Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 6 January 2013

Jalan Darat Sarawak ke Sabah

Bulan lepas,kebanyakkan yang masuk ke blog aku menggunakan kata kunci yang boleh aku katakan tak jauh bezanya mengenai Trip dari Sarawak - Sabah. Hmm..dari kata kunci tersebut, aku tahu banyak dikalangan teman-teman juga baru mencuba-cuba untuk menggunakan jalan darat dari Sarawak (Miri) ke Sabah kerna itu kebanyakkan sebelum memulakan perjalanan, pasti ada yang meninjau dengan membuat "Blog Walking" terlebih dahulu hingga terjejak di blogku hehe..Tapi apa-apa pun,jangan risau..dengan mood aku yang sedang elok nih, maka aku sudi melapangkan sedikit masa untuk berkongsi dan memberi sedikit peringatan kepada anda yang pertama kali menggunakan jalan darat dari Miri-Brunei hinggalah ke Sabah. Yup walaupun itu merupakan pengalaman dan perjalanan pertamaku menggunakan jalan darat ke Sabah tetapi rasanya tak salah untuk dikongsikan bersama anda semua sebagai panduan. Yeay!!!..

Nasihat, Persediaan dan Ingatan aku untuk bakal pengguna jalan darat dari Sarawak ke Sabah.

1. Perkara pertama yang wajib diambil perhatian dahulu ialah Keselamatan anda dan Keluarga!..Ye..jangan ada yang sampai terlupa. Pastikan kenderaan yang anda guna berada dalam keadaan selamat dan baik sepenuhnya terutama bahagian tayar.Anda digalakkan service kereta anda terlebih dahulu. Pastikan tayar tak botak ye....jalan jauh kene check sampai lubang cacing, maklum cuaca lain-lain tempat berbeza jadi jalan pun ada yang rata, berlekuk, basah dan kering. Pendek kata resiko itu boleh berpunca dari apa-apa saja sebabnya, dari benda yang besar ataupun kecil . Jangan pandang remeh sebab nak cari tempat baiki kereta tepi-tepi jalan memang susah.


(Antara pondok pemeriksaan Imigresen)

2. Kedua..Passport antarabangsa atau sementara kena ada, jangan lak tak ambik port tentang part nih. Ada ke manusia yang redah jer semata-mata nak tunjuk tarer? hehehe...Lokaplah jawabnya yeeee...Luangkan masa untuk ke pejabat imigresen terdekat dan ambil pakej2 ikut mampu anda. Lebih elok buat 2 minggu lebih awal ye sebab setiap pejabat imigresen tu berbeza..ada yang boleh keluarkan passport dalam sehari dan ada lak seminggu lebih. Perkhidmatan dan kemudahan disesuatu tempat seperti daerah, bahagian dan negeri itu berbeza jadi kena bersedia dengan segala kemungkinan dan kelewatan yang tak terduga. Bagi daerah tempat aku..seminggu baru siap..Pemeriksaan passport oleh imigresen adalah sebanyak 7 hingga 8 kali sepanjang menuju ke Sabah. Pastikan tiap kali berhenti, passport anda dicop..jangan ada yang terlepas pandang soal ini. Cop itulah yang berharga hehehe..

(Borang masuk sementara)

3. Yang ketiga..Nih peringatan buat pemilik kenderaan atau pemandu utama kereta. Pemandu kenderaan harus diingat, sila bawa salinan fotostat greencard kereta yang anda pakai untuk pemeriksaan di pondok2 kastam tertentu..Dan untuk pengetahuan anda, akan ada borang yang akan diserahkan kepada anda untuk diisi disalah satu pos kawalan nanti. Ini untuk pengguna yang baru pertama kali merentasi sempadan Sarawak-Brunei, tetapi bagi yang dah biasa keluar masuk, cukuplah guna kad yang dah diberi itupun kalau belum expired kerna tempoh kebenaran tertentu sudah ditetapkan dalam kad tersebut.Untuk langkah keselamatan, bawa je fotostat greencard tu tak kira yang pertama kali atau yang dah berkali-kali hahaha..Kita takkan tahu apa yang bakal berlaku sepanjang perjalanan, jadi kenalah bijak selalu. Jangan dah separuh perjalanan baru kalut tentang greencard nih..Oh ye, adalah digalakkan juga untuk membuat pengesahan pada salinan fotostat greencard kereta anda terlebih dahulu.

