Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 26 February 2014

Api Besar Menjadi Lawan :-/

Hari nih mood melayang-layang walaupun masih banyak benda yang lagi elok boleh difikirkan. Hmm....kesan dari peristiwa malam tadi membuatkan aku rasa sedikit fobia. Dan Part yang paling aku tak suka dan jangka  jika sesuatu peristiwa itu terjadi disaat Mr.Hubby keluar daerah atas urusan kerja. 

Kenapa aku naik hanginnn hari nih???
Baca ye..
7.20pm aku dan Puteri tersayang baru jer selesai makan malam. Plan malam tu dah siap semua kerja rumah anak nak tidur awal sebabnya Mr.Hubby takde kat rumah so tak suka tercongak-congak depan tv malam-malam berdua. Lum pun sempat duduk aku dengar HP aku ada bunyi msg masuk...jeng jeng jenggggg...

0732pm jiran sms aku dan hint aku agar jangan terkejut bila tengok tak jauh dari belakang rumah mereka berdekatan dengan jalan raya utama ada api...Oh..sentap jap tapi as usual ye..aku rilex jer, tak menjangka sangat tapi dalam hati tetap berteka-teki kalau kecil takkan jiran aku nih sampai text aku. Dalam aku membaca text-text tu, aku terfikir nak skodeng dari tingkap bilik belakang je. Omaiiiigoshhhhh...jantungku macam nak tercabut, dan aku cuba menginggati bahawa dalam 8 quarters di kawasan nih cuma rumah aku dan jiran yang text aku tu yang berpenghuni, yang lain-lain semua travelling termasuk Mr. Hubby. Gelisah tahap gaban aku dibuatnya dan sepantas kilat aku dan puteriku mencapai kunci motor dan mula merempit malam-malam ke lokasi yang berdekatan padahal jalan kaki pun boleh cuma aku rasa seram nak jalan kaki, kalau guna motor aku tak sempat nak fikir apa-apa ngeee.....

Dan kenapa aku takut??...
Sebab area perumahan aku memang dikelilingi pokok-pokok hutan dan sudah tentu musim kemarau nih menambahkan lagi masalah...yang lagi aku malas nak fikir...air paip pun kurenggggg..siapa tak takut oiii...!!!...Of coz aku rasa kesian gak tengok yang datang membantu terpaksa meredah segala semak samun dan cuba memadam api dengan menggunakan kayu panjang sebagai alternatif lain untuk memadam api-api kecil daripada terus merebak. Jiran aku siap berangkut beberapa baldi air kut sebab dah terlalu risau sesangat bila nampak api semakin marak. Payahkan bila tiada balai bomba yang diletakkan di dalam satu-satu daerah tu, nak tak nak terpaksa menggunakan cara tradisional gak hehe..Tapi alhamdulillah berkat kerjasama daripada Pihak polis, JPAM, Pegawai Daerah dan beberapa kakitangan kerajaan serta orang perseorang yang melalui kawasan kami nih, akhirnya api tu dapat dipadamkan dalam masa 2 jam. Syukurlah..

So Moral of the story guys...
"Bagi anda yang naik motor, kereta, basikal atau jalan kaki ...TOLONG jangan sesekali buang puntung rokok yang masih bernyala atau berasap di tepi jalan sebab anda takkan tahu bahawa perbuatan kecil daripada anda akan menjadi masalah besar kepada orang lain!!!..
Orang kata "Api kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawannn.."..
Eeeee!!!!....stress!!!...Takkan itu pun nak kene ajar??? huwaaa...

Api kecil ditepi jalan yang mulanya membuatkan kami rasa panic..Terpaksa suluh guna kereta tau sebab kawasan nih memang kawasan hutan...

Nih lah jadinya bila api bertembung dengan angin...nampak pokok kat sebelah tu?..Hari nih dah rentung dah punnn...Aku nak bernafas pun dah tak selesa berdiri kat situ...dengan bahang dan asap yang berkepuk-kepuk camnih siapa yang tak takottt???



Nota: Nih pengalaman kali ke-2 belakang rumah terbakar hokey walaupun lokasinya berbeza..jangan salahkan aku kalau aku hangin sikit untuk entry kali nih..sebab puncanya memang nyata..Jom makan oat dengan air Milo panassss....yummy!!...


