Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 17 November 2012

DND Mode

Tadaaaa..Semalam balik kampung terus mak ajak jenguk tapak rumah sepupu. Nahhh..Ambikkkk!!! Jadi pak pacak jap dicelah tetamu yang datang hehe...Perasaan aku?  Entah..Tak terjelas, bestlah jugakk!. Dan hari ini, mood aku 100% okey..tiada yang merunsingkan kepala cuma cuaca diluar agak sejuk kerna hujan yang dah mula turun sejak dari pagi tadi..Memikir kemungkinan banjir? Oh rasanya masih terkawal,takde maknanyeee ngeeee... (^,^)


Woweeee!!!..sekali sekala buat ayat macam dalam gambar diatas buat aku rasa lega, sesaja nak semakkan blog aku nih huhu......Guys...I am in my meditations hokeyyy!!....Ada berani??? hehehe..Balik kampung maka bermulalah cuti..Dan perkataan cuti maksudnya bagi aku ialah masa untuk merehatkan mindaaaa...badan dan semestinya mataaaaa!!!...Yang selebihnya cumalah sampingan dan sebenarnya juga aku malas ambik port..Enjoy my life lagi best!!...oh ye.. sekarang aku dalam "DND" mode yeer..
mean Do Not Disturb meeeee!!!...Yeay!

Thursday 15 November 2012

Puisi Redhaku

Malam nih datang mood berpuisi pulak, layan jiwa sejam dua depan komputer time-time macam nih syok gak... hehehe..Apa-apapun layan jer la puisi aku nih yerr..dah agak lama tak asah kuku dengan berpuisi nih..Harapnya tak ada yang muntah darah bila baca kuikuikui.Yeay!

Tajuk: Redhaku

Bersandar diri didunia nyata ,
Memejam mata mendongak keangkasa,
Menarik nafas hingga kedada,
Menghembus penuh duka lara,
Menyekat kata sebelum terlanjur bersuara,

Menurut umpama tiada bernyawa,
Tak rela menahan namun terpaksa,
Memadam rasa merebak dijiwa,
Mencari penawar sebelum binasa,
Melupakan semua semampu daya

Membuka mata melabuhkan minda,
Memahami jalan rekaan sang pencinta,
Masih terperuk disudut nyata,
Redhakan saja tanpa berbicara,
Beralas derita berkunci rahsia,

Biarkan saja perkara biasa,
Diulang cerita takkan terasa
Tersenyum mengingat pesan yang lama,
Jasadmu tiada gurauanmu masih menerpa
Katamu " Aku marah tapi bisa ketawa kerna
jika sengsara ertinya menuju bahagia" :-D





Wednesday 14 November 2012

Perangai Anak

Cuti sekolah dah pun bermula dan bagi bebudak sekolah pula, inilah masanya untuk berehat panjang. Terkenang zaman hingusan dulu, bila cuti tiba jer..semua adik-beradik terloncat-loncat sebab excited nak balik kampung. Dalam kepala takde fikir benda lain selain nak terjun sungai dan ikut atuk dan nenek kutip buah-buahan kat dusun ..fewww..zaman yang penuh nostalgia bagiku ngeee..Dan hari ini bila bergelar ibu kepada seorang budak yang baru berusia 7 tahun dimana belum faham sepenuhnya erti perkataan "cuti sekolah" membuatkan beberapa hari ini aku lebih banyak menjelaskan satu persatu apa aktiviti yang harus dilakukan sepanjang cuti ini nanti serta menjawab segala persoalan yang timbul diminda anakku.Mungkin benar kata orang..cuti panjang begini akan membuatkan anak-anak kita diusia begini lebih cenderung untuk bertanya, membuat dan bercakap tentang sesuatu yang tak terduga oleh kita sebagai ibubapa. 

Buktinya? Emm..buktinya malam tadi..bila puteri tersayang dengan muka yang selamba memberitahu bahawa gigi hadapannya longgar. Sejurus kemudian dia bertanya,dimana hendak dibuang giginya nanti jika tertanggal. Belum sempat aku menjawab dia telah mendahului jawapanku. Dan yang lagi lawak bila dia menyatakan bahawa akan meletakkan giginya dibawah bantal tidurnya dan berharap "Tooth Fairy" akan menggambilnya...hahaha..Ye..Jawapan dan soalan yang pelik daripada mulut bebudak..Walaupun aku sedikit tersentap tetapi dalam masa yang sama aku merasakan bahawa jawapan yang diberikan oleh puteriku adalah tersangat "Cute" namun penjelasanku lebih penting daripada apa yang ditontonnya.Apa yang lebih melucukan bila puteriku menceritakan tentang beberapa kawan sekelasnya yang juga mempunyai masalah gigi hadapan bergoyang begitu pernah tercabut ketika bermain di sekolah dan tertanggal semasa makan. Tiba-tiba aku meneka bahawa topik bebudak diusia begini di sekolah  tak lain tak bukan adalah mengenai gigi masing-masing wakaka..

