Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 29 November 2011

Ngeri tol!

Haduiii laaa..sakit tengkuk aku petang nih,drive 3 jam ke bandar sibu betul2 buat aku megantuk tambah2 bila aku tengok mak kat sebelah tidur lena,anak yang baring kat tempat duduk belakang lak sikit pun tak sedar bila aku pasang lagu besar2 ekeke..dengki tol aku nih hehe.Pasang lagu besar2 tu sebab nak hilangkan ngantuk aku maaaa...Kalau ikutkan hati memang aku tak larat nak drive sejauh nih,tambah2 penat aku belum hilang sepenuhnya minggu nih.Letih seluruh badan dan minda aku dibuatnya.Tapi tak apalah,aku sanggup jer memandangkan mak aku dah ajak dari semalam.Sampai jer bandar sibu,aku terus plan bawa mak aku ke serata shopping mall,pasar malam dan bla..bla..blaa...Buat apa nak memerap kat rumah jer kalau dah sampai sini,bawa gi meyopping lagi elok.Lagipun stay sini cuma sehari jer ...esok kene balik kampung semula.

Malam nih aku tak ada idea sangat tapi nak share gak peristiwa ngeri sewaktu aku gi pasar malam tadi.Geli sampai ke saat ini aku dibuatnya bila aku kenangkan semula.Dalam aku syok2 membelok kat selekoh sempit tetiba 2 budak perempuan dok berlari2 melintas jalan,lagi aku tersentap sebab bebudak tu lari tak tengok kiri kanan..hadoiiii...terkejut aku ngan mak aku dari dalam kereta dibuatnya.Aku bukan terkejut sebab aku yang nak langgar dak tu,tapi aku terkejut salah seorang budak tu tetiba jatuh tergolek kat tengah2 jalan.Sebelah
kaki lak dipijak kereta yang lalu situ..adehhhh..sepantas kilat dia bangun dan lari keseberang jalan walau terencot-encot.Dalam kepala aku dok fikir,teruk ke keadaan kaki dak tu? Hancur ke tulang temulang jari kaki dia? kembang ke tapak kaki dia...Ahhhh!!!..kureng asem tol fikiran aku nih,terimagine benda yang pelik2.Pemandu yang terpijak kaki dak tu pun tetiba slow,agaknya dia pun tak pasti sangat sama ada dia langgar ke tak dak tu sebabnya dak tu terus lari lagi pas jatuh.Hadusssss..untuk kejadian ngeri tu tadi,aku
tak salahkan pemandu tu sebabnya aku sendiri nampak 2 dak tu lari ikut suka jer,jalan lak sesak time senja2 gitu.Menakutkan tol ahh..mujur ler tak ada apa2 yang lagi dasyat berlaku..kalau tak..leh jadi saksi kejadian lak aku gi sini hari nih huhu

Kejadian yang aku ketegorikan ngeri gak mata aku melihat turut menggingatkan diri aku agar lebih berhati-hati dijalan raya.Kesilapan kita manusia ialah selalu ingin cepat sampai bila berada di atas jalan,dan kita sering terlupa untuk menjaga diri sendiri. Ingatlah selalu nyawa kita boleh hilang dalam sesaat je kalau kita alpa atau lalai.Ajal kita memang datang tak kira masa tapi sekurang-kurangnya kita mampu menggelakkan sesuatu yang ngeriiii!!!! Kata orang biar lambat asalkan selamattt!! Yeay!




Semoga Sihat

Jam pun dah tunjuk tengah malam,tapi aku masih terkebil-kebil depan laptop.Mood aku jatuh tergolek malam nih.Pagi tadi aku baru rasa macam tenang jer,tapi tetiba senja tadi dapat call dari makcik aku mengatakan yang datuk aku perlu dihantar ke hospital segera.Hati tetiba rasa dup dap dup dap lak dengar,panic gak aku dibuatnya..tambah2 lihat mak aku pun kelam kabut ajak Mr.Hubby untuk bawa datuk ke hospital.Mujurlah Mr.Hubby belum balik tempat sendiri petang nih.

Hiyaaa...mengeluh hati kecil aku bila mengenangkan suasana camnih,mana taknya kitaorang baru jer selesai dengan majlis perkahwinan cousin aku 2 hari lepas,tetiba senja nih dengar datuk aku pulak kurang sihat.Haikkk..aku baru jer melepak ngan datuk aku 2 hari lepas,muka pun nampak ceria jer.Cerita pun panjang berjela ngan aku.Hadoiii..Rasa macam hati tu terbelah dua lak bila dengar datuk aku tetiba
kurang sihat.

Tapi alhamdulillah..syukur sesangat, setelah hampir 4 jam dihospital.. lepas check itu dan ini then datuk aku dibenarkan keluar.Mujurlah takde apa2 yang serius dan mujurlah juga dia kembali aktif.Lapang juga rasa hati aku mendengarnya.Biasalah tu ada waktu sihat dan ada waktu sakit.Sedangkan umur kita yang muda pun mudah mendapat sakit inikan pula orang seperti datuk aku.Yang penting,kita sentiasa berdoa agar diberi umur yang panjang dan kesihatan yang sempurna.Semoga datuk aku pun sihat seperti biasa.Yeay!

Monday 28 November 2011

Salam Maal Hijrah

Assalamuilaikum,walaupun aku terlewat sehari untuk update blog nih tetapi rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Maal Hijrah buat seluruh umat Islam di muka bumi nih.Kiranya inilah masa yang sesuai untuk kita memulakan azam baru atau saat yang paling sesuai untuk kita melupakan kisah2 yang entah apa2 sepanjang tahun.Bak kata orang dulu-dulu,barang yang lepas usah dikenang.Bersedialah untuk apa2 jua yang bakal menjelma di masa yang akan datang.Apakah hijrahmu kali ini? Dan apa pula hijrahku dimasa yang akan datang.Apakah tetap sama atau ada bezanya hehehe..

Alhamdulillah,seluruh rakyat Malaysia diberi cuti hari ini..yahooo..hehe..aku tumpang gembira walaupun aku rasa hari-hari aku bercuti.Perasaan tu tetap lain hokeyyyyy!!...Nampaknya tahun ini kebetulan Awal Muharram jatuh pada hari Ahad,jadi Hari Isnin menjadi "Public Holiday" didalam kalender Malaysia.Dan dikesempatan cuti begini aku lebih banyak meluangkan masa bersama family dirumah memandangkan kebelakangan nih hendak duduk lama dirumah pun rasa macam sentiasa tak sempat.Aku boleh nampak gak
kelibat2 sanak-saudara dan kawan2 turut kelihatan dalam 3 hari nih yang kebanyakkannya menggambil
kesempatan untuk pulang kekampung pada musim cuti begini.Bagusss..bagusss kalau semua camtu..hehe...Apa-apa pun Selamat Menyambut Awal Muharram yeeee...!Yeay!!!

