Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 15 April 2014

Kek Birthday Kami :-D

Hoho..Bulan April tiba jer, Puteri tersayang hari-hari 'hint' tentang kek birthday yang bakal dia jamah bulan nih..Aiyakkkk!!!...bebudak memang macam ni ke???...Dan aku sebagai mama tersayang dan tercinta kepada budak nih sememangnya rasa nak muntah hijau pula bila kene sound hampir tiap hari, almaklumlah dengan mood kami yang tengah turun naik memikirkan kesihatan ibu membuatkan kami rasa tak teruja langsung nak celebrate birthday tahun nih. Namun kerana tak mahu mengecewakan perasaan Puteri kami maka aku dan Mr.Hubby sedaya upaya mencari kek seperti yang di idamkan kwang..kwang..kwangg...Yang kelakarnya...sejak budak nih reti tengok kalender, kek birthday menjadi kek wajib disediakan setiap kali tarikh birthday menjelma. Adoiii....mujurlah aku dan Mr.Hubby sambut harijadi sama bulan kalau tak pengsan tiap bulan tunjuk muka depan pintu kedai kek huwaaaa...

Apa-apa pun, alhamdulillah sekali lagi kami bersyukur kerna dalam keadaan yang kelam-kabut, huru hara  dan segala perasaan runsing serta celaru yang menerpa di minda, aku dan Mr.hubby akhirnya kami masih tetap dapat menyambut majlis harijadi secara serentak, simple dan sederhana bagi tahun 2014 nih, itupun berkat desakkan puteri tercomel kami hehehe...Doaku untuk saat gembira begini biarlah hanya ALLAH yang mendengar tetapi aku tetap berharap agar semua pembaca terus mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga ye...Muah!..Thanks all....Yeay!!...  


Modal tak berbayar...fesyen rambut terulung zaman 2014...kehkehkeh...

Wajah Mr.Hubby yang sedikit stress sepanjang 2,3 minggu nih hehehe..tetapi kami tetap buat pose istimewa tauuu ekekeke......layannnnn....

Tak reti nak pose camne tapi yang penting tangan aku nampak gebu dan sihat sesangatttt!!!!.. Nyampah ahhh hehehe...

Habis hampir separuh...tapi yang separuh lagi entah bila akan habis ....

Friday 11 April 2014

Moga Cepat Sembuh

Salam all.....Dua minggu nih agak tak keruan bila memikirkan kesihatan ibu mertuaku yang telah dimasukkan ke hospital baru-baru nih. Namun begitu, alhamdulillah dan syukur sesangat kerana setelah hampir 5 hari ditahan dihospital akhirnya dibenarkan keluar tengahari semalam. Hatiku kembali lega mendengar berita itu setelah beberapa hari berulang-alik dan dalam waktu yang sama terkejar-kejar masa dengan jadual persekolahan anakku dan lebih stress apabila semua berlaku ketika Mr. Hubby terpaksa bertugas beberapa hari di luar daerah.

Yup aku akui bahawa aku kepenatan beberapa hari ini tetapi semua itu bukan menjadi penyebab untuk aku melupakan tanggungjawab aku sebagai anak dan menantu. Let me first say that my mother-in-law are the best woman on earth after my own mother!. She was very kind, patient, selfless, loved her family so much and sometime funny. Separuh dari perjalanan hidupku ditemani dengan kehadiran wanita tabah ini, jadi sudah tentu aku cukup beruntung mengenali seorang lagi ibu yang begitu banyak mengajar aku tentang sesuatu. Bagiku, dia mungkin tidak mempunyai apa-apa tetapi kaya dan mewah dengan kasih sayang dan thanks juga buat mak mertuaku kerana segala sifat itu telah dimiliki oleh Mr.Hubby hehe..Apa-apa pun, kami sentiasa doakan kesihatan mak akan pulih seperti dahulu. We love you Mak!..

And guys...aku mungkin negatif jika berbicara tentang nyawa tetapi pesanku usah membandingkan nyawa kita dengan berapa lama usia orang lain kerna ia milik ALLAH. Syukurlah kau mampu bernafas untuk sehari lagi kerana kematian itu bukan cuma berpunca dari sakit tua sahaja. Sedangkan bayi yang baru lahir juga Allah boleh tarik nikmat itu, inikan pula kita yang telah separuh usia begini jadi seandainya masih ada peluang, teruslah berusaha untuk menggembirakan kedua orang tua kita kerana mungkin saat itu takkan berulang lagi dalam hidup kita nanti. Yeay!


