Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 30 April 2013

Puisi Sebingkai Gambar Lama



Tajuk: Sebingkai Gambar Lama

Sebingkai gambar lama,
Tergantung disudut dinding,
Bertahun ditatap tanpa diganggu,
Tiada disedari pautannya 
Semakin berada dihujung paku,
Dihembus angin berulang kali,
Akhirnya tak mampu bertahan lagi,
Terhempas sendiri ke lantai,
Menjadi serpihan kaca berkecai,
Yang jelas hingga tak terlihat,
Dari satu menjadi beribu,
Ahh...hati mula bersuara,
Jika dikutip satu persatu,
Pasti jarikan terluka,
Jika dikumpul berhati-hati,
Mungkin masih banyak takku temui,
Jika disambung penuh teliti pula,
Ku yakini tetap kelihatan tidak sempurna,
Dan jika diganti bingkai baru,
Masihkan aku ingin bingkai itu diletakkan disitu?
Dan aku mula tertanya sendiri,
Yang hancur itu sebenarnya memusnahkan apa?
Mataku?... Ingatanku?..Atau hatiku?


Sunday 28 April 2013

Ikan Tapah Kukus



Woweeee..nampaknya malam nih makan besarlah aku dan Mr.Hubby ye hehehe. Bukan main seronok dan bersemangat lagi perasaan aku malam nih bilamana senja tadi seorang hamba Allah dengan baik hatinya datang dan memberi seekor ikan tapah yang aku kira agak besar sizenya. Ikan nih diberi pun atas sebab dia dan keluarga tak makan ikan nih jadi daripada dibuang eloklah disedekahkan kepada yang tahu macam family aku hahaha. Hmm..Dah agak lama tekak aku tak merasa ikan nih apatah lagi ikan nih pun agak sukar untuk ditemui dan  mungkin juga ini dinamakan rezeki kami. Alhamdulillah, rasa syukur diatas rezeki hari ini tetap tersemat dihati dan aku turut mendoakan juga semoga hamba Allah yang baik hati petang tadi serta keluarga terus dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik selamanya. Dan kesimpulannya......walaupun bahan-bahan didapurku tak sempurna dan tak cukup tetapi usaha untuk mengukus ikan tadi dengan cara emak dan ayahku tetap diteruskan dan semestinya menu utama malam ini ialah   "Ikan Tapah Kukus". Masak simple pun hokeyyyy!!!Yeay!!!... 


Ikan tapah yang telah siap dikukus..yum..yum..yum..penuh dan sarat dengan bahan-bahan hehe..Aku guna bahagian ekor jer..selebihnya simpan laa dalam peti..beso sangat so pepandailah yeee..

Resepi Ikan Tapah Kukus

Ikan Tapah  
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah
1 batang serai
Halia
1 bawang besar
2,3 biji cili
1 bungkus kobis masin(jeruk)
Secubit ajinomoto
Sedikit Thai Fish sauce
2 keping asam keping
Sedikit minyak
Sedikit Bawang goreng

Cara-cara:
:
Mula-mula cuci ikan tapah tadi dengan cara merendam didalam air panas seminit dua untuk membuang lendir yang ada pada badan ikan tersebut. Kemudian cuci lagi dengan air bersih barulah dimasukkan didalam pinggan kukus. Sapukan sedikit ajinomoto pada badan ikan tersebut dan peramkan sebentar. Sementara itu hiris kesemua bahan-bahan seperti bawang merah, putih, serai(boleh juga diketuk) ,halia, bawang besar, cili, kobis dan asam tadi. Bila sudah selesai memotong dan menghiris, taburkan dan susun pada ikan tapah didalam pinggan kukus tadi. Akhir sekali masukkan sedikit Thai fish sauce dan minyak kemudian kukus. Kukus selama setengah jam atau lebih. dan kemudian taburkan sedikit bawang goreng garing. Siap bolehlah dihidang.

Nota: Dah cakap dah aku masak simple jer..main baling jer apa yang ada hahaha....Style kampunggggg...tapi tetap sedapppp!!

Thursday 25 April 2013

Ucapan Selamat Malam


Petang semalam sempat pergi site dan capture beberapa keping gambar, biasalahh..aku kan suka buat kejutan,sekali sekala aku buat surprise lah kan biar ada yang tersentap huhu. Bila kaki aku mula rasa lenguh apalagi, terus balik rumah dan macam biasa login pula salah satu website yang wajib aku jenguk setiap hariku. Halamakk..geram bercampur tanda tanya pula hati aku dibuatnya. Lepas satu..satu lak tersangkut..pening satu kepala aku jadinya. Kalau kerap sangat macam nih bila la nak settle wehhh? Kenapa tak ada arahan dan penerangan? Aduiyaiii..yang lagi sadisnya bilamana gara-gara memikirkan benda-benda simple nih, mata aku langsung tak leh lelap hingga jam 2,3 pagi. Dan effectnya sudah tentulah hari nih kannn huhu..siang tadi mata aku megantuk bagai nak rak tetapi aku gagahkan jua macam aku nih superwomen ngeeee...buat-buat cool dan hadiah daripada kehebatan aku tu, sekarang baru jam 8.21pm aku dah rasa lemah satu badan tapi sempat jer berblog sebelum dibuai mimpi hahaha..Guys..Takde benda aku nak taip sebenarnya, baik aku tidur awal memandangkan tidur itu pun ada saatnya indah hehehe..Yeay!!!.



