Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 24 September 2014

Selesai Untuk Penghantaran Ke-2

Alhamdulillah....lega rasanya bila semalam penghantaran berkotak-kotak " khazanahku" berjalan dengan lancar dan diiringi dengan cuaca yang sangat cerah pada paginya berbanding hujan petir di sebelah petangnya. Syukurlah dengan izin dari-NYA, segala barang kami selamat sampai ke destinasi yang sepatutnya. Aku sedikit merasa lapang ketika ini..keletihan ku mula menurun..mindaku pula rasa tenang.. 

Hmmm...pejam celik...pejam celik dok asyik ikut Mr.Hubby transfer ke sana kemari rupanya barang-barang kami semakin menimbun dari hari ke hari..tak sedo diri betul duduk rumah orang buat macam rumah sendiri pulak hehehe...Tapi tak mengapalah, semua tu dah jadi sebahagian daripada life Mr.Hubby dan seharusnya aku dah terbiasa jika ada perkara sebegini akan terjadi cuma mungkin menjadi kejutan bagi puteri kami. Bagi aku dan Mr.Hubby jika melebihi 10 tahun berada ditempat yang sama adalah satu bonus tetapi biasanya cukup 5,6 tahun kami "bertapa", selepas itu kami hanya bersedia untuk mendengar segala kemungkinan. Rasa ala-ala migrasi gitewww ekekeke ...Kalau tak silap, selepas mendirikan rumahtangga dengan Mr.Hubby,  ini merupakan kali ke-4 Mr.Hubby berpindah tempat kerja iaitu 2 kali di bahagian yang sama dan 2 kali di daerah yang berbeza. Jika dicampur zaman bujangnya..entah-entah dah masuk kali ke 6 atau 7 hahaha...Alahai...Lepas nih entah tercampak kat mana pulak kami tapi InSya Allah kami takkan megangkut barang sebanyak ini sebabnya Mr.Hubby berpindah ke Daerah dimana tempatku membesar pula kali ini. Begitu adilnya perancangan yang diberi keatasnya...Kalau disini dia merasa berkerja dan berkhidmat ditempat sendiri dan selepas 5 tahun diarahkan untuk bekerja di tempat wifenya semula. 

Terdetik di hati ini, mungkin ALLAH ingin memudahkan kami dengan sesuatu yang tak terduga suatu hari nanti. Yup....Perancangan kami mungkin baik tetapi sesungguhnya perancangan ALLAH itu jauh lebih baik untuk kami. InSya Allah..Owh....Dan tak lupa ucapan terima kasih untuk 4 anak muda yang membantu kami bagi kerja-kerja penghantaran dan megangkat barang-barang kami semua..Thanks guys.... Yeay...

Seisi ke-2 penghantaran barang-barang kami dengan lori 5 tan..Fuhh....rasa macam tak nak keluar lak dari sini hahaha...

Tadaaaa....licin, bersih dan berseri-seri lah pulok keadaan rumah sekarang nih..Kali nih baru rasa macam duduk rumah orang hahaha...Jumaat nih keluar lerr..sabo jer laa..aku cuma nak pastikan semuanya bersih sebelum melangkah keluar sebab aku tak mahu tinggalkan rumah dengan keadaan kotor seperti kebanyakkan rumah yang pernah kami masuk sebelum ini. Takpe biarlah penat sikit sebab inilah kali terakhir aku membersih rumah nih haha..Begitu jiwangnya aku...

Wednesday 17 September 2014

Pesta Tanglung Sekolah Anakku

Jumaat lepas sepatutnya aku dah update entri baru tetapi dek kerana  kesibukkan yang teramat sangat maka segalanya tertangguh hinggalah ke hari ini. Aku letih tapi aku nak juga luangkan sejam dua untuk buat entri nih...huhu..Ye laa..kebelakangan nih mood enrty aku kebanyakkannya agak "down", sekali-sekala kita tukarlah suasana pula hehehe. Hari-hari berdrama swasta... kan dah jadi tak seronok pula...kalau ye pun agak-agak le makcik dan pakcik wehhhh. Semangat yang turun naik tu perkara biasa bagi kita manusia melainkan hati kamu terhasil dari batu jer takde perasaan camtu ngeeee...

