pulang tanpa sebarang kenangan akibat dah terlalu biasa mendapat kunjungan para artis2 nih.... jadi nak capture sekeping pun jadi malas hahaha..Nih jer la antara gambar yang ada dalam koleksi aku buat sementara nih..tapi insyaallah akan datang pasti aku sentiasa akan capture untuk dikongsikan dalam blog nih.Dan dikhabarkan beberapa minggu atau bulan terdekat ini akan adanya group famous dari Indonesia pulak.Entahlah aku pun tak pasti tapi aku layan jerrrr....Lain kali nak reques Jacklyn Victorlah camnih takpun Faizal Tahir haha..Keadaan2 dan suasana inilah membuatkan aku sedikit bertuah dan tak boring duduk didaerah begini.Terpencil tapi penuh dengan kejutan hehehe..(^,^)Yeay!!!..



Awi Rafael yang ngetop dengan lagu "Pulanglah"..Yuhuuu...Awi keluar dari Konsert Mania terus dijemput untuk memeriahkan majlis area nih pulak hehehe..

Siapa lak tak kenal dengan Misha Omar??? Cantik orangnya hehehe

Nota: Dikatakan dalam majlis sabtu lepas sepatutnya yang turut dijemput juga ialah Tam Spider tapi ditinggal kapal terbang lah pulokkk... so tak pat ler tgk tam nyanyi liveeee..kwang3x


Antara Artis-artis yang pernah bertandang ke daerah nih

 Penyanyi Veteran kita Ahmad Fauzee dan Azlina Aziz

 Stacy yang sememangnya nampak agak pemalu dan peramah orangnya....siap ambik gambar atas pentas lagi tuuu..dasyat youuu hehehe...

 Lagi seorang penyanyi veteran yang tak kurang hebatnya..Salwa Abdul Rahman

Afif AF9...kecik dan comel orangnya kannn...


Salwa dan Tuan Residen pun sempat pose hehe

Daus AF8 dan Ema AF8 pun adaaaa..huhu...

Claudia dan Maulana wat hal masing2 hehehe

Rubisa dan Claudia bergandingan

Akim yang sememangnya sentiasa cool

Laika AF9 dengan style tersendiri hehehe


Dikenali dengan nama Mama Rina hehehe..

Saat aku diarah duduk bersama Anum dan Ebi..kuikuikui Time nih aku rasa macam nak cabut jer dari situ..tapi nak cabut ke maneee?? :-s

Nih lagi satu gambar dimana aku pun taktau apa motif aku disuruh duduk celah2 diaorang lak..haduiii laaa...layan jer laaaa...haha..


Nota: Rasanya ada beberapa koleksi aku yang hilang or mungkin terdelete dlm hp aku seperti Ekin..Ali XPDC...Ziana Zain..dan bla..bla..blaa... :-p

Friday 27 April 2012

Lirik Lagu Impossible dari Shontelle

Alhamdulillah..segala semak2 dalam kepala telah berkurangan hari nih.Mood2 negatif yang melanda otak aku sepanjang minggu nih telah hilang dengan serta merta bilamana aku telah selesaikan semua tugasan aku dalam masa yang serentak 2,3 hari lepas hingga menjelang lewat malam semalam..kuikuikui..Thumb up for myself jap ngeeee...Dari membuat kertas kerja yang selalu membuat aku geram sepanjang bulan lepas .... dan  stress tetiba bila dikerah menjadi bidan terjun dek surat yang sampai di atas meja saat akhir... hinggalah menyelesaikan tugasan baru yang diserahkan 100% ke atas bahu aku iaitu design Cover buku Program Daerah (*,^) yang aku anggap tak ada kaitan dengan kerja aku hehehe.Tiga perkara yang aku rasa agak memenatkan..mencabar dan sungguh memeningkan untuk aku teruskan tetapi alhamdulillah semuanya dapat aku tempuhi dengan tenang.Dan resultnya hari ini bila semua perkara2 itu selesai dengan jayanya maka ia membuatkan aku tersenyum sendiri sampai ke telinga youuuuuu!!! :-p

