Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 31 July 2012

Madah Diri


Kadang-kala orang yang kita sayang meninggalkan kita tanpa sebab tetapi MUNGKIN juga kita sendiri boleh menjadi begitu..Yup..who know?. Dan adakalanya orang yang tidak pernah kita kenali menjadi orang yang terpenting dalam hidup kita atau MUNGKIN juga sebaliknya iaitu orang yang paling kita kenali dan percayai seperti tidak pernah wujud bahkan kita sendiri tidak tahu siapa dirinya sekarang. Guyssss...!!...Dalam perjalanan hidup ini...semuanya datang mengikut masa..dan masa itu mampu mengubah sesiapa pun dia.Cuma bezanya bila tiba waktu kita diduga...sudahkan kita bersedia untuk menghadapi semuanya ataupun kita cuma pandai mengelak begitu saja. Jawapannya sudah pasti ada ditangan anda sendiri.Yeay!!!...

Wednesday 25 July 2012

Madah Harapan


Tatkala kita berputus asa...terkadang kita menyerahkan segalanya pada takdir.Apakah harus kita selalu Berserah?..Pasrah? diwaktu kita masih mampu untuk melakukannya. Setiap dari kita tersimpan harapan yang tinggi di lubuk hati namun harapan itu tidak akan kemana andaikata kita berhenti untuk meneruskannya.Guysss....Peluang itu sentiasa ada selagi kita percaya bahawa harapan yang kita simpan tidak pernah padam.Teruslah mencuba walau peluang itu cuma sekali.Yeay! 

Monday 23 July 2012

Pergi Tak Kembali

Tahun ini kehadiran Ramadhan yang aku nantikan penuh teruja tetiba bertukar menjadi duka dalam sekelip mata.Permulaan puasa yang sangat berat untuk aku hadapi dan sekaligus tercatit sejarah hitam yang tak mampuku luahkan dengan kata-kata.Pemergian mengejut arwah datuk tersayang sehari sebelum puasa sangat memilukan hati bahkan hampir mematahkan setiap semangatku.Pergimu kali ini rupanya tak kembali lagi..Inilah dugaan yang begitu besar buat aku dan keluarga terutama kepada ibu tercinta yang kehilangan kasih sayang seorang ayah.Kini kami kehilangan satu-satunya orang yang begitu kami hormati,sanjungi dan sayangi selama ini .Sesungguhnya ajal dan maut itu tidak menanti kita,jika sudah sampai masanya..ia akan pergi jua bila tiba waktunya...


Hmm..dan malam ini terdiam sendiri,bila melihat semula gambar ini.Perasaan terasa sedikit tersentuh seketika dan ada rasa debar dan sebak di hatiku. Ahh...Rupanya jamuan keluarga hujung tahun lepas (23/12/2011) merupakan jamuan terakhir kami bersama arwah datuk yang kami semua panggil manja dengan gelaran "Nek"..atau "Nek Atuk"..Dan mulai saat Nek pergi, kami hanya mampu memanggilnya di lubuk hati kecil serta disetiap doa2 kami dan bukan lagi bersemuka seperti dulu.Nek...Sesungguhnya aku merindui senyuman dan tawa dibibirmu ketika tiap kali aku cuba mengusikmu dengan gurauan...huwaaaaa...

Dalam kesedihan yang masih melanda dijiwa,aku redha dan pasrah dengan segala ujian dan kehendak yang Maha Esa..Kami sekeluarga tetap berdoa agar roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan aman disana nanti.Dan kepada seluruh keluarga,sepupu dan sanak saudaraku..banyak-banyakkanlah bersabar dan kita sedekahkan seberapa banyak doa untuk arwah dengan cara dan agama masing-masing.

Dan malam ini aku buat satu puisi ringkas khas buat arwah tercinta dalam bahasa Melanau.Love you always Nek..

Tajuk: Pawah

Nek..
Keman umit sapai nyat,
Ako selalu menibah kaau,
Walau kadeng-kadeng ako menak kaau merih,
Walau kadeng-kadeng ako menak kaau menangih,
Tapi ako debei pernah liluk menak kaau tetawa udei,
Atau menak kaau senyum sesingei
Sebab dagen naseng ko 
Debei akik wak kenah ganti kedau kaau keman sabei.