Bukti kedua pula dimana anakku beberapa hari ini mula mencari idea dengan melukis didalam sebuah buku yang aku sengaja berikan untuk kegunaannya, walaupun aku tahu bahawa hobinya adalah melukis tetapi kali ini lukisannya berbeza. Rasanya anakku mula membuat cerita dalam bentuk lukisan..atau mungkin boleh aku sebut sebagai komik hehehe..Bagi orang lain itu bukanlah pelik tetapi bagi aku sebagai ibunya yang melihat setiap hari perkembangan lukisannya, aktivitiknya kali ini adalah lebih banyak menggunakan imaginasi walaupun masih mengekalkan penggunaan yang aku gelar "Orang Kayu" hehehe..Setiap muka surat yang dilukis menceritakan sesuatu. Opss..sejujurnya walaupun aku tak faham apa yang dilukisnya tetapi alhamdulillah puteriku ini merupakan seorang pencerita yang memaksudkan segala karyanya agar apa yang dibuat akan difahami oleh aku dan Mr.Hubby. Jadi mendengar setiap penjelasan melalui gambar yang dilukisnya sudah cukup membuatkan kami merasa terhibur dan bangga melihat daya imaginasinya. Dan hasil lukisan anakku ini sengaja aku tempekkan diblog ini supaya bila puteriku terbaca blog aku dalam 2,3 tahun lagi nanti,dia akan melihat sendiri hasil yang dilukisnya ketika 7 tahun.Yeay!..

Nota: Tajuk-tajuk cerita yang dilukis dibawah adalah diberi sendiri oleh puteriku, jadi jangan rasa pelik jika tiap tajuk nampak macam tergantung hehehe...

Tajuk: Si Belalang Baik
Kisah belalang yang menunjukkan sikap baik..errr..kompius lak tengok..yang mana satu baik dan yang mana satu lak jahat? kuikuikui..layannnn...

Tajuk: Semut Baik
Kisah semut yang suka membantu sesama mereka didalam kesusahan..aku cuma faham part gambar semut tu tengah angkat batu hehehe..yang selebihnya aku kureng arif yeeee..

Tajuk: Cerita Moral Ini
Ye..nama pun dah cerita moral ini <--part yang dia letak perkataan "ini" kat belakang tu yang tak tahan tu hahaha...Semua dia letak cerita moral..tetiba ada lak nampak wajah "devil" kat satu petak hahaha..apa maksud tu?..aduiii la dak nih...nak pesan jangan jadi devil kut hahaha..aku agak jerr..

Tajuk: Bryan Can't Sleep
Kisah nih macam kelakar jer..aku rasa berdasarkan life puteri aku sendiri kut..Ceritanya mengenai seorang budak bernama Bryan yang tak boleh tidur waktu malam disebabkan dia terlebih tidur diwaktu siang hahaha...Panjang berjela lukisan tapi Moral of the story yang kita dapat..jangan tidur petang kalau takmau berjaga diwaktu malam hokeyyy!!!..bijak-bijak hahaha...

Tajuk : Senyum Hatiku
"Bunga raya cantik.Mereka adalah bunga paling cantik.Saya sangat gembira "sebap" (sebab) bunga raya boleh buat senyum hati kepada saya dan semua orang dunia kita." hehehe...yang nih aku takpayah explain dah sebab dia siap bagi karangan ringkas belah tepi.Kisah bunga raya ke or kisah hatiku yang tersenyum nih? heran jap ekekeke..takpe..aku faham..senyum sokmolahhhh ekekeke....

Saturday 10 November 2012

Keikhlasan Kita


Adakalanya kita sukar memahami diri hingga hilang kata..hilang bicara..hilang fikiran...hilang kawalan dan hilang rasa. Namun diatas berjuta perasaan yang datang dan seribu kebuntuan yang wujud, kita langsung tidak mempersoalkan kenapa ia terjadi. Membiarkan serta membenam setiap kata-kata di dasar hati tanpa mahu sesiapapun mengetahuinya adalah perkara biasa namun menjadi sedikit ganjil andai terluah tanpa sengaja atau tanpa rela. Kita... manusia yang penuh rahsia..Ya..itu juga benar.

Dari segi apapun situasi yang kita hadapi, selamilah dimana letaknya keikhlasan kita sebenar. Bukan sesuatu yang sukar cuma terkadang kita terlupa seketika membezakan kebaikan dan keburukan hati. Ingat..Andai dimulutmu melafazkan keikhlasan manakala dihatimu terbisik yang lebih indah daripada itu maka yang diambil kira oleh Allah ialah sesuatu yang terbisik dan lahir dari hatimu. Jika hitam kata hatimu..maka tak mustahil hasilnya juga menjadi semalap warnanya dan andaikata putih kata hatimu...Insyaallah, ia akan sentiasa disambut baik oleh sesiapapun penerimanya kerna kita semua tahu bahawa keikhlasan sebenar bermula dari hati.Yeay!



