Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 3 May 2013

Madah Hati Terluka :-)

Kita...adalah sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya, tiada yang lebih sempurna melain manusia. Dan dengan kesempurnaan yang ada, masih Allah berikan kita hati yang tak mampu ditandingi walau cara kita berfikir, melihat, mendengar  dan berbicara. Hmm..begitu hebatnya hati kita kerna walau diketika berfikir kita sering mengutamakan kehendak hati, walau dikurniakan pengelihatan yang jelas namun masih diajar untuk melihat dengan mata hati, walau diberi suara yang merdu namun bisikan tanpa suara dari hati ke hati adalah lebih mengasyikkan, difahami dan didengari bahkan dalam membuat pilihan pun terkadang kita  mengikut naluri hati agar tidak tersilap membuat sebarang keputusan. 


Namun dalam hebat dan kentalnya hati seseorang, pasti ia tetap sesuatu yang rapuh dan mudah tercalar. Bak kata-kata yang pernah kita dengar "Dalam kerasnya hati pasti ada kelembutan". Contoh dari aku mudah...Kegembiraan takkan hilang jika hati tak bersedih, kemarahan takkan terjadi jika hati tak disakiti, hubungan takkan jadi renggang seandainya hati tak tersinggung dan aku percaya sekalipun didalam doa, airmata takkan jatuh andai hati kita tidak menangis kerana merintih kepada yang Maha Esa. Siapa pun diri anda, sentiasa fikirkan hati mereka yang ada dihadapan anda. Ingat, sekali kita melukakan hati orang yang kita sayangi ini bermakna dua kali kita menyakiti hati sendiri. Mudah untuk kita merawat hati sendiri tetapi bukan hati orang lain walaupun kita menangisi hingga ke akhir hayat hidup kita. Penyesalan itu juga bermula dari hati dan adakah ia juga akan berakhir didalam hati orang lain? :-).

Mungkin membaca entry ini sesuatu yang membosankan, namun jika tidak terkesan tak mungkin anda meneruskan. Mungkin juga semua kata-kata ini tidak berdesing ditelinga anda tetapi yang jelasnya, setiap kali diri anda membaca didalam hati pasti telingamu juga akan turut mendengar . FIkir-fikirkanlah hehehe....Yeay!

2 comments:

Anonymous said...

sy mohon izin,,dan halalkan ..sy snap gmbr kata2 di ats..
ianya memberi kekuatan pd sy wlaupn sktika cuma..

seripelangi said...

Silakan...semoga dapat membantu...terima kasih kerana singgah :-)

Followers