Saturday 26 November 2011

Selamat Pengantin Baru Ye..

Darilah jauh datang bertandang,
Membawa bersama orang seberang,
Hasrat dan janji sudahlah dicanang,
Tanda pengikat dua pasangan.

Choyyyy!!!...tetiba malam nih aku buat pantun lak untuk intro entry yang nih setelah 2 hari senyap..kwanggg..kwangg..kwannggg...Pantun sejemput camtu pun aku bukan main lama nak buat,bantai jer laa...bukan aku tarer pun bab2 pantun nih kuikuikui. Aku dah hint intro camtu takkan takpat teka lak nape aku senyap sehari dua nih huhu..Hadoiiii..busynyeee lah aku sampai tahap aku rasa macam badan ini bukan aku yang punya daaaa...Bila jalan rasa tak jejak bumi lakkkk!!!..Lagi aku kecewa bila aku rasa tulang-temulang aku rasa macam tak nak bersatu lak malam nih hahaha....Sampai ke saat ini aku masih rasa tak larat,...nak baring tak selesa, nak berdiri rasa pedih, nak duduk lak rasa lenguh, nak tidur pun aku rasa otak aku berserabooootttt huwaaaa...Apakah ini tandanya aku "Overdossss" akibat berhempas pulas membantu pakcik2, makcik2, abang2, kakak2, adik2, datuk2, nenek2 untuk persediaan majlis perkahwinan petang tadi hehe...

Pehhh..soal sakit2 badan time kenduri2 nih dah menjadi perkara biasa tambah2 jika majlis diadakan di kampung camnih.Tenaga 101% diperlukan sebelum dan sesudah majlis..ala-ala "Bionic Woman" gituuu ngeeee....Kalau rasa tak larat tu,buat2lah muka larat cam aku nih haaaa..kang kalu buat kerja sambil tunjuk muka letih,semua tension lak jeling ekekeke...Tapi apa pun terjadi, bagi aku lebih baik aku membusykan diri daripada aku duduk goyang kaki tengok orang buat kerja.Untuk sesuatu keadaan aku akan automatik menjadi sanggup,bayangkan kalau aku dok menyandar memanjang, leh hesteria aku wehhh..Bila nak petangnyeee??? Bile lak nak malamnyeee???...Adeiiii..Biarlah aku penat asalkan masa itu cepat berlalu hahaha..Ampes jer haha...Elehhh...Macam ler korang tak pernah rasa situasi aku ..

Kalau diturutkan, nak jer aku pot pet pot pet sepanjang malam.Memandangkan tenaga aku nih belum di cas sepenuhnya,jadi aku perlu akur dan cuba untuk merehatkan diri walau payah.Pendek kata trauma, fobia, ego, poyo, konflik dalaman dan luaran terpaksa aku tolak tepi dulu yeeee...Tapi walaupun aku mengadu bagai nak rak dalam entry aku yang nih,dari sudut lain aku tetap bersyukur dan tumpang gembira dengan hari bahagia cousin aku tu.Sesungguhnya aku serta keluarga mendoakan semoga cousin aku dan pasangannya akan bahagia selamanya sampai ke saat nafas terakhir.Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Yeee..!


Jodoh dan pertemuan nih semuannya ditangan tuhan.Sejauh atau sedekat mana pun pasangan kita berada,sehebat atau seteruk manapun pasangan kita dimata semua,sebesar atau sekecil mana pun halangan yang kita hadapi, tetaplah terima dengan hati yang ikhlas...Jika tuhan telah menentukan dia adalah jodoh kita..tak ada sesiapa yang dapat menghalangnya.Ingatlah..Bulan dan bintang itu mungkin berbeza tetapi percayalah setiap darinya ada cahaya. Andai sinarnya tetap tak sama hebat,pasti Allah meletakkan setiap kelebihan dan kekurangannya untuk dilihat indah dimata kita. Sememangnya jodoh setiap daripada kita manusia mungkin berbeza tetapi yang pasti jodoh kita semua datangnya dari Dia seorang..Dia yang Maha Mengetahui!..Yeay!



 


Thursday 24 November 2011

Nora Danish dalam Tentang Dhia

"Tentang Dhia???.." Dah berhari aku stay dengan ayah,tiap jam 7pm je mesti dia tengok slot Akasia tv3 yang bertajuk."Tentang Dhia". Setahu aku ayah aku nih suka layan berita je tapi tak sangka lak dia leh jadi kaki drama gak hehe Dah hampir tiap malam aku perhatikan dia layan drama nih,tak nak ketinggalan kut sampai aku nak tukar channel lain pun rasa macam tak berani jer hahaha..Pehhh..Disebabkan aku dok temankan ayahku layan drama nih berhari-hari, tetiba aku rasa fall in love lak kat drama Tentang Dhia" nih ekekeke..Ni ler aku malas kalau dah ngadap tv nih,ade-ade jer yang tarik perhatian aku. :-s


Adehhh..aku tak tahu part mana yang mempengaruhi aku untuk terus melekat kat drama bersiri Tentang Dhia nih.Kekadang nak gak aku mencari-cari sinopsis drama nih kat web-web tapi takut tak surprise lak nanti..huhu..Boring la kalau takde kejutan bila dah nonton drama2 melayu nih.Ye laaa...kekadang kita nih kalau dah nonton drama melayu..semua nak tau dari A sampai Z.Citer baru start kita dah tercari-cari episod akhir hahaha..Pendek kata semua nak tahu secara detail and perfect,aku tau tuuu hehe..
Takpe laa..biar kita nonton step by step..takyah rush or nak selak mana2 youtube,web or ape-ape jer yang berkaitan.Apa daaaaa...Tv3 kan dah siap siarkan tiap Isnin hingga Khamis jam 7pm,so kita enjoy tengok kat situ jer laaa hehe..

 Seperti yang kita tahu Drama Tentang Dhia ini dibintangi oleh pelakon utamanya iaitu Nora Danish,Ady Putra dan Tasha Shila.Tapi yang pasti aku suka tengok Nora Danish yang menjadi watak utama dalam drama nih.Comel jer orangnya dan lebih menarik bila dia memegang watak wanita bertudung lak..ayu toll hehe..Owh yer..aku pun suka dengar lagu latar yang digunakan dalam drama Tentang Dhia nih. sesuwaiiiiiiii sesangatttt ngeeeee.Siapa yang nyanyi lagu tu,buat masa sekarang aku takmahu ambil tahu..tunggu ler mood aku segar cikit nak cari lirik lagu tema atau background drama Tengtang Dhia tu pulak.Mana tau aku nak letak kat entry aku yang akan datang hehehe..Apsssss..yang penting kat sini aku suke..aku sukeee sesangatttt!!!.Yeayyyyy!!.