Ok malas nak berceloteh panjang tentang perkara yang entah apa-apa..dipendekkan cerita, Jumaat lepas (12/09/2014) sekolah anakku menganjurkan Pesta Tanglung..nama pun dah sekolah cina mestilah ada sangkut paut dengan Tanglung segalak nih hehehe... Hmm..Pesta ini merupakan tahun kedua dianjurkan oleh Pihak sekolah bersama PIBG di sekolah ini, cuma tujuan kali ini agak berbeza sedikit dari tahun sebelumnya dimana selain merayakan Pesta Tanglung, tujuan asalnya adalah bagi mengutip dana untuk membina bangunan sekolah baru yang akan dibina bersebelahan dengan bangunan lama. Alhamdulillah walaupun daerahnya kecil, kutipan hasil derma yang dilakukan oleh Pihak sekolah beberapa bulan sebelum ini dan hasil pembelian tiket-tiket cabutan bertuah mendapat perhatian serta sokongan padu diluar jangkaan semua. Yup...Ramai juga insan-insan pemurah diluar sana yang sudi membantu walaupun datangnya dari latarbelakang yang berbeza agama dan budaya. Inilah dinamakan 1 Malaysia hehehe..

 Kami sekeluarga sudah tentu lega dan tumpang gembira dengan berita ini walaupun anak kami tak sempat untuk menggunakan bangunan itu nanti, sekurang-kurangnya suatu hari nanti kami nampak perubahan yang cuba diusahakan oleh pihak sekolah di daerah ini demi anak-anak bangsa. Sesungguhnya aku turut rasa bangga dengan usaha dan semangat Guru Besar serta Guru-guru yang berusaha gigih demi untuk pembinaan bangunan ini. Mereka bukan penduduk tempatan tetapi kesungguhan mereka melebihi penduduk asal disini. Dan apa yang lebih aku kagum apabila mengetahui setiap daripada mereka merupakan pemegang ijazah dari Maktab dan Universiti tetapi sanggup datang mengajar di daerah kecil ini demi untuk membantu anak-anak di daerah ini. Terima Kasih dan Salute untuk cikgu-cikgu semua.

Dan inilah cerita dan kenangan kami di malam Pesta Tanglung 2014..Yeay!..





Antara persembahan yang disertai oleh pelajar-pelajar dari Pra-sekolah hinggalah ke darjah 5, disamping itu terdapat persembahan jemputan dari sekolah menengah demi untuk memeriahkan lagi suasana Pesta Tanglung ini. Seronok lihat bebudak nih membuat persembahan, aku terkenang seketika zaman bebudakku hahaha..Dan sejujurnya hatiku sedikit tersentuh melihat persembahan anakku bersama rakan-rakannya. Betapa malam itu mereka semua bersatu hati melakukan persembahan tersebut...serasi dan kesamaan itu jelas terlihat. Berlainan daripada persembahan yang pernah aku lihat mereka lakukan ditahun-tahun sebelum ini. Aku sedikit rasa sebak. :-(


Perarakan Pesta Tanglung tetap dijalankan walaupun cuma berjalan selama 15 hingga 20 minit. Lihat tu...betapa anakku suka dengan acara begini siap beli tanglung sendiri hahaha...

Antara tetamu yang hadir..sempatlah juga ambil moment nih dari atas pentas sewaktu acara cabutan tiket bertuah.


 Antara hadiah cabutan bertuah yang disumbangkan oleh Pengerusi PIBG dimana semuanya adalah atas sumbangan peribadi beliau untuk menjayakan Pesta Tanglung sekolah ini bagi menarik minat penduduk tempatan untuk menyertai Pesta ini.....Terima kasih bebanyak kepada beliau kerana sudi berbelanja sebanyak ini demi untuk membantu sekolah tersebut. Dan alhamdulillah juga tiket cabutan bertuah telah terjual sebanyak 56k daripada 60k yang dicetak...(^,^)
.
Tadaaaa....Syukur Alhamdulillah...Puteri kami turut memenangi tiket cabutan bertuah pada Pesta Tanglung tersebut. Sekurang-kurangnya ada juga benda yang boleh menjadi kenangan bila keluar dari sekolah tersebut hehehe..Seronok la lepas nih dapat kayuh 2 basikal. Dah dapat basikal baru, basikal lama jangan dilupa yeee..huhu...



Friday 12 September 2014

Jumaat Yang Emo

Pagi ni bangun hati rasa terbang-melayang...menginggatkan hari ini merupakan hari terakhir anakku menjejak kaki kesekolah dimana tempat pertama dia menimba ilmu dan berkenalan dengan rakan-rakan baru suatu ketika dulu sudah cukup membuatkan hati ini terusik. Hmm...jika aku merasa begitu apatah lagi rasa anakku disaat ini. Melihat wajah puteriku menyembunyikkan perasaan sedihnya ketika bersarapan dan mengenakan baju serta kasut sekolah lebih meruntunkan jiwaku. Kasihan ..cuma itu yang dapat aku ungkapkan. Wajah Mr.Hubby juga agak sugul mungkin perasaan kami sama ketika melihat wajah Puteri tersayang kami pagi ini. 

