Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 26 May 2014

Cuti Demam pulak!

Hmm...dekat-dekat nak cuti nih, anak aku pulak deman. Yup...dengan keadaan suhu badan yang masih panas, selsema dan batuk maka pagi ini aku dan Mr.Hubby bercadang untuk membawa anak kami ke klinik dan merehatkan dia sementara waktu. Buat pertama kalinya tahun ini anak aku terpaksa menggambil cuti sakit walaupun berkali-kali dia menyatakan sebelum tidur semalam bahawa dia tak mahu ponteng sekolah. Apa-apa pun anakku sayang, we know the best for you. Setinggi manapun mahumu, kesihatan adalah yang paling utama. Tunggulah sihat dahulu baru ke sekolah ye sayang. Rajin anak mama ni..sejok hati mama dengar hehehe  Yeay!

Megantok selepas minum ubat....Rehat dulu ye sayang...


Waktu puteriku tertidur diruang tamu selepas makan ubat, sempat aku menjenguk tanaman belakang rumah untuk seminit dua. Dalam risau mengenang kesihatan anak, ada juga benda yang membuat aku tersenyum sendiri.

Ngehh..ngehh..ngehh..seronok nampak daun jagungku segar-bugar.Harapnya jagungku berbuah segar juga.

Tak sabar tunggu tomato berbuah..sabarlah wahai hati huhu

Sempat petik pucuk timun untuk digoreng pagi nih,harapnya berbuah banyak seperti tahun sebelumnya hehehe...




NOTA: Petang semalam menerima berita yang kurang enak didengar dari seorang sahabat. Salah seorang classmateku sudah pergi buat selama-lamanya akibat barah paru-paru. Owh...ini bermakna sudah 2 orang classmateku meninggal dengan keadaan kami sebagai bekas rakan sekelas masih belum bersedia untuk  mendengar berita sebegini apatah lagi keluarganya sendiri.. Hmmm...aku turut rasa sedih mengenangkan nasib teman yang masih terlalu muda untuk menghadapi keadaan sebegini. Sesekali kehilangan mereka menyedarkan dan menginsafi diri bahawa ajal ini sememangnya datang tak mengira usia.Jika sampai waktunya,maka pergilah kita. Oleh itu pembaca yang budiman...cubalah sedaya upaya untuk meluangkan masa dan berbakti kepada orang yang kita sayangi dan menyayangi kita kerana ada dikalangan kita mungkin tak sempat pun untuk berbuat demikian.


Friday 16 May 2014

Selamat Hari Guru 2014

Hari Guru tahun nih, puteri kesayangan 'request' kaw-kaw kat aku. Alasan 'tiap kali Hari Guru tak pernah beri hadiah pada Cikgu, tahun ni nak ucap dan beri hadiah kenangan untuk Cikgu' akhirnya membuatkan aku setuju untuk menurut kemahuannya. Hmm..tak terlintas difikiranku bahawa dia merasa agak kecewa kerana tidak berkesempatan untuk menghadiahkan sesuatu pada gurunya sebelum ini apabila melihat rakan-rakan lain telah berbuat begitu. GUYS...apa lagi yang hendak aku jawab kerna aku juga pernah berada dibangku sekolah dan aku faham perasaan puteriku andai itulah kata-kata yang cuba diungkapkannya. Bagi aku, walaupun ketika usia begini dia masih memerlukan bantuan ibubapanya tetapi sekurang-kurangnya aku nampak kesungguhannya untuk menghargai usaha guru-guru yang cuba mendidiknya selama ini. Jauh disudut hati, sebagai ibu sudah tentu aku merasa bangga melihat bagaimana cara dia menghargai seseorang diusia begini.

Apa-apa pun dikesempatan ini, aku juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Guru-guru yang pernah mendidik aku dizaman persekolahanku dulu.Jika bukan kerna anda semua mungkin aku tak mampu membuat blog ini atau mengatur perjalanan hidupku dengan sempurna seperti hari ini. Tak ketinggalan juga buat kakak tersayang yang telah lama menjadi tenaga pengajar di Miri, saudara-mara, sahabat handai dan semua pembaca blog ini yang bergelar seorang guru. Didiklah anak-anak murid anda seikhlas mungkin kerana usaha andalah yang membuatkan mereka menjadi orang berguna suatu hari nanti.
Selamat Hari Guru 2014. Yeay!

