Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 27 June 2013

Jom Sign-up Nuffnang

Sudah hampir sebulan blog ku tak "ter" dan "ber"update. Kesibukkan...kepenatan..dan "kemalasan" di tahap maksima telah menyerang moodku kebelakangan ini sehingga aku merasakan sepi itu indah hahaha.. Namun begitu setelah lama berehat berblog akhirnya hari ini aku mula duduk dan menyambung semula hobi tegarku dengan cerita-cerita dan topik-topik yang pastinya menarik buat tatapan anda semua...ngeee...menarik ke? ekekeke...Oklah dipendekkan cerita, hampir 3 tahun berblog tetapi tak pernah sekalipun aku menyebut tentang Nuffnang, mungkin kerna waktu itu aku masih lagi "newbie" jadi aku tidak mahu mengeluarkan sesuatu entri yang aku sendiri masih belum faham sepenuhnya tentang sebelok belok Nuffnang nih. Namun berbeza untuk hari ini kerana entri ini sememangnya kutujukan khas buat anda yang ingin mendekati Nuffnang. Sebenarnya ini adalah topik lapuk yang sering dikongsikan oleh blogger-blogger di seluruh Asia terutamanya Malaysia tetapi aku tetap percaya masih ada dikalangan kengkawan diluar sana masih belum pernah mendengar ataupun taktahu apakah yang membuatkan Nuffnang begitu istimewa kepada para blogger yang mempunyai account Nuffnang.

Aku yakin daripada 100 blogger pasti hampir lebih separuh daripadanya mempunyai account Nuffnang. Kenapa Nuffnang nih begitu dikenali oleh para blogger? Jawapan skema yang sering kita dengar ialah kerana Nuffnang merupakan Syarikat pengiklan yang paling berjaya di Malaysia dan juga disegani di Asia sebagai sebuah saluran yang mampu menjana pendapatan para blogger. Pendek kata para blogger bukan sekadar mengeluarkan idea didalam entri-entri bahkan turut memperolehi pendapatan daripada iklan-iklan yang disiarkan oleh Nuffnang didalam blog masing-masing. Seronokkan sambil berblog kita mampu mengisi poket sendiri walau anda berada diceruk kampung sekalipun.

Buktinya??..Mungkin anda pernah terbaca atau mendengar ada antara blogger hidupnya agak mewah walau cuma dengan duduk menaip dirumah. Jadi tak hairanlah ada otai-otai kita mampu berblog hampir mencecah 7,8 tahun lamanya hehehe..Pastinya Nuffnang adalah antara satu sebabnya kenapa mereka masih bertahan hingga ke hari ini. Jangan tak percaya pula dalam sebulan pendapatan para blogger ini serendah 5sen hingga mencecah ribu raban dan tak mustahil ratusan ribu. Yang lagi bestnya bila pihak Nuffang tidak hanya memberi pendapatan sahaja tetapi juga turut menyusun event-event yang berprestij seperti Nuffnang Blog Award dimana ia adalah acara wajib dalam kalender Nuffnang. Ini sudah cukup membuktikan bahawa para blogger juga mendapat tempat dikalangan masyarakat dan hobi berblog ini sememangnya memberikan pulangan sekiranya anda benar-benar digemari oleh pembaca dari pelbagai peringkat umur. Nasihat aku, yang penting setia dan jujur kepada Nuffnang kerana pihak Nuff boleh saja mem"blacklist"kan nama anda sekiranya anda tersilap langkah hehehe...Kenapa aku berkata begitu? Sabar...akan ku kupas di entri yang akan datang hehehe..

Jadi kepada anda yang fikirkan bahawa berblog ini hanya membuang masa, tolong ubah cara anda berfikir ye. Dan kepada adik-adik..kakak-kakak..abang-abang..pakcik-pakcik..makcik-makcik dan seluruh pembaca lama yang belum meletakkan iklan dari Nuffnang atau baru cuba membuat blog sendiri, pastikan jangan lupa sign-up account Nuffnang dan ikut setiap arahan yang dinyatakan. Letaklah code-code nuffnang anda di bahagian yang sepatutnya. Oklah..lain kali kita cerita tentang Nuffnang lagi ye,hari ini cukuplah aku ajak blogger-blogger baru ataupun blogger lama yang masih belum mempunyai account untuk sign-up Nuffnang. Aku bukan pakar tetapi sekadar berkongsi..Yeay!!


