Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 22 May 2013

Jom Sign-Up Churpchurp


Churpchurp ...churpchurpppp..cute kan gambar atas ni? Opss nih gambar yang aku ambil dari laman facebook Churpchurp, saja tempek kat sini buat penyeri entryku kali nih hehe..Wahai pembaca yang rajin skodeng blog aku nih, pernah ke dengar tentang Churpchurp nih?..Blur? Blinkk..blink?? ekekeke..Tak apa jika tak pernah, hari ini aku tersangatlah lapang hingga teringin untuk berkongsi dengan korang sikit tentang Churpchurp nih. Yang dah tahu tu, sila abaikan entry nih ye kuikuikui...Semangat aku lain macam sikit 2,3 hari nih..ada je benda nak share..lagipun sharing is caring hokeyyy!!

Hmm..Untuk pengetahuan korang, Churpchurp nih adalah antara salah satu web yang sangat digemari oleh para blogger Malaysia dan juga pengguna-penguna laman sosial. Yuppp...Ini adalah antara web yang paling mudah untuk menjana pendapatan dilaman-laman sosial. Tak salah aku katakan bahawa, kita juga boleh berchurp dengan celebrities di churpchurp nih, tetapi part tu korang perlu rajin baca laaa ye sebab aku tak focus bab tu hehehe...Secara jujurnya, aku juga adalah antara pemegang account churpchurp nih cuma tahap keaktifan aku agak menurun jika dibandingkan dengan mula-mula aku join churpchurp 2,3 tahun dulu. Al-maklumlah berblog nih pun ada waktunya turun naik jadi kesan-kesan diatas kemalasan yang bermaharajalela dalam badan aku nih sudah tentu tertempias pada account2 yang bersepah aku pegang..sampai tak terjenguk dan terlupa password segalakkkk!!!.... chewahhh..<--macam banyaklah pulokkk hahaha..ngegada jap...Churpchurp (^,^)

Apa yang best tentang churpchurp nih?

1. Mudah untuk mendaftar..bila join apa-apa pun kena daftar dulu so jangan lupa klik disini dan sign up untuk mendapatkan account Churpchurp anda. Isi semua apa yang perlu..kalau boleh sejujurnya ye, jangan pula guna nama dan alamat pelik-pelik kang nanti dapat cek pun nama pelik2, boleh meraung dibuatnya huhu..Untuk cashout pula jumlah minimum ialah RM100 diperlukan, jika belum sampai jumlah tersebut kenalah usaha dan terus bersabar lagi..kene keje keraslah oiiii..ingat semua free??. Jangan heran sebab kekadang bertahun-tahun baru dapat angka tersebut. Berjanggutlah tunggu jawabnya hahaha...Itu untuk yang malas nak share macam aku, kalau yang super rajin tu mesti dalam sebulan dua dah melepasi target. Waktu tu, terpulang la nak cashout ataupun nak simpan sampai berkepuk-kepuk dulu haha..

2. Yang bestnya juga, sudah tentu disebabkan duit masyukkkk!!!...Ganjaran yang diberikan oleh pihak Churpchurp tak la tinggi mana, boleh aku katakan dari serendah RM0.20 hinggalah ke RM1.00 untuk satu "campaigns" atau bahasa mudah iaitu iklan .Walaupun mendapat hanya dalam linkungan 20sen  untuk 
"per unique click" janganlah tak bersyukur pulak. Jika 20sen tu dikumpul pasti akan mencecah ribu raban jugak, dapat pulak 4,5 campaigns dalam sehari dan yang Terklik secara sengaja dan tak sengaja kempen tersebut setelah disharekan tu pulak dalam 7,8 orang untuk satu kempen di facebook, pasti tip top pendapatan sehari yang anda dapat hehe...Tetapi kenalah selalu online dan alert sebabnya tempoh ganjaran tu kekadang tak sampai sehari, nih kes semua pakat nak sharekan kempen tersebut arr..pisang goreng youuu!!!.. hehe..Harus diingatkan juga jangan sesekali buat "fraud click" ye nanti sia-sia jer usaha dan penantian korang hehe..Kita memang bijak tetapi pihak Churpchurp lagi bijak sebab dapat kesan penipuan hasil dari fraud click nih. Biasa yang tak sabar macam aku nih, mulalah gatal tangan nak klik2 sendiri kempen tu tapi bila nak cash out tetiba dapat email maut siap bagi flying kick jumpa kesalahan kita haha..Nyesal tak sudahlah jawabnya..sob..sob..sobbb...sadissss!!!

3. Sebab terakhir ialah banyak pilihan hehehe..Ini adalah antara kelebihan churpchurp...pilihan untuk kita berkongsi kempen tu agak banyak caranya sama ada dishare di facebook, twitter, blog, email, chatroom dan sebagainya.Yang penting korang rajin copy and paste jer, takpun auto sharekan je lepas tu tinggalkan bodo ngeee...Orang yang bijak sudah tentu ada cara tersendiri untuk mempromosikan kempen-kempen churpchurp nih. Lagi aktif dan banyak anda share, lagi banyak la masyukkk..itupun bergantung kepada jumlah klik unik yang anda dapat hasil dari kempen yang dibuat oleh pihak churpchurp dalam satu jangkamasa tu. Jadi, rajin-rajin la copy dan paste code-code yang disediakan di account churp-churp anda ye, selak apa yang patut. Aku? errkk..aku malas bab share-share kat FB nih..takut bersemak lak mata aku tengok tetapi account aku tetap aktif hokey cuma terpulang la kalau pihak churpchurp nak bersedekah kat aku melalui promosi manjaku ini hehehe...,makaceh churp churp ....(^,^)wink winkkk!! haha..

Kesimpulannya kat sini, kita selalu mendengar bahawa pengguna facebook, twitter, friendster dan otai-otai blogger terkenal kat Malaysia nih semuanya poket berisi disebabkan keaktifan mereka dilaman sosial sambil menjana pendapat melalui internet, jadi pernahkah anda terfikir bahawa adakah dengan Churpchurp ini juga salah satu cara mereka menjana pendapat melalui internet? hehe..Fikir-fikirkanlah yeee..nothing is impossible frenzzz..Pesanan ikhlas dari aku, jangan tamak..sikit-sikit lama-lama jadi bukit ngeee.Jaga jari jemari tu kang terklik sendiri lak hahaha...Yeay!!!.




No comments:

Followers