Duit Brunei (Dollar)
(Feri Malaysia-Brunei)
(Salah satu Pos Kawalan Brunei)
(Nih la rupa kupon tol tu huhu)

4. Peringatan keempat...Jangan lupa sebelum berangkat kena tukarkan wang anda di money changer yang berdekatan di dalam MALAYSIA (<--jangan degil hokey! Orang brunei guna mata wang Dollar $$$$..). Kat mana kita perlu gunakan matawang Brunei? Ye..sudah semestinya kat tol Jambatan Rasau, Kuala Belait Negara Brunei Darussalam yang mengenakan bayaran wajib dengan matawang Brunei sebanyak B$3 (lebih kurang RM7.50 duit kita..adei tinggi tuuu..)dan juga di feri Brunei-Malaysia. Namun begitu, kita diberi kelonggaran untuk membayar menggunakan matawang Brunei atau Malaysia ketika berada di dalam Feri tersebut. Jika tak silap aku bagi penggunaan duit Brunei..bayaran yang dikenakan adalah sebanyak B$4 manakala penggunaan duit Malaysia pula dikenakan bayaran sebanyak RM8 rasanya hehehe..Sungai yang memisahkan Sarawak Brunei pun tak jauh mana..tengok le dalam gambar diatas tu..Dok seberang sini leh nampak seberang sana huhu

 (Letih tahap gaban)

5. Nasihat ke lima aku... Trip ini mungkin boleh dilakukan selalu tetapi bagi mereka yang kuat fizikal dan mental sahaja. Bukan sebab masalah jalan tetapi disebabkan perjalanan yang panjang dan memakan masa yang agak lama sehingga membangkitkan rasa keletihan yang teramat sangat sesudah sampai ke sesuatu destinasi. Maaf...Ini bukan perjalanan sejam dua tetapi bermula dari pagi dan berakhir pada petang hari hehe.. Bagi pengguna yang baru pertama kali memandu jalan darat nih pula, jangan panik kerna pada pandangan peribadi aku, jalanraya dari Sarawak ke Sabah adalah ditahap yang agak baik dan tidak merisaukan.

(Isi minyak di Petronas Lawas)

6. Yang keenam pula, pastikan kiraan minyak kereta anda dapat diisi di setiap stesen Minyak yang berada di Malaysia sahaja, jika tersilap tempat isi...ringgit Malaysia akan mengalir macam air je kat Negara jiran tu ekekeke..Tapi bagi mereka yang mampu atau mahu mencuba isi minyak di Brunei apa salahnya tetapi duit tu kene lah lebih banyak tukarnya ye,jangan cukup-cukup jeeeee huhu..

(Masuk je Brunei, macam-macam sms yang masuk..huhu..B.Mobile hokeyy!!!)

 7. Yang ketujuh tersangatlah ampes tetapi harus diingatkan juga iaitu untuk pengguna telefon bimbit. Adalah digalakkan anda mematikan(off) dahulu Hp anda setiap kali masuk negara jiran(Brunei), kerna bimbang nanti anda akan membuat panggilan keluar ketika dalam perjalanan sepanjang berada di negara jiran tu. Dan dah tentu jika anda leka dan terlupa satu perkara yang harus anda tahu bahawa rate yang dikenakan takkan sama dengan Malaysia. Jangan ada yang terkejut pula nanti bila lihat bil hujung bulan atau prepaid anda tetiba kong hehehe... Untuk bab ini, sesiapa saja boleh terkena..anda yang call pun boleh kene gara-gara lupa apatah lagi jika ada teman-teman anda yang tetiba call anda ketika itu. Nak jawab atau tidak itu terpulang kepada anda tetapi salam simpati buat mereka jika anda menjawab hehehe..Ingat ye...B$1 Brunei bersamaan RM2.50 duit kita ye...