Oklah...kengkawan,aku malas nak berceloteh panjang lebar tentang perkara yang lepas2.Meh kita layan lirik lagu lagi hehehe..Macam biasaaa...blog aku kan suka promot lirik lagu kuikuikui.Dengan diiringi lagu dendangan Shontelle yang bertajuk Impossible sewaktu mengupdate entry nih,terfikir lak untuk untuk berkongsi lirik lagu tersebut.Hmm..rasanya ramai yang tak kenal sangat ngan Shontelle tapi takpelah..bila dah dengar lagu Impossible nih pasti yang kenal dia lepas nih.Rasanya lagu Impossible nih lagu lama tapi takpe laa..aku publish pun benda yang aku suka so tak jadi masalah jika lagu nih dah dikira expired hehehe..Sekadar untuk berhibur dan berkongsi jadi tak salahkannnn.Lagipun lagu nih tak membosankan sebab kesesuaian lirik dan susunan muzik yang agak ringan.Aku tak mahu mengulas sangat sebab buat lagu pun tak reti so lagi baik kita layan jer lagu yang aku kira sedap didengar dan sememangnya bestt woooo....Owhh..Biasanya kita dengar ayat "Nothing is impossible" tapi kali nih kita dengar Impossible lak dari Shontelle yerrr..jom layannnn hehehe. Bagi sesiapa yang baru mendengar lagu nih,leh cuba tengok videoclip yang aku tempekkan kat entry nih.By the way...Thanks to owner...aku pinjam jerr..sekaligus tolong promot gak haha..sharing is caring hokeyyyyy ekekeke..Yeay! (^,^) 


IMPOSSIBLE LYRIC BY SHONTELLE

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did...

And you were strong and I was not
My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did

And now when all is done
There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them

Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible

Falling out of love is hard
Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know.....

Thinking all you need is there
Building faith on love and words
Empty promises will wear
I know, I know.....

And now when all is gone
There is nothing to say
And if you're done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them

Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible!
Ooh impossible (yeah yeah)

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did

Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did..........



Monday 23 April 2012

Program last minute

Focuss..focuss..focussss!!!..Urgenttt..urgenttt...Argggghh..i cant focus at all!!..Goshhh..What a dayyyy!!!..Dari pagi sampai petang menapak depan computer baru 1 benda jer siap..ampesss ahhh..typing berjela-jela...checkinggg berkali2..,fotostat berdozen2, print sampai habis ink hitamku...fax mencantas masa....gi pej. pos pun cuma nak bayar itu iniii!!!.....Adoiiiyaiiii..bila nak habis nihhh??? Tulisan2 halus dan mulus dalam kertas2 atas meja nih pun dah buat aku muntah darah menengoknya.Terasa berpinar-pinar dah biji mata aku nih hah!.Tireddd!!!....Sleepyyy!!!..Migraine!!!...Stress!!! and of coz laparrrr dehhh ekekeke...Alahaiii..sekali sekala "speaking london" rasa cam kelakarlah pulakkk..kuikuikui..

Yang aku lagi geram hari nih,dapat surat dari Kuching minta hadirkan diri lakkkk...Whatttt!!!...Surat baru sampai tengahari tadi, hari rabu korang suruh aku hadir lak .Gelabah aku wehhhh..cuma tinggal sehari jer aku nak ready..Yerrr..readykan penjaga puteri aku sebenarnya kwang3x..Hadeiii..nasib baik la cuma sejam lebih jer perjalanan dari tempat aku,kalau jauh memang aku hangin satu badan dibuatnya huhu..sadissss (T,T)..Dah le tengah busy tahap kritikal korang nak wat program lak huwaaa.Masa nih juga la korang ajak aku "berjoli-joli" sampaikan aku terpaksa call ibu pejabat korang sebab tarikh pengesahan kehadiran yang korang tentukan dah expired (19/04/2012).Nasib baik le minah yang jawab panggilan aku tu sopan jer suara dia menjawab,sejuk cikit hati aku hehee.Nampaknya ni ler program last minute untuk minggu nih ...Ye dengan rasminya aku sudi datang walaupun kepenatan minda dan fizikal woweeeee..Yeay!