Nek..
Keman umit sapai nyat,
Ako selalu menibah kaau,
Tapi ajau bila kaau ngan debei gak daweg kamei,
Ako pun nyadin debei tao sai bak tibah ko Nek agei,
Debei jegum bedalo,debei jegum menangih,debei jegum serita serta
debei jegum tetawa tan ako jegum kaau lau sabei,
Menyenged janji kaau..menyenged janji ko..menyenged janji tuah,
Cuma menak makin pawah singen dagen naseng ko gak kaau,
Tapi walau kejien akhirnya...doa dan sayang ko selalu bersama kaau sampai bila-bila...













Wednesday 18 July 2012

Selamat Berpuasa 2012 Semua


Tinggal beberapa hari jer lagi kita sebagai umat Islam akan menunaikan ibadah puasa.Camne semuaaaa....are you ready??? hehehe....Ohh..bagi aku,tahun nih terasa sedikit excited untuk berpuasa.Yippeeee...exciteddd..excited..dan excited. Moga-moga perasaan aku nih sentiasa begini disepanjang bulan ramadhan nanti...insyaallah...

Dan sebelum bermulanya puasa kita ini, ingin rasanya aku memohon maaf diatas segala salah dan silap atau terkasar bahasa dan perbuatan yang tak pernah aku sedari selama nih.Andai kata ada antara keluarga dan kengkawan yang tersinggung sewaktu kita bersama atau juga ada kalangan pembaca yang kurang senang membaca tiap entri2 aku..Ku susun sepuluh jari tanda ampun dan maaf.(<--adeii..ngalahkan ucapan hari raya :-O )
"Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu semuanya datang dari diri aku sendiri."

Untuk semua umat Islam di dunia nih
SELAMAT BERPUASA 2012!!! Dan hari ini aku tempek lagi 2 gambar simple sempena bulan ramadan ini.Idea takde youuu..main belasah jer dalam 2 jam nih.Nak wat ucapan pada kad pun tak reti hehehe..Apa-apa pun..jangan segan2 nak copet,aku relakan jer.As usuallll...sharing is caring you knowwww!!! hehehe...Esok-esok kalau free dan ada idea aku cuba buat lain lak hehehe..Yeay!!!....

Tuesday 17 July 2012

Jemput Tengok :-D

Ohhh..sepanjang minggu lepas hinggalah ke minggu nih aku dipenuhi aktiviti...Dan yang paling bestnya hari ini aku bersemangat untuk kongsikan bersama2 kengkawan dalam blog aku nih.Rasanya bukan takde idea tetapi sekali sekala aku ceritalah benda yang lain kannn..takkan nak tempek gambar photoshop memanjang hehehe...Mudahkan hidup anda yeee..jangan nak pening2 lakkkk... Kalau aku enjoy dengan berblog cara nih jadi apalah salahnya kannnn...Yang penting kita selalu happy dengan apa yang kita buat.Meh la tengok apa yang aku buat dan jemputlah berjalan disekitar2 rumah aku. Sambil melihat aku explain yerr...Yeay!!


Kek Pandan Bersalut Coklat


 Minggu nih mimpi aku lain macam...kejap2 rasa nak buat kek..kejap2 rasa nak hias kek hehehe..Penangan "Cake Boss" dan "Faboulous Cakes" dirancangan TLC Astro betul-betul memberi impak kat aku walaupun aku memang tak minat makan cakes2 nih. Peh dengan semangatnya aku cuba buatkan satu cake pandan bersalut coklat setinggi 3 tingkat.Adeiii..macam tinggi tapi sebenarnya sebesar tapak tangan jer hahaha..Tuu..nampak tak coklat dia, sampai melimpah ruah cream coklat kat cake tu..biasalah aku kan tarer bab meyimbah nih hehe..siap tabur gula2 lobbb lobb loobb dan coklat rice lak tu sebagai hiasan..Kau adaaaa??? ekekeke...Ohh..target aku yang nak makan kek nih pun cuma puteri aku sebab tu tabur segala mende yang aku sendiri takmo nak telan.Bebudak kan suka coklat dan benda yang bercolourfullll...tu jer pancing aku untuk dia hehehe Adeii..tapi yang malangnya cakeku tak secantik seperti yang diimaginekan,nampaknya bakat aku takde kearah menghias kek nih ..aku pasrahhh!!!...:-s

Honey Dew Melon!!....