Wednesday 7 November 2012

Suburnya Ubi dan Sengkuangku

Setelah 2 hari rumahku riuh rendah dengan kedatangan mak dan ayah dari kampung dan pagi nih seawal jam 8am keadaan kelilingku kembali sunyi. Kebetulan pagi ini juga Mr.Hubby berangkat ke Bandar Kuching kerna urusan kerja. Wahh..nampaknya berdua lagi la aku dan puteri tersayang 2,3 hari nih..hmm..tak apalah..cuti sekolah pun dah nak tiba..aktiviti musim cuti pun semakin menimbun, sambil-sambil tu boleh la berehat panjanggggg...

Owhh...Sepanjang mak dan ayah ada disini tak banyak yang dapat dilakukan tetapi seperti biasa..aktiviti wajib ialah memungut hasil kebun2 ditepi rumah. Kalau dulu mereka lebih banyak memungut sayur2 hijau tetapi kali ini pula mengorek ubi-ubi seperti ubi kayu, ubi tanah dan sengkuag. Hasilnya bolehlah tahan sampaikan mak dan ayah menjadi sedikit teruja setiap kali mengorek batas-batas ubi yang ada. Perasaan aku pula sudah tentu gembira kerna setelah berbulan-bulan menunggu akhirnya aku dapat lihat sendiri hasil dari benih2 yang kami semai. Yeay!


Setelah penat mengorek batas ubi dan sengkuang...mak dan puteriku sempat bergambar sebagai kenangan dengan setengah guni ubi tanah, berkilo-kilo sengkuang dan sedikit ubi kayu

 Mr.Hubby dengan wajah yang ceria melihat sengkuangnya yang begitu subur. Dari benih sekecil biji saga kini buahnya menjadi sebesar kepala hahaha...

 Owhh..dalam hujan renyai..Mr.Hubby sempat menarik 2,3 batang ubi kayu atas permintaan emak..(<--kes nak tapau balik kampung hehehe)

Amboiii...Ayah dah tak sabar hendak merasa sayur sengkuang..pilih punya pilih,ambil yang paling kecil dan lepas kupas kulit terus cuci dan masuk mulut kwang..kwang..kwangg...

Erkk...sampai lenguh kaki duduk mencangkung...Ini 10 daripada 15 sengkuang yang ditanam ditepi rumah huhu..Aku takat tengok mak cuci buah sengkuang nih pun dah rasa seronok semacam hehehe

Mak dengan buah sengkuang yang paling besar..rasanya dalam 2kg ada kut..mmg beso gajahhhh!!

 Antara ubi tanah yang dipungut pada hari pertama..masih lagi berpasir..belum sempat dicuci pun..saboooo..hehehe..

Tadaaaa...dek kerna teruja yang teramat sangat..Malam tu,mak aku terus buat rojak buah sengkuang...sedappppnyeeeee!!!


Sunday 4 November 2012

Takdir Kita Berbeza


Sesuatu yang sering membuat kita merasa kesal dalam menempuhi perjalanan hidup ini bilamana dikiri dan kanan kita didatangi pelbagai jenis kelompok manusia. Yang lebih menyedihkan apabila mereka yang singgah disisi kita merupakan seorang yang gemar mengkaji, menfitnah, mengaibkan, meramal dan memperlekehkan peribadi orang lain. Wow..Dunia ini penuh kejutan..terkadang kita tak kenal siapa kawan dan siapa pula lawan. 

Persoalan demi persoalan pasti menerpa di benak minda, kenapa harus begitu..atau kenapa pula harus begini?..Adakalanya sesuatu yang terjadi itu membuat kita berfikir panjang, apakah kepuasan yang diperolehi selepas mempersendakan hidup orang lain? Apa pula keuntungan yang kita dapat selepas itu? Adakah hadiah? wang? ataupun tergolong dalam ahli syurga? Dan lagi menghairankan sejak bila pula kita boleh menentukan takdir sesiapa?Entahlah apakah kehebatan diri sehingga mereka berani menghukum kekurangan orang lain. Adusss...Kenapa harus menarik kain orang lain sedangkan tak sedar kain sendiri sudah awal-awal lagi terlondeh?

Hmm..Aku turut bersimpati dan kasihan andaikata ada dikalangan kita menghadapi nasib sedemikian dimana  hanya mampu mendengar segala cemuhan tanpa sepatah kata yang terluah dibibir. Namun dalam pada yang sama aku turut mengagumi kesabaran mereka yang bersifat begini.  Mungkin saja ada yang berbeza pendapat denganku tetapi aku lebih suka mengganggap mereka yang bersifat menerima sebegini adalah mereka yang tak mahu sebarang permusuhan itu berlaku. Dan seandainya sifat terpuji mereka ini dicemuh kerna enggan bersuara demi kebaikan...tak mengapalah kerna Allah sendiri telah mengajar kita untuk menjadi seorang yang sabar dalam menjalani dugaannya apatah lagi berhadapan dengan musuh. Cuma ingin aku ingatkan bahawa hidup kita tak sama maka percayalah juga bahawa takdir kita berbeza.Yeay!.

Followers