Tuesday 22 November 2011

Beg Hijau dan Beg Coklat

Alhamdulillah Malaysia Menang..Yeayyyyyy!!!!..Happy sangat2 aku oiii...bak kata Timbalan Perdana Menteri sebentar tadi.."Menang bola umpama kita menang Sukan Sea" hehehe..Keputusan final bolasepak antara Indonesia dan Malaysia pun dah kita ketahui,tahniah kepada pasukan kita yang menunjukkan semangat serta komitmen yang tinggi ketika bermain.Uishhh..tumpang bangga jap hehe..Yang kalah jangan lak putus asa..dua-dua pasukan pun dapat pingat cuma bezanya dapat pingat emas dan perak jer.Malas aku nak pot pet pot pet soal bolasepak dah, biarlah pakar2 yang bertauliah mengulasnya sendiri haha..

Ceritanya hari nih aku kepenatan sedikit,terpaksa bangun seawal jam 4am disebabkan ingin menumpang ayah ke bandar Sibu maklumlah kebetulan ayah aku pun masih bekerja kat sini,jadi kene la bangun awal sebab office pun start jam 8 pagi.Perjalanan yang menggambil masa 3jam lebih tu sedikit memualkan aku disebabkan cuaca sejuk ditambah dengan hujan yang tak henti-henti.Aku akui yang aku masih letih sebabnya 2 minggu nih aku tak habis2 merantau. Rumah sendiri pun aku belum sempat jenguk,nih dah merantau lagi.Puteri kesayangan lak terpaksa aku tinggalkan bersama emak dikampung gara-gara esok aku kene ikut satu kursus selama 2 hari.Nasib baik la time cuti sekolah jadi, leh gak aku minta mak untuk tengok-tengokkan anak aku ngeeee..

Sampai rumah aku dapat la berehat sejam dua,sempat gak la melelapkan mata.Ye laa takkan nak tahan kalau dah dalam kereta pun tak dapat tidur gak disebabkan kesejukkan hehe.Belah tengahari lak,Sepupu aku yang aku suka nak tulis kat sini dengan nama Miss Jen lak datang meyerbu( Takleh tulis nama dia panjang2 kang dia glamer free lak aku canang kat sini wakakaka).Dak nih pantang dengar aku ada area dia cikit dah panik semacam.Tak pernah tengok aku ke per ek dak nih? hahaha..saje jer taip macam tu kat sini,dah nama sepupu jadi rapatnya macam adik-beradiklah juga kannnnn...Lagipun dia memang macam tu,tahan ikut aku melompat sana sini sebab tu aku dah tak hairan dah kalau dia kejap2 sms..kejap2 call..kejap2 serbu..kejap2 cari aku hahaha..

Amboiii..habis kerja jer terus meluru cari aku yerr..tak sabo sungguhhhh minah nih!!..huhu Mulanya plan nak ajak dia tengok wayang tapi bertukar jadi shopping lak pasalnya citer yang aku nak tengok lum kuar lak kat pawagam..hampes jer!!.Nasib baik ler Miss Jen nih rajin diajak jalan-jalan dan nasib baik juga laa dia dah catat semua benda yang dia nak beli yang aku agak macam satu kampung lak yang pesan wakakaka.Kalau tak berjanggut aku tunggu dia memikir nak beli apa2.Minah nih tak digalakkan jalan ngan orang yang sentiasa mengejar masa.Setegas-tegasnya aku katakan memang tak sesuai sebabnya dia nih jenis yang jalan melenggang-lenggang bila dah meyopping..promot dia jap sebabnya dia masih single hahaha..Orang yang sabar macam aku jer yang tahan jalan ngan dia..chewahhhh..angkat bakul jap,ngegada hehehe...Banyak gak dia borong hari nih,nasib baik la aku nih bijak daripada dia cikit bila berbelanja wakakaka...

Bijak apanya woiii!!!..aku saja nak sedapkan hati aku nih jer.Minah nih betul-betul buat aku geram.Gara-gara dia aku yang tak ada plan nak beli handbag pun,termakan pujukan dia haha..Yang lagi aku rasa nak hempok kepala Miss Jen nih,leh dengan selambanya dia cakap kat  minah2 tu mintak diskaun sebab nak beli 2 beg yang sama.What??... beli 2 sekaligusss?? kiranya untuk aku satu dan dia satu..rasa macam boria lah pulakkkk hahaha.Kureng asem tolll Miss Jen nih kannnn,kalau sponser aku takpelah jugakkkk hehhee..(^,^).Sesaat dua aku terkebil-kebil depan taukey dan Miss Jen tu sendiri,aku terkedu hokeyyyy...nasib baik tak jadi "Angry bird" time tu hahaha..Nasib baik ler juga beg tu harganya paras selamat lepas diskaun.Mujurlah colour beg tu dapat menyejukkan mata aku gak walaupun minat aku kat beg tu cuma mulanya cecah tahap 70% jer saat pertama kali memegang beg tu..kalau dalam ujian,markah 70% tu dah kira lulus aperr??..hahaha.Pehhh..ala-ala student gitu(Pasan jadi student jap hehe).Takpelah..aku tak menyesal pun beli sebab aku pun puas hati dengan harga,saiz dan warna handbag baru aku tadi ekekeke Dan atas persetujuan bersama aku memilih warna hijau lumut dan Miss Jen lak dapat warna coklat tanah...Diulangi ye beg hijau beg coklat ekekeke...kelasss gituuu!!..Yeay!

Ni ler benda2 yang Miss Jen borong petang tadi, berkotak-kotak sampai tak hingattttt!!!!...yang lagi aku hairan..dia buat perangai dah..start beralih arah ke Angry Bird pula..kalau leh semua nak beli Angry Bird..choyyy...choyy..choyy..angry bird kalau bertengek kat pelangi dalam blog aku nih, ada aku tembak free haha...

Nota: Cantik tak beg Miss Jen tu? hehehe..Beg aku biar aku sendiri yang tengok,kang aku tayang kat sini semua pakat nak order kat aku lak hahaha.Kalau nak order cari Miss Jen,dia banyak koleksi beg cantik2 hahaha...









Monday 21 November 2011

Skuad Bolasepak Kebangsaan Boleh!

Wow..tengok berita tv3 sekarang nih.Rasa macam tengok berita sukan pulak hehee...Kagum..kagum dan kagummmm aku dibuatnya.Pengacara berita tv3 guna baju t-shirt "Harimau Muda".Wahhh..pecah tradisi tol ahhh..tak pernah2 macam tu tetiba disebabkan skuad bolasepak kebangsaan masuk final menentang
Indonesia malam nih semuanya dah berubah hehe..bestnyer macam nih,seronok lak aku tengok berita malam nih hehe..

