Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 31 December 2012

Selamat Tahun Baru 2013 Semua

Berada di hari terakhir dalam kalender bulan December sememangnya memberikan kita pelbagai perasaan.Terkadang kita begitu menantikan kehadiran tahun baru yang bakal tiba dan ada waktunya pula kita merasakan bahawa jika mampu akan kita cuba untuk memberhentikan atau memperlahankan saja pergerakkannya.Namun semua itu takkan mungkin terjadi sebaliknya kita harus terus melangkah bersama azam baru yang bakal kita bawa bersama.



Bagi aku tahun ini bukanlah sesempurna tahun-tahun yang pernah aku lalui. Dalam kemanisan ada pahitnya, dalam senyuman ada tangisannya dan dalam tabahnya hati pasti wujud jua kerapuhannya. Banyak perkara yang berlaku tanpa aku mahu ia terjadi tetapi itulah realiti hidup, semua itu adalah atas kehendakNya. Mungkin saja kita semua pernah mengalami saat dimana kita terlalu menantikan sesuatu yang indah, tetapi sebaliknya akan terjadi. Namun aku tidak sedikit pun menyalahkan takdir..nasib atau suratan yang tertulis buatku kerana sebaik-baik insan adalah insan yang selalu mengingati Allah. Apa yang penting aku harus selalu bersyukur kerana diberi kesempatan lagi untuk terus bernafas dan menerima dugaan dalam liku-liku hidup yang mungkin takkan dapat aku ulangi atau rasai lagi ditahun akan datang. Sejujurnya, tahun 2012 ini  merupakan tahun yang sering memberi kejutan buat diri bahkan keluargaku. Ya..untuk kejutan-kejutan yang tak terduga aku mudah saja mengeluh kerana ada waktunya aku kepenatan sewaktu menghadapinya namun itu tidak bermakna aku lemah kerana aku masih percaya bahawa "Allah takkan memberi sesuatu dugaan itu diluar kemampuan kita dan aku yakin bahawa DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya."

Bagi mengakhiri entri 2012 ini, dikesempatan ini blog seripelangidivra mengucapkan jutaan terima kasih buat pengunjung setia, silent readers atau tetamu yang secara tak sengaja singgah diblog ini kerana tidak putus-putus memberi sokongan .Sesungguhnya melihat angka pengunjung blog yang semakin bertambah dari hari ke hari dan melepasi target utama untuk tahun ini iaitu seramai 10000 pembaca unik merupakan hadiah istimewa buat aku pada hujung tahun 2012 ini. Kehadiran anda semua membuatkan aku percaya bahawa anda sentiasa ada dikiri dan kananku. Bukan jumlah followers yang aku cari dan bukan juga komen2 yang aku nantikan tetapi cukuplah melihat pengunjung bertambah saban hari dan bagiku itupun sudah memadai. Moga-moga setiap tutur kata yang pernah mengguris hati pembaca atau kesilapan yang mungkin tak disedari dan disengajakan ketika anda membaca entri-entri didalam blog ini harap dimaafkan. In sya Allah... aku akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa segala kekurangan yang aku lakukan sepanjang berblogging dari tahun 2011 hinggalah 2012 ini. Harapan untuk tahun 2013 nanti agar tahun yang bakal tiba akan memberikan kita lebih banyak kegembiraan daripada kedukaan dan aku sentiasa doakan semoga anda semua dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik untuk terus membuka lambaran baru ditahun 2013.Teruslah menyokong dan Selamat Tahun Baru 2013 semuaaaaa!!! Yeay!!!


Sunday 30 December 2012

5 Ekor Kucing Terbiar

Kawasan perumahan aku masih sunyi hari ini, mungkin ada yang masih bercuti atau ada yang menggambil keputusan untuk kembali ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hujung tahun bersama keluarga masing-masing. Pun bagitu, keadaan itu tidak memberi apa-apa perasaan padaku cuma hari ini terasa agak pelik bilamana rumahku dikunjungi tetamu..Ohh..Perkataan "tetamu" itu maksudku adalah beberapa ekor kucing terbiar/liar yang tetiba datang dan melepak di perkarang rumah kami pagi nih. Yang sadisnya..kehadiran mereka bukan seekor atau 2 ekor tetapi 5 ekor sekaligus. Jika dicampur dengan kucing anak aku yang 2 ekor tu menjadikan kesemua berjumlah 7 ekorrrrr...Adeii...terasa geli anak tekak, nak buka pintu rumah pun rasa macam artis kene serbu huwaaaa!!!..