Nota: Thanks kepada nurse yang mengajar cara suntikan insulin harian yang betul kepada ibu mertuaku sebelum keluar tengahari semalam. Penerangan yang panjang dan In Shaa Allah dapat aku fahami dengan mudah. Sedikit sebanyak mengajar aku dalam sesuatu yang aku tak fahami sebelum ini.

Dan buat Sahabatku Julia yang kini abangnya dalam kondisi koma yang aku kira telah melebihi seminggu, aku serta keluarga sentiasa mendoakan semoga kalian terus tabah dan sabar menerima dugaan ini. Besarlah juga harapan aku agar para pembaca blog ini untuk sama-sama mendoakan abang kepada sahabatku ini. Kita mungkin mungkin tak pernah mengenali tetapi In Shaa ALLAH doa kalian dapat memberi keajaiban, kelapangan dan ketenangan kepada keluarga dan pesakit itu sendiri. Terima Kasih.


Wednesday 2 April 2014

Berbelanja di Pasar Serikin

Cuti sekolah selama seminggu digunakan sebaik mungkin, apa lagi kalau bukan masa untuk bersantai bersama keluarga. Perjalanan panjang dari Sibu ke bandar Kuching dengan menaiki kereta sendiri selama 7,8 jam memang cukup memenatkan, inikan pula jika perjalanan bermula dari depan pintu rumah sendiri yang rasanya boleh memakan masa setengah hari dengan cuma duduk didalam perut kereta sahaja. Fuhhh...terkadang kesabaran amat diperlukan jika ingin memulakan perjalanan sejauh ini tetapi In Sha Allah semua tidak akan menjadi rungutan sekiranya rancangan itu memudahkan kita ditempat orang. 3 hari 2 malam berada di Kuching memang sudah mencukupi bagi kami sekeluarga bahkan jika diberi pilihan tempoh had masa tertentu untuk bermalam di Kuching, aku kira tempoh itu sudah lebih dari cukup. Bimbang nanti akan timbul rasa bosan tambahan pula bandar Kuching bukan tempat asing bagi kami sebelum ini. 


Rancangan ke Kuching kali ini adalah bertujuan untuk ke Pasar Serikin iaitu pasar yang terletak di perkampungan kecil orang Dayak-Bidayuh yang lebih kurang 15Km dari Bau dan 80km dari Bandar Kuching. Kedudukan pasar ini mungkin agak terpencil tetapi untuk pengetahuan semua Pasar Serikin ini merupakan salah satu tempat favourite para pelancong dari dalam dan luar negara, tak hairanlah keadaan disitu agak sesak bila menjelang tengahari tambahan pula cuma beroperasi pada hujung minggu sahaja. Antara barangan yang terdapat disitu adalah seperti kain, baju, telekung, anyaman, perkakas dapur, beg tangan, minyak wangi, jam, bantal, makanan, souvenir dan sebagainya. Fuhhh!!!..banyak lagi yang terdapat disini, pendek kata "poket penuh pun leh jadi kempis" bila sampai sini hehehe.. Oh..buat pengetahuan pembaca juga, Pasar Serikin ini merupakan pasar yang terletak di sempadan Malaysia dan Indonesia jadi tak hairanlah peniaga disini dimonopoli oleh orang Indonesia tapi jangan risau tentang keselamatan kerana aku boleh nampak sendiri para pegawai-pegawai kita yang bertugas di Pasar Serikin tersebut sentiasa berlegar-legar sambil mengawasi dan memantau pergerakkan peniaga-peniaga tersebut. 


Oklah..aku malas nak cerita panjang lebar cuma buat kengkawan yang berhajat ke Sarawak atau ke Bandar Kuching, aku boleh tolong cadangkan kepada anda selain Kampung Budaya, sila masukkan jadual ke Pasar Serikin didalam jadual perjalanan anda kerana aku yakin anda takkan merasa sia-sia setelah berada disini. Jika nak berbelanja sepuah hati atau cuba tawar menawar dengan penuh "Gaya"  maka di Pasar Serikinlah tempatnya hehehe..Pasti anda akan merasa teruja sebaik menjejak kaki ke Pasar Serikin nih kerana disini terdapat berpuluh-puluh gerai kecil tetapi semuanya akan memberikan senyuman dan kenangan kepada anda. So..nak merasa belanja ditengah panas sambil peluh membasahi dahi, meh la datang Serikin..Dan aku..pastinya akan datang lagi ke sini....Yeay!!....



Nota : Sorry aku terleka bershopping sampai lupa nak capture gambar hehehe....errr..rasanya aku dah pernah buat entry tentang Serikin nih tapi tak pasti aku dah delete atau tak sebabnya entry aku dah cecah sampai 368 entri jadi aku malas nak tengok satu per satu hehehe...layan jer laaaa..




Followers