Wednesday 24 April 2013

Garden Hotel Sibu

Yuhuu...Kebetulan, waktu nih aku rajin sikit selak gambar-gambar lama yang bersawang di dalam lappy gedebak kesayangan aku nih. Intai punya intai terjumpa pula gambar hotel yang masih belum aku publish didalam blog nih iaitu Garden Hotel Sibu huhu..Gambar nih kalau tak silap aku antara koleksi gambar tahun lepas jadi rasanya takdelah lapuk sangatkannn. Opss...sekali lagi aku tolong promotkan hotel-hotel yang aku pernah singgah dengan para pembaca semua. Nak buat macam mana..dah tu la keyword favourite para pembaca yang masuk ke dalam blog aku nih.  Patutnya pihak pengurusan hotel yang pernah aku sebut dalam blog aku nih bagi penginapan percuma kat aku sebab aku dengan rela hati mempromosikan hotel diaorang tanpa bayaran kahkahkah (<--ayat macam mintak dibalas lak tapi aku saja melawak, takkanlah sampai macam tu..rugi ler pihak hotel nanti hahaha) Hmm..rasanya dah beratus kali juga aku dok bertapa di hotel-hotel kat bandar Sibu nih. Menjadi kebiasaan, family aku nih lebih selesa menginap dihotel berbanding dirumah saudara mara. Bukan tak ada adik-beradik, cousin atau saudara kat sana punnn tapi ye laa..kita tak nak menyusahkan dan ganggu privacy diaorang jadi lebih elok stay luar jer lagipun "quality time with family" tu selalu menjadi keutamaan walau cuma kami tiga beranak. 

Oklah berbalik kepada Garden hotel nih, sejujurnya itulah first time kami menginap di hotel tersebut dan sehingga kini belum lagi berkesempatan untuk mencuba lagi. Owhh..sebelum nih asyik lalu lalang jer depan hotel tersebut jadi sekali sekala nak juga singgah. Entah kenapa waktu tu aku terlalu beriya mengajak Mr.Hubby mencuba Garden Hotel nih, mungkin juga disebabkan keinginan aku nak melihat sendiri serta meninjau keadaan dalam hotel tersebut sangat menebal kut almaklumlah aku nih kan suka promot hotel orang hahaha...Hotel nih boleh aku ketegorikan sebagai hotel bajet sebab harga yang dikenakan aku rasa sesuai dengan size bilik yang digunakan. Kalau tak silap aku waktu kami menggunakan bilik hotel tersebut harganya dibawah RM90 camtu siap ada cupon breakfast. Bangunan hotel nih leh tahan gak tingginya, kalau yang lalu jalan besar tu bangunan nih jelas kelihatan..warna hijau gitu..nama pun dah Green hotel mestilah warna tema dinding pun  hijau kannnnnn hehe..Jangan risau hotel nih terletak di tengah-tengah bandar dan aku anggap agak strategik, tempat parking tetap disediakan walaupun kawasan agak sempit. Bilik yang kami guna ketika itu pun aku rasa ada sudut keluasannya sendiri, kalau berhimpit pun tak sesak mana cuma yang tak dapat dinikmati sepenuhnya ialah pemandangan luar sebab mungkin bilik yang kami guna waktu tu berada ditingkat 2 je jadi dipendekkan cerita secara automatiknya terhalang oleh bangunan rumah persendirian. Yang aku suka tentang hotel nih pula ialah restoran dia..Pehh..nampak dari lobby macam sempit tapi bila dah masuk nampak cantiklah jugokkk..Walaupun cuma sekali duduk didalam restoran tersebut tetapi aku rasa standard dan susun aturnya sangat memikat hati dan perasaan tu macam duduk kat oversea lak sambil menikmati breakfast hahaha.. Pekerjanya juga murah dengan senyuman siap kalau kita terlupa nak guna cupon breakfast tu pasti diaorang ikut sampai kereta suruh breakfast dulu, hebat tak??? kahkahkah...Yang selebihnya aku tak perlu cerita banyak sebab kat bawah ada sedikit gambar buat anda yang ingin merasa menginap di Garden Hotel nih. Cubalah sendiriiii....Yeay! :-D

Hiasan dinding yang simple siap dengan lampu malam...

Bilik mandi nih kecil dan tak ada bathtub ye..ah tak kisah punnnn...ada atau tak janji dapat mandi huhu

Puteri kesayangan yang semangat tekan lif..dok cuma kat tingkat dua je tapi malas nak naik dan turun tangga huhu

Tak sempit mana kannnn???

Kain langsir tu langsung takleh dibuka..kang jiran sebelah nampak lak kahkahkah..

Sedikit ruang yang aku rasa agak selesa untuk bernafas hehehe...

Macam biasa..nasib selalu tak menyebelahi kami..minta queen size selalu takda jadi kena la dok katil single...ahhh takpe..janji dapat meluruskan tulang belakang aku pun dah kira hokey!