Gambar ini adalah contoh iklan yang menumpang didalam blog aku untuk 2,3 hari ini. Anda boleh lihat disudut paling atas, kanan dan sudut bawah blog aku nih. Semuanya diletakkan mengikut kehendak Nuffnang..jika bertuah anda dapat melihat kesemua iklan ini serentak dan sekiranya nasib tak menyebelahi anda..mungkin anda hanya akan melihat perkataan 
"ads by nuffnang" hehehe..Click le iklan2 tu sekiranya anda rasa menarik wakaka..



Wednesday 12 June 2013

Koleksi Kata-kata Madah Dariku

Dah lama aku perasan dan perhatikan, antara sebab kenapa blog aku nih sering dikunjungi adalah kerana terdapatnya entri-entriku yang memaparkan kata-kata dan gambar-gambar madah. Hmm... sejujurnya, di awal kemunculan blogku ini...kata-kata madah hanyalah untuk melengkapkan gambar-gambar yang aku buat dengan kaedah brush dari photoshop tetapi apabila menyedari begitu ramai tertarik untuk mendalami kata-kata dan gambar yang aku buat maka aku selitkan dengan beberapa baris ayat dan pendapatku sendiri tentang sesuatu perkara. Yup..ada masanya sukar untuk memaksudkan apa yang tersirat dan tersurat tetapi Insya Allah anda semua mampu memahaminya.

Dan petang ini..aku mula rajin mengumpul semua link kata-kata madah yang terdapat didalam Blog Seripelangidivra ini dan meletakkannya didalam satu entri khas demi anda. Mungkin dengan cara ini dapat membantu dan memudahkan anda ketika berada di blog ini. Mudahan koleksi madah yang tak seberapa dariku ini dapat menyentuh hati anda semua. Terima kasih diatas sokongan..Yeay!!!


Nota: Jika nak baca lebih lanjut..sila klik pada tajuk-tajuk yang telah aku sediakan.































Sunday 9 June 2013

Aktiviti Kami Sekeluarga

Pejam celik pejam celik, cuti sekolah selama 2 minggu terasa cepat je berlalu. Selain melihat yang lain sibuk dengan aktiviti cuti masing-masing, aku dan family turut "membusykan diri" dengan mengisi masa cuti yang tinggal hanya beberapa hari je lagi tinggal selepas ditolak dengan masa menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat. Biasalah tu..semua orang sukakan "quality time with family" kannnn dan begitu juga aku huhu..Hmm..Masa yang sesuai untuk mengurangkan rasa stress dengan bersantai-santai di tempat orang hahaha...Lagipun, aura cuti semakin seronok bila Mr.hubby juga menggambil kesempatan untuk bercuti rehat selama seminggu jadi sudah tentu banyak aktiviti yang akan dijalankan bersama.

Seperti biasa, selain balik kampung..cuti nih aku berkesempatan membawa mak dan ayah berjalan-jalan di bandar Kuching..Feww..duduk selama 6,7jam didalam kereta sememangnya sangat memenatkan tetapi bagi aku yang penting semua enjoy hehe..Yeay!!

 Kami mula memesan menu masing-masing..Semua pakat makan nasi arab kecuali mak aku jer nak makan nasi lemak di tengahari hehehe..Owhh...Makan sushi sudah semestinya wajib bagi aku walaupun hanya dapat merasa seciput jer huhu..


Menikmati hidangan breakfast di hotel..Rasa pun oklah jugaa..cuma tak banyak pilihan....ngee..Muka semua layu almaklumlah baru bangun tidur hahaha..



Dalam lif pun sempat jer bergambar haha..hebat tak adikku bila dah pegang camera?


 Shopping complex baru yang masih cantik dan bercahaya...Baru 2,3 hari je dibuka sebab tu nampak berkilau-kilau huhu...


Ketika berada di Kubah Ria area satok baru...Membasahi anak tekak dengan cendol ABC...huuuuhhh...sungguh menyegarkannn!!!


Gelagat kami bila nampak motor besar hahaha..ngegada japp..jakun pun ye jugakkk!!! ampess..


Berhimpit didalam kereta dengan penuh keceriaannnnn...layan je laaa yee...Adik aku ngalahkan photographer lakkk...