Rilex2 je drive..huhu

8. Dan yang terakhir ...jangan ada pemandu yang megantuk. Pastikan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan dan dicadangkan ada 2 pandu lagi elok..dapat berganti-ganti tetapi andaikata takda..lebih elok berhenti berehat dahulu apabila terasa penat atau megantuk. Tapi bila berada di negara Brunei pasti rasa ngantuk korang akan hilang tiba-tiba sebab dikiri dan kanan kita dipenuhi dengan kereta-kereta mewah. Standard Brunei nih leh tahan gak oiiii..kecik je dunia bila seiring dengan diaorang hehehe.Walau bagaimanapun..yang pentinggg...Biar lambat asalkan selamat..

Ini adalah contoh embarkation/disembarkation form for visitor ke Brunei yer...Kad ini harus diisi bagi anda yang ingin stay di Brunei. Ketika anda masuk dan keluar dari negara tersebut akan tercatit di dalam borang ini. Bagi yang cuma melintas jer rasanya kad nih tak perlu diisi kut tetapi bergantunglah juga undang-undang negara tersebut macam mana.



Nota: Lebih elok ada antara pemandu dan penumpang reti baca tulisan jawi ketika di Brunei, ni adalah disebabkan kebanyakkan papan tanda yang dapat kita lihat disepanjang jalan adalah dalam tulisan jawi termasuk nama bangunan-bangunan dan kedai-kedai..contohnya seperti gambar dibawah..hehehe..






37 comments:

me said...

assalamualaikum.akak,sy duduk miri.plan untuk pergi sbah.bleh tau tak bajet minyak,hotel,duit makan n lain2? :) harap dpt bantu.

seripelangi said...

Waalaikumsalam dik, kalau ikut bajet minyak+hotel+duit makan dan lain2 leh cecah ribu raban gak tu sebab bergantung nak stay hotel mana,makan apa,shopping apa hehe..tapi kalau duit minyak..in shaa allah bawah RM500 untuk sehala camtu :)

Anonymous said...

Green card kreta tu ape kak..sbb mmg plan nk ke kk bln 11 ni...1st tme nk rentas sbah..kreta dr semenanjung..agak2 bpa dolar plg ok nk tukar ye

seripelangi said...

Green card tu kad hak milik kereta yang dikeluarkan oleh JPJ,jika kereta masih dalam loan tolong fotostat dan minta pengesahan daripada pihak bank tempat anda loan kereta.Hari tu kita org tukar takat RM50 je, dapat la dalam 20 lebih dolar..cukup untuk ulang alik sebab feri Temurung boleh bayar guna duit Malaysia je.Harap info ni dapat membantu.

Anonymous said...

Salam kak, kalau kita nak bawah kereta dari sabah ke sarawak untuk jangka masa yang panjang, perlukah nak buat apa2 pasal green card tu? Atau green card photocopy tu hanya untuk yang pergi balik?

seripelangi said...

Wsalam..biasanya satu salinan photocopy tu akan ditinggalkan di salah satu pintu masuk.Sebaiknya buat salinan extra sebab lain negara lain ragamnya dan ketika melancong dengan kenderaan sendiri adalah disarankan membawa greencard yang original dan fotostat.Ermm Akak pergi cuma seminggu tetapi jika untuk jangka masa yang lama akak tak pasti. Rasanya prosedurnya tetap sama kut, yang penting pastikan passport jangan expired dalam tempoh 6 bulan.

Anonymous said...

Kak, macam mana kalau kereta still loan dengan bank? Belum dapat kad original lagi...perlu tak surat pengesahan dari bank?

seripelangi said...

Seharusnya kena adalah dik memandangkan kita nak masuk negara jiran, sekurang-kurangnya ada yang fotostat dengan pengesahan original dari pihak bank pun rasanya ok kut. Kalau boleh beritahu pihak bank apa tujuan pengesahan tersebut untuk melancarkan proses urusan adik.

Unknown said...

Asslmlkm kak...nak tanya sikit,saya nk bawa kreta merentasi sempadan dari sarawak nak ke sabah...dokumen apa ye yg perlu di bawak skali?saya sambung belajar di sabah,jadi saya dok sabah dlm 2 tahun lebih la...kalau xda singgah2 ngara brunei mcm mana?

seripelangi said...