Wednesday 18 April 2012

Petik-Petik Sayur

Pagi nih berdiri di tepi2 batas di kebun tepi rumah terasa sedikit happy. Setelah kulit bertukar menjadi semakin gelap dek bahang matahari...peluh pulak membasahi dahi tiap pagi dan petangku..badan2 tiap hari terasa lenguh sebab mengangkat berbaldi air, mengorek2 tanah dan mencabut rumputtttt..akhirnya aku melihat hasilnyaaaa (^,^)...Sesungguhnya aku tak biasa dengan aktiviti2 atau kerja2 sebegini walaupun aku datangnya dari kampung gak kuikuikui...Hmm...Kelihatan penat lelahku terbayar melihat tanaman2 yang aku usahakan sebulan yang lepas membuahkan hasil..

Yehaaaaa..satu perasaan yang mencuitkan rasa bangga di hati dan sekaligus memberi senyuman setiap kali aku melangkah keluar dari rumah.What else can i say..."Yuppp..im proud to myself!!!"  hehehe...Benih2 yang cuba aku selamatkan selama ini juga menampakkan sedikit perkembangan walaupun kelihatan sedikit terbantut dari segi pertumbuhan dan tempoh matangnya :-s. Dan dengan rezeki yang melimpah ruah bulan nih,maka aku tak bershopping sayur-sayuran untuk sebulan dua kut hahaha..dan of cozzzz...jiran2 aku gak merasa sayur2 fresh yang aku dan Mr.Hubby usahakan selama ini."Sharing is Caringggg hokeyyy"..jangan kedekut ye kengkawan semua,..rezeki nih semua datangnya dari Allah jadi tak salah kita sedekahkan sedikit hasil kita ....Jika kita memberi dengan ikhlas,perasaan kita akan lebih berlipat kali ganda happynya.Itulah nikmat kata orang hehehe.Jom petik-petik sayur...Yeay!

Owhh..comelnya timun2 nih..nak makan pun aku rasa tak sampai hati hahaha..Ye laa..hasil sendiri nih..perasaan tu lain macam lak nak makan..

Jeng..jeng..jenggg..kacang panjangku dari hujung sini sampai hujung sana.Nampak bersemak jer kan tapi yang penting dahan2 dia semua dah berjuntai dengan buahnya.Meh petik then goreng pun sodappppp!! hikhikhikkk...


,
 Yuhuu ..terungku yang aku nantikan sangattt..nampaknya dah ada bunga kat celah2 "Ketiak" hehehe.Tak lama lagi merasa ler tekak aku terung ungu nih ye..Huishh..favourite aku nih wehhh..wajib aku tanam hehehe

 Nahhh..ini cili yang aku tanam serata tempat..cuma tempek satu gambar jer sini tapi sebenarnya kawasan aku dipenuhi cili sebab aku memang gila tanam cili jer..kiranya nak wat jadi hiasan tepi rumah pun ye gak hahaha..ampes jerrr

Ingat tak kacang tanah yang aku cakap cuba aku selamatkan dalam entry aku dulu..Nih ler kacang tanah tu..Aku ingat kacang aku memang takde harapan dohhh..tapi alhamdulillah..daunnya mula lebat..tunggu sebulan dua nak korek kacang tanah lak hahaha..sabooo jer laaa ..



Nota: Ada beberapa sayur yang aku tak tempek lagi,tak apalah..ada hari aku tempek lagi ye..cukuplah yang nih jer dulu hehehe
...