Tuesday 25 February 2014

Tips-tips Ke Singapore a.k.a Kota Singa

Dah 2,3 bulan berlalu, aku masih terfikir untuk memberikan beberapa tips buat pembaca yang ingin melancong ke negara jiran kita iaitu Singapore,walaupun aku tahu dalam alam maya nih dah berdozen tips yang sama. Biasalah tu..semua blogger pun kalau balik dari melancong jer pasti pakat nak tempek tips-tips kat blog masing-masing..perasan tarer pun ye gak termasuk aku kahkahkah..tapi bak kata orang "tempat dituju itu mungkin sama bezanya adalah pengalaman kita"..tol tak??? Dan sejujurnya guruku juga adalah para blogger yang ada di alam maya ini kerana mereka begitu bermurah hati berkongsi pengalaman masing-masing sehingga mengajar aku sesuatu. Oklah malas membebel panjang, moh kita kaji tips-tips yang aku berikan mudahan akan membantu anda semua dimasa yang akan datang terutama bagi anda yang baru pertama kali ke Kota Singa... (^,^)

Tips - tips ke Singapore

Tips Pertama
1. Tips pertama nih memang penting sesangat jadi aku tak galakkan korang skip tips yang nih sebabnya dunia semakin canggih dan luas bila adanya internet. Jadi tanya je Pakcik Google pasti keluar berbilion tips cuma terpulang kat korang untuk "merajinkan" diri membacanya. Dari pandangan aku para blogger yang pernah mempunyai pengalaman ke sesuatu tempat tu tak pernah lokek untuk berkongsi pengalaman mereka jika dibandingkan kita bertanya kepada orang yang kita kenal di keliling kita. Alasan aku jelas, sama ada kita cuma mendapat separuh jawapan yang memerlukan kita lebih banyak menebalkan muka untuk bertanya ataupun cuma memberi perasaan yang menyeramkan hahaha... Guys...Realiti memang macam tu and its happen to me hahaha...Nak rasa selesa, just google dan baca pengalaman orang...

Tips Kedua
2. Tips kedua korang perlu selidik serba sedikit tentang undang-undang negara tersebut. Jangan memandai-mandai nak redah camtu jer kerana seperti yang sedia maklum Singapore nih sebuah negara yang agak ketat dengan undang-undangnya dan pasti dendanya juga agak berat jika anda tertangkap jadi AWAS ye. Banyak benda yang kita tak boleh buat sebenarnya kat negara nih seperti Jangan buang sampah, jangan bawa chewing gum, jangan meludah, jangan bawa rokok...semuanya jangan..jangan dan jangan huhu...Korang jangan rasa fedup lak hahaha...Dalam kita bersuka ria jangan sampai terlupa batas-batas di negara orang. Bak kata pemandu kami tempoh hari "Nak masuk Singapore mudah yang penting kita just ikut peraturan."

Tips Ketiga
3. Sediakan passport antarabangsa korang awal-awal dan untuk langkah keselamatan sila pastikan passport tersebut belum expired sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh anda berangkat. Tolong alert bab nih sebab kita tak mahu ada teman-teman kita tersangkut dan mengalami masalah di imegresen antarabangsa kwang..kwang..kwangg....Kes nih leh melibatkan kedutaan hokeyyyy...Oh ye..untuk pengetahuan juga Visa tak diperlukan masuk Singapore kuikuikui...Dan sebelum aku terlupa, imegresen mana tah bila passport dah dicop, pegawai tersebut akan keluar dan nama kita dipanggil sorang-sorang ala-ala semak kehadiran awal pagi time old skool gitewww ekekee..Just nak pastikan muka kita sama macam gambar dalam passport tu kut padahal tak tengok sangat pun wajah-wajah keriangan kami nih hehehe...(Aku teka jerrr...ngeee) Samalah juga dengan kad pengenalan dan dokumen kelahiran anak-anak ye..jangan sesekali ditinggalkan sebab semua akan diminta sebaik sahaja passport anda dicheck.

Tips Keempat
4. Macam biasa kalau nak ke negara orang duit mesti ready awal..sikit ke atau banyak ke itu semua terpulang kepada kemampuan anda. Dan diingatkan sekali lagi adalah lebih afdal sekiranya anda dah tukar siap-siap kat money changers yang ada dinegara kita supaya sampai sana tak tercari-cari lak nanti. Bab buang masa macam tu bukan acara favourite ketika kita melancong yeeerrr jadi disarankan agar anda tukar je dinegara sendiri supaya tak pening bila sampai negara jiran. Kalau kat KL dan Johor berlambak money changers yang ada, tinggal korang jer kene pepandai pilih mana rate yang paling rendah.

Tips Kelima
5. Jangan lupa isi borang Embarkation/Disembarkation untuk visitor sekalian alammmm..Borang nih biasanya dah disediakan oleh pihak pengurusan jika anda menggunakan bas, flight, teksi, van persiaran, chauffeur dan bagi anda yang menggunakan kenderaan sendiri boleh ambil di kaunter imegresen hehehe..Isi segala detail yang diperlukan dan sentiasa sediakan pen didalam beg anda untuk aktiviti camnih. Nak tunggu giliran kang nanti ada yang tertinggal bas ekeke..baik korang sediakan awal-awal sebabnya isi 1 borang tu kurang-kurang ambil masa 10 minit untuk sorang ye. Kalau taktahu tempat nak tuju kat Singapore tu..tulis jer perkataan "Woodlands" hehehe...Oh ye tolong simpan keratan separuh yang diberi kat kita tu baik-baik sebab akan dikembalikan bila kita balik nanti.