Sokongan buat skuad kebangsaan begitu tinggi disaat-saat begini.Aku yang taktahu apa-apa tentang bolasepak pun leh excited gak nak tengok kejap nanti.Charyoooo..Malaysiaaa!!!...Harapan rakyat Malaysia terhadap pasukan kebangsaan begitu tinggi, kita doakan sama-sama semoga pasukan bolasepak Malaysia dapat menghadiahkan satu kemenangan buat penyokongnya.Marilah kita sokong beramai-ramai untuk skuad kebanggaan kita semua.chewahhh...promot melampau-lampau lak aku malam nih..semangat punya pasal maaaa ekekek...Tak dapat gi stadium Indonesia nk tengok live, tengok live depan tv pun jadi laaaa ..hehehe
.Malaysia bolehhhhh!!!..Yakin bolehhhh!!! Skuad Bolasepak Kebangsaan Boleh!!..Yeay!

Love and Time

ONCE UPON A TIME,THERE WAS AN ISLAND WHERE ALL THE FEELING LIVED....HAPPINESS,SADNESS,KNOWLEDGE AND ALL OF THE OTHERS INCLUDING LOVE. ONE DAY IT WAS ANNOUNCED TO THE FEELINGS THAT THE ISLAND WOULD SINK. SO ALL REPAIRED THEIR BOATS AND LEFT. 
LOVE WAS THE ONLY ONE WHO STAYED. LOVE WANTED TO PERSEVERE UNTIL THE LAST POSSIBLE MOMENT. WHEN THE ISLAND WAS ALMOST SINKING, LOVE DECIDED TO ASK FOR HELP.
RICHNESS WAS PASSING BY LOVE IN A GRAND BOAT. 
LOVE SAID..
"RICHNESS,CAN YOU TAKE ME WITH YOU?"  
RICHNESS ANSWERED 
"NO,I CANT.THERE IS A LOT OF GOLD AND SILVER IN MY BOAT.THERE IS NO PLACE HERE FOR YOU." 
LOVE DECIDED TO ASK VANITY WHO WAS ALSO PASSING BY IN A BEAUTIFUL VESSEL..  
"VANITY,PLEASE HELP ME!" 
"I CAN'T HELP YOU LOVE,YOU ARE ALL WET AND MIGHT DAMAGE MY BOAT." 
VANITY ANSWERED. 
SADNESS WAS CLOSE BY SO LOVE ASK FOR HELP, 
"SADNESS,LET ME GO WITH YOU"
"OH..LOVE,I AM SO SAD THAT I NEED TO BE BY MYSELF!..."
HAPPINESS PASSED BY LOVE TOO, BUT SHE WAS SO HAPPY THAT SHE DID NOT EVER HEAR WHEN CALLED HER.
SUDDENLY, THERE WAS A VOICE,
"COME LOVE, I WILL TAKE YOU" 
IT WAS AN ELDER, LOVE FELT SO BLEDDED AND OVERJOYED THAT HE EVEN FORGOT TO ASK THE ELDER HER NAME. WHEN THEY ARRIVED ON DRY LAND,THE ELDER WENT HER OWN WAY.LOVE REALIZING HOW MUCH HE OWED THE ELDER.
LOVE ASKED KNOWLEDGE.
ANOTHER ELDER. 
"WHO HELPED ME???"...
"IT WAS TIME" 
KNOWLEDGE ANSWERED. 
"TIME??"
ASKED LOVE. 
"BUT WHY DID TIME HELP ME?"
KNOWLEDGE SMILED WITH DEEP WISDOM AND ANSWERED. 
"BECAUSE ONLY TIME IS CAPABILE OF UNDERSTANDING HOW GREAT LOVE IS...."

Aku dah simpan ayat-ayat nih bertahun-tahun iaitu sejak aku masih tingkatan 4 lagi,bayangkan umur aku pun dah cecah angkat 3 dah karang hehe..Kalau tak silap aku, pernah letak gak kat blog pertama aku dulu tapi kali nih aku nak letak gak kat blog yang nih.


Nak tau dari mana aku dapat? hehe..Aku dapat daripada kakak sulung aku yang dulunya masih belajar di UM yang karang dah keje dahhh hehee..Time tu dia suruh aku simpan just untuk baca-baca..tapi aku nih simpan sebab itu pemberian daripada kakak aku..sentimental value hahaha.. dan juga aku suka sangat dengan kata-kata dalam cerita nih.Ada betulnya kannnn..Yeay!!

Sunday 20 November 2011

Pepatung Hijau Itu


Pepatung Hijau itu

Memandang wajahmu,
Seperti aku melihat pepatung hijau itu,
Kecil, menawan dan cantik penuh ceria,
Punya cerita yang sering dipersia,
Apakah itu caramu terus berahsia?

Memerhati tingkahmu,
Seperti aku melihat pepatung hijau itu,
Terbangmu megah tanpa kenal peduli,
Seolah tiada siapa disisi berdiri menemani,
Apakah itu caramu mahu kekal menyendiri?

Mendengar Suaramu,
Seperti aku melihat pepatung hijau itu,
Gema irama duniamu serancak gerak sayapmu,
Lambat dan deras libasanmu siapa yang tahu,
Apakah ini caramu memberitahu setia penunggu?

Menyedari hadirmu,
Seperti aku melihat pepatung hijau itu,
Kelibatmu terkadang kelihatan diantara dedaun hidup dan mati,
Ada tikanya jelas dan ada tikannya tak terjejaki,
Apakah itu caramu menonjolkan diri atau bersembunyi?

Mematikan langkahmu,
Seperti aku melihat pepatung hijau itu,
Awalnya bergerak perlahan kemudian cepat menghilang diri,
Terbangmu terlalu tinggi dan bila tersedar kau cuba ingin kembali,
Tapi apakah mungkin aku masih mengenali Pepatung hijau itu lagi?


Mood aku jatuh menjunam malam nih huwawawa....Jadi aku mula berpuisi bila aku lihat balik gambar pepatung yang aku ambil kat kebun orang tua aku 2,3 hari lepas.Moga expresi diri nih melegakan sedikit rasa yang entah apa-apa malam ini.Yeay!!

Nota: Cuba nak jadi pepatung gak jap,terbang dalam dunia sendiri hahaha..daaaaaa foreverrrrr!!!!...I'm tireddddd!!...(*,*)


Romantik Komedi dalam "Aku Bukan Tomboy"

Salah satu babak dalam Filem Aku Bukan Tomboy

 Huh??Aku bukan Tomboy??.uishh...mesti kene tengok nih!!! Tajuk filem direct to the point jer bunyi ekekek.Macam best jer Filem "Aku Bukan Tomboy" nih kannn..Tengok Melodi kat TV3 kejap tadi dok promot filem baru arahan Syamsul Yusof bertajuk "Aku Bukan Tomboy" buat aku teruja lak nak tengok kisah filem nih.Tol ke filem nih berunsur romantik komedi?..Toinnggg..toinggg..toinggg...Jarang aku dengar Pengarah
Muda nih buat filem berunsur komedi,yang paling kerap pun orang canang dia buat filem aksi2 camtu hehe

Sempat gak aku tengok trailer 2,3 saat kejap tadi..ye laa..pengaruh kuat maaaaa..sape tak terpengaruhhhh ye takkk.. :-p.Baru tengok trailer dah nampak cam lawak jer.Lum tengok sepenuhnya filem nih hehe..Harapnya filem nih sesuai untuk semua lapisan masyarakat.Kalau filem nih dapat diterima dan ditayangkan dengan memaparkan trailer2 yang menarik,aku pasti akan mencecah kutipan jutaan ringgit gak..tak mustahil..Rezeki masing2 siapa yang tahu hehe..