Pautan Hotel lain

Sunday 21 April 2013

Madah Keterlanjuran Kata


Kerana keterlanjuran kata-kata orang yang berilmu boleh dilihat tidak berakal, orang yang berusia pula terkadang dilihat seperti kebudak-budakkan atau hubungan yang dulunya pernah rapat mungkin juga boleh menjadi renggang kerana terlalu bersahaja bila berbicara dan yang paling menyakitkan bila orang yang pernah dikasihi tak mustahil suatu hari nanti akan dibenci. Realitinya, dari sepatah kata ringkas yang keluar dari mulut kita boleh saja memusnahkan sesuatu yang berada didalam diri dan disekeliling kita. Sememangnya,kata-kata itu  boleh menjadi penawar ataupun racun kepada sesiapa yang menerimanya. 

 Memang benar, terkadang dalam tak sedar kita terucap sesuatu perkara yang boleh mengecewakan perasaan orang lain tetapi adakah "kebiasaan" itu harus diulangi seandainya kita tahu bahawa ia mampu mengguris hati yang lain? Apa sememangnya erti rasa bersalah itu tidak pernah tercatit didalam diari hidup kita atau kelantangan dan ketelusan itu mencerminkan siapa diri kita sebenar? Setiap dari kita, Allah anugerahkan dengan sekeping hati yang sama dan dari setiap hati itu pula berbeza kekuatan dan penerimaannya. Tak semua antara kita punya hati yang kental dan tak semua juga memiliki hati yang rapuh. Itu semua terpulang kepada hak masing-masing untuk menerima dengan cara apa, namun sudah lumrah kita manusia mudah saja tercalar dan berubah hati seandainya kata-kata itu terlalu sukar untuk diterima. Jelaslah bahawa ada kalanya kata-kata itu boleh memberi senyuman dan tangisan kepada insan lain. Pendek kata,  ia mungkin boleh memberi kenangan yang hebat buat seseorang dan tak mustahil juga akan memberi kesakitan yang teramat sangat sehingga sukar dilupai sampai bila-bila. Dan persoalannya kini, diri kita mahu dikenang seperti apa dan bagaimana?

Jika benar kita bijak, gunakanlah kebijaksanaan itu dalam berbicara....Jika benar kita rasa ingin dihormati gunakanlah kematangan itu walau berapa pun usia kita...Jika benar kita mahu keakraban sampai bila-bila maka gunakanlah bahasa yang boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama manusia dan jika benar kita sayangkan seseorang itu jadi apalah salahnya kita berkata dengan perkataan yang boleh menggembirakan hati mereka. Percayalah, kita takkan ada rasa rugi bahkan kita turut rasa bahagia!..Yeay! 

Thursday 18 April 2013

Hari Jadiku Yang Ke-33


Masa cepat berlalu, tak terasa bila sekarang umurku dah mencecah 33 tahun..auwwww..terasa tuaaaa!! Hmm... Tarikh 17 April 2013 iaitu semalam merupakan hari istimewa buat diriku..owhh..setiap harijadi tiba pun aku anggap istimewa cuma perasaan dah masuk 3 series nih dah tak berapa nak seronok. Entah tak tahu mengapa perasaan tu datang, mungkin kengkawan yang sebaya aku pun merasa begitu kuttt....ker aku sorang jer yang rasa camtu? huhu..Takpelah..biar umur tua asalkan jiwa sentiasa muda hahaha..ngegada jap...wink wink winkk...!!!

Alhamdulillah dengan usia yang dah separuh abad ini, aku tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan aku untuk terus menikmati dan melihat dunia. Tiada hadiah yang lebih bermakna melainkan langkahku semakin jauh kerna nafasku masih dipanjangkan untuk bersama keluarga tersayang dan teman-teman tercinta. Setiap peluang yang diberi mungkin tak mampu ku ulangi namun sehingga ke detik ini aku menghargai segala apa yang telah diberikan didalam hidupku. Kepahitan, kemanisan dan kekurangan hidup banyak mengajar aku tentang sesuatu dan tak pernah sesekali aku sesali akan segala dugaan dan cabaran yang telah diberikan. Mungkin aku juga harus berasa bertuah kerana dikelilingi insan yang tak pernah putus-putus mendoakan kesihatan dan kehidupan aku selama ini. Terima kasih juga diatas doa dan ucapan yang menyentuh hati dihari lahirku, aku turut mendoakan perkara yang sama buat anda semua. Akhir sekali...Terima Kasih Allah..Rasa syukur yang tersemat dihati diatas rezeki yang diberikan sejak akhir-akhir ini, semoga apa yang aku dapat hari ini tidak akan melalaikan aku dimasa hadapan. 
Happy Birthday to meeeeee!!!! YEAY!!!....