Choyy..choyyy..choyyy..sape sangka biji benih yang disemai beberapa bulan yang lepas akhirnya menjadi begini.Makaceh kepada ayah tercinta yang turut membantu menyemai biji benih ini dan rela biji semaiannya  diimport ke kebun belakang rumah aku nih hehehe..Dan makaceh juga buat Mr.hubby yang rajin mengorek tanah untuk tapak semaian honeydew nih...hehehe..Part tanam honeydew nih memang part yang aku paling "excited" sebabnya buah nih buah favourite aku,jadi teruja tu menjadi berganda-ganda lebihnya hehehe..Setiap kali jenguk kebun kat belakang rumah,mesti aku rasa macam biji mata aku nih "blinkk..blinkk..blinnkk.." heehe..Dalam hati lak tak sabar2 nak petik dan bawa balik kampung halaman sendiri then tunjuk kat ayah biji yang dia semai dulu.Ingat..."Sharing is caring" hokeyyy!!!...Harapnya takde serangga atau tikus2 montokkk yang nak serang honeydew nih...kalau tak ada aku frust menonggeng lepas nehhh :-O.

Terung dan Bendi


Terung Ungu nih dah banyak kali dah aku dan family bedal. Hasilnya beso2 gajahlah jugokkk sebab biji benih pun dari benih yang sihat dan gedebak gitu hehehe..Sebenarnya ini adalah pohon yang aku buat experimen...pas merujuk segala buku2 dan mengingati step mencantas yang aku pelajari dari Pensyarah2 time kursus dulu maka aku mula memberanikan diri mencantas sana sini dari start dia berdaun 6 dan 8 manakala pokok terung yang lain aku biarkan camtu jer,sebabnya aku cuma nak lihat apakah perbezaannya. Ternyata ilmu itu tidak menghampakan.You know what..ketinggian dan cabang2 pokok terung itu melebihi target yang aku imaginekan sebelum ini. Dan sekarang aku cuba mempraktikkan pada dahan bendi yang Mr.Hubby tanam kat belakang rumah aku lak..tapi rasanya bendi nih jenis "katek" kut sebabnya lum apa2 dah mula berbuah kwang..kwang..kwanggg...Tapi takpe..experimen tetap experimen kannnn..so aku cantas gak sebagai permulaan..confidence level aku tinggi kali nih hahaha.."Practice Make Perfect" hehehe 

Peria Pahit


Entahlah,aku tak target tinggi untuk sayur peria nih sebabnya dari berpuluh benih yang aku semai tapi cuma 2 nih jer yang menjadi.Dan yang paling buat mood aku hilang,buahnya yang terdahulu tak begitu sihat dan lagi menyakitkan hati bila lihat daun kekuning hingga layu sebelum waktunya hehehe...Tapi kali ini melalui pengamatan mata kasar aku dan melihat kepada daunnya yang berwarna hijau pekat gitu,insyaallah peria aku kali ini menghasilkan buah.Dah banyak kali gak mencuba tanam peria nih..semuanya tak sesihat dan hidup lama..Adeiiii..harapnya 2 pohon peria yang tinggal nih akan menunjukkan tanda2 positif..takde la aku putih mata tengok daun jer hehehe...

  Sengkuang


Nih sengkuang yang Mr.Hubby tanam..adeiii...aku dan dia bukan kuat mana pun makan sengkuang nih.Katanya buat rojak sedap,jadi tanam kene lebih..mana tau datang mood buat rojak nanti leh korek belakang rumah..hehehe..Yup..Mana-mana2 pun ok..tapi first time tanam sengkuang nih dan tak banyak masalah..cuma perlu tabur dan semai benih kemudian tinggalkan camtu jer.Kata orang semudah ABC hehehe..Kalau takde serangga perosak sangat maka sihat ler sengkuang korang..janji peringkat permulaan kene rajin siram.Jangan malas2 tauuu..Err..orang kata kat dahan sengkuang akan ada tumbuh kekacangnya macam kacang panjang,dan juga leh dimasak seperti sayur..tul ker? Aku tak pernah tengok dan try lagi..? Takpe..ada masa aku cuba..cuma tunggu dan lihat jer laaa dulu hehee..