Tuesday 17 April 2012

Happy Birthday To Me!

Tadaaa..Yehaaa..dapat kek Birthday pulak arinih!!!..Awwwww..bestnyeee..dalam sebulan makan 2 kek birthday,tiap2 tahun macam nih kan bestttt ekekeke..Lucky me sebab dapat birthday surprise from Mr.Hubby and my lovely princesssss..Errr..surprise ke?Rasanya sebelum keluar rumah pagi tadi,Mr.Hubby siap tanye aku nak beli kek yang macam mana?.(<--kejutan yang tak berapa nak mengejutkan tapi aku baik hati so aku buat2 terkejutlah yeee kuikuikui :-D) Macam biasa,saatnya aku buat bodo dengan soklan yang aku sendiri taktahu nak jawab dan juga aku merasakan kurangnya keromantikkannnn Mr.Hubby pada hari istimewa aku ekekeke...Ye laaa...Bukan aku yang suruh beli kek tu pun...bukan aku gak yang nak pilih kek2 tu semua, sebab tu aku blur sokmooo....Lainlah kek nih untuk dihadiahkan kepada puteri kesayangan kitaorang,memang aku ler yang excited nak pilih dulu ngeeeee...Hebat tak Mr.Hubby aku? Kau adaaaa??? ekekeke...Tapi apa2 pun aku hargai sesangat dengan niat baik dia untuk menggembirakan aku diharijadiku yang ke dot dot dottttt :-s 


Goshhh...tak terfikir pun nak celebrate birthday nih almaklumlah dah tua2 macam nih takde kearah nak celebrate birthday sangat pun.Lagipun segannn lerrrr nak celebrate birthday time umo dah masuk "3 series" nih.Rasa macam tak "gorgeous" lakkk winkk..winkk..(^,^)(<--pasan jap wakaka)..Tambah2 benda2 macam nih cuma akan menginggatkan kita pada hari tua yang semakin dekatttt..OMG..that is so trueeeee!!!....Mean semakin cepat masa berlalu semakin cepat usiaku bertukar, uban bermaharajalela diserata kepala, muka berkedut seribu, badan semakin didatangi segala macam penyakit tua dan Usiaku semakin dekat dengan 40,50,60 and bla..bla..blaaa..Hadeiii...Imaginasi terlampau ku datang kembali ekeke..Insyaallah akan sampai ke angka tu...doa2 kan jer laaa..

Hmm...Apa Wish aku? Perlu ke ada wish time harijadi seperti dalam drama2 dan movie2 kat tv tu? hehehe...Takper,persepsi tiap dari kita berbeza so tak ada salah dan tak ada betulnya..semuanya bergantung kepada cara kita berfikir.Hmm..tahun nih aku tak meletakkan apa2 permintaan,hajat or apa2 yang tinggi kerna aku lebih suka bersederhana dalam berfikir.Insyallah apa yang aku hajatkan tahun nih akan tercapai dan segala usaha aku berjalan dengan lancar disamping diberi umur yang panjang,kesihatan yang baik dan family yang bahagia..That all..takde nak meminta yang luar biasa punnn hehe..Oh yer..terima kasih kepada family2 terdekat,teman2 FB dan saudara saudari yang bagi wish kat aku melalui sms,email dan inbox dan tempek kat FB aku.Maaflah jika aku tak menjawab sepantas kilat tapi insyaallah akan aku jawab juga nanti..saborr jer laaa yeeee.....Terima kasih untuk ucapan dan doa2 anda semua!. Happy Birthday To Meeeeee!!!...Yeay!!!