 Aksi Syamsul dan Scha

Filem "Aku Bukan Tomboy" yang dibarisi oleh pelakon2 seperti Scha Alyahya, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Salina Saibi, Sheera Iskandar dan Harun Salim Bachik sememangnya menjadi daya penarik filem nih.Alaaa..Tengok nama pelakon pun dah tahu betapa kuatnya pengaruh filem nih kannn hehe..Aku kira pemilihan pelakon2 utama untuk filem nih iaitu Scha Al-yahya,Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof tu sendiri sememangnya menjadi kekuatan dalam Aku bukan Tomboy. Mesti gempak filem nih ekk..hehe.Aku pun setuju pemilihan Scha untuk filem nih kerana kita pun tahu dia adalah antara calon artis wanita Malaysia yang paling brutal dan sememangnya sesuai untuk memegang watak2 kasar camtu hehe.Ini satu pujian tau,jangan lak salah anggap,aku sebagai penonton drama-drama dan filem2 nih pun kagum dengan tahap pencapaian dia selama nih.

Oklahhh..aku tak nak komen apa-apa,just buat entry sebabnya aku rasa filem nih memang menarik untuk dikongsi bersama.Insyaallah ada masa,aku pun tak nak ketinggalan untuk menonton  filem Romantik komedi
"Aku Bukan Tomboy" nih gakkk ekekeke..Yeay!!..

Nota: .Choyyy..choyyyy..choyyyy....tak sabooo rasanyeeee nak nonton filem nih.....musim cuti sekolah nih sesuai sangat untuk menapak kat pawagam jadi tapak sulaimannnnn hahaha....





Drama Cinderella's Stepsister Di TV2

Pagi nih aku tercari-cari sinopsis dan gambar pelakon2 siri drama baru yang menggantikan drama Pasta tempohari.Bila  dah jumpa aku pun tertanya-tanya apa bezanya drama Cinderella's Stepsister nih dengan drama2 korea yang pernah aku tonton sebelum nih.Teringin gak nak tahu apa kelebihan drama nih sebabnya bila aku menonton episod pertama drama nih rasa macam tak begitu memukau aku lak hehe. Mungkin aku dah terbiasa dengan jalan citer drama korea yang penuh dengan bunga-bunga berguguran kut hahaha.Terfikir gak kenapa diaorang pilih tajuk Cinderella's Stepsister pula ek? haha Masa aku tengok iklan citer nih,aku terimagine mesti citer nih cam citer dongeng2 Cinderella ngan kasut tumit dia yang buat-buat tertinggal kat tangga tu haha.

(Pelakon Utama Cinderella's Stepsister)
Image Source: Yahoo Search

Sorry ler ye kengkawan,kalau ayat aku nih melampau lak bila aku cakap "tak begitu memukau" tapi itu pandangan pertama aku lerr.Masing-masing ada pendapat sendiri dan bagi aku untuk episod yang pertama drama Cinderella's Stepsister nih aku rasa macam tengok filem aksi lak walaupun drama nih tak berapa nak ganas..errr..ganas ke camtu? hehe Ganas dalam keretapi jer aku tengok tapi siap ada pesta2 lak bebudak sekolah dalam keretapi tu.Kalau aku la yang dok dalam keretapi takdenye nak melompat sana sini,dok diam2 sudah buat muntah darah jer hahaha Drama nih intro pun dah macam dasyat jer kannnn tapi lum tahu lagi kesudahannya nanti hehe...

Walaupun disajikan dengan intro begitu aku tak la patah semangat,mungkin juga aku tak berapa berkenan dengan part permulaan drama tu tapi aku tak kejam hokeyyy!!...Dan aku masih tetap bercadang nak teruskan gak mengikuti drama Cinderella's Stepsister nih untuk hari kedua iaitu pada episod yang ke-2.Mujur laa episod ke-2 drama nih tak mematikan selera aku daripada trus down..down..down..Watak pelik budak sekolah mana tah yang buat aku rasa cam nak cekik dia jer..macam nak ketuk kepala dia pun ada..asyik nak berlari-lari anak je keje dier,jatuh tersungkur kang baru padan muke.Manja sokmooooo kuikuikui.Tu la salah satu faktor yang aku dah ada tanda-tanda mula rasa serasi ngan drama Cinderella's Stepsister..emo jer lebihhhhh!!!.. haha.

Hmm..drama Cinderella's Stepsister rupanya berasal dari Seoul,South Korea?? No wonder alunan percakapan pelakon2 nih kedengarannya berbeza sedikit daripada drama Korea yang pernah aku tonton sebelum nih.Macam ler aku tau sangat bezanya kannnnn wakakaka..Bagi yang dah biasa nonton drama2 korea nih dah tentu tau akan perbezaan gaya bahasa atau alunan percakapan yang diaorang gunakan.Ye laa walaupun aku tak faham apa diaorang cakap tapi telinga aku nih agak sensetif gak wehhh..ala-ala telinga kelawar gitu hahaha.Kalau yang biasa2 kita dengar bagi drama2 korea nih,cara percakapan agak kasar sedikit tapi bagi drama Cinderella's Stepsister nih kasarnya lebih beralun cikit macam ada irama lak tiap patah perkataan hehe.Alaa..Itu aku dengar laa..Tak tau la pendapat orang lain sebabnya aku cuma dengar je bukan paham pun dia orang cakap apa.Tu pun nasib baik ada subtitle Bahasa Melayu kat screen tv tu haaaa.Malas aku nak komen lebih2,aku cuma nak cakap aku dah suka drama nih so kalau nak join aku tengok citer nih,jangan lupa buka channel TV2 jam 5pm ye.Drama nih cuma disiarkan sejam jer dari hari Isnin hingga Jumaat.Sama-samalah kita menjadi Cinderella time tu hokeyy!!...Yeay!!

Nota: Setakat nih takde pun aku dengar watak dalam drama nih panggil ngan nama Cinderella ekekeke..Sibuk jer nak suruh orang panggil camtu kannnn haha..

Saturday 19 November 2011

Potong Rambut Pendek Dah

Tengahari nih emak ajak aku dan 2 adik laki aku gi saloon.Hadoiii..aku nih kalau bab2 gi saloon nih memang tersangatlah malas...lemau segala alammmmm..tapi disebabkan aku tak sampai hati nak menolak ajakkan mak aku so aku pun gi ikut jer.Bukan selalu pun dapat temankan mak gi saloon lagipun aku jarang ikut dia gi saloon sebelum nih...kalau gi market basah tu selalu arrr ngeeee...