Yup...cuba menjadi kreatif sedikit dikala semua benda yang aku cari tak ada hehehe..Agak sukar untuk mencari hadiah yang sesuai sempena Hari Guru tambah-tambah lagi di daerah kecil sebegini tetapi alhamdulillah aku dan puteri tersayang mendapat idea lain dengan mengubah lilin putih menjadi warna-warni begini. 10 lilin untuk 10 orang guru matapelajarannya...teringat dengan sajak hari guru dulu-dulu...ayat 'kau umpama lilin' tak pernah jauh dari telinga hehehe

Ayat penting yang harus ada..nama terpaksa dihide ye hehehe...


Tahun sebelum tu aku buat puding tapi petang semalam aku sempat la juga buat kek span untuk puteri aku dengan kengkawan dia semua, kongsi sikit sorang je la sempena hari guru nih.


Nota: Fikiran mula runsing bila memikirkan hadiah untuk tahun depan pula hahaha  layannnnn....

Tuesday 13 May 2014

Harvest time!

Balik sekolah tengahari semalam, puteri tersayang bukan main 'excited' lagi beritahu aku yang hari nih cuti Wesak. Biasalah tu, aku pun camtu gak zaman dulu-dulu. Siapa pula tak happy bila diberi cuti? hehehe...Bagi aku..cuti sehari begini lebih seronok rasanya bersantai dirumah sambil ditemani  keluarga. Bestkannnn????...

Opsss..kalau cuma duduk dan baring je dihari cuti begini mesti boring jugakannn...? Mujurlah aku ada kebun kecik dibelakang rumah, dapat juga memberi aura positif dan memenuhi jadual aktiviti kami sekeluarga ngeeee..Rupanya cuti wesak begini memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama mengutip hasil titik peluh kami beberapa minggu nih. Owww...rasa petani moden lak jiwa nih hahaha. Apa-apa pun, Syukur alhamdulillah diatas rezeki kami hari ini, walaupun tak banyak mana tapi cukuplah untuk stok sawi seminggu. Insyaalah diminggu-minggu akan datang, kami akan dapat menu lain pula..saboooolah wahai hatiii!!!...hehehe. Minggu nih makan sawi freshlah jawabnye........jom harvest!!! Yeay!.

Masa untuk harvest! Yahoo...Walaupun pertumbuhan tak sekata, tak apalah...janji fresh hehehe Nantilah aku carikan solusinya...chewahhhh...ayat ngegada lak keluar hahaha


Tersenyum gembira bila hasil yang diusahankan akhirnya menjadi. Pose katak mencangkung jap kuikuikui...



Nota: Pagi ni tersenyum sendiri bila nampak benih jagung, bendi dan terung mula bercambah...hehehe

Saturday 10 May 2014

Selamat Hari Ibu 2014


Dua hari nih seluruh dunia sibuk tengtang Hari Ibu, bagi aku tiada kata-kata dan ucapan indah dapat aku susun dan nyatakan disini melainkan perkataan yang aku sayang sangat-sangat Mak dan juga Ibu Mertuaku. Tiada wanita lain yang dapat menggantikan kedudukan kalian didalam hatiku, terima kasih tak terhingga diatas segala nasihat dan perhatian selama ini. Jika aku balas dengan segala apa yang aku ada pun masih aku rasa tak mampu menandingi kasih sayangmu. Insyaallah, aku tetap masih berusaha untuk menggembirakan hati kalian kerana aku tahu cuma ini saja cara dan mampuku untuk membalas jasa-jasa kalian semua.Terima kasih Mak. Dan kepada semua kaum keluarga, rakan-rakan serta pembaca yang telah pun bergelar seorang ibu, aku doakan semoga kalian semua bahagia disamping keluarga dan besarlah harapan aku agar anda semua menghargai anugerah yang telah melengkapkan keluarga anda selama ini.
"Happy Mothers Day guyssss....!!!.." Yeay!