  Hmmm..entahlah tak tercapai akalku, kenapa pula dalam banyak-banyak rumah dikawasan nih.... kucing-kucing nih menjadikan rumah kami sebagai port utama. Haduiii...perasaan aku tetiba jadi rimas tetapi dalam masa yang sama aku tak pula cuba menghalau. Rumah aku nih tempat orang buang kucing ke pe ek? Ke kucing nih geng lepak 2 ekor kucing yang puteri aku bela tu huhu..Takpelah..bak kata Mr.hubby..kita bagi je makan..selebihnya kalau tak cukup,diaorang la pepandai carikan.Yeay! :-s

Ni le antara kucing2 yang datang bertandang..colourful dah bila tengok depan rumah aku nih..





Friday 28 December 2012

Spaghetti Pasta Mr.Hubby

Wowweee..spaghetti pastaaaaaa...mood Mr. Hubby agak baik hari nih, buka mata je trus nampak makanan di atas meja huhu..Dekat-dekat nak hujung tahun nih, makin terserlah kepelikkannya tetapi takpe, sekali sekala aku merasa air tangan dari Mr.Hubby apa salahnya..ye takk hehehe... Hmm..dah lama juga tekak aku tak makan spaghetti nih walaupun aku leh beli kat fastfood rastaurant. Al-maklumlah,nih bukan makanan favourite aku..... jadi sementara Mr.Hubby dah belikan kesemua bahan-bahan siap dengan buatnya sekali, maka aku dengan senang hati pun menjamah tanpa banyak soal. Tapi secara jujurnya,tekak aku masih belum mampu menerima spaghetti nih walaupun aku memang teringin sangat nak makan hehehe...Apa-apa pun thanks untuk Mr.Hubby yang berusaha membuat spaghetti pasta nih awal pagi tadi..we love you..Yeay!

 Nih dah ketegori pasta kosong..prego+cheese...berlemak tahap gaban, Mr.Hubby cakap sedap tapi tetap aku rasa macam makan getah hehehe...agaknya tekak aku tetak kampung kut hehehe....

Monday 24 December 2012

Merry Christmas Semua!

Wowww..bestnya Bulan December nih, travel memanjang. Yup...Aku penat tetapi aku enjoyyyy!!!..Cuti sekolah yang tinggal digunakan sebaik mungkin untuk berhibur sepuas-puasnya. Bila lagi nak berseronok begini jika tidak dimusim cuti sekolah begini hehehe.. Namun yang pasti, kemana arah kaki melangkah pun pada bulan nih, pasti aura Christmas tu terasa kerana suasana di tiap tempat adalah sama. 

Huh!..blog bersawang kerna sibuk dengan pelbagai program keluarga dan aktiviti sendiri memang menjadi perkara biasa bagi aku disetiap hujung tahun. Dan dalam masa yang agak mencemburui aku untuk berblog membuatkan jumlah entri aku bulan ini berjalan agak perlahan dan waktu untuk mengupdate digunakan untuk tidur sepuasnya setelah penat menjalani pelbagai aktiviti disiang hari hehehe..

Ye..Tinggal sehari dua jer lagi seluruh penganut beragama kristian akan merayakan hari Christmas di seluruh dunia. Bagi keluarga aku pula (ayah, ibu, adik-adikku serta kaum keluarga yang beragama kristian) walaupun Christmas tahun ini tidaklah disambut sepertimana tahun-tahun sebelumnya demi masih menghormati permergian arwah datuk, tapi tak mengapalah jika terpaksa begitu..berkumpul bersama keluarga pun sudah cukup memadai. Dan sebelum mengakhiri entri aku kali ini,dikesempatan yang ada ini ....aku ingin mengucapkan "Merry Christmas" kepada semua keluarga, sahabat handai dan pembaca-pembaca blog yang beragama kristian diseluruh dunia.Yeay!

" From home to home and heart to heart,
From one place to another,
The warmth and joy of Christmas,
Brings us closer to each other.
Merry Christmas and Happy New Year 2013"

Mr.Hubby tak ketinggalan untuk bergambar huhu

Jom main snow hehehe mood christmas ada dimana-mana..

Cuba teka kat mana letaknya snowman nih? hehehe

Jika Mr.hubby pose kat kuda tu..aku pun nak gak hehehe..