Kacang Panjang Benih Hijau dan Ungu


Adeiii..first time tengok benih kacang panjang ungu ke hitaman nih..tu pun biji benih yang diberi oleh jiran aku.Mulanya aku ingat kacang panjang hijau jenis panjang berjela tu,tapi tup tap tup tap yang jadinya colour ungu kehitaman gitu.Suspen juga jiwa aku dibuatnya pasal aku tak pernah tanam jenis nih dan memang aku first time tengok gak.Bila dia jadi camtu,aku memang takut nak pegang, apatah lagi nak buat menu masakkan sampaikan aku terfikir macam nak cabut jer dahan kacang panjang time tu gak.Tapi aku bernasib baik sebab lum sampai aksi camtu lagi,mujur ler mak aku bermalam kat rumah aku aritu,dia lah yang menerangkan aku jenis2 kacang panjang nih.Malu bertanya sesat jalan youu..daripada aku wat bodo dan tengok berjuntai camtu jer,baik aku tanye elok2 kurang2 aku tau mende yang aku taktahu sebelum nih hehehe..Kalau tak,ada aku ingat kacang panjang nih jenis beracunnnnn wakakaka..lawak tulll....Dan yang lagi lawak bila aku masih belum merelakan diri memasak menu baru buat santapan family,trauma aku masih menebal dijiwa..takut ada racun kut walaupun sebenarnya macam sayur biasa gak hahaha..Jadi petang semalam aku dan Mr.Hubby pakat hantar hasil kacang panjang tu ke rumah mak mertua jer,ye laa..daripada terbuang baik kita beri kepada orang yang pakar tentang sayur2 nih ye takkk.Mana tau Mak mertua aku reti makan kacang panjang ungu  nih,kalau dia tak reti gak..maka sedekahkan jer kepada saudara mara terdekat kat situ hehehe..Pehhh..mak mertua aku memang hebattt..bukan setakat reti makan tapi siap mintak aku simpan biji benih kacang ungu lak tu.Mujur ler kacang panjang hijau aku menjadi gak,kalau tak memang putih mata la aku dibuatnya wakakaa...
  
Cili dan Kacang Tanah


 Cantek tak cili2 aku? hehehe..nih ler koleksi cili2 yang aku ada..takat nih aku dan Mr.Hubby ada tanam 4 jenis cili yang berlainan size dan jenis..dari sekecil-kecil cili padi hingga ke sepanjang2 cili kering,dari sekurus2 cili2 hingga segedebaknya cili..adeiii..kalau leh aku nak cuba tanam pelbagai jenis cili tapi semaian aku asyik kene rembat dek burung2 yang dok berterbangan area nih jer..nyampahnyeeee...!!! huwaaaa..sadissss!!!...Kacang tanah aku lak nampaknya makin menjadi2 disalah satu sudut hehehe..Dah banyak kali aku nak korek tapi mak aku tahan lak..siap pesan,kalau nak korek biar sampai daunnya dah hampir2 layu atau dah berubah colour kepada kekuningan baru cukup matang.Adeiii..bila nak layunya nih???....Aku tengok macam makin merimbun je nih huwaaaa....(<-- inilah saat menduga kesabaran aku kuttt)

Ubi Keledek


Tadaaaa...suburnya ubi2 keledek aku dan mak aku.Nih jenih keledek putih dan oren.Indah mata memandang,semakin segar semakin sukeeeee..owhhh..tak sabar tunggu bulan November dan December..time tu ler aku dan mak aku start mengorek lagi hasilnya nanti dan sudah semestinya orang yang dijemput merasmikannya juga ialah kakak tercinta yang duduk di Miri pada musim cuti sekolah hujung tahun nanti ..tu la target aku dan mak aku time dok megerjakan ubi2 nih tempohari hehehe..Ohh..ubi keledek yang aku tanam ada 2 batas dan 1 batas ditanam oleh mak aku sendiri .Amboiii..sempat jer mak aku berkebun walau duduk sehari dua jer aritu dan yang lagi lucu bila mak aku siap pesan tolong jaga dan jangan usik ubi2 dia wakakaka...Nih amaran ker per ek? Ok dehhh..berehhhhh!!!!

Terung emas dan Terung Ungu lagi!