Friday 9 May 2014

Hotel Citadines Uplands Kuching

Sok sek sok sekkk..dah lama aku peram entri yang nih dalam draft, hari nih baru terbuka hati nak berkongsi balik bab-bab hotel nih hehehe...Dah lama la juga aku tak mempromosi hotel-hotel secara percuma dalam blog aku tapi takpe memandangkan esok cuti maka secara automatiknya waktu santai aku untuk malam nih menjadi lebih panjang daripada hari-hari biasa. 

Dipendekkan cerita, baru-baru nih aku mengajak Mr. Hubby menginap di Citadines Uplands yang terletak di Jalan Simpang Tiga, Kuching, biasalah tu citarasa aku kerap berubah dan aku juga sedar bahawa agak cerewet bila bab-bab memilih hotel nih hehe.  Rasanya hotel nih masih baru dan nampak sangat "cool". Tak sukar mencari kerana hotel ini masih terletak di city centre atau memudahkan korang mencari sebut je kat pakcik-pakcik teksi bahawa hotel Citadines nih bersebelahan dengan shopping mall The Spring. 

Hmm...Segan nak bagitau tapi apa yang paling aku suka tentang hotel nih bila terdapatnya "Kitchenette" hehe..Bagi aku jika benda nih ada dalam sesebuah hotel, aku rasa macam 'heaven" sesangat, terasa masuk rumah sendiri lak hehehe..Korang yang bawa family satu bas tu leh la dok hotel nih sebab boleh kurangkan bajet makan kat luar, kalau terdesak sangat nak beli bahan-bahan leh beli tingkat paling bawah jer. Tak pening pun...kiranya serba lengkap hehehe.. Bestkan?? kukuikui...Bagi aku bilik yang diberi juga mengenakan harga yang berpatutan (tu pun sebab time tu ada diskaun kut kuikuikui) dan semestinya ada tempat parking yang selamat. Mungkin hotel nih masih baru kut, tak banyak yang dapat aku komen tapi jika korang minta pendapat aku, semestinya aku rekomenkan Hotel Citadines Upland nih sebagai pilihan pertama anda bila sampai ke Kuching hehe...Oklah guys...korang cuba dulu baru tau..Aku sekadar berkongsi..Yeay!...

Nota: Nak jenguk hotel lain sila click diSINI


Ruang bilik tidur tak besar mana pun tapi tetap selesa...cukup le untuk kami 3 beranak...Simple tapi cantek hehe..empukkkk sampai tidur tak hingaaatttt!!!...

Uhukk..peti sejuk nih tinggi anak aku..jarang dapat peti sejuk beso bila masuk hotel, yang ada pun yang comel2 je hehehe...

Part yang paling best bila masuk hotel siap ada dapur elektrik...ko nak masak apa pun tak kesahhh...microwave pun ade makcik wehhhh...serba lengkap dengan pinggan mangkuk,sudu, periuk,gelas dan bla..bla..bla..Ni sesuai sangat bagi yang bawa keluarga besar..hehe...


Besar tak bilik mandi hotel nih and bersih sesangat almaklumlah masih baru hehehe...

Tu le pintu masuknyeeee..

Kalau bilik tempat aku bertapa ni ngadap The Spring..salah satu shopping mall yang paling dekat...Oh ye..di tingkat paling bawah hotel nih pun ada gak tempat nyopping tapi sayangnya kebanyakkan masih kosong ngeee...Kan dah cakap masih baruuu...


Thursday 8 May 2014

Berkebun Part 3

Bangun tidur pagi nih rasa seronok pula tambah-tambah lagi subuh tadi hujan turun dengan lebat. HOREYYY!!!...maksudnya hari nih aku tak perlu la bersusah payah megangkut baldi bagai demi menyegarkan sayur-sayur aku tu dulu. Ni le yang best bila bercucuk tanam musim tengkujuh..cuma perlu jenguk je dan buang apa yang patut kuikuikui..Nampak sangat penyakit 'M' aku datang pagi nih hopefully tak melarat sampai ke hari lain hehe...