Macam biasa...kek coklat lagiiii!!!..Tak pernah-pernah aku sambut birthday guna topi kertas tu, apa mimpi tah Mr.Hubby belikan kali ini lak.Tapi takpe..dah dibeli camtu maka aku pun gunakan je laaa..comel tak?ngeeeee :-D

Friday 12 April 2013

Marina Court Resort Condominium, Kota Kinabalu

 Entry yang nih hampir-hampir basi, kejap aku nak update kejap pula aku rasa tak perlu. Tetapi memandangkan ada yang pernah bertanya kepada aku tentang tempat tinggal di Sabah sebelum ini, jadi aku pun berbesar hati untuk berkongsi dengan pembaca yang ingin melancong ke Sabah. Kebetulan aku masih simpan entry dan gambar-gambar tersebut walaupun kurang jelas tetapi aku rasa cukuplah untuk melegakan anda ngeeee..Aku tak cadangkan tempat tinggal ini untuk anda yang bergerak secara solo, berdua, bertiga atau berempat kerna jumlah minimum itu lebih sesuai menyewa di hotel sahaja memandangkan bilik-bilik hotel pun kekadang ada menyediakan triple bed tetapi jika anda ingin mencuba apa salahnyakannnn. Hari ini aku bercerita tentang Marina Court Resort Apartment yang berada di Kota-kinabalu Sabah. Dan untuk pengetahuan, ini merupakan kali kedua aku mengguna apartment tersebut, jadi lebih mudah untuk aku jelaskan dan menyakinkan anda semua.Cuma untuk pendapat peribadi, aku lebih galakkan anda yang bergerak secara berkumpulan atau membawa keluarga besar untuk menyewa di Marina Court nih kerna mengurangkan kos (save bajet) daripada menyewa berpintu-pintu bilik hotel jadi lebih afdal kiranya anda menyewa satu apartment yang boleh memuatkan satu rombongan sederhana. 

Aku pun faham, jika melancong nih banyak benda kene fikir..tentang kos minyak atau pengangkutan, kos makan yang menampung berberbelas-belas perut dan extra untuk belanja lagi maka dari sudut itu kena fikirkan juga. Tentang harga apartment? Aku tak berani meletak harga disini kerna seperti biasa kadar sewa ada turun naiknya jadi untuk lebih jelas cubalah rajinkan diri google hotel a.ka apartment Marina Court ini sendiri ye. Jika anda merasakan mungkin bayaran untuk sehari agak tinggi tetapi jika difikirkan balik dengan membawa keluarga yang besar, rasanya harga itu tersangatlah berpatutan memandangkan perkhidmatan dan kemudahan apartment yang disediakan sentiasa tip top. Setiap bilik disediakan aircon termasuk ruang tamu dan andai anda rasa fedup nak makan luar..bolehlah beli mee bungkus, masak nasi, beli sayur di market dan masak sendiri. Chef-chef dalam rombongan kan banyak hahaaaa...Kedudukan apartment ini juga tersangatlah strategik dimana terletat di tengah-tengah bandar yang membolehkan anda cuma berjalan kaki ke shopping mall yang terletak disekitar ataupun ke pasar-pasar yang berdekatan terutamanya pasar basah, pasar malam dan pasar filiphine yang sememangnya menjadi tumpuan kita pengunjung dari luar. Aku juga percaya jika ada kalangan pembaca yang pernah tinggal di Marina Court Resort Apartment ini, pasti ada yang merasa seperti berada dirumah sendiri kerana susun atur dan aura apartment itu sendiri tidak jauh beza dengan rumah kediaman peribadi. Keselesaan, kebersihan, keselamatan dan aduan sentiasa diutamakan oleh pihak pengurusan.Apa-apa pun aku suka tinggal di Marina Court nih..Yeay!!!..


Pintu masuk Marina Court Resort Condominium Kota Kinabalu, Sabah. Susunan bangunan yang menarik dan tak jemu mata memandang.Security bangunan yang ketat, tiap kali keluar masuk kena tunjuk pas kebenaran. Jadi tak perlu risau akan keselamatan anda jika sudah berada di dalam kawasan bangunan ini.Jika yang konvoi macam kita orang nih kenelah pepandai ye...kalau tak parking kat luarlah sebuah kereta jawabnya huhu...

Apartment ini ada 3 bilik..Yang nih bilik yang ada katil King size kalau tak silap dan dalam bilik yang nih ada bilik air sendiri jadi takde le berebut ngan orang lain hehehe..

 2 single bed...bilik nih selesalah juga cuma malangnya hari tu aircon ada masalah so pihak pengurusan menyediakan kipas sementara. Last day..berserabuttt sebab packingggg....

Queen size...dengan pencahayaan yang menarik..Nampak selesa kan? Empuk gitu hehehe..

Buat apa tuuu? hehehe...Ni bahagian dapur, nak guna apa semua ada..kuali, sudu, pisau, gelas, cawan, pinggan mangkuk, dapur gas, sinki, periuk nasi elektrik..peti sejuk pun adaaaa. Pendek kata lengkap selengkapnya...

Meja makan yang besar,sesuai untuk yang bawa keluarga besar. Makan pun selesaaaaaa..ruang yang besar...

Ruang tamu yang lapang dengan pemandangan luar yang cantik. Errr..cuma dalam gambar nih ruang tamu nih malap sikit sebab cahaya matahari yang melampau2 so kene tutup kain tirai..panasssss... huhu

Dalam apartment nih ada dua bilik air..Jangan risau..bilik air pun dijaga dengan baik.Tiap hari ada jer cleaner yang datang dan bersihkan siap gantikan tuala lama dengan yang baru. Perkhidmatan ala-ala hotel gituuuu..

