Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 27 September 2012

Senyumlah!

Yuhuuu..Gambar asal sumbangan dr family kakakku hehehe...Gambar nih aku edit sikit2 sebabnya aku suka nampak wajah2 ceria puteri dan anak2 buahku..sesuai sangat dengan topik kita hari ini...Keep smiling allzzzzzz....hehehe..


Ada waktunya kita penat dicabar pelbagai ujian dan mengejar
segala impian yang belum tentu mampu digenggam.Namun dalam kealpaan diri memperbetulkan keadaan kita hampir terlupa untuk menikmati betapa nikmatnya hidup ini.Terlalu serabut atau focus dengan masalah hingga senyuman tak sedikit pun terukir dibibir.Hmm...a smile..."It costs nothing, but creates much."
Sesuatu yang kita sedar datangnya dengan sendiri dan tak harus diajar kepada sesiapa pun walau diperingkat apa pun usia mahupun kedudukan kewangan atau pangkat kita. Sedangkan Pakar-pakar motivasi juga menggalakkan kita agar selalu tersenyum untuk menambahkan aura positif dan menghilangkan perkara-perkara negatif yang menapak dan berlumut dalam diri.

Yup..ada benarnya Senyuman itu perkara mudah untuk dilakukan dan juga merupakan sedekah yang tak terhingga nilainya namun tak semua yang memilikinya.Walaupun kekadang kita merasakan senyuman itu tak membantu untuk mengatasi masalah anda tetapi sekurang-kurangnya ia menghilangkan 1% stress dalam kepala anda hehehe..Guys..Dalam apa jua yang kita harungi, mulakan hari-hari anda dengan senyuman..insyaallah ia akan menyentuh hati sesiapa pun yang memandang.Pesan aku...Jika anda terlalu
sukar atau penat untuk tersenyum,cuba tinggalkan senyuman anda itu pada diri seseorang.Mungkin anda akan melupainya namun tidak kepada mereka yang menerimanya hehehe.Susah sangat ke nak senyum?(^,^)
Guys!!!..I don't need anything..i just want your smile!!! Sejuklah juga hati nih dibuatnya ye takk?? hehehe..Yeay!!!...

Tuesday 25 September 2012

Madah Keberanian

Sedar akan kekurangan diri menyebabkan kita selalu merasa kurang keyakinan dan rendah diri. Terkadang kita enggan menerima resiko dalam hidup sehingga membiarkan sesuatu itu berlaku tanpa menghalangnya dan tak mustahil ia turut akan mematahkan separuh daripada semangat kita.Sesuatu yang normal dalam masyarakat kita..emosi dan keadaan sekeliling sering mempegaruhi dan menjadi alasan dalam apa jua yang kita lakukan. Hey guys..pengalaman banyak mengajar aku..bukan sekadar cakap kosong.Yup..Kita takkan menjadi seorang yang berani jika kita tidak pernah mengalami sebarang kesukaran, kesakitan dan kepayahan hidup hehehe.. 


Hmmm...seperti tiap madah-madah yang berbicara soal keberanian tetapi kenapa ada ketikanya kita tidak seberani itu dalam kehidupan sebenar?Apa yang membuatkan kita begitu lemah? Dan siapa pula yang membuatkan kita menjadi begitu? Jika Allah sendiri mahu kita menjadi seorang yang berani dalam menghadapi cabaran dan liku-liku hidup, kenapa pula kita hanya berserah kepada takdir dan nasib semata-mata? Why not be brave for a change?..Cubalah dulu..mana tahu,sedikit perubahan pada diri anda akan menjadi impak kepada yang lain ..insyaallah kawannn...Jika segala niat itu baik dan lurus, pasti akan anda lihat keajaibannya. Dan aku...I'm learning to be brave in my beautiful mistakessss..Untuk menjadi seorang yang berani anda harus selalu yakin!!..hahaha..Yeay!

Saturday 22 September 2012

Madah Kejujuran



Jika anda membuat kesilapan, sentiasa ingat bahawa akan ada peluang untuk memperbaikinya. Memang benar,sukar untuk menjadi baik dan begitu mudah untuk menjadi sebaliknya.Namun setiap yang baik itulah cabaran yang harus kita sahut dan setiap yang tak elok itu pula kita harus campakkan jauh dari hidup kita.

Guys!!!..Yup aku akui...Realiti hidup sememangnya terkadang begitu kejam tetapi sebesar manapun konflik, hukuman, kehilangan, kesilapan yang bakal kita terima atau lalui, seeloknya jauhilah segala kata-kata dusta yang membinasakan hubungan kita sesama manusia dan juga Allah. Ingatlah selalu bahawa hilangnya kepercayaan orang lain terhadap diri kita umpama kita kehilangan 1 permata yang menjadi penyeri dan 
kebanggaan diri sepanjang hayat hidup kita.