Sebenarnya semalam pun dah gi saloon tu tapi malangnya kedai tempat mak aku selalu bergunting tu tutup belah tengaharinya,tuan punya kedai gi meyopping lak haha..Jadi rancangan pun automatik terbatal.Berjanggut juga lah menunggu sampai tahap aku rasa kering satu badan lak duduk dalam kereta..kene sejat aircon agaknya haha Nasib baik laaa anak aku tak ikut,kalau ikut dah tentu2 ngamuk ajak balik haha.Aku yang terkebil-kebil sebab pening dok lama sangat dalam kereta last-last memberanikan diri ajak diaorang balik rumah jer dulu.Haiissh..aku ajak-ajak ayam je tapi taktau pulak diaorang pun rasa cam aku gak hahaha..

Hari nih pulak nasib lebih baik,mak aku lebih berhati-hati..sebelum gi serbu saloon tu,dia dah awal2 call handset taukey saloon tu haha.Pelanggan tetap memang macam tu,sampai no handphone disimpan.Berlambak gak saloon lain tapi yang aku hairan napa mesti kedai tu gak yang dia nak haha..Takpe laa,kita sebagai pelanggan lebih tahu kerja tangan siapa yang lebih bagus jadi macam tu lah juga dengan mak aku.
Mungkin sebelum nih dah biasa sangat dengan perkhidmatan yang kurang memuaskan kut sebab tu kena selalu berhati-hati hehe..

Hadoiii..lucunya hari nih..mak aku yang nak hias rambut segalak tapi kenapa aku pula yang terpengaruh nak potong rambut gak...huwaaa..tak pernah2 aku potong rambut sependek ini tapi aku tetap biarkan taukey saloon tu belasah kepala aku ikut suka dia.Ye laa..dah aku bagi dia kelulusan untuk dia fikirkan sendiri camne nak gayakan rambut aku nih.Aku lak malas nak arah2 dia nak buat fesyen camne sebabnya kalau ikut aku mesti jadi tak sesuai ngan bentuk muka aku yang bulat camnih haha...Nyesal? Aku nyesalll?? ahh..tak laaa..seriusly aku tak rasa menyesal pulak.Biasanya aku la yang paling berhati2 nak potong rambut sependek nih sebab aku tak biasa rambut pendek sangat wehhh,paling pendek pun bawah bahu je.Terkadang tu family dan kengkawan memang larang aku berambut pendek,katanya lebih sesuai rambut panjang haha.Tapi sejak kebelakangan nih aku teringin berambut pendek lak,jadi aku fikir sekali sekala aku ubah rambut aku apa salahnya ye takkk hehe..Hari ini akhirnya hasrat aku tercapai gak.Tak kisah lah apa orang nak cakap,janji aku happy... Yeayyyyy!!!..

Nota: Bukan aku sorang yang potong rambut hokeyyy..tapi adik laki bongsu aku pun potong rambut gak..haha..terpengaruh punya pasal..Hasil kerja memang memuaskan hati aku..tak nyesalll..bayar pun cuma RM6 jer haha..biasa aku usik-usik rambut nih dah kene cas RM25..Inilah perkhidmatan yang paling murah bagi aku setakat ini haha..

Friday 18 November 2011

Ulangtahun Perkahwinan Ke-11

Baru sejam tengok siaran langsung separuh akhir Muzik-muzik kat TV3 dah buat aku masuk bilik.Biasanya akulah orang yang paling teruja menonton benda-benda macam nih tapi nampaknya persembahan malam nih belum cukup hebat untuk memukau aku..hehe..Malas aku nak komen banyak-banyak biar juri yang tentukan sendiri artis mana yang layak untuk masuk ke peringkat akhir.Kita yang dok menonton nih jangan la nak berlagak pandai lak kalau taktau apa-apa..baik diam jer macam aku haha..

Wahh..aku dok menapak depan laptop nih baru perasan tarikh hari nih 18 November 2011.Rasa berbunga lak jiwa dibuatnya walaupun sekejap tadi aku rasa macam nak hempok tv bapa aku tu pas tengok Muzik-muzik baru tadi hehe uisshh..aku gurau jer laa..kalau aku hempok tv tu, kang aku yang kene hempok balik pagi esok haha...Hmm..berbalik kepada tarikh hari ini..aku nak cerita sikit betapa Specialnya hari nih buat aku.Nostalgia..sejarah...semua ada..hari ini buat aku terkenangkan sesuatu.Aku bangga nak bagitau kat korang yang tarikh nih sememangnya aku dan Mr.Hubby sentiasa akan selalu sambut bersama.Tapi tahun nih sambut masing2 lah nampak gayanya sebabnya musim cuti sekolah aku dan Puteriku balik ke kampung halaman sendiri jap..temankan mak dan ayah aku dikampung hehe...Alahaiii..Ingat ke tak Mr.Hubby
nih,sehari nih takde langsung pun call aku or wish2 nih ..takkan dia lupa kut ker buat2 lupa nih haha...Tapi aku dah boleh agak,dia memang cepat lupa soal benda-benda macam nih huhu Biar jer laaa..lagipun kami dah sambut time kat KL 2,3 hari lepas jadi hari ini aku cuma menginggati tarikh ulangtahun yang sebenar je.Tak jadi masalah kalau Mr.Hubby lupa sebabnya kami dah awal-awal sambut ulangtahun perkahwinan kami nih..Jadual tak tentu kene pandai rancang hehe...

Image source: Yahoo search

Alhamdulillah tahun nih genap 11 tahun aku bersama Mr.Hubby....Lama tak?? hehe..bagi aku itu suatu tempoh yang agak lama tapi kata orang pejam celik pejam celik tak terasa pula masa berlalu.Syukur kepada Allah diatas perjalanan hidup kami sebagai suami isteri sentiasa dilindungi dan diberkati selalu.Aku percaya dalam hidup nih kita sering dihujani pelbagai rintangan dan ujian2 yang tak pernah berhenti menghampiri hidup kita dan begitu juga dengan pengalaman hidup kami.Tapi alhamdulillah berkat doa2 ayah,ibu,adik-beradik,keluarga dan kawan-kawan semua untuk kami sekeluarga maka kami masih bertahan sampai ke hari ini  tanpa sebarang masalah.Dan apa yang lebih menggembirakan hidup kami bilamana kami diserikan dengan kehadiran puteri kesayangan yang comel sebagai penggubat duka lara serta memberi peluang untuk manjadikan kan diri kami bergelar seorang ayah dan ibu kepada seseorang huhu...Terharu jap bila aku terkenangkan saa-saat yang aku kira bukan mudah dan bukan semua akan ditempuhi oleh pasangan suami isteri.Apa-apa pun jauh disuduh hati,aku sentiasa bersyukur dan menghargai semua yang pernah hadir didalam hidupku kerana mereka semua mengajar aku untuk menjadi lebih tabah.