Pemandangan dari dalam bilik. Beberapa deretan apartment warna hijau yang dijadikan kediaman hak milik kekal ngeee..

Pemandangan salah satu shopping mall dari varanda apartment..lupa lak nama shopping mall tu. Cantik jika gambar nih jelas, almaklum guna camera hp je..tu pun keluaran abad ke berapa tahhhh. Sedar diri jap huhu



Pautan Hotel lain


Wednesday 10 April 2013

Statistik Entri

Hmm..hari yang cerah dan tenang, masanya untuk aku berehat di depan laptop kesayanganku sambil meninjau dan mengkaji tentang blog aku nih. Dah lama rasanya aku tak membuat Flashback!! Yup satu perkataan yang aku rasa cukup sesuai untuk menjelaskan kepada pembaca semua. Walaupun ini bukan entry yang menarik tetapi bagi aku sesuatu yang membuatkan aku bersemangat untuk terus berblog adalah dengan selalu meninjau keadaan statistik blog iaitu cuba melihat dari arah mana majoriti pembaca dan mengkaji tajuk post yang paling digemari kerana semua ini akan mempengaruhi serta meningkatkan jumlah pembaca unik didalam blog. Perkara ini bukan sesuatu yang pelik, aku yakin ramai lagi blogger-blogger kat luar sana turut membuat perkara yang sama iaitu sering membuat kajian walaupun ada sebilangannya merasakan itu tak penting. 

Pernah mendengar perkataan Search Engine Optimization atau lebih mudah disebut SEO? Menggunakan perkataan atau tajuk yang membolehkan entry-entry anda mendapat tempat di muka pertama, kedua dan ketiga dalam search Yahoo, Google dan sebagainya. Dan alhamdulillah selama hampir 3tahun berblog, beberapa entry aku mendapat tempat di muka pertama dan sekaligus mencantas kedudukan berjuta-juta entry yang wujud. Semestinya aku merasa gembira dengan pencapaian blog ini dan turut membuatkan aku percaya bahawa sentiasa ada pembaca yang sudi singgah diblog ini walaupun aku tidak meletakkan box follower. Terima Kasih kepad silent readers semua, kerana kehadiran anda membuatkan jumlah pengunjung unik didalam blog ini meningkat Mungkin masih banyak perkara yang perlu difahami dan dipelajari daripada otai-otai alam maya nih atau aku lebih perlu banyak membaca dan menkaji sendiri (^,^)...Yeay! 
Selama hampir 3 tahun berblog, inilah antara lokasi pembaca blog seripelangidivra. Walaupun aku menggunakan 98% Bahasa Malayu dalam blog nih tetapi nampaknya begitu ramai pembaca dari luar turut mengikuti blog ini. Aku percaya ada dikalangan mereka adalah penduduk Malaysia yang bekerja di luar negara. Terima kasih diatas sokongan anda semua. (^,^)

Ini adalah 10 entry terbaik blog seripelandivra yang sering mendapat perhatian walaupun sebenarnya aku hanya komen yang simple2 je hehe.. 

Tuesday 9 April 2013

Jus Carrot Collagen

Entry hari ini tentang Jus Carrot Collagen (Jus lobak merah kolegen). Owhh... Suka jer aku cerita tentang collagen kebelakangan nih ala-ala promot gitu padahal nak perhabiskan rumpai laut yang sejemput mak bagi hari tu dalam peti sejuk pun punyalah payah (<--kalau mak aku dengar ayat nih..habis aku (-,-') huhu). Gambar kat bawah pun cerita minggu lepas tapi macam biasa, mood aku ada turun naiknya jadi update pun lambat macam siput huhu. Entahlah..mungkin satu topik yang aku rasa sesuai untuk aku kongsikan bersama pembaca memandagkan nama rumpai laut nih semakin dikenali sejak akhir-akhir ini. 
OMG...Sesuewaiiiii kewwww?? (<--pengaruh bahasa bebudak zaman sekarang hahaha) Ada yang nak cuba jus nih tak? Meh aku tunjukkan caranya..Yeay!

Jus Carrot Collagen

1.Mula-mula rendam rumpai laut yang kurus cekeding tu hingga menjadi gemuk camnih, biarkan untuk semalaman. Tunggulah dengan penuh kesabaran ye ngeeee..

2. Langkah seterusnya anda masak rumpai laut tadi bersama air yang secukupnya atau guna cara aku jer..Masak air dalam cerek lepas tu tuang atas rumpai laut tadi dan kacau. Resultnya tetap sama..jadi hancur gak tapi pastikan air yang dimasak tu cukup panas untuk menggelakkan rumpai laut tadi menjadi berketul-ketul. Sekali lagi anda kena tunggu hingga collagen nih megeras seperti agar-agar atau lebih mudah disebut tunggu hingga sejuk.

Langkah terakhir masukkan jus carrot bersama sedikit air gula dalam gelas. Bagi sesiapa yang sukakan rasa susu leh la masukkan susu cair/pekat dan bubuh rumpai laut kolegen yang telah dipotong dadu atau kecil tadi secukupnya bersama ais dua tiga ketul. Nahhh..siap untuk diminum...tengok gambar tu..nampak sedap kan Jus Carrot Collagen nih hehehe..