 Terung emas atau terung bulat or terung kuning nih antara 1 dari 3 yang ada kat tepi rumah aku nih. Entahlah..menunggu terung emas nih berbuah seperti menunggu bulan jatuh ke ribaaaaa...Hadeeiii..punyelah lama..dari aku mula jejak kaki ke rumah nih hinggalah sekarang masih belum ada tanda2 nak berbuah. Kalau yang kurang sabar tu,gi ler nyopping kat market dulu sementara menunggu berbuah,tu pun belum tentu jadi buahnyeee hehehe...Dan gambar sebelah kanan lak adalah koleksi terung ungu aku..hehehe..kecik2 dah mula berbuah..baik tul terung ungu nih..tak suruh tuannya tunggu lama cam terung emas nih kannnnnn...Tapi nape terung ungu aku yang tu semuanya nampak kementot ekkk??? hadeiiiii...

Aktivit Hujung Minggu

Satu aktiviti yang selalu aku dan puteri aku lakukan bila ada masa lapang dirumah iaitu melukis dan bermain dengan warna. Yup aku akui ini adalah favourite aku time aku bebudak dulu dan aku akui dikalangan kami 4 beradik pula..inilah kekuatan aku iaitu bermain dengan warna.Tapi bab2 subjek lain aku memang tak leh dibanggakannn hehehe Dan hari ini aku melihat,puteri aku pun mempunyai minat yang sama tapi aku sedikit pun tak menghalang bahkan aku semakin menggalakkan.Takde siapa yang dapat menghalang hobi dan minat kita kannn,semakin kita halang semakin dia kearah itu jadi lebih baik kita sama2 positif. Hmm....Aku tak reti mana pun melukis tapi disebabkan puteri aku nih terlampau minat melukis jadi aku pun turut memberi sokongan kat dia.Apalah sangat sokongan aku nih ye tak tapi yang penting masa untuk bersama anak jangan dilupa. Luangkan sejam dua untuk bersantai dan menyelami dunia anak kita...mesti semuanya akan terasa indahhh.Ingat..kita akan sentiasa merindui saat2 begini ketika anak kita dah dewasa klak dan walaupun masa itu tak kembali sekurang2nya kita bawa kenangan kita bersama dihari tua kita chewaahhh...Motivasi penting oiiittt  (^,^)


 Saat aku tak terfikir nak melukis apa2 tapi puteri aku berikan aku sekeping kertas putih agar aku melukis bersamanya.(<--tektik yang berkesan dari anakku,tau jer dier aku memang akan join dia time tu hehehe..) Lama gak aku merenung puteri aku mewarna lukisan dia hingga aku terasa camnih "kalau dia besar esok,tengok lukisan aku macam apa tah sekarang nih mesti dia gelakkan aku habis-habisan"...Ohh..aku sentiasa imagine diluar kotak fikiran hahaha..Nak start mewarna pun aku rimas dah..blurrr hehehe..


Tapi bila dah start..adeiii..tetiba jadi cam dlm gambar tu arr..asyik2 gunung..asyikk2 awan biru hahaha..kau adaaa???...Tu ler modal aku bila bersama puteri tersayang,menda yang aku rasa paling senang untuk aku buat.Kalau aku buat lebih2 kang dia tersentap lak..so kene play save okeyy..aku buat dengan penuh berhati-hati dan perasaan sedikit risau tengok telatah puteri aku yang sedikit macam tension pas tengok lukisan aku.Then aku slow down dan berhenti seketika,tetiba aku tengok puteri aku tiru awan aku lak..wahhh..dia belajar dari aku something hari nih ekeke..biru mata hitamku youuu hehehe...


Hmm..then aku start lagi..tempek2 matahari sikit yang aku buat ala2 berus watercolour aku tersasar sana sini dan pokok yang entah apa2...hahaha..Lukisan puteri aku tu rasanya dah hampir2 siap kut tapi tiap kali dia toleh aku mesti dia mendagu dan mula nampak stress..ada mende dia tak puas hati..Aku lak rasa cam kecut perut sebab puteri aku nih memang bab2 melukis nih memang takleh kalah..mesti nak menang jer.Banyak lak soklan yang aku kene jawab dek lukisan aku yang baru separuh siap tu ngalahkan kene soal polis lak hahaha..