Apa yang lebih menyedihkan aku bila Mr.Hubby balik dari menghantar anak dari sekolah pagi ini terserempak dengan Gurubesar  dan beliau telah menyuarakan hasrat bahawa sekolah ingin membuat jamuan perpisahan khas untuk kami sekeluarga.Nampak? Kenapa kami begitu berat hati sebegini? Yup..Sekolah tempat anakku belajar mungkin jauh terpencil, sukar dari segala-galanya namun aku dan Mr.Hubby selalu memuji sikap para guru yang begitu bersungguh-sungguh dalam semua segi termasuk hal-hal kecil seperti kami. Jarang ada sekolah yang ingin membuatkan jamuan perpisahan untuk murid melainkan untuk guru.Jika disambut pun mungkin untuk satu kelas tapi disini berbeza kerana perpisahn ini akan dihadiri oleh satu sekolah dimana ibu bapanya juga turut dijemput hadir. Aduhhh....tak terbayang olehku bila saat itu tiba. Moga waktu itu kami sekeluarga akan menjadi tabah dihadapan mereka semua. Apa-apa pun terima kasih semua Huwaaaaa....

Hadiah perpisahan yang akan anakku berikan disekolah pagi ini kepada setiap seorang rakan sekelasnya dan guru kelas yang amat disayanginya sejak dia berusia 6 hingga 9 tahun. Hanya itu yang mampu kami berikan berbanding ilmu yang telah dicurahkan oleh gurunya serta keceriaan yang menemani hidup anak kami selama ini ketika anak kami bersama rakan-rakannya.



Saturday 6 September 2014

Yang pertama selesai, yang ke-2 menyusul :-)

Seminggu gumpul-menggumpul nih sudah cukup mencabar minda dan badanku....Arghhh!!!...penat, sakit satu badan dan megantok yang teramat la "luar biasa" hinggakan terkadang aku rasa fed-up sesangatttt...Ni la akibatnya bila dok rumah kerajaan buat macam rumah sendiri, beli semua benda sampai tak hingatttt....Perasanlah sangatttt...huhu. Yang gov ni pun satu hal, kalau suka sangat nak suruh orang pindah randah, sediakan le perabot rumah secukupnya, bukannya dibiarkan kosong atau dah setahun menetap baru hantar perabot. Bila dah pindah macam ni, kita pula yang parah dibuatnya..kalau tak beli kang tidur dan duduk atas lantai memanjang (-,-') . Boleh je kalau nak buat camtu tapi untuk tetamu aku pula rasa tak sedap hati dibuatnya tambah-tambah bila ada yang datang ingin bermalam dirumah.

Hmmm..dipendekkan cerita, 2/3  perabot-perabotku dah pun selamat "diexport" terlebih dahulu kedestinasinya hari Isnin lepas tapi masih aku merasakan bahawa banyak lagi yang perlu aku masukkan dalam kotak. Tambah memeningkan bila memikirkan ahad nih aku terpaksa ajak Mr.Hubby travel ke Kuching untuk selesaikan urusanku pula. Aduhhh...busynye la otak and badan aku 2 minggu nih, siang badanku keletihan berkemas..malamnya pula terpaksa menahan mata dan memerah otak megadap kertas-kertas yang bertimbun diatas meja. Waktu ini aku hanya mampu berdoa dan berharap agar segalanya dipermudahkan.  What to do guys..kedua-dua ujian ini datang serentak pada masa yang tak sesuai, jika urusan kerjaku cukup membuatkan otak aku stress..perpindahan mengejut ini lebih membuatkan aku stress tapi Insya Allah aku mampu hadapinya kerna aku percaya "Allah tidak akan membebankan hambaNya melainkan lingkungan kemampuannya"...Cara aku mudah...hindarkan segala perasaan negatif atau orang yang selalu membuat kita down and positifkan diri kita. Thanks pada mak dan ayah sebab sudi datang membantu anakmu disini dan menjaga puteriku untuk 2,3 hari akan datang..Muahhh! Love both of u hehehe...Yeay!

Antara perabot yang aku rasa perlu di export terlebih dahulu sebelum aku dapat mengemas benda yang halus mulus huhu...semak satu rumah wehhh...macam tongkang pecah daaa..Apa-apa pun alhamdulillah penghantaran yang pertama selesai yang ke-2 menyusul ye hehehe

Kotak-kotak untuk penghantaran ke-2 sebelum rumah dikosongkan sepenuhnya...huwaaaa...Tinggal kenangan


Followers