Friday 14 December 2012

Gerai Pekan Kundasang Dan Pekan Nabalu

 Bagi mereka yang meminati atau mencari barangan kraftangan,makanan ringan atau sayur-sayur serta buah-buah segar untuk dibawa balik sebagai barang kenangan,souvenir atau sebagainya,dua tempat yang seharusnya masuk dalam jadual perjalanan anda ialah melawat Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu. Jom kita singkap apa yang ada disana hehehe Yeay!

Gerai Pekan Kundasang





Gambar diatas nih adalah antara gerai makanan yang terdapat di sepanjang jalan di Pekan Kundasang. Kebanyakkan yang dijual adalah seperti sayur-sayuran,buah-buahan, makanan segera hasil penduduk tempatan dan juga bunga-bunga yang berwarna warni. Kawasan nih tetap sejuk walaupun kita melihat ada bahang matahari ditengahari, mungkin angin disekitar kaki gunung sedikit membantu menyejukkan kawasan Pekan Kundasang nih dan keadaan itu boleh dibuktikan melalui kesegaran hasil-hasil jualan penduduk disini.  Namun begitu, kebanyakkan pengunjung lebih tertarik untuk mencuba strawberry segar hasil penanaman penduduk tempatan dibeberapa gerai buah-buahan dan aku juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati strawberry segar tersebut hehe.Bagi aku harga yang dikenakan disekitar ini sangatlah berpatutan dan boleh dianggap murah, cuma harga buah strawberry jer yang rasanya boleh buat tersentap hehehe

1 bungkus strawberry harganya RM10-RM15 
(Ni untuk buah yang tak berapa sihat, size tak sekata,warna merah tak cukup powerrr dan dah ada tanda lebam hehehe..dengan bilangan jumlah  dalam satu bungkus kurang dari 10 biji <--dah cuba..rasa masam dan kelat lerrr...bukan citarasa aku)

1 bungkus strawberry gred A harganya RM20-RM30
(Ni size gajah, warna merah berseri-seri dan solid gitu, besar buah rambutan yang dah dikopek kulit dengan bilangan jumlah dalam satu bungkus sebanyak 5-6 biji huhu <--lum cuba..nampak menyelerakan tapi tak berbaloi sebab kalau beli sebungkus kene belah dua..maklummmm..dalam keta kan banyak orang hahaha..bagus duit tu guna beli durian ye takk..satu biji dah leh makan ramai2 hahaha..Perasaan aku? Tak nyesal pun kalau tak beli hehehe..)

1 bungkus strawberry salai atau kering harganya RM10-RM15
(Nih yang kene jemur ke or kene salai atas api macam ikan pun aku tak pasti ekeke.. <--lum cuba..dari pandangan mata kasar aku..satu biji buah strawberry tu telah dibelah 2 atau 4 bahagian gitu,dah dibungkus jadi banyaklah jugakkk hehehe.. yang nih lagi tak sanggup beli buat tersangkut kat anak tekak jer hehehe....faham-faham jer laa huaaaa (^,^) )

Gerai Pekan Nabalu



Gambar diatas nih lak ketika berada di Gerai Pekan Nabalu. Kawasan nih dimonopoli oleh kebanyakkan kaum Dusun yang peramah, cantik2 dan mudah tersenyum bila melihat pengunjung dari luar. Gerai-gerai dikawasan nih boleh aku katakan seperti syurga kraftangan, cenderahati, cenderamata yang wajib disinggah oleh kaum-kaum ibu, makcik-makcik, student2 pelbagai peringkat umur. Haduiii...berada cuma sejam disini pun dah boleh membuat kempis beg duit inikan pula berjam-jam. Mujurlah kali ini aku hanya datang untuk cuci mata jadi setakat tengok-tengok camtu je pun dah cukup.Tapi bila masuk kereta pandang mak, kakak dan adik..semua ada benda yang dibawa balik sebagai kenangan dan sourvenir. Nahhhh!!!..tu lah penangan Kraftangan di Pekan Nabalu kuikuikui

 Gerai Kraftangan sebelum Nabalu



Maaf aku tak pasti nih kawasan mana tetapi deretan gerai kraftangan nih boleh dilihat dan terletak beberapa kilometer sebelum sampai ke Gerai Pekan Nabalu. Deretan gerai ini lebih banyak menjual alat muzik dan kraftangan yang agak besar sizenya seperti gong tembaga, gamelan, bubu, bakul, tudung saji, beg tangan wanita  dan sebagainya. Walaupun gerai-gerai dikawasan ini tidak sebanyak seperti di Pekan Nabalu tetapi kraf-kraf yang dijual dikawasan ini juga sangat menarik untuk diwar-warkan. Pada pandangan aku..harganya juga lebih murah jika dibandingkan ditempat lain tetapi jika anda bijak, pasti harganya masih boleh dirunding hehehe..