Wsalam,owh..sambung belajar..tahniah dik...Ermm sama seperti komen2 diatas, kalau ikutkan walau cuma merentasi pun kena bawa juga kad hak milik kenderaan tu and kalau masih dalam tempoh loan pastikan fotostat dan minta pengesahan dari bank siap2 bimbang nanti jika imigresen sana tak percaya pula, tapi sebab utama kita bawa pun untuk langkah berjaga-jaga dik..kang tersangkut tengah2 camane nak menjawab ngeee..

Fatin Hamizah said...

Assalam akak. Hujung bulan ni kluarga adek b'pindh ke tawau. Kereta kitorang tu loan kedai. Dokuman apa yg perlu dibawa? Mcm mana nak bayar loan untuk bulan hdpan nya? Bole ke loan kedai tu pindh ke loan bank?mcm mana yea?

Anonymous said...

Assalam sis, hujung bulan ni saya sekeluarga akan b'pindh ke sabah. Sya b'cdg nk smpai ikut jln darat. Tapi kereta saya tu masih ada loan . masalah nya,sya loan dgn kedai.. Mcm mana nak byr loan tu nanti? Ada cadangan x sis?

seripelangi said...

Wsalam, akak pun tak reti sangat bab camni tp jika boleh adik bincang dengan pemilik tempat adik loan kereta tu..biasanya kalau Bab bayar nih boleh je bank in ke account syarikat dan rasanya boleh minta kebenaran untuk mendapatkan salinan fotocopy green card,insurance dan jgn lupa minta pengesahan daripada pemilik syarikat tersebut supaya nampak lebih jelas.

Sweedi Edi said...

Assalam ..esk sy nak ke Srwk drp Sabah...setelah membaca comen@info2 diatas rasanya memang sangat berguna utk pengguna mcm sy first time menggunakan jln darat ke sana..so sy nak ucapkan tqvm atas segala maklumat diberi.Wassalam...de 4439 Pajero Sport.

seripelangi said...

Wasalam...Terima kasih kerana singgah..Harap membantu.

Anonymous said...

Salam.. sya org semenanjung.. tpi stay kt srwk... kalau nk prgi sabah melalui brunei,, adakah saya perlukan passport antarabangsa?? Atau passport yg brwrna biru tu?

seripelangi said...

Wsalam, maaf saya tak berapa pasti tapi saya ada cuba bertanya pada kakak saya yang kebetulan suaminya juga org semenanjung, mengikut kata kakak saya...dua2 passport perlu ada..passport antarabangsa untuk masuk Brunei dan passport biru pula untuk masuk Sabah, melainkan tuan/puan menggunakan fligh maka cuma passport biru diperlukan. Harap jawapan saya membantu..tq.

Unknown said...

salam kak..
Nak tanya, akak haritu guna map tak..
kalau ya, dkt mana saya boleh dapatkan map tu ye??
saya mencari map yg details dari miri ke sabah..tq kak

seripelangi said...

Wsalam, masa tu kita orang ikut family kakak jadi tak guna map. Dengar2 sekarang nih dah tak perlu lalu feri bagaii..zaman akak pergi tu still ada feri...rasanya kalau guna GPS lagi ok kut..(guna sim prepaid lagi selamat)

Unknown said...

salam,dik,saya nak trip ke sabah dari Samarahan pada cuti sekolah hujung tahun ni,saya dengar kereta yang bercermin gelap bermasalah masuk ke brunei,minta penjelasan drp adik.

seripelangi said...

wsalam..saya ada bertanyakan kepada family and kawan-kawan saya, memang ada benarnya yang kereta bercermin gelap agak bermasalah jika masuk brunei. Menurut mereka, nasib bagus aje kalau tak terjumpa polis brunei tapi sekiranya terserempak maka mereka akan escort kenderaan kita sehingga ke sempadan Malaysia semula atau senang faham, tak boleh masuk Brunei langsung.Had minimum tinted kalau tak silap 30%. Biasa dgr mereka aim kereta dr Malaysia..ye lah..kita kan lalu tmpt diaorang so pepandailah.Harap penjelasan tersebut membantu.

seripelangi said...

maaf bukan minimum tapi maximum tinted 30%

Unknown said...

asalamualaikum,ada tak jalan lain untuk kita ke sabah tanpa kita masuk ke negara brunei,senang kata dari miri terus ke sabah.mohon pencerahan,

seripelangi said...