Tapi dont worry guysss..aku mama yang baik hati (<--puji sendiri jap kuikuikui)..Takkan ku biarkan dia stress dan hesteria melihat lukisan aku tu jadi aku pun cakap kat puteri aku supaya dia tolong habiskan lukisan aku tu..sambung apa yang patut sambil aku ajar camne nak buat hehehe..Alhamdulillah,dia tetiba jadi excited dan mula mewarna separuh gambar yang aku sengaja kosongkan untuk dia.


Tengokkk..betapa bersungguhnya puteri aku menghabiskan sisa2 lukisan aku..Siap dia cakap depan aku nak simpan lukisan tu hehehe..Aku bangga sebab dia dah pandai menghargai hasil yang dia baru buat walaupun pada hakikatnya aku yang buat separuh kuikuikui..Moral of the story untuk kita semua.."If you can't beat them,please join them"

Bunga Matahari Ku





Baru sebulan lebih menanam bunga matahari,akhirnya kelopak2 bunga mula menguntum..Bestnya perasaan bila melihat bunga matahari aku kembang serendang tapi yang tak bestnya bila kelopak2 bunga aku kene serang serangga lakkk..huwaaaaaa..frustnya hati iniii...dah tak cantek dahhhh..Untuk koleksi edisi pertama,aku memerlukan pembantu aku iaitu puteri kesayangan untuk pose di sebelah pokok matahari tu..Maklumlah edisi terhad jadi kenelah capture,hidupnya pun tak lama mana bunga matahari nih so daripada aku terkenang2 dalam otak aku baik aku capture bunga dia sekali..biar aku leh tengok sekali sekala dalam hp aku nih.Tengok ler betapa dasyatnyer puteri aku,bangun dari tidur pagi tu terus pose tepi pokok bunga matahari aku tu hehehe..Kau adaaa???...hehehe...I love you my darlinggg winkk winkk winkk hehehe...

Apam Balik Comel


 Yuhuuu..dan gambar terakhir yang aku buat ialah..aktiviti mengisi perut iaitu membuat apam balik hehehe..Time-time sejuk camnih aku suka masuk dapur,rajin aku macam kene sihir jer hahaha..Apam-apam yang aku buat semuannya comel2 belaka dan isinya aku bubuh kacang dan sedikit jagung..standard apam pasar malam youuu hehehe..lame dah tak makan apam nih,jadi pagi semalam sebelum buatkan lunch aku mula buat kuih apam nih..Rasanya tak la sedap mana,tapi itu semua tak penting..yang penting aku dah berjaya buat apam balik yang comelll....yahooo..hehehe...


Ehh..extra 1 kontener untuk dihantar ke rumah mak mertua aku..wajib tuu..ibu mertua tersayang jangan dilupa,bukan selalu pun aku buat kuih2 nih.Apalah salahnya aku sharing with my mertua hokeyyy!!!..Mak mertuaku makku juaaaaa hehehe...

Friday 13 July 2012

The Art Of Being Well

Ahaaa...kat bawah nih ada satu kata-kata yang selalu aku simpan dan baca ketika kesihatan aku tengah turun naik suatu ketika dulu.Kata-kata yang aku dapat dari kakak tersayang yang secara tak langsung sedikit sebanyak memberi aku semangat dan inspirasi waktu itu.Ohh..aku pun tak pasti dari mana dia dapat kata-kata ini tetapi untuk makluman semua ayat-ayat ini bukan pemberian direct dari kakakku ye tetapi dia menggunakan alasan  dengan meminta aku convert slide powerpoint kepada bentuk video dan meminta aku membuat background music.Dipendekkan cerita,dalam aku buat apa yang dia suruh,sempat aku simpan dan masih aku baca hingga ke hari ini.Rasanya dah 5,6 tahun dah kut hehehe...