Tips Keenam
6. Bagi yang muslim, gigihkan diri Google awal-awal lokasi kedai makanan halal sebabnya sampai sana kita jadi was-was untuk menjamu selera tetapi Singapore masih banyak tempat pilihan jadi rasanya takda masalah sangat kut cuma yang baru menjejak kaki jer rasa agak stress sikit bila cari port makanan halal nih hehehe..Untuk pengetahuan juga, para blogger juga selalu berpesan untuk membawa botol kosong dan air mineral sendiri sama ada untuk menghilangkan dahaga ataupun untuk kegunaan time kita jenguk bilik Dr.TAN..kita tak biasa guna tisu-tisu nih ekeke...harap maklum yeee...kalau tak faham lantak korang laa hahaha

Aku rasa tu jer tips yang penting kut..yang lain-lain takde la membebankan fikiran sangat. Moga sedikit tips-tips dari aku nih dapat membantu pembaca dimasa yang akan datang.  Jika ada persoalan jangan segan-segan bertanya ye. Pengalaman aku sikit jer tetapi In Sya Allah jika saya tahu, saya cuba untuk menjawabnya. Apa-apa pun selamat melancong buat anda yang bakal ke Singapore..Yeay!





Monday 17 February 2014

Hobi Baru Puteriku

Semenjak Mr. Hubby dapat menangkap beberapa ekor Ikan Talapia Sungai sewaktu banjir awal tahun nih, keterujaan Puteri kesayangan terhadap ikan nih semakin menjadi-jadi. Sekali sekala terbit juga rasa kasihan dihati, aku cuma dapat meneka...mungkin ini sememangnya hobi baru puteriku ataupun disebabkan tiada adik-beradik lain untuk bermain ketika dirumah maka dia lebih suka melayan karenah ikan-ikan di dalam aquarium setelah habis masa belajar. Owhh..itu cuma gerak hati seorang ibu ..normalkannnn?? hehehe..

Hmm...Dah berminggu puteri kesayangan asyik buka cerita tentang ikan. Hujung minggu lepas, Mr. Hubby dan aku bercadang hendak membawa puteri kesayangan kami menjenguk kedai aquarium yang terdapat di bandar Sibu sambil di dalam hati masing-masing sibuk ingin menghadiahkan seekor anak ikan buat puteri tersayang. Almaklumlah anak sorang jadi ibu bapa mana yang tak terkesan setiap kali melihat anak meminati sesuatu tambah-tambah lagi anak manja...Hadoiii...memanjakan sangat sampai kering..hambikkkk!!!...Apa-apa pun...kami dapat melihat wajah teruja puteri kami setelah mendapat ikan-ikan ini. Semoga hobi baru ini dapat mengajar dia untuk lebih menghargai sesuatu. Melihat dia tersenyum gembira sudah cukup membuatkan kami juga lega..Yeay!!!!....(^,^)


Anak Ikan Arowana yang diamanahkan oleh Mr.Hubby kepada Puteri kesayangan untuk menjaganya. Harga ikan nih RM150 seekor..adehhh...beli basikal baru lagi elok :-s . Dah masuk kali ke-3 dah bela ikan nih tapi bila size lengan jer semua menyahut seruan hadoiii...harapnya yang nih bertahan lebih lama juga...

Nih lak hadiah aku buat puteriku..Biasalah tu..aku beli yang murah-murah jer...Bajet ciput hahaha...RM20 untuk kaloi Putih dan RM35 untuk kaloi Sabah...Nape aku pilih Ikan kaloi? Nostalgia you...Ikan kaloi nih ikan belaan arwah nenek aku dan juga antara ikan belaan ayah zaman aku bebudak lagi hehehe..Jangan ada pulak pembaca yang kempunan ikan kaloi kat sini ..drama...drama..dramaa...ekekeke...


Friday 7 February 2014

Hotel Four Points By Sheraton Kuching

Dalam kesibukkan, aku cuba mencari masa terluang untuk mengupdate entry baru. Hmm.. Terasa awal tahun nih agak mencabar bagi aku tetapi In Sya Allah apa pun rintangan dan cabaran yang diberi, pasti boleh aku hadapi chewahhh hehehe.. Buat hari ini, aku cuba berkongsi sebuah lagi hotel yang pernah aku duduk baru-baru nih. Biasalah tu,dalam aku sibuk menguruskan tugasan sendiri pasti aku juga sentiasa ada sesuatu untuk dikongsi bersama pembaca semua. Guys..aku memang suka promot free nama-nama hotel dalam blog aku nih, dah jadi macam "habit" pulak dooohh hehe...Moga info yang aku beri dapat membantu anda semua.