Selamberrrnye aku bagitau kat sini..cuma 3 bunga nih jer mampu menarik perhatian aku tapi lum cukup membuat aku teruja ekekek..Takde la gempak mane tapi ok laaaa..sebab aku pun faham camne citarasa dan selera pemilihan Mr.Hubby aku tu. Alaa..tak kisah pun camne rupa kek tu,yang penting syukorrrrrr hokeyyyy!!!.. (^,^)

Nah ambik sorang sepotong..sharing is caring yerrr..ingat tuuu.... :-D

Buat hajat depan lilin jap..kuikuikui..adeii..buat hajat ker..or tersentap tengok kek jer beso tapi takde conteng2 nama aku pun ekeke (<--ayat tak puas hati hahaha)..diulangi...syukurrrrr lah nakkkkk :-D

Pose paling manja abad ini..chewahhh..Baru pasan word Happy Birthday tu ade tulis cina2 laaa..Anak aku jer yang paham kut :-s

Mr.Hubby and me againnnn..macam pernah gak pose camnih ..rasanya minggu pertama bln April gak kut wakaka..

Tadaaaa..jelas lagi bersuluhhh..saja tempek sebab nak masukkan pic aku ngan puteri kesayanganku nih gak hehehe..

Cantik tak? cantik takkk??? Owww..bangganya dapat hadiah pertama dari Puteriku..Beriya dia buatkan aku lukisan nih petang tadi sampai aku takleh tengok langsung apa dia lukis.Tetiba malam nih dia bagi lukisan nih..adeiii..tersentuh jiwa mamanya..yang penting ..ayat kat lukisan tu "Family,Daddy..Too Mama" (<--wahhh ayat macam power walaupun ada kesilapan sedikit dalam ejaan tapi aku leh maafkan sebab dia pun baru berusia 7 tahun hehehe)

Lukisan kedua yang Puteri aku buatkan untuk aku..love aku colour purple tauuu..yang colour biru..daddynya yang punya hehehe...

Saturday 14 April 2012

Lirik Lagu The Number One For Me Dari Maher Zain


<--Kelasssss ko Maherrrrr Zainnnnn!!!!!..Tengok pose dia,hebat tak??Macho tapi tetap nampak sweetkannnn ekeke....Yuhuuu...Lum menaip aku dah awal-awal tempek gambar Maher Zain kat entry aku yang nih. Semangat lebih babeeeee..huhu..Penyanyi dari seberang nih agak ngetop gak kat negara kita sejak kemuncul album "Insyaallah" dia dulu sampaikan anak2 buah aku yang umur 3,4 tahun pun hafal sokmo lirik2 lagu Maher Zain nih. Punyelah dasyat penangan lagu Insyaallah dia dulu tu kan hinggakan ada saatnya buatkan aku kagum sejenak sebab bebudak semuda itu dapat hafal lagu2 dia.Aku yang reti baca lirik pun tak terhafal2...kuikuikui...Hmm..sekarang Muncul pulak lagu terbaru dia yang bertajuk "The Number One for Me".Pernah dengar lagu nih ke?Kalau tak silap aku time konsert Mania dalam astro aritu ade gak Maher Zain nyanyi lagu nih hehehe..

Pehhhh..Apa yang boleh aku katakan,first time dengar lagu nih aku dah rasa macam nih -->"Wowwww...!!!" <--Perkataan yang jarang keluar dari mulut aku bila dengar lagu-lagu baru . Lagu nih memang simple dengan rentak muzik yang agak ringan, lirik pulak menyentuh hati,penuh makna dan sangat..sangat...bestttttttt!!! Kalau tak caye,leh dengar sendiri kat Youtube..berlambak lagu dia kat situ hehe.....Sukenye lah aku dengan Maher Zain nih..buat lagu jer mesti liriknya buatkan orang terkenangkan sesuatu macam lagu The Number One For Me nih hehehe.Lain ler kalau guna hati batu,semua lirik pun tak menyentuh hati hahaha..guraulah wehhh..Aku pun kekadang jadi hati batu gak hahaha..Jangan serius maaa....Oklah..Sambil dengar2 lagu The Number One For Me nih, sempat jer aku salin liriknya untuk aku sharekan disini.Ada yang tercari-cari lirik lagu nih ke?Takpe..aku rajin sikit petang nih memandangkan semua benda aku takleh nak buat hari nih disebabkan letrik dan air takde..terbantut aktiviti aku pada hari sabtu yang indah nih.Mujur ler bateri laptop aku nih bertahan lama so sempat la aku  update,dengar lagu dan salin lirik The Number One For Me dari Maher Zain.Yeay!