Sampai kampung jer...mak aku sempat jemur ikan keringnya..huhu..betapa padatnya aktiviti orang tua ku musim cuti nih hahaha..

Sunday 2 June 2013

Selamat Pengantin Baru Kazenku!

Macam biasa, jika musim cuti sekolah jer pasti ramai orang kat kampung aku buat majlis perkahwinan termasuklah cousin aku sendiri. Bahang dan aura majlis perkahwinan cousinku ini memang agak terasa 2,3 hari sebelum tu hingga masa untuk aku mengupdate blog pun terasa agak perlahan. Namun begitu, alhamdulillah setelah 2 hari berturut-turut saudara mara aku berhempas pulas memotong segala daging dan ayam, berhujankan peluh dan berpatah tulang megangkat segala periuk kecil hingga ke size gedebak yang ada, akhirnya majlis ini selesai dengan jaya hehe..Dan bila selesai maka banyaklah pulak gambar yang diupdate di FB masing-masing cuma jiwa aku lebih serasi untuk mengupdate di blog kesayanganku nih jer hehehe..

Oklah hari nih server kat kampung aku pun agak perlahan,rasanya cukuplah aku tempek beberapa gambar buat kenangan pada tahun ini. Dan buat Cousinku Mr.Freddy dan Isterinya Pn.Azreen..Selamat Pengantin Baru yee...aku selalu doakan kalian akan bahagian sampai ke anak cucu dan semoga ikatan ini akan merapatkan lagi silatulrahim diantara 2 buah keluarga...Dan berharap agar dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik selalu.Amin..Yang lain-lain..meh kita layan gambar-gambar kat bawah nih..Yeay!!

Aku dan makcik buat pose maut jap tepi-tepi periuk..kelasssss gituuuu!!! Malu-mulu kucing lak makcik aku nih..kwang..kwang..kwanggg...

Jangan heran lak...ni la antara pengangkutan yang kitaorang guna untuk kerumah pengantin perempuan..Malas cari tempat parking satu hal..sebab tu semua pakat naik kapal penumpang yang dah siap ditempah haha..Bederau gak bulu roma aku,almaklumlah perasaan bebudak aku dulu tak sama dengan perasaan dah jadi mak budak kahkahkah...Excited tu lebih kepada keseraman haha..

Wajah kazenku,adik dan uncleku yang sama ensem dan sama cuteeee...mantap2!

Seingat aku,  ni ler first time aku masuk kapal penumpang yang bawa pengantin...Teringan zaman bebudak aku dulu lak dimana uncle aku pun pernah guna alternatif begini pada hari pernikahannya, cuma time tu uncle aku guna bot express sebab jaraknya lebih jauh jika dibandingkan dengan perkahwinan cousinku semalam..huhu Dimana tak tumpahnya kuah jika tak ke nasi ye takk?? hahaha...Nostalgianya rasa bila menghayati suasana duduk dalam kapal nih bersama keluarga besarku hehe..

Ni le cousinku dan wifenya..cantik dengan baju pengantin berwarna ungu..sama padan dan sama cute ngeeee...1 Jun 2013!

Acara menepung tawar dirumah pengantin perempuan yang diwakili oleh makcik-makcik aku ngeee...

Saat aku,cousin2 dan auntyku mengalas perut,tak terdaya rasanya menahan lebih lama lagi..maka dengan selambanya kami pun mula membuka meja sendiri..Owww..pose istimewa untuk majalah wanita gituuuu ,itulah kata-kata dari makcikku hahaha..Banyak telur masin je atas meja tapi makannya tidak..just tunggu untuk diaggihkan jer arrr...

Alhamdulillah...dipetang Jumaat (31/05/2013) cousinku En.Freddy dan Pn.Azreen selamat menjadi pasangan suami isteri..Majlis akad nikah yang dilangsungkan sehari sebelum tu dan sememangnya Mr.Hubby turut menjadi saksi untuk majlis ini ekekeke.

Antara kazen mazenku dan adikku yang sempat bergambar bersama pengantin. Ni baru sikit jer..yang sipi-sipi banyak yang tak datang. Adoiiilaa..terlepaslah pulak nak bergambar ramai-ramai macam nih, ni ler akibatnya dok bertenggek kat tepi periuk je sampai orang pose kat dalam rumah pun tak sedar huwaaa...

Antara tetamu yang turut hadir untuk memeriahkan majlis nih.

Followers