Aku ingat lagi,bila first time membaca ayat-ayat ini,jiwa ku terus tersentuh.Ye laa..dalam keadaan kesihatan yang tak menentu,pasti datangnya perasaan sering berputus asa.Dah jadi lumrah bila sakit kut,pelbagai perasaan datang menerpa hehehe..Tapi sebenarnya kekadang kita terlupa bahawa hidup ini terlalu indah untuk dilepaskan begitu saja.What can i say guysss...kita sentiasa perlukan sokongan, motivasi dan harus sentiasa berfikiran positif untuk melalui hidup ini. Biar segelap manapun dunia kita,percayalah pasti akan ada sinar cahaya meneranginya suatu hari nanti...sabar jer laa hehehe..Dan semalam aku terfikir untuk design satu gambar yang mungkin lebih memudahkan anda semua untuk memahaminya.Biasalah tu..aku kan suka menggunakan gambar sebagai pendekatan yang mudah dan senang difahami kuikuikui Dan dibahagian bawah lak aku copykan semua kata-kata itu semula sebagai motivasi kepada semua yang selalu rasa berputus asa.Moga-moga dengan kata-kata indah seperti ini mampu membuka minda dan hati kita...Insyaallah..Dan sudah tentunya ayat yang paling aku suka dalam kata-kata motivasi ini ialah
 "DO NOT LIVE LIFE SAD"...Enjoy ur life guysss!!! Yeay!!!


The Art of Being Well - Dr.Drauzio Varella

If you don't want to be ill..
...SPEAK YOUR FEELINGS...

Emotions and feelings that are hidden,repressed,end 
in illnesses as: gastris, ulcer, lumbar pains, spinal.
With time, the repression of the feelins degenerates to
the cancer.Then,we go to a confidante,to share our intimacy,
ours "secret", our errors! The dialogue,the speech,the word,
is a powerful remedy and an excellent therapy!

If you don't want to be ill..
...MAKE DECISIONS...

The undecided person remains ini doubt, in anxiety,
in anguish, indecision accumulaters problems, worries
and aggressions.Human history is made of decision.
The decide is precisely to know to renounce,to know
to lose advantages and values to win others.The undecided
people are victims of gastric ailments,nervous pains
and problems of the skin.

If you don't want to be ill..
...FIND SOLUTIONS...

Negative people do not find solutions and they enlarge
problems.They prefer lamentation, gossip,pessimism.It 
is better to light a match that to regret the darkness.A bee
is small,but produces one of the sweetest thing that exist.We
are what we think.The negative thought generates negative energy that is transformed into illness.

If you dont't want to be ill..
...DON'T LIVE BY APPEARANCES...

Who hides reality,pretends,poses and always want to give
the impression of being well.He want to be seen as perfect,easy
going,etc but is accumulating tons of weight.A bronze
statue with feet of clay.There is nothing worse for the
health than to live on appearances and facades.These are
people with a lot of varnish and little root.Their destiny is the 
pharmacy,the hospital and pain.

If you don't want to be ill..
...ACCEPT..

The refusal of acceptance and the absence of self-esteem,
make us alienate ourselves. Being at one with ourselves is the 
core of a healthy life. They who do not accept this,become
envious,jealous,imitators,ultra-competitive,destructive.
Be accepted,accept that you are accepted,accept the
criticisms.It is wisdom,good sense and therapy.

If you don't want to be ill..
...TRUST...

who does not trust,does not communicate,is not opened ,
is not related,does not create deep and stable relations,does not
know to do true friendships.Without confidence,there is not relationship.Distrust is a lack of faith in you and in taith itself.

If you don't want to be ill...
...DO NOT LIVE LIFE SAD...

Good humor.Laughter.Rest.Happiness.These replenish health and 
bring long life.The happy person has the gift to improve
the environment wherever they live. "Good humor saves us
from the hands of the doctor." Happiness is health and 
therapy.


Wednesday 11 July 2012

Terung Ungu Grill Bersama Sambal Petai

1 call sudah cukup membuat aku rasa happy hari nih.Pehhhh..gembiranya berlanjutan hingga ke malam...saat aku rasa sedikit lega dengan segala kekusutan yang melanda fikiran sebelum ini.Ahhh...lega sesangatttt!!..Dalam hati memanjat rasa syukur kerna sedikit demi sedikit pintu rezeki terbuka. Alhamdulillah...untuk sedikit kegembiraan yang diberi hari ini,maka aku menjadi teruja.Dengan semangat yang meluap-luap aku mula memikirkan menu special untuk Mr.Hubby..hahaha..Sudah menjadi kebiasaan setiap kali teruja, pasti aku akan segera masuk dapur memikirkan menu terbaik untuk dihidangkan.Dan tadaaaa...maka hidangan utama untuk hari ini ialah Terung Ungu Grill bersama sambal petai terbayang diminda dan ternyata projekku berjaya.Yeay!!