Wsalam, maaf lambat reply...setahu saya setakat nih jalan ke sabah perlu melalui Brunei, belum ada lagi jalan yang dpt direct ke Sabah.

Anonymous said...

Salam kak,
Saya asal sarawak..kuching.tapi tak pernah lagi pergi lawas..saya bekerja di penang.tapi isteri orang sabah... plan nak balik sabah tahun ni ..flight penang- lawas....tapi nak tanya kak...kalau dari lawas ke sabah....perlu passport ke...atau pakai ic sja....tq

seripelangi said...

Wsalam, maaf lambat reply..jarang2 buka blog dah karang nih. Owh biasa kalau takat Lawas ke Sabah tak perlu guna passport, cukup guna ic je..lagipun orang local kan..jadi takde masalah agaknya guna ic..guna passport tu sebab melintas Brunei, Lawas nih dah kira lepas Brunei rasanya. Harap jawapan akak membantu. TQ

Unknown said...

Hai kak..
Sy org sbah dan bakal d tugaskan d bintulu..mau tny brpa tempoh pjalanan dari kota kinabalu ke bintulu..
Kedua kereta yg sy guna skrg adalah atas nama kakak sy..so adakah sy prlu bawa slinan ic kakak sy.
Tq

seripelangi said...

Hai dik..sorry sesangat..lepas raya baru akak buka balik blog nih..maaf menunggu lama..seperti yang saya nyatakan sebelum ini perjalanan dari Miri ke KK hampir memakan masa setengah hari..dan dari Miri ke Bintulu pula perjalanan menggambil masa dalam 3 hingga 4 jam begitu, itupun bergantung kepada pemanduan masing2..jika tak banyak halangan insyallah boleh sampai lebih cepat. Dan soal kereta pula saya tak pasti, tapi untuk lebih selamat..lebih baik bawa sekali apa2 salinan yang diperlukan supaya jika ada emergency ..boleh la dijadikan backup. Harap jawapan akak membantu.

Unknown said...

Assalamualaikun kak
Saya dari sibu. Bulan 12 ni ke sabah. Nak tnya . Ada pkai feri ke bayar mahal tak

seripelangi said...

Wsalam dik...dengar2 karang nih takde dah guna feri..tp tak pasti juga sebab post akak nih tahun 2013 dik. Lama dah tak guna jalan darat ke Sabah.

Unknown said...

Assalam..nk tanya ni..adakah ada jln shortcut utk ke sbh tanpa melalui brunei..sbb melihat pada peta sbh srwk ia agak bersambung..sprti kelantan dan thailand..utk update 2017 jln baru tanpa melalui brunei masih blm ada ke..plan nk bwk keta dari kuching ke kg sy di sbh..dan utk pengetahuan sy belum ada pengalaman ke sabah/sbh ke sarawak melalui jln darat..tq

seripelangi said...

Wsalam, setahu saya jln shortcut masih belum ada tp tak pastilah untuk tahun 2017 nih sebab post saya pun tahun 2013..dah agak lama tak lalu ikut darat nih.

Unknown said...

Terimakasih atas penerangan tersebut..tp pan borneo tu akan lalu brunei jgk ke ye..

seripelangi said...

Sama-sama :)..menurut apa yang saya dgr demi menjaga persahabatan kita di dgn negara Brunei dan kebaikkan bersama, jadi pan Borneo yang dibina dari Sarawak berhenti di sempadan Brunei dan bersambung semula di sempadan Brunei- Sabah, jadi kita masih perlu melalui Brunei untuk ke Sabah. Itu cuma apa yang saya pernah dgr sebelum ini.

Unknown said...

membantu sy utk ke negara brunei -sabah,musafir di deepawali

Unknown said...

thank you for the info

seripelangi said...

Wcome Rossa and Bibiana

Followers