THE NUMBER ONE FOR ME - MAHER ZAIN

I WAS A FOOLISH LITTLE CHILD
CRAZY THINGS I USED TO DO
AND ALL THE PAIN I PUT YOU THROUGH
MAMA NOW I'M HERE FOR YOU
FOR ALL THE TIMES
I MADE YOU CRY
THE DAYS I TOLD YOU LIES
NOW ITS TIME FOR YOU TO RISE
FOR ALL THE THINGS YOU SACRIFICED
OOO..IF I COULD TURN
BACK TIME REWIND
IF I COULD MAKE IT UNDONE
I SWEAR THAT I WOULD
I WOULD MAKE IT UP TO YOU
MUM I'M ALL GROWN UP NOW
IT'S A BRAND NEW DAY
I'D LIKE TO PUT 
A SMILE ON YOUR FACE EVERY DAY
MUM I'M ALL GROWN UP NOW
AND IT'S NOT TOO LATE
I'D LIKE TO PUT A SMILE
ON YOUR FACE EVERYDAY
AND NOW I FINALLY UNDERSTAND
YOUR FAMOUS LINE
ABOUT THE DAY I'D FACE IN TIME
CAUSE NOW I'VE GOT A CHILD OF MINE
AND EVEN THOUGH I WAS SO BAD
I'VE LEARNED SO MUCH FROM YOU
NOW I'M TRYING TO DO IT TOO
LOVE MY KID THE WAY YOU DO
OOO..IF I COULD TURN
BACK TIME REWIND
IF I COULD MAKE IT UNDONE
I SWEAR THAT I WOULD
I WOULD MAKE IT UP TO YOU
OOO..IF I COULD TURN
BACK TIME REWIND
IF I COULD MAKE IT UNDONE
I SWEAR THAT I WOULD
I WOULD MAKE IT UP TO YOU
MUM I'M ALL GROWN UP NOW
IT'S A BRAND NEW DAY
I'D LIKE TO PUT A SMILE ON 
YOUR FACE EVERYDAY
MUM I'M ALL GROWN UP NOW
AND ITS'S NOT TOO LATE
I'D LIKE TO PUT A SMILE ON 
YOUR FACE EVERYDAY
YOU KNOW YOU ARE THE NUMBER ONE FOR ME
YOU KNOW YOU ARE THE NUMBER ONE FOR ME
YOU KNOW YOU ARE THE NUMBER ONE FOR ME
OH...OH... NUMBER ONE FOR ME
YOU KNOW YOU ARE THE NUMBER ONE FOR ME
YOU KNOW YOU ARE THE NUMBER ONE FOR ME
YOU KNOW YOU ARE THE NUMBER ONE FOR ME 
OH...OH... NUMBER ONE FOR ME
THERE'S NO ONE IN 
THIS WORLD THAT CAN TAKE YOUR PLACE
OH I'M SORRY FOR EVER TAKING YOU FOR GRANTED
OH I WILL USE EVERY CHANCE I GET
TO MAKE YOU SMILE 
WHENEVER I'M AROUND YOU
NOW I WILL TRY TO LOVE YOU
LIKE YOU LOVE ME
ONLY GOD KNOWS HOW MUCH YOU MEAN TO ME
OOOO..IF I COULD TURN BACK TIME REWIND
IF I COULD MAKE IT UNDONE
I SWEAR THAT I WOULD 
I WOULD MAKE IT UP TO YOU
MUM I'M ALL GROWN UP NOW
IT'S A BRAND NEW DAY
I'D LIKE TO PUT
A SMILE ON YOUR FACE EVERYDAY
MUM I'M ALL GROWN UP NOW
AND IT'S NOT TOO LATE 
I'D LIKE TO PUT
A SMILE ON YOUR FACE EVERYDAY
MUM I'M ALL GROWN UP NOW
IT'S A BRAND NEW DAY
I'D LIKE TO PUT
A SMILE ON YOUR FACE EVERYDAY
MUM I'M ALL GROWN UP NOW
AND IT'S NOT TOO LATE 
I'D LIKE TO PUT
A SMILE ON YOUR FACE EVERYDAY
THE NUMBER ONE FOR ME
THE NUMBER ONE FOR ME
THE NUMBER ONE FOR ME
OH..OH..THE NUMBER ONE FOR ME