Nota: Jus Carrot Collagen nih juga boleh diminum panas..Cuma perlu masukkan jus carrot, collagen,sedikit air panas dan susu. Rasanya lebih sedap sebab collagen tadi hancur bersama air panas tadi jadi tak terasa nak menelannya hehe..Leh cuba!

Monday 8 April 2013

Harbour View Kuching Mantap :-D

Dah agak lama aku peram gambar-gambar kat bawah nih tapi belum ada kesempatan untuk mengupdatekannya. Memandangkan kebanyakkan kata kunci yang digunakan oleh pembaca berkaitan dengan gambar bilik hotel jadi secara tak langsung aku tahu kehendak pembaca sekalian alammm hehehe..Lagipun post-post aku yang lepas antara tajuk yang menjadi tumpuan utama para pembaca atau pelancong yang ingin berkunjung ke Sarawak ialah tentang hotel. Maka dengan kelapangan masa yang aku ada, sekali lagi aku berkongsi satu hotel yang pernah dan sering aku guna bila sampai bandar Kuching,Sarawak..Beruntunglah pemilik-pemilik hotel yang aku publish dalam blog aku nih yerr, aku promot secara free (^,^). Ahh..tak kisahlah..yang penting aku tahu apa yang aku taip disini huhu..

Oklah kali ini entry aku mengenai hotel yang agak glamour bagi penduduk tempatan mahupun yang berada diluar bandaraya Kuching iaitu Hotel Harbour View.  Terletak ditengah bandar dan ini memudahkan bagi mereka yang tiada kenderaan sendiri ketika berada di bandar Kuching, shopping mall dan deretan kedai ada disekitar sahaja. Bagi anda yang ingin meninjau atau gemarkan pemandangan  pula, mungkin aku boleh cadangkan bahawa anda berjalan-jalan disekitar waterfront sambil menikmati suasana Sungai Sarawak.  Dan untuk lebih jelas lagi, hotel ini mengadap Sungai Sarawak ye jadi bagi sesiapa yang terkena bilik yang mengadap sungai tu,beruntunglah kerana pemandangan diwaktu malam sememangnya cantik. Bilik pula bergantung kepada jenis bilik yang anda pilih kerna jenis bilik itu adalah mengikut kemampuan, keselesaan dan kehendak anda..cukuplah aku katakan harganya berpatutan dengan bajet semasa hehehe..

Bagi pandangan peribadi aku pula, antara sebab aku dan Mr.Hubby suka gunakan hotel ini jika travel ke Kuching adalah kerana makanan yang disediakan untuk sarapan pagi boleh tahan sedapnya, rugi jer bagi mereka yang tak guna kupon percuma tersebut. Ohh..bukan setakat sarapan pagi, sebelum ini aku pernah berkursus dihotel yang sama dan untuk pengetahuan  hidangan makan tengahari juga tidak kurang hebatnya. Thumb up untuk para pekerja serta chef yang rajin dan begitu murah dengan senyuman. Disitu aku berikan kepujian kerana aku pernah menggunakan hotel yang lebih mewah dari hotel ini namun dari segi hidangan untuk sarapan pagi adalah agak mendukacitakan. Persepsi pertama itu penting kerana kita sebagai penghuni hotel kebanyakkan suka komen tentang makanan sebelum memberi komen tentang kekurangan bilik hotel ngeeee....Betul tak? hehehe...Selebihnya korang cubalah sendiri. Yeay!!!...


Kebanyakkan hotel yang aku guna masih pakai tv lama yang besar gedebak tuu..tapi hotel nih kira ok arr..dah tukar kepada TV LCD pun huhu

No.Telefon ada tertera pada kad pintu nih..leh la salin kalau ada sesape yang rasa nak mencuba hotel nih..

Keadaan dalam bilik yang agak luas..leh sumbat 2,3 orang hehehe..Gaya hiasan juga agak simple tetapi masih sedap mata memandang.

Bilik mandi yang bersih dan teratur...

Ni almari..kurus je kannn tapi tak pakai punnn
 hehe..

Minta queensize takde..dah penuh so guna 2 single bed pun ok..


Pautan Hotel lain
The Orcid Hotel (Sila klik)

Sunday 7 April 2013

Happy Birthday Daddy

Sepatutnya aku update entri aku semalam iaitu 6 April 2013 sempena tarikh harijadi Mr.Hubby tetapi dek kerana semalam mataku megantuk sesangat jadi rancangan aku tergendala hehehe. Dan pagi ini dengan penuh rasa semangat aku cuba menyambung niat semalam walaupun idea-ideaku agak perlahan diwaktu hujung minggu begini..Yeeeeerrr... tersangatlah perlahan!!!huhu

Okey..straight to the point je laa....semalam merupakan hari penting buat Mr.Hubby dan seperti biasanya tetap disambut dengan sederhana seperti tahun-tahun sudah. Namun setiap tahun tetap ada kelainan dan kelainan tahun ini pula bilamana Puteri kesayangan kami yang terlebih "excited". Mungkin kerna diusia begini dia sudah mampu menghafal tarikh lahir aku dan Mr.Hubby jadi permintaannya mewajibkan kek di tiap birthday tidak dapat kami elakkan. Dan lagi melucukan bilamana 2,3 minggu sebelum tu berulang kali meminta dibelikan kek harijadi untuk ayahnya. Dan untuk tidak menghampakan maka kami cuma menurut memandangkan mungkin itu saat yang boleh mengembirakan dia hehe..Disini tetiba kami merasa terkeliru bahawa sebenarnya kek harijadi ini untuk siapa? hahaha..