Thursday 13 December 2012

Poring Hot Spring Sabah

Pernah dengar tentang Poring Hot Spring di Kinabalu Park,Sabah? Kalau tak silap aku tempat nih telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai World Heritage Site.Secara detailnya aku pun tak berapa pasti tetapi jika sudah sampai diSabah nih, tak lengkap kiranya tidak menjejak kaki ke Hot Spring yang terletak di Kundasang. Ohh..ini bukanlah pertama kali aku kesini tetapi merupakan kali dua dimana kali terakhir berada diHot Spring nih, kalau tak silap 3 atau 4 tahun lepas.Masa yang aku jangkakan agak sesuai untuk melihat perubahan baru hehehe..

Guys..sejujurnya perjalanan dari Kota Kinabalu hingga ke Hot Spring sangatlah menduga,disamping jalan yang berlekak lekok dan licin. Pemandu yang berani amatlah diperlukan bagi mereka yang baru pertama kali memandu ke sini. Seeloknya jangan ada teman bicara yang tertidur disebelah kerana mungkin saja kita akan terlelap dengan kedinginan udaranya hehe...Feww..ini bukan jalan menuju ke pusat bandar tetapi menuju ke kaki gunung,jadi secara logiknya..terkadang dalam kita leka melihat pemandangan indah hutan tebal, gaung, air terjun serta banyak lagi pemandangan yang bisa menarik perhatian ditepi-tepi jalan, harus diingatkan selalu agar sentiasa berhati-hati dan berawas dengan keadaan cuaca, keadaan kenderaan yang dipandu, jalan dan juga kenderaan yang bertentangan :-s..Sorry guys..aku masih trauma akan debaran bila kali terakhir berada di salah satu kawasan tanah runtuh suatu masa dulu, dimana kami sekeluarga terpaksa melalui jalan dan menyerahkan segala harapan dan nyawa kepada pemandu kami. Bukan keseronokkan bagiku bilamana terpaksa melalui dan melihat tanah kuning berbatu dan jatuh bergolek tanpa henti lalu melanggar tayar kereta dijalan raya ditambah dengan pemandangan gaung di sebelah bertentangan.Ketika itu hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya perasaan kami. Owhh..Itu cerita lama..alhamdulillah kali ini perjalanan kami ke Hot Spring berjalan dengan lancar walaupun cuaca ketika itu hujan.

Hmm.dipendekkan cerita, berjalan disekitar Hot Spring sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan disajikan dengan beberapa kolam air panas sangatlah berbaloi walaupun tiada kejutan lagi buatku hehehe... Ermm..sudah tentu juga aku dapat melihat beberapa perubahan. Dan perbezaan yang paling ketara ialah penggunaan jambatan gantung yang sudah pun digantikan dengan jambatan konkrit.Yup sebagai pelancong, aku lebih sukakan sesuatu yang unik seperti jambatan gantung. Namun begitu,aku juga bersetuju dengan langkah kerajaan untuk menukarkan kepada jambatan konkrit memandangkan jambatan gantung tersebut sudah lama, lusuh dan mungkin membahayakan pengunjung yang datang terutama bagi mereka yang membawa kanak-kanak. Ingatttt!!!...faktor keselamatan harus diutamakan dulu yeee... Yeay!

Tiket masuk ke Poring Hot Spring
Kanak-kanak : RM1
Dewasa: RM3
Yang bawah 4 tahun free yeee..

Ni tempat pemeriksaan tiket masuk, tetapi aku tengok..ada gak yang buat macam taktahu je. Lum cukup ketat kut sampai ada yang bolos dengan selamba hehe..

 Nenek dan cucu-cucunya..awet muda gituuu hehehe..

 Kakak aku yang sentiasa busy dengan handphonenya walaupun dalam tempoh percutian huhu

 Ayah dengan gaya tersendiri..ensem tak??? huhu...

 Mak aku dengan payung yang comel..jiwa remaja gitu..errr..sape punya payung nih ek???