Kepada semua yang membaca entry ini,doa2kan lah agar kami sentiasa bahagia hingga ke anak cucu dan paling tidak pun kata orang sampai hujung nyawa yer..ekekeke gelak sat sebabnya aku sendiri pun tersenyum lepas cakap macam tu kat korang..Mudah-mudahan akan jadi begitulah akhirnya,Allah sentiasa akan mendengar doa yang baik tol takkk?? hehe....Buat Mr.Hubby yang tersayang dan tercintaaa chewahh ekekek..
"SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE-11 YE,TAHUN NIH TAKDE HADIAH KE? kuikuikui"...Dah 11 tahunnnnnn...Yeay!!!..

Image source: Yahoo search
 
Nota: Ulang tahun ini menyedarkan aku bahawa semakin lama semakin tua ekekeke.bayangkan kalau dah bongkok seribu masih berblog lagi hahaha..siottt jer...

Thursday 17 November 2011

Kata Kekunci Pasta

Alhamdullilah akhirnya kami selamat sampai ke tempat sendiri dan aku tetap berasa syukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar walaupun kekadang cuaca kurang mengizinkan.Percutian singkat yang berakhir malam semalam sememangnya memberi impak kepada seluruh badan aku hari ini.Hadoiii laa..penatnya tak terkata,rasa pedih isi badan dan tulang-temulangku dibuatnya.Sakit woooo satu badan aku leh rasa,getar sana sini macam alien jer..tak pijak bumi haha.. tapi aku happy!!!ngeeee...
Ahh..Hari nih aku malas nak cerita panjang soal trip dah sebabnya aku dah banyak hari cerita pasal benda sama..asyik  trip..trip dan trippp..lama-lama aku sendiri pun jadi boring asyik sebut perkara yang sama hehehe...Hmm..let see apa yang menarik untuk aku sebut hari nih yeee...Malam nih aku rasa lebih rilex cikit jadi terpanggil untuk aku melihat secara detail akan analitik dan statistik blog nih.Adakah ada penurunan ataupun peningkatan?Aku pun tak pasti..taknak sebut laaa..maluuuu hehe..

Nampaknya aku perhatikan kebelakangan nih kebanyakkan penggunjung ke blog aku mencari kata kekunci yang sama.Semua pakat cari benda yang sama atau ape ek? Aku ingatkan, takde la orang sangat nak view entry aku yang berkaitan dengan drama korea Pasta tu arr,tapi lain lak dari penelitian aku selama cerita ini disiarkan di TV2 selama  2,3 minggu nih.Agaknya demam korea nih dah mula balik kut sebabnya aku leh nampak peningkatan pembaca ke blog aku semata-mata nak tengok gambar pelakon utama drama Pasta tu..huhu..Tak caya? cuba tengok kata kekunci yang dicari oleh pembaca aku selama seminggu ni jer..tu belum campur minggu-minggu sebelumnya.hehehe...

 
Macam-macam kata kekunci yang diaorang guna tapi semua berkaitan dengan Drama Pasta jer.Apa yang ingin sangat dicari ialah gambar pelakon utama drama Pasta nih huhu .Dipendekkan cerita kata kekunci yang ngetop untuk blog aku ialah Gambar pelakon drama Pasta dan disebabkan drama Pasta nih jer,analitik aku sentiasa turun naik..kejap macam pisang panas,kejap macam jual Pasta pulakkk..."Yey chef!" haha..Happylah jugakkkkk..Yeay!!
 
Nota: Aku terlepas 2 episod akhir drama Pasta tu disebabkan aku busy meyopping time trip kitaorang  huwaaaaa..nape aku leh lupa,lak padahal aku setia sungguh kat drama nih, kalau la aku ingat waktu tu,dah tentu2 aku lari balik hotel sebelum jam 5.00pm.Aku berharap sangat nak tengok ending cerita Pasta nih tapi apa nak buat aku terlepas dahhhh...Dalam hati siap mengharapkan dan berdoa agar TV2 akan menyiarkan semula drama Pasta nih supaya kali ini aku tak terlepas apa-apa episod untuk drama nih haha..erkk...boleh ke camtu?..Adeiii...tolonggg laaa kembalikannnnn Pasta kuuuuu... haha..





Tuesday 15 November 2011

Trip hari ke-4

Hari ke-4 trip baru terasa lenguh satu badan,Mr.Hubby pula tak henti-henti mengeluh sakit kaki.Aku??  terasa lenguh sikit tu ada laa...tipu la kalau tak letih.. tapi tak la sampai tahap aku tak larat nak melangkah langsung hehe..Agaknya Mr.Hubby tak biasa jalan nonstop kut ditambah ngan aku yang memang jalan tak suke nak rest-rest.Aku sedar tu tapi aku wat bodo jer haha...Biasalahhh..kalau bab jalan2 nih memang aku excited sangat,rasa penat pun aku tak terasa kalau dah jalan.Kalau rehat pun sekejap je sekadar untuk melepaskan sesak didada,pastu sambung jalan balik haha..kejamlah jugakkk haha...Tapi jangan lak ingat aku jalan sampai skip waktu tidur belah malam..giler aperrr..ingat aku nih ultrawomen? Tidur malam tu wajib oiiii..Camne aku nak jalan esok pagi kalau tak tidur..lembik la badan dibuatnya kwanggg.kwang..kwangg......

Pada fikiran aku laaa..kalau dah ada trip macam nih,nak rehat 2,3 jam dalam bilik hotel rasanya memang perkara membuang masa je melainkan tak dapat dielak macam anak aku yang hampir nak demam semalam tapi syukur alhamdulillah dia cepat pulih dan segar macam biasa.Ye laa..kita dah gi jauh merantau,kalau datang nak tidur kat hotel jer..baik tak yah gi mane-mane ye tak?..tu buang masa dan duit jer namanye..Haduiii..esok hari last kitaorang disini jadi aku lebih tegas bila nak padatkan jadual kita orang nih..rest2 tu aku tolak ketepi dulu,esok dah balik Sarawak leh la tidur 24jam ye takkkk??..hehe..

Hari ni aku banyak jalan berdua dengan puteri aku naklumlah Mr.Hubby pun sibuk meeting pagi tadi.Hmm..kelihatannya dia lebih aktif daripada semalam.Jadi langkah kaki kami berdua semakin jauh memandangkan dia dah segar bugar.Kekadang terlintas gak difikiran adakah dia nih betul2 larat dengan aku berjalan jauh,tau je la kalau nak guna teksi memang alang-alang sangat..jadi jalan kaki lagi best,semua leh nampak kiri kanan jalan hehe..tp nampaknya dia langsung tidak menunjukkan sebarang perwatakan negatif.Malah nampak suka sangat..agaknya bila jalan berdua macam nih,dia tak buat karenah sangat kut.Disebabkan dia segar semacam maka ini memudahkan kerja aku untuk ambik gambar sekitar Pavilion.Dah banyak kali gak ke sini,tapi tiap kali kesini mesti dalam mood Christmas,jadi kebanyakkan gambar pun lebih banyak menggambarkan suasana Christmas yang bakal menjelma December ini.Tapi takpe laa..aku suka gak,dapat la aku dan anak aku pose sakan ngan pokok2 christmas yang tinggi galah tuuu.Jom tengok gambar-gambar yang aku ambil pagi tadi.Yeay!!!..
Pemandangan dari jejantas di Pavilion,suasana pagi masih lengang..Aku dan puteri terpaksa jalan satu bangunan sementara menunggu Shopping Mall di Pavilion dibuka sepenuhnya untuk penggunjung.