Apa-apa pun untuk Mr.Hubby tersayang..aku dan puteri kita selalu doakan agar abang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik sampai bila-bila. Semoga abang terus menjadi suami dan ayah yang penyayang, penyabar dan sporting hehehe..Doakan juga, apa saja yang dilakukan oleh  abang selama ini sentiasa diberkati dan sentiasa  dilindungi oleh Allah walau kemana dan dimana saja berada. We love you and Happy Birthday to youuuu! Yeay!


Gembiranya wajah Puteri dan Mr.Hubbyku nih..Pose wajib tiap tahun...ngeee..


Kek yang simple tapi tak kisahlah, yang makan pun cuma 3 orang je jadi soal hiasan nih masih boleh diletak ke tepi. Part aku rasa lawak bila Puteriku tetiba tanya " Kenapa tiap tahun kek coklat"...hahaha..Halamakkk..tak pasan lakkk..:-p

Friday 5 April 2013

Madah Kesukaran


Terkadang dugaan demi dugaan datang menerpa dalam hidup kita. Dan diantara dugaan itu, tak mustahil juga ada persamaan keinginan dengan insan lain. Kita manusia biasa, punya sejuta impian...angan-angan dan perlukan berulang harapan. Dan didalam setiap kesukaran yang diberikan, ada waktunya kita tersekat di tengah-tengah jalan ..memikirkan hati kita..hati dia atau hati mereka...Namun harus jua menempuhinya tanpa sebarang bicara. Mungkin juga keputusan untuk mendiamkan diri itu adalah jalan terbaik daripada untuk menjelaskan segala-galanya. Ya ada betulnya, apa lagi yang hendak diperkatakan sekiranya soalan yang diajukan tetap tak mampu berjawab. Yang dicari pun belum tentu diperolehi apatah lagi andai kesulitan yang dihadapi amat sukar untuk dipikul sendiri.

Tiada apa yang mampu kita lakukan melainkan menadah tangan dan terus berdoa kepada yang Maha Esa memohon diberi petunjuk diatas dugaan yang diberi. In Sha Allah, kekuatan yang lahir di penghujungnya mungkin akan mengajar kita untuk melupakan apa yang terjadi dan mengajar untuk terus melangkah ke hadapan. Bukankah Allah telah berkata dengan jelas didalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan sesekali menduga hambaNya diluar kemampuan diri. Fikirkanlah atau mungkin saja sabar dan redha adalah jawapannya.(^,^) Yeay!

Thursday 4 April 2013

Puisi Dengarlah (Buat Sahabat)


Puisi aku buat khas buat teman-teman yang sedang dalam kesulitan dalam menghadapi kesihatan mereka. Tak kira siapa pun anda atau dimana pun anda berada, sabarlah menghadapi ujian dari-Nya. Semoga apa yang anda lalui akan dipermudahkan. Yeay!


Tajuk: Dengarlah

Andai ada sepi mencuri hatimu,
Lalu terbias rasa kekurangan diri,
Hingga titis-titis airmata menemani,
Mengalir penuh rasa derita disisi,
Dengarlah kata-kataku....
Dan tenangkanlah hatimu seketika

Andai hati tercalar disebalik jasadmu
Membentuk kebencian dalam kepasrahan,
Hingga meleburkan impian terbina dahulu,
Menggores kalbu dalam tangis sesalan 
Dengarlah kata-kataku...
Dan tenangkanlah hatimu seketika

Andai terasa sinar semalam segalanya sendiwara,
Memungkinkan semua kekecewaan bermula,
Berusaha memahami tetapi masih tidak sempurna,
Hingga lemas dalam pelukan dan minda,
Dengarlah kata-kataku...
Dan tenangkanlah hatimu seketika

Dengarlah...
Kerna aku ingin bersuara,
Disebalik rasa gelapmu itu
Bermula semula seribu harapan,
Yang membawa kau terus kehadapan,
Menyambung langkah penuh jawapan,
Didalam dunia yang penuh persoalan.