 Adik bongsuku yang sentiasa mahu jadi watak utama dalam lensa cameraku hehehe..macholah jugokkkk <-- puji adik sendiri jap ekeke...

Menikmati alam sekitar yang masih asli..

 Gambar beramai-ramai kat jambatan konkrit..macam biasa..aku sentiasa tiada didalam gambar..lupa nak capture atau hanya abang ipar aku jer yang ada koleksi terhad tu kuikuikui...

 Berdiri penuh gaya...lihatlah jambatan gantung dibelakang tu hehe..

 Mr.Hubby dan puteriku disalah sebuah kolam mandi terbuka hehehe..

 Meh la rendam kaki beramai2 ye..owhh..jangan bimbang..air panas nih tak bertakung ye..sentiasa berganti..jadi takde kerisauan dengan masalah jangkitan kulit..Leh rendam sampai gatal2 kaki wakakaka..

 Antara photographer yang turut tak henti2 mengambil gambar..nih ler ketua rombongan yang membawa kemana aje perjalanan kami..otaiiii hahaha..nampak muda tapi sorry ekk..anak 3 dah ooiii..

Mak dan puteriku masuk jer kolam air panas ni semua orang lari..entah taktau kenapa wakaka..oiitt..gurau lerr..beri laluan lah tu...kita kan 1 Malaysia..yang dah lama merendam kaki tu,pepandai lah bangun ye huhu..

 Sebagai bukti bahawa aku juga turut merendam kaki disini..takat ambik satu kaki pun cukup lerr..takleh lebih2,sebab takut tak muat hehehe..cehhhh...

 Aku hairan..napa mak aku terikut-ikut style puteriku nih..err..angkat kaki sebelah lah pulokkk..ala-ala zaman 80-an gitu hehehe..ye..aku yang semakin comel dari hari ke hari..sedar diri jap..terlebih sudaaaaa huhu...

 Depan pintu masuk ada bermacam-macam kraftangan yang dijual..Kalau ada yang ingin membeli untuk kenang-kenangan tu,disinilah tempatnya..pilih jer gerai mana yang anda suka..nescaya ada discount2 yang diberi jika pandai memujuk ekeke..

Wednesday 12 December 2012

Trip Ke Sabah (Hari Pertama hingga Ketiga)

Bulan nih aku banyak bercerita tentang trip aku ke Sabah. Biasalah musim cuti sekolah begini,kebanyakkan blogger pun akan bercerita tentang percutian masing-masing.Dan aku juga tidak mahu ketinggalan untuk berkongsi kepada pembaca tentang percutian aku pada tengah bulan November lepas.Big family trip actually..rasanya dalam 12 orang kut hehehe..Ermm..walaupun kelewatan untuk mengupdate entri tentang percutian aku nih, itu tidak bermakna cerita aku nih akan menjadi basi. Yuhuuu..Dalam "berblogging", takde istilah basi kut hahaha..Maaflah Kepada pembaca-pembaca yang tertunggu-tunggu akan update terkini dari blog aku nih, batasan masa dan kesibukkan dengan urusan sendiri sedikit membantutkan pergerakkan blog aku 2 bulan nih.Namun begitu,apa yang ingin aku kongsikan tetap akan aku teruskan.

Buat permulaan, entri kali ini hanya akan di focus pada trip hari pertama hingga hari ketiga sahaja.Jika aku masukkan untuk aktiviti trip seminggu,agaknya entri aku nih akan menjadi sarat dengan gambar-gambar yang bakal aku tempekkan dibahagian bawah nanti.Jadi untuk menggurangkan kesesakan dalam aktiviti meloading, maka aku akan cuba sambungkan di entri yang akan datang. Untuk pengetahuan semua, sejujurnya trip kali ini adalah trip yang agak mencabar fizikal dan minda aku. Jika sebelum ini aku biasa menggunakan pengangkutan udara jika hendak ke Negeri Dibawah Bayu iaitu Sabah, tetapi atas permintaan kakak sekeluarga maka kami bersetuju untuk mencuba menggunakan pengangkutan darat iaitu dengan menaiki kereta sendiri. Untuk 12 orang yang akan menjelajah dengan bilangan 4 orang kanak-kanak dan selebihnya orang dewasa,cukuplah dengan menggunakan 2 MPV.Tetapi cadangan aku,jika size badan gedebak dan umur penumpang-penumpang semuannya matang,adalah lebih elok menggunakan 3 kereta mpv kerana merasa selesa itu adalah  keutamaan disamping mengurangkan stress dan kesakitan badan daripada berhimpit macam sardin dengan longgokan beg yang sedia ada. Sorry aku bukan biadap,tetapi sudah lumrah rakyat Malaysia jika melancong hokey, pastinya beg akan bertambah bila dah balik nanti hehehe.. 

