Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 30 July 2014

Warna-warni Raya Ke-2 dan ke-3

Hmm..raya ke-2 dan 3 lain pulak ceritanya, kami lebih banyak menghabiskan hari raya ke-2 dengan menziarahi sanak saudara terdekat serta sahabat handai manakala hari raya ke-3 pula aku kembali menjadi penyambut tetamu dirumah sendiri. Alhamdulillah..secara jujurnya, aku rasa raya kali ini penuh nikmat dan aku akui rasa teruja sesangat bila berpeluang beramah mesra dengan keluarga besar serta sahabat handai begini. Ye laa...bukan selalu pun dapat begini..yang jauh dekat duduk bersama sambil bergurau senda pastinya akan membuatkan kita merasa bahagia dan terkenang sampai bila-bila. Sememangnya aura Raya tahun nih sedikit berbeza.

Didalam entry ini sempat aku selitkan beberapa gambar kenanganku bersama keluarga dan sahabat ketika beraya. Maaf andai ada beberapa tempat yang tak sempat dicapture kerna terkadang terlalu asyik berbual hinggakan terlupa hehehe Dan terima kasih juga kepada kaum keluarga serta sahabat yang sudi berkunjung ke teratak kami, mudahan ikatan kekeluargaan dan persahabatan sesama kita akan kekal selamanya.....amin. Teringat kata-kata Mr.Hubby..."Jika diberi pilihan untuk menjadi kaya..biarlah keluarga kita kaya dengan kasih sayang kerna nikmat disayangi dan menyayangi adalah lebih indah dari jutaan wang ringgit."..Hmm...sememangnya aku pun setuju, that why I love my family so much! Hehehe...Yeay!














Tuesday 29 July 2014

Cerita kami Di Raya Pertama

Yuhuuu..Selamat Hari Raya buat rakan-rakan dan keluarga yang beragama Islam. Macam mana dengan raya tahun nih,best tak?.Bagi aku la..tahun nih raya memang gempak dan best sesangat walaupun pada mulanya aku jangkakan Raya tahun nih biasa-biasa je tapi kita cuma manusia biasa,terkadang yang kita rasa tak semestinya benar hehehe...

Tahun nih aku dan Mr.hubby cuba beraya dengan bersederhana, mengurangkan apa yang patut dari tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah semua yang dihajati berjalan dengan lancar dan aku rasakan nikmat beraya dengan bersederhana nih jauh lebih seronok dan happening ditambah dengan kehadiran sanak saudara yang tak putus-putus. Peluang berkumpul bersama keluarga dan sanak-saudara begini bukan selalu kita dapat..tahun ini dengan izin dariNYA kita dapat bersama, siapa tahu di tahun hadapan kita mungkin berpisah untuk selama-lamanya jadi gunakanlah saat-saat begini untuk saling bermaafan disamping lebih mengenali saudara-saudara kita yang jauh serta dekat. 

Yup...kebelakangan ini aku memang agak keletihan menyediakan persiapan Raya namun dengan kehadiran keluarga dan sanak saudara membuatkan rasa letihku hilang bilamana hari raya kami dihiasi dengan gelak tawa bersama. Dibawah cumalah sebahgian daripada kisah atau cerita kami di Hari Raya pertama, untuk raya seterusnya Insha Allah akan diupload di entry yang akan datang.Yeay!


 













Tuesday 22 July 2014

Rayakan Minggu Depan :-D

Fuhhh...2,3 hari nih sudah cukup memenatkan maka malam nih aku ambil kesempatan untuk berehat sambil membaca blog teman-teman semua. Seronok bila membaca kata-kata yang mengusik hati dan adakalanya terkesan juga dengan kesedihan yang melanda teman-teman yang ditimpa musibah dan masalah. Yupp..Sekurang-kurangnya hilang juga stress dan penatku meyimpul popia 2,3 hari nih setelah membaca entry kengkawan blogger semua hehehe...Hmm ramai juga dikalangan rakan-rakan blogger yang dah pun membuat persediaan Hari Raya seawal mungkin dan tak kurang juga ada yang masih terkontang-kanting macam aku ni haa...sabooo je laaa...ngeee...

Saje nak citer...dekat-dekat nak raya ni, akulah orang yang paling kerap keluar masuk dapur sampai pinggang aku pun rasa lain macam hari nih almaklumlah akulah bos...aku jugaklah pekerjanya. Belum lagi bergelar chef bertauliah..baru je jadi bibik dah boleh buat aku pancitttt wakakaka...Takpelah...raya pun minggu depan jadi takyah panik sangatlah wehhh...(Hadoii..saja nak sedapkan hati padahal akulah yang paling cepat gelabah dalam family huwaaaa).