Untuk kita melupakan kesilapan diri kita sendiri mungkin mudah namun bagi orang lain untuk melupakannya sekelip mata mungkin agak sukar bahkan sentiasa akan dikenang sepanjang zaman.Itu bukan berpunca dari silap mereka tetapi adalah bermula dari kesilapan diri kita sendiri. Aku bukan siapa-siapa tetapi nasihat aku untuk semua mudah jerrr... Jika mahu orang lain percayakan diri anda...jujurlah dengan tiap kata dan tingkah laku kita.Yeay!

Sunday 16 September 2012

Mengecat Dapur

Aduiyaiii...balik kampung kali nih betul-betul mencabar minda, jiwa dan seluruh tenaga aku.OMG!!!..bila ayah dan ibu mula mengubah suai bahagian dapur rumah maka secara automatiknya seluruh keluarga yang menapak dalam isi rumah kene "turun padang" termasuklah aku. Apa lagi yang hendak dibuat pada hari cuti begini melainkan membantu ayah mengecat dapur dengan warna lapis iaitu "undercoat paint".Dan malam ini dek kerana terlampau letih maka aku tak selesa langsung hendak duduk,berdiri mahupun baring dikatil sendiri. Adusss...dapat aku rasakan bahawa kepenatan balik kampung kali agak terasa keletihannya. Inilah karmaku!!!..Saat ini juga pernah aku lalui ketika aku masih berusia 16 tahun dahulu dimana diawal pembinaan rumah ayah dan emak, muka yang tak pernah boring ulang alik dalam membantu mereka bab cat mengecat nih adalah muka aku..Yesszeeer..sekali lagi aku meninggalkan kenanganku di dinding rumah ayah dan ibuku kuikuikui .Tepuk bahu sendiri jap kerna diusia 3 series begini aku masih mampu menggulangi detik begini hehehe Yup nostalgianyaaa....cuma bezanya kali ini aku dibantu oleh Mr.Hubby.Yeay!!

 Tadaaa..nilah bahagian dapur yang baru ditambah dan belum terusik dengan cat  dan inilah tugasan yang memenatkan aku sepanjang hari ini huwaaaaa...entahlah berapa banyak almari yang mak aku idamkan nih..????

 Kalau menyapu leh patah pinggang aku dibuatnya nihh..ngalahkan ruang tamu lak size dapur nih errr..rasanya lagi besar kut huwaaaa...sadissss...tak larat ahhh bila aku kenangkan balikkk!!!

 Sempat pose walau tengah berpeluh sakan huhu..cuba tersenyum walaupun dalam hati rasa macam nak hysteria..bukan tak ikhlas tapi sungguh aku tak larat..mungkin usiaku jadi penyebabnya wakakaka..dah tua semua rasa lemauuuu huhu...

 Mr.Hubby yang tekun mengecat pintu2 almari...Mujurlah ada dia..kalau tak,pengsan aku kerjakan sorang2 kat dapur nih hahaha..makacehh abanggg hehehe..

Ni haaa..dari baju merah bertukar ke baju coklat...bukan setakat bermandikan peluh tapi motif utama bertukar sebab sayang bajulah oiii ..takut terkena cat yang dok menitis-nitis...seeloknya kalau buat kerja macam nih,gunalah baju lama..baru hati tak kecewa kuikuikui

Ayah tercinta cuba menutup lubang dengan sejenis simen dinding..Nilah satu-satunya usaha ayah hari ini lepas balik dari dusun untuk mengutip durian tapi malangnya balik dengan tangan kosong huhu..

Aku dan Mr.Hubby dok penat2 mengecat dari pagi sampai ke petang... yang puteri kesayangan aku nih pulak dok seronok perhati dan melukis telatah kitaorang tengah bekarja..aduiii..tak sedar lak dak nih tengah melukis aku dan Mr.Hubby yang tengah syok mengecat..sekali dak nih tunjuk rasa luculah pulak tapi yang peliknya dia siap bubuh tajuk "kerja benci" wakakaka...cam tau2 jer..hahaha...

Thursday 13 September 2012

Sempurnakah Kita?

Are you perfect enough?????....Sempurna sangatkah diri kita ni? Kenapa pula kita meminta lebih daripada orang lain sedangkan diri sendiri pun belum tentu dapat memberi perkara yang sama. Dan Kenapa harus menyembunyikan kekurangan diri dan menggantikan dengan kesempurnaan yang bukan menjadi hak kita? Contoh mudah untuk difahami ...Apa maknanya jika kita mahu seseorang itu berubah menjadi baik walhal diri sendiri tidak pernah berubah? Samalah juga kita menasihati seseorang untuk jangan meniru padahal diri sendiri sibuk meniru ekekeke Yup..."Thumb up" untuk niat yang baik tetapi adalah lebih afdal andai ianya bermula dari dalam diri terlebih dahulu sebelum menasihati orang lain. Hendak tunjuk hebat bukan begitu caranya,bimbang nanti jadi isu pulak ..lebih parah kut hehehe..Ada banyak lagi contoh lain tapi biarlah anda fikirkan sendiri.Perkara ini tak lucu tetapi sering berlaku di dalam masyarakat kita.