Alhamdulillah, setelah biji-biji benih yang aku semai semakin 'membesar bagai johan'...perasaan teruja tu semakin menjadi-jadi setiap kali memandang tanaman tu semua. Walaupun semaian tahun nih tak seperti tahun-tahun sudah tetapi aku tetap rasa gembira kerana sayur aku nih mula menampakkan hasil. Bagi korang yang malas bersenam macam aku, meh la kita buat aktiviti camnih...sekurang-kurangnya peluh basi kita nih keluar gak dari badan..Maaf aku tak reti berzumba so aku 'berzumba' belakang rumah je la ye ekekek...Yeay!.

Daun Kucai nih aku tanam 3 beg je, aku baru potong sayur nih 2 hari lepas tapi nampaknya daun baru cepat pula tumbuh hehe...Sayur nih tak perlu semai banyak kali....kalau betul penjagaannya, leh ambil sampai 10 kali kut hehe 

Ni pula sayur timun yang batasnya tak berapa nak tinggi, semakin kuat hujan turun semakin mendatar lak batas aku hehe..Nampak subur je kannnn....harap subur sampai berbuah nanti huhu

Ni pula tomato yang aku pilih dari benih yang paling montel dan besar tapi takpasti camne la hasilnya nanti. Moga-moga tak menghampakan hehe...

Ni pula Sayur Peria yang sudah tentu bukan sayur kegemaranku cuma  tanam pun dengan harapan bila ada hasil nanti dapat aku beri pada emak, ayah dan mak mertua aku almaklumlah orang dulu-dulu percaya kepahitan peria merupakan salah satu cara untuk menurunkan darah tinggi hehehe..Tol ke?

Sayur sawi nih pula selalu menimbulkan tandatanya pada aku, dari tahun lepas sampai la ke tahun nih...sayur sawi aku tetap tak tumbuh dengan subur. Aduiii bertambah geram bila nampak pak belalang berpesta sakan dok melahap daun-daun sawi nih.

Batas ni pula aku tanam kacang panjang, timun dan sayur kacang belimbing. Batas nih 3 dalam 1, esok-esok bila dah berbuah ada yang pening sambil memetik huhu

Cili nih aku tanam dalam bekas-bekas seperti botol minyak masak, dynamo atau apa je yang aku rasa sesuai termasuk periuk lama yang dah berlubang ngee...Daun-daun pun banyak yang dah gugur tapi takpelah hasil cili ni pun dah penuhkan peti aku hehe

Tuesday 6 May 2014

Senyap ke?

Hi guysss!!!!...hmm..lama tak "memblog", rasa terabai lak blog aku semenjak dua menjak nih. Bulan April lepas aku cuma mampu memuatkan 3 entry yang penuh drama...drama dan draammaaa..Biasalah tu, rakyat Malaysia kan penuh dengan drama..kuikuikui . Nampak sangat dah aku kekeringan idea sekarang nih sampaikan blog aku pun sunyi sepi. Tetapi dalam keadaan fikiran yang masih "Kosong" bak kata Najwa Latif tetap juga aku usahakan untuk membuat entry baru sebagai entri pembukaan bagi bulan Mei nih. Draft-draft yang ada biarlah aku simpan untuk hari lain hehehe..Opss..kekeringan idea? Leh caye ke blogger kekeringan idea? Ker ayat yang lebih molek dan cantekkk..."Pengalaman membuatkan aku lebih berhati-hati untuk berkata-kata" Bimbang nanti kalau aku terover kang ada pula hati yang terluka atau tersalah tafsir. Apa-apa pun guys...tak kesahlah apa pun orang fikir tentang kita, yang penting kita bahagia dan gembira bila menjadi diri kita sebenar. Oklah, cukuplah entri pendekku untuk hari ini, INSYALLAH aku akan menyambung jika ada masa terluang nanti. Buat pembaca yang sering keluar masuk ke blog nih, terima kasih sebab sentiasa menyokong blog ini. Yeay!


Followers