Dipendekkan cerita, "Terbang" ke Kuching tengah bulan lepas secara mengejut memberi kesempatan untuk aku merasa sebuah lagi hotel yang agak gah di bandaraya Kuching. Bangunan 12 tingkat yang terletak lebih kurang 2km dari lapangan terbang baru nih sememangnya agak menyerlah jika dilihat dari jauh. Sebuah hotel yang diketegorikan sebagai hotel 4 bintang dan sememangnya membuatkan kita selalu terfikir tentang bayaran yang dikenakan. Syukur sesangat, kebetulan sewaktu aku kesana..hotel ini telah membuat promosi "hot deal" jadi aku segera mengunakan peluang yang ditawarkan. Sekali sekala nak juga merasa hotel mewah..uishhh..mewah ker??? Prasantannn jer lebih aku nihhhkannn..kalau tak pasal hot deal tu jangan harap aku dapat merasa hotel nih ekekeke.....

Sewaktu di Four Points aku menempah sebuah bilik Comfort Room dengan tersedianya sebuah king bed. Owh..alasan aku memilih hotel nih sebabnya berdekatan dengan Lapangan terbang yerr.. memandangkan aku sampai dibandaraya Kuching diwaktu malam jadi aku tak larat nak duduk dalam taxi untuk beberapa minit lagi. Cukuplah sehari di Kuching kerana waktu itu aku tidak merancang apa-apa jadi selesai kerja aku akan balik secepat mungkin. Yup perjalanan yang cukup memenatkan kerana tengahari esoknya pula aku perlu segera mengejar masa untuk kembali ke airport sebelum tersentap daripada kerugian tiket...hamboiii...berkias youuu hahaha... Bagi pandangan peribadi aku...hotel nih memang besar dan agak luas tetapi jangan risau, takkan sampai tersesat haha..Sayangnya waktu aku sampai didepan pintu Hotel Four Points nih agak lewat sekitar jam 10.45pm, dan keadaan di lobby hotel pula sudah lengang jadi teserlah kesunyiannya yerrr..maka secara tak langsung nikmat masuk hotel tu tak terasa sangat maksudnya takde gelagat manusia yang perlu kita hadapi ekeke. Semasa urusan check-in dan check-outnya pula, segalanya berjalan dengan lancar dan cepat ditambah dengan kemesraan yang cuba dipamerkan oleh pekerja hotel itu sendiri  hingga membuatkan hilang megantukku :-D.

Masuk je dalam bilik terasa segar pula bijik mata, setiap sudut yang aku pandang membuatkan mata aku semakin seronok menikmati susun atur bilik..Kalaulah puteri kesayangan aku ikut bersama ketika tu pasti dia dah melompat-lompat kegirangan ala-ala kanak-kanak rebina atas katil tu hehehe..Hmm..simple,cantik dan luas itulah 3 ayat yang aku dapat simpulkan. Aku rasa bagi anda yang masih was-was untuk singgah ke hotel nih, tak perlulah fikir banyak kali kerana kepuasan itu pasti kita dapat setelah kita berada disini cuma pepandailah cari waktu "hot deal"nya ye melainkan korang memang nak bayar lebih je. Bagi aku semua itu ikut kemampuan korang..Oklah..selebihnya anda nikmatilah gambar-gambar di bawah ye...Jom cuba Hotel Four Points By Sheraton di Kuching.Yeay!!

Klik SINI untuk hotel lain


Luas dan cantikkan?..Warna pun tidak terlalu menjolok mata jadi stress aku hilang seketika kuikuikui..

Nih style yang jarang aku jumpa sebelum nih..dinding bilik mandi nih bersebelahan dengan katil...Kalau yang bawa family atau kengkawan tu...nak mandi pun rasa lain macam hahaha...kang orang kat luar lak nampak tapi sebenarnya kaca tu tebal gak..tak nampak apa pun selain cahaya..huhu...




Tadaa..bilik mandi yang sangat luas..terdapat 2 bilik mandi iaitu satu tempat korang nak berendam dan satu lagi untuk sesiapa yang biasa mandi air paip atau "air bunga"..ikut korang la...tapi bilik mandi nih memang luas..siap ada penimbang berat digital lak tu kat bawah sinki..Hadoii..rasa macam insaf seketika lepas tengok berat badan sendiri hahaha..Apa motif letak penimbang berat badan dalam hotel ek? (^,^)..Tapi ok gak..tu la kelainannya kut...Sorry lupa capture penimbang tu haha..



Followers