Depan Bangunan Pavilion dimana air pancut nih salah satu daya penarik kat situ.

Cantik tak background?Sampai berlingkar kaki anak aku dibuatnya haha..

Salah satu Christmas tree dipintu masuk Pavilion

Bangunan Starhill yang aku rasakan begitu unik sekali,bersegi-segi huhu

Saja ambik gambar nih..sibuk jer kaaaannn huhu

Salah satu bangunan yang berada dibelah belakang Pavilion..cun wooo..

Keadaan jalan dan view di kawasan nih agak lengang

Pagi tadi agak panas,berpeluh cikit dibuatnya tapi mujurlah aku dan puteriku cuma jalan santai2 jer hehe

Aku tak pasti nama bangunan nih,aku just ambik jer..saja nak buat kenangan..cantik kannnn..

  
Awan yang berlingkar hehe...

Macam lolipop jer benda nih,,simple dan menarik..tema warna merah tetap jadi pujaan huhu

Woww!!..kek besar gedebakkk..kalau betol memang aku pun sayang nak makan haha

Aku dah cakap dah..mood christmas dah datang dah...anak aku pun suka tengok benda nih hehe..

Entah apa benda kat belakang puteri aku tu...layan jer laaa..

Bila dia start aktif,cara pose pun macam-macam adaaa..

Dia pun takleh tengok jer,ambil gambar tu dah kira wajib huhu

Hello kitty...yang nih masih tak ada perubahan,tahun lepas pun ada juga huhu

Cute tak aku?

Pokok christmas yang bakal menarik penggunjung huhu

lampu klip klap yang membentuk seekor kijang

Wahhh..hebatnya hasil tangan diaorang nih..kagum2

Aku suruh berdiri dekat deer,dia pulak tak berganjak2 dari situ...layannnnn

Pavilion good!!

Hadeii..lupa dah aku nama bangunan nih,cepta betul aku lupa.Seingat aku bangunan nih juga bangunan untuk hotel bertaraf mewah.Kalau tak mampu nak bermalam kat situ,buat macam aku..tengok luar bangunan je haha..

waktu naik tangga aku sempat capture gambar nih haha..sibuk jer aku 

Dalam Pavilion,shopping mall yang mewah.Aku tak dapat beli apa2 kat sini..harga tersangatttttlah menggerunkan..rasa macam kecil jer duniaku haha..

Dipenuhi pokok christmas yang menarik2 belaka..

 Pernah nampak Menara tu? hehe..takkan tak tau kuttt..Menara KL

 Pemandangan dari Bukit Bintang yang menunjukkan betapa jauhnya Menara berkembar KLCC dari tempat aku berdiri hehe..

 Bangunan Pavilion yang ngetoppp..

 Pemandangan sebelum sampai Pavilion,ada Sephora gak tu..first time nampak bangunan Sephora hehe

 Yang bulat-bulat tu apa ek? agaknya diaorang nak buat bangunan baru,semalam aku tengok diaorang masih busy kerjakan benda tu huhu

 Air pancut yang menjadi daya penarik kepada Pavilion..

 waktu pagi macam nih tak ramai sangat orang,dataran pun nampak sepi cikit..

 Entah napa anak aku capture gambar nih..

 Salah satu hotel yang bertentangan dengan Pavilion..lupa lagi nama hotel tu haha..

 Salah satu lorong di Pavilion,tempat orang dok berehat dan minum2..tapi yang aku nampak masuk situ kebanyakkan bukan warga tempatan tapi pelancong asing huhu

Kalau tak silap itu bangunan Prince...

Monday 14 November 2011

Demam pula

Halamakkkkk!!..anak aku nak demam pulak,bila aku check dahi terasa panas cikit suhu badan dia petang nih.Adoiii laa..part ni lah yang aku lemau bila jalan tempat orang nih,segala penyakit datang menyerang.Sabar jer laaa..nak buat macam mana,sakit2 nih bukan leh dielak kalau nak datang.Padan pun pagi tadi masa jalan-jalan dalam shopping mall dak nih selalu mengeluh dan mengadu rasa sejuk jer.Ingatkan dia sesaja buat muka maklumlah kebetulan dia guna skirt paras lutut jadi aku suspek dier sejuk biasa jer.
Tapi bila aku tengok dia dah penat semacam,maka aku pun ajak Mr.Hubby balik rest kat hotel dulu.Mane tau dah hilang penatnya nanti boleh la jalan2 balik belah petang.

Sebagai mama,aku tak leh pentingkan diri sangat walaupun selera menyopping aku setinggi Menara
KLCC ekeke..dalam sesetengah situasi aku kene fikirkan juga tahap kecerdasan anak aku time nih.Kang aku bawa jalan tak henti-henti,leh pengsan lak dak nih dibuatnya.Aku masih ada perasaan kesian hokeyyy!!
Disebabkan wajah dia dah letih sangat walaupun baru 2,3 jam pusing2 jadi aku fikir nak suruh dia tidur dulu dan rancang nak keluar jalan belah malam pula.Tapi nampak gayanya,malam nih tak dapat gi mana-mana kut..plan aku ada tanda-tanda terbatal dengan sendirinya..berkemungkinan begitu akhirnya huhu Takpe laa..masih ada masa lain untuk keluar jalan-jalan,harapnya begitu laaa.Saje nak sejukkan hati
cikit walau aku sedar akan terperuk dibilik hotel je huwaaaa
Image Source: Yahoo search

Jiwa aku jadi kacau sedikit petang nih bila fikirkan aku tak bawa apa-apa ubat sirap kanak2 time makan angin begini,nasib baik Mr.Hubby aku rajin cari ubat untuk puteri kesayangan nih.Lama gak tunggu dia sampai hotel,cari farmasi tapi tak jumpa-jumpa katanya.Nasib baik akhirnya dia jumpa gak ubat penadol bebudak nih.Walaupun mungkin farmasi merata kat area nih tapi nak jumpa 1 pun susah,
maklumlah bukan tempat sendiri jadi akan melambatkan pencarian.Tapi alhamdulillah akhirnya Mr.Hubby dapat jumpa gak ubat yang dicari.Moga-moga demam anak aku tak teruk mana.Dah baik nanti,dapat la sambung jalan-jalan lagi...Yeay!!

Followers