Apa yang boleh aku katakan, perjalanan secara berkumpalan yang bermula dari bandar Miri Sarawak dengan merentasi beberapa daerah kecil Sarawak,Brunei dan Sabah pada logiknya sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Harus diingat,disamping jarak perjalanan yang menggambil masa hampir setengah hari, persediaan untuk berhadapan dengan beberapa pemeriksaan yang memerlukan cop passport disetiap sempadan Sarawak,Brunei dan Sabah juga harus dilalui. Dengan ingatan dan anggaran kasar aku ketika ini, kiraan jumlah pondok imigresen yang bakal dilalui sahaja adalah sebanyak 7 atau 8 pondok manakala 1 Tol  dan 1 sungai kecil yang perlu diredahi dengan menggunakan Feri Brunei. Keadaan ini mungkin akan melewatkan perjalanan kita jika terdapat beratus kenderaan yang turut berbaris menunggu giliran masing-masing tapi alhamdulillah family kakak aku dah mengelak keadaan itu dan perjalanan kami tersangatlah lancar.Mungkin betul, waktu yang paling sesuai untuk mengatur perjalanan bukannya pada hujung minggu tetapi diwaktu hari bekerja.Ku akui jumlah kenderaan yang keluar masuk boleh dikira dengan jari disetiap pondok pemeriksaan pada hari tersebut. Kelegaan menggunaakan kenderaan sendiri juga boleh aku katakan lebih baik berbanding dengan pengguna bas yang aku lihat sendiri terpaksa keluar beratur disetiap pondok imigresan yang dikhaskan manakala pengguna kenderaan sendiri hanya perlu mewakilkan kepada pemandu sahaja tanpa perlu keluar.Hadeiii..Bayangkan jika dalam bas tu penuh,pastinya perjalanan diwaktu subuh akan hanya berakhir di waktu malam kwang3x. 

Fewwww... aku dah kepenatan menaip,rasanya cukup dulu untuk hari ini. Tak larat rasanya nak sambung menaip lagi, ini baru trip hari pertama hingga ketiga..yang seterusnya kita sambung diepisod yang akan datang ye ngeee....In shaa Allah aku akan cuba!..Yeay!


Masuk jer Brunei, hati dah mula excited..mean dijangka perjalanan tak la jauh sangat lagi pastu. Tak lama???..aduiii...berasaplah juga punggung duduk didalam kereta tetapi apa boleh buat..inilah dinamakan cabaran huhu Aku skip dulu bahagian bercerita tentang Brunei nih ye sebab tu tempek sekeping gambar je huhu



Setelah melalui perjalanan yang agak memenatkan, dengan keadaan mata yang setengah mengantuk..tekak pula terasa kering maka kami bercadang untuk berhenti rehat dan minum tengahari di Pekan Sepitang sambil menikmati satey ayam, lembu dan perut lembu huhu..Biar bertenaga balik badan yang dah macam "ikan salai" nih hehehe...

Owhhh..sempat jer singgah ditepi2 jalan. Ini adalah antara acara favourite mak aku iaitu menapau ikan bilis berkilo-kilo..adeiii..macam la kat sarawak takde ikan bilis hahaha..Biasalah tu..aura ditempat orang nih memang lain sikit,walau setambun kat tempat sendiri masih dikatakan tak ada juga hehehe..




Antara shopping mall yang wajib diserbu bila sampai di Sabah nih ialah One Borneo.Kebetulan masuk bulan december nih, aura christmas dah bermula jadi tak hairanlah christmas tree terpacak merata hehehe..Apa tunggu lagi, inilah masanya untuk pose sakannnnn huhu....








Melawat Aquarium dan Muzium Marin yang terletak di UMS adalah tidak dirancang namun bila sampai dan melihat pelbagai spesis ikan gergasi yang tak pernah dilihat sebelum nih sudah cukup untuk membuat kami semua teruja. Part tengok ikan nih dah tentu favourite puteri dan 3 orang cousinnya..Hmm...riuhnya  tak terkata sampaikan jeritan suara mereka jer yang kedengaran ketika tu hehehe..

Followers