Dipendekkan cerita pula, hujung minggu lepas bukan main excited aku beli bahan-bahan untuk buat kek tapi masalahnya aku nak buat kek apa pun tak terfikir lagi. Adehhh..buku resepi pun aku tak sentuh lagi, inikan pula nak buat keknya.Yang aku beli cuma bahan-bahan basic untuk buat kek je, selebihnya aku nak campak ape dalam adunan tu? huhuhu Nampakkk??...Betapa slownya aku tahun nih kwang..kwangg..kwanggg....Sekali lagi aku cakap pada diri aku...Takpelah..rayakan minggu depan(Adehh..macam esok je rasanya Raya huwaaa...).

Guys..aku tahu walau tak selalu tapi kekadang korang juga pernah dalam situasi seperti aku. Takpelah...itu perkara biasa bila menjelang Raya. Kalau takde tekanan, masalah atau benda-benda yang mengganggu fikiran dekat-dekat nak raya macam nih, rasa macam tak seronok pulak nanti. "Hidup nie kan penuh dengan cabaran, yang sabar dan tabah sahaja mampu menghadapinya". Takpelah...Rayakan minggu depan hahaha..Yeay!

Sunday 13 July 2014

Musim durian di bulan Ramadan

Kebelakangan nih Mr.Hubby tersangatlah sibuk hinggakan hujung minggu yang ada pun cuma digunakan untuk berehat sepenuhnya dirumah. Alkisahnya minggu nih pula, kepenatan yang terasa terpaksa dilupakan dek kerana 2,3 minggu nih bila call  mak dan ayah aku kat kampung je, hampir tiap kali tu jugak la dok sebut tentang durian. Halamakkkk...musim durian pada bulan ramadan pulak dahhh, ni yang buat tak tahan nih kwang..kwang...kwangg..favourite tu wehhh!!!...

Alhamdulillah tahun nih nampaknya hasil dusun mak dan ayah aku agak baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Rasa teruja pula bila waktu berbuka petang semalam sebab dapat merasa durian hasil dari family sendiri. Nikmatnya tak terhingga dan semestinya manis dan sedap sesangat. Lagipun, musim durian bukannya selalu...kalau tak balik kampung kang tak merasa lak hasil titik peluh arwah datuk aku nih. Baiknyelah arwah atuk dan nenek aku kan, diaorang tanam untuk anak, cucu dan cicit diaorang rupanya. Dan hari nih balik rumah sendiri semestinya berbekalkan durian walaupun satu kereta rasa nak pening bila hidu bau raja buah nih sepanjang jalan hahaha..Yeay!


Antara hasil dari dusun petang semalam...hmmmm...

Sedap dan rasa sangat berlemak..Benih yang terpilih youuu..

Smart tak ayah aku bila buka durian hahaha...Menyediakan kami bekal untuk dibawa balik...

Model durian runtuh...ngeee...encem tak adik aku? :-p


Kalau bukan bulan ramadan dah tentu dalam tekak dah buah2 nih tapi sabo je la...tunggu sampai rumah dan tiba masa berbuka petang ni huhu



Thursday 3 July 2014

Salam Ramadan Al-Mubarak 2014 Yer (^,^)

Hari nih sudah masuk hari ke-5 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah...kehadiran ramadan kali ini sedikit membangkitkan rasa terujaku dan dalam masa yang sama ditemani perasaan yang sangat tenang serta gembira sehingga ada ketikanya aku merasakan puasa kali ini tak terasa berlalu. Syukur diatas rasa kelapangan yang diberikan semoga apa yang aku rasa turut dirasai oleh semua umat islam dimuka bumi ini.

Owhh..dalam keseronokkanku menyambut ramadan, seperti juga rakan-rakan blogger yang lain..masih belum terlambat untukku mengucapkan Selamat menunaikan Ibadah Puasa buat kaum keluarga,rakan-rakan serta pembaca sekalian. Semoga kehadiran Ramadan kali ini memberi seribu erti bagi kita semua. Bersihkanlah hati dari sebarang sifat prasangka, hasad dengki, cemburu atau apa saja yang boleh membinasakan hidup kita kerana semua sifat itu cuma akan mensia-siakan ibadah puasa kita. Dibulan yang mulia ini seelok-eloknya kita meluangkan masa untuk beramal pada diri sendiri dan orang lain. Disaat pintu-pintu syurga dibukakan manakala pintu-pintu neraka pula ditutup rapat jadi marilah kita sama-sama melakukan kebaikkan. Jika bukan untuk orang lain, sekurang-kurangnya kita lakukan kerana Allah dan diri sendiri. Bulan ramadan adalah bulan berganda maka setiap apa yang kita lakukan akan mendapat balasan yang juga berganda. Dikesempatan ini, aku juga ingin memohon maaf andai sebelum ini pernah menghiris hati pembaca-pembaca secara sedar dan tidak. Salam Ramadan Al-Mubarak. YEAY!



Akhirnya, setelah beberapa bulan berpeluh-peluh menyiram benih-benih semaian, pagi ini aku dapat mengutip hasilnya. Alhamdulillah syukur diatas rezeki yang diberikan dan kerana hasil-hasil ini, ia juga mengajar aku untuk berserderhana dalam berpuasa. In Sha Allah akan menjadi menu berbuka nanti.

Followers