Tuesday 10 April 2012

Madah Dan Mutiara Kata 2



Sebelum aku berehat dari berblogging untuk beberapa hari nih,pagi  nih aku bermain dengan kata-kata madah, imaginasi, fantasi,warna dan of coz photoshop lagi.Antara satu hobi aku yang datang tak kira 
waktu.Kata orang ada pasang surutnya tapi yang pasti aku tak pernah boring dengan semua benda2 nih.Hmm..Ilmu tu kan berterusan..semakin kita mempelajari dan mempraktik 
sesuatu,semakin tinggilah kefahaman dan pemahaman kita so dont stop learning guys!!!! 

Di bawah nih ada beberapa madah yang aku buat dengan background yang sedikit berbeza daripada sebelumnya.Setakat ini aku lebih gemar membuat sesuatu yang simple dan bersesuaian dengan kata-kata
yang ingin disampaikan.Insyaallah,jika respon baik daripada pelawat entry nih seperti 
entry yang ni ==> (Sila Click sini)aku akan teruskan dalam entry aku dimasa2 akan datang.Jujurnya untuk hasil2 yang aku buat dibawah,aku tidak terlalu "mencuba" kerna aku lebih mementingkan sesuatu yang jelas,simple dan mudah difahami.Walaubagaimana pun, aku akan cuba untuk memperbaiki apa yang patut dimasa akan datang.Mungkin kali itu aku akan cuba menggunakkan brush2 yang direka sendiri atau mungkin juga menambah sedikit kelainan.Insyaallah..Yeay!








Monday 9 April 2012

The Paramount Hotel Sibu Best

Ahaaa...malam nih aku banyak belek-belek gambar dan seperti entry aku sebelum nih,bila habis bercuti aku tak lupa mempromosi hotel tempat aku stay.Sebenarnya aku tak kisah apa pun taraf or bintang2 sesuatu hotel tu asalkan bersesuaian,sederhana dan sudah pasti selesa. Bukan susah untuk mencari hotel di Malaysia nih lagipun,hotel berlambak kat luar sana cuma tunggu kita jer nak memilih yang mana satu kita suka.Citarasa manusia nih kan berbeza, ada yang gemar stay di hotel mewah bertaraf 4,5 bintang,ada pula yang bercitarasa sederhana dengan memilih hotel 3 bintang dimana kadar harganya tak terlalu tinggi atau melepasi bajet.Dan tak mustahil ada yang gemar menggunakan hotel bajet rendah disebabkan faktor2 kewangan.Ye laa..zaman sekarang nih semua perlukan duit jadi mungkin ada yang lebih gemar membelanjakan untuk keperluan yang lebih penting ketika melancong. Semua tu tak salah,itu kan pilihan kita..yang kita mahu..itulah yang kita dapat..tol takkk?? hehe..