Dan tenangkanlah hatimu seketika
Kerna ketika kau menangisi nasibmu,
Berjuta doa kukirimkan menemani hari-harimu,
Agar Tuhan mengurangkan segala kepedihanmu,
Biarlah aku melihat cuma ada satu,
Senyuman tenang dan ketawa gembira diwajahmu

Tuesday 2 April 2013

Kerabu Rumpai Laut Collagen


Pernah nampak benda nih? Kalau yang dok kat Sabah tu memang arr pernah nampak benda nih. Dipendekkan cerita, balik kampung aritu mak aku tak habis-habis cerita pasal rumpai laut  nih. Err..benda nih dah lama aku tau cuma waktu tu tak ramai yang mengamalkannya. Tapi awal tahun nih nampaknya rumpai laut nih semakin dikenali mungkin sebab banyak yang dok promot dan mencuba rumpai nih terutama kat FB huhu..Dek promosi yang melampau-lampau maka nama rumpai laut nih jadi glamer lak. Aku dapat benda nih pun dari mak aku jadi cuba je la buat sendiri memandangkan mak aku dah tapaukan aku sedikit rumpai kering buat aku bawa balik. Hari nih tetiba rasa nak buat Kerabu Rumpai Laut Collagen..sesaja je letak nama kerabu padahal buat pun macam buat Umai Ikan gak kalau kat Sarawak nih...Nak cuba silakan..aku siap bagi resepi lagi nih..Mudah dan senang..pejam mata jer buat hahaha..Yeay!!



Resepi Kerabu Rumpai Laut Collagen

Rumpai Laut Collagen (Jangan over banyak lak)
Udang kecil (buang kulit)
Air limau nipis (nak lagi masam perah lagi banyak)
Cili padi atau cili biasa(bergantung ngan ketahanan lidah korang)
Bawang putih dan merah 
Garam dan Ajinomoto

Cara-cara
1. Rendam rumpai laut collagen yang kering tu selama satu malam. Cuci hingga bersih dan rajin-rajinlah meramas yer..kalau yang jenis suka tukar air rendaman tu ok gak. Kurang-kurang hilang gak wangian asal tu huhu..
2. Hiris bawang merah, putih dan cili...Yang rajin menumbuk tu leh la guna alternatif tu..lenyek dalam lesung hingga hancur bahan2 tadi..aku suka cara manual jer hehee..kerat 18! ngeee...
3.Udang kecil direbus setengah masak terlebih dahulu dan toskan.
4. Masukkan rumpai laut collagen dalam mangkuk besar berserta bawang putih, bawang merah, beberapa biji cili, udang dan perahan air limau. Ohh..air limau tu jangan terlampau sedikit,biar rasa masam tapi jangan terlebih letak lak. Akhir sekali,gaul lagi perlahan-lahan dan masukkan garam dan aji secukup rasa. 
5. Dah siap digaul masukkan dalam peti sekejap,biar sejuk seketika baru dihidangkan.Mudahkannnn?


Tadaaaa...ni ler rupa Kerabu Rumpai Laut Collagen yang aku buat. Nampak sedap tak? Kalau nak makan, cubalah buat..yummmmm..yummm..yummm..sedapppp!!

Monday 1 April 2013

Makan Time!

Wohhh..cuti sekolah seminggu tak terasa berlalu. Hari nih semua bebudak dah kembali kesekolah termasuklah puteri kesayangan aku. Alhamdulillah bangun pagi tak liat sangat mungkin sebab cuti yang ada pun dia tetap bangun seperti waktu biasa. Hmm..dengan cuti pendek yang ada nih, aku mengambil kesempatan untuk membawa anak aku bersantai2-santai dikampung untuk sehari dua dan selebihnya digunakan untuk urusan peribadi dan sekaligus menapak 2 hari dihotel sambil enjoy di bandar Sibu. Sebut jer perkataan "enjoy" bermakna inilah masanya aku melayan selera tekak aku hahaha..Menambah berat dan lemak-lemak tepu ketika ditempat orang merupakan favourite aku, lebih-lebih lagi disajikan dengan pelbagai pilihan. Yerr..melayan anak tekak nih memang sangat melemaskan tetapi nak buat macam mana dah tu lah benda yang membuat aku selalu rasa teruja. Makan-makan juga ye kengkawan,kesihatan jangan dilupa..chewahhh..ngalahkan orang berdiet lak aku nih ekekeke..Apa-apa pun kita enjoy duluuuu!!!...Yeay!!

Big Apple Donut..yumm..yumm..yummm..warna warni gitu..sedap dan lembut...Rembat 6 ketul kene bayar RM17..kalau donut pasar malam beli seringgit dapat 3 ketul camtu kut kahkahkah..Bezanya sudah tentu pada kelembutan isi donut, kekreatifan idea2 dan cara pembungkusan.Thumb up BIG APPLE!..

Antara favourite aku iaitu shusi..untuk sebungkus nih harganya dalam RM10 so aku rembat 2 bungkus. Yang sebungkus lagi dah disumbat dalam perut aku dan Mr.Hubby hahaha..Biasa gak beli sushi nih tapi yang nih dah kira agak mahal berbanding yang pernah aku beli sebelum nih. Tapi takpe,nak makan punya pasal semua pun sanggup kannnnnn..huhu....

Dok lalu-lalu depan gerai dalam mall,tehidu benda nih. Baca signboard yang beso gedebak,dalam hati siap tanya halal ke tak nih? hahaha...Aduiii..berdiri lagi lama,jadi laparlah pulokkkkk..First time merasa 
"Japan Boat Takoyaki", rasanya sedap gak..ala-ala cucur bawang kut hahaha

Saja tempek gambar kari ayam nih. Aku tapau dari SugarBun sebabnya kari ayam sugarbun jer yang aku rasa sedap kalau makan kat fastfood. Pilihan utama tau kalau sampai Sugarbun hehehe.. :-D

Followers