Guys!!...kata-kata diatas bukan sekadar mengingatkan anda tetapi juga pada diri aku sendiri untuk tidak terlupa pada kekurangan diri.Sememangnya apa jua yang anda cuba lakukan ,jangan sesekali lupa "Ukur baju dibadan sendiri" supaya ia nampak lebih padan,cantek,elok,anggun,bergaya dengan diri anda. hehe..Aku? errr..macam biasa..."I know i am not perfect but i keep trying to be perfect" hahaha....Yeay!





Friday 7 September 2012

Kelebihan Dan Kekurangan


Melihat benda yang berlaku dikeliling kita, selalu membuatkan kita berasa rendah diri tentang sesuatu.Seringkali timbul perbandingan dalam diri sedangkan kita tahu bahawa Allah tidak akan memberi sesuatu dugaan itu diluar kekuatan diri kita. Apakah kau ingin menjadi seperti aku sedangkan kau tak pernah tahu ujian apakah yang pernah aku alami sebelum ini????.... Atau apakah aku ingin menjadi seperti kamu sedangkan aku tak pernah tahu dan sedar apakah yang pernah kau hadapi dalam menempuhi perjalanan hidupmu.Nahhh...Sesaat kita terlupa bahawa seharusnya rasa bersyukur itu harus sentiasa tersemat dihati. Seperti membentuk ikatan dalam sesebuah keluarga, setiap satu darinya ada ujian dan cerita yang berbeza.Yang tabah dan sabar... insyaallah akan mampu mengharunginya manakala yang lemah dan sering berputus asa pula mungkin sentiasa akan mengeluh dan berasa terkapai-kapai walau dia tahu bahawa diri mampu menghadapinya. Jadi kita memilih untuk menjadi seperti apa? (^,^)

Yup,aku tetap percaya... setiap dari kita diuji dengan cara yang berbeza cuma terpulang kepada kita untuk melawan segala dugaan itu. Jangan lemah ketika diuji dan jangan riak andaikata kau telah berjaya menempuhinya. Kelebihan mereka mungkin kekurangan kita dan kekurangan mereka mungkin adalah kelebihan kita.Yeay!

Tuesday 4 September 2012

Madah Kesedaran


Hidup ini sering membuatkan kita terlepas pandang...terlambat merasa.....terlanjur perbuatan hingga mengecewakan hati yang lain. Apakah kita terlalu yakin bahawa semalam itu sama seperti hari ini? Dan apakah kita selalu tahu bahawa yang berlaku semalam akan berulang semula untuk hari ini dan seterusnya? Jangan terlalu yakin dengan diri kerna kejutan kehidupan pasti berlaku. Maka hargailah orang yang masih rela meletakkan diri anda dalam hidup mereka hingga ke sisa akhir hayat hidupnya kerna jika terlambat..pasti anda akan merasa terlepas pandang akan usaha mereka untuk bertahan selama ini...terlambat merasa akan kasih sayang yang telah dicurahkan sebelumnya dan mungkin juga kekesalan diri akan sentiasa membawa kita untuk mengingati semula semua keterlanjuran perbuatan diri yang telah pun berjaya mematikan hati mereka.

Guys!!!...Sedangkan mimpi mainan tidur pun takkan berulang untuk kali kedua inikan pula kisah-kisah pahit dan manis yang cuba kita ciptakan dari menggenali dunia hingga hembusan nafas terakhir...hehehe...Jadi..Hormatilah mereka selagi anda mampu. Yeay!

Saturday 1 September 2012

Madah Cinta 1 :-)

Hari nih rasa kurang sihat,( <-- cehhh...kurang sihat pun nak bagitau satu duniaaa wakakaka..ada aku kesahh??? Inikan blog akuuu.. (*,^)...) Hmmm..nampaknya cuti 3 hari yang ada minggu nih pun rasanya lebih banyak akan aku habiskan dengan berbaring.Hadusss..bosannya jiwa bila badan sengal sini sana,anak mata lak terasa panas...adeiii..nak demam ke aku nih? huwaaaa....fed-up tol ahhh!!!..


Tapiiii...dalam aku rasa badan dan kepala berat semacam,tercetus beberapa kata yang bermain difikiran.Nahhh..madah yang aku anggap ada benarnya dan tak mustahil pernah terjadi pada diri kita semua.Sesiapa pun mencari cinta tetapi andaikata semuanya menemui jalan buntu...kembalilah kepada jalanNya.Insyaallah akan diberi jawapannnnn..Yeay!

Followers