Oklah, Kalau sebelum tu aku pernah bercerita tentang RH Hotel,Sibu Sarawak dan sekarang aku berbesar hati lak untuk berkongsi pendapat tentang "The Paramount Hotel" Sibu.Tujuan aku bukanlah untuk mencari perbandingan tetapi lebih elok kita kearah yang lebih positif iaitu bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pendapat..moga-moga dari entry nih ada yang berminat untuk mencuba hotel Paramount lepas nih (^,^).Macam biasa,bilik pilihan kali nih pun tetap family room..maklumlah datang pun berkeluarga kannn hehe. Kadar harga yang dikena cukuplah aku katakan dalam linkungan seratus lebih dan aku tak mahu menyatakan berapa lebihnya kerna kadar harga sesuatu bilik nih kekadang berubah dari semasa ke semasa so anggaplah aku beri jawapan selamat disini hehehe..

Bagi bilik yang menggenakan kadar harga begitu, dimana dilengkapi dengan katil single dan queen size memang berbaloilah jugak.Rasanya aku berpuas hati kerna ia bersesuaian dengan harga atau mungkin faktor lokasinya lebih selamat untuk parking kereta pun ye jugakkk....safety tu lebih cikit kut.Maklumlah untuk sesetengah perkara kita memandang diluar kotak fikiran kita hehehe.Walaupun keadaan bilik nih terlalu simple dan sedikit sempit tetapi seriusnya bilik nih nampak luas, mungkin disebabkan deconya tak terlalu berat atau sarat dengan benda yang entah apa2.Seperti kebanyakkan hotel yang pernah aku cuba, hotel nih pun menggunakan colour yang lembut dan segar..so tiap kali masuk bilik nih tak tension hokeyyy..sesuai untuk mereka2 yang gemar memerah otak depan laptop,tablet,handphone atau ingin bersendiriannnnn.Apa yang penting aku rasa selesa dan nampak peti sejuk kecil huhu (<--Untuk kadar sewa yang dikenakan dan keperluan peribadi,bagi aku peti sejuk nih penting walaupun ada yang fikir takde pun takpe ekeke..) Dibawah nih aku tempekkan beberapa gambar yang aku ambil dan bagi sesiapa yang nak try sehari dua kat hotel nih..leh la gi The Paramount Hotel,Sibu.Apalah salahnya kita bercuti dan mencuba sambil meninjau kehebatan hotel2 yang ada. Untuk hotel nih aku leh bagi markah 7/10 hehehe...(^,^) Yeay!


 Queen & Single Bed..selesanyaaa..puteri aku lagi la seronok dibuatnya..

 Jendela tempat aku merenung masa depan wakakakaa...Takde maknanya ahh..kalau menghayati pemandangan tu ade laaa...tak sesuwaiiii hokeyyyy nak berdrama!!!

 Ruang yang aku rasa cukup2 tapi still aku rasa selesa...

 Ruang pintu masuk dan almari..ok aper?? Almari tu pun bukan guna sangat pun,last2 sumbat dalam beg gak baju2 yang adaaa kuikuikui...

 Kebersihan terjamin ye..tandas azimatttt :-D

 Bath tub yang slalu jadi idaman bebudak kwang3x

 Tengoklah betapa simplenya ruang nih tapi aku tetap suka..Tak bersemak hokeyyy..Takde pasu2 bunga macam selalu aku nampak hehehe...

 Gambar dari sudut bertentangan

  Opss..pemandangan yang perlu aku hadapi di tingkat 5..pembangunan berlaku dengan pantas

 One day aku pasti kawasan nih akan jadi sesak dan sarat dengan kenderaan hehehe...

 Gambar yang terpampang dalam bilik nih..simple,cantik,warna warni,damai dan Malaysiannnn!! Yeay!

Owhh..no keramat,saje tempek..kalau korang guna bilik yang sama..jgn lupa komen entry aku balik hahaha..ya ampuunnnn... :-s



Pautan Hotel Lain
The Orchid Hotel Sibu(Sila Klik)

Followers