Terung Ungu Grill bersama Sambal Petai..yummmyyy!!..sedap sampai menjilat jari youuu tambah2 makan dengan nasi putih!..Nih menu yang jarang aku buat tapi oleh kerana baki petai yang mak aku bagi hingga kulitnya macam dah rentung dek aku simpan lama sangat dalam peti,maka hari ini aku cuba habiskan dengan membuat sambal petai.Jangan risau,biji petai tu nampak je hitam sebab kulit yang sepatutnya berwarna putih tu bertukar hitam dibiarkan camtu jer. Nampak lebih lawakann..ala-ala rentung gitu hahaha.. Saat-saat akhir lak baru terfikir nak buat macam nih,sebelum nih aku belasah camtu jer...err..kebetulan terung yang aku tanam pun ada gak kat tepi rumah nih jadi apa lagiii..masa untuk menjadi mastercheflah jawabnye hehehe..Owh Saja aku tempek gambar tu kat sini sebabnya aku jarang tempek pasal makanan dalam blog aku nih maklumlah masak pun tak tarer mane,segan lak nak tayang2 kat orang. Tapi oleh kerana malam nih aku rasa happy sedikit so apa salahnya aku sharekan kat sini..ye takkk...Mane tau ade yang terpandang gambar yang aku tempek nih,terus nak try buat gak hahaha...

Cantik tak lukisan nih? Haaa...ni ler hasil lakaran puteri aku sebelum masuk tidur semalam...alaa...setiap malam pun camtu cuma kali ini lukisannya kelihatan lebih hidup daripada biasa.Sesungguhnya aku terpegun seketika melihat lukisan ini dan turut berasa bangga dengan pergerakkan yang cuba disampaikan hehehe..Nampaknya puteri aku pun dah pandai berimaginasi sekarang nih hehehe..Untuk budak yang baru nak masuk 7 tahun,sudah tentu aku berasa puas hati melihat lakaran bersahaja yang cuba ditonjolkan di papan putih yang kami sediakan.Yup walaupun masih banyak cacat celanya tapi takpe,dengan minat yang ada, insyaallah puteri kami pasti mampu melukis potret keluarga kami suatu hari nanti.ekekeke..

Honey dewwww melonnn!!! My favourite fruit huhuhu...Hari nih Mr.Hubby sangatlah baik hati dengan membeli sebiji buah honey dew yang aku kira dalam 3kg camtu..Dan malam ini pula Mr.Hubby ringan tulang membantu aku didapur dengan membelasah honey dew nih....siap potong dadu ala-ala size gajah lak tu ekekeke...Tak kisah pun camne dia belasah honey dew tu asalkan dimasukkan dalam freezer sudaaaaa..segar jugak anak tekak aku bila melahapnya nanti hahaha...Ohhh..pic honey dew pun aku ambik...yerrr arrr..aku sempat jerrr...Sekarangkan zaman canggih,dok sambil makan pun leh capture hahaha...

Madah Kemaafan


Hmm..macam mana dengan kata-kata nih? Ada yang setuju tak? hehehe..Fuhhhh.....mungkin tak semua dikalangan kita begitu tapi hakikatnya lebih banyak ke arah itu ekekeke..What to do guyssss...fantasi itu bukannya realiti hehehe... Err..kata-kata nih leh ke dimasukkan dalam ketegori madah? Ahh..tak kisahlah..janji aku sukeeee...ngeeee...

Memikirkan background untuk kata-kata ini sudah cukup menyukarkan. Kesulitan aku cuma tidak menjumpai kesesuaian warna dan brush2 utama. Penggunaan colour coklat bukan juga favourite aku tapi apalah salahnya gunakan sekali sekala.Dan akhirnya "Simple" itu lebih sempurna walaupun nampak comot sana sini dan seolah2 tengah berkabung ekekeke..(itu pada mata aku lerrrr sebab aku yang buat hehehe). Akhir kata dari aku....Sama-samalah kita bermaafan tetapi jangan terlalu yakin anda telah berjaya menyembuhkan hati orang 100% (^,^).Yeay!

Monday 9 July 2012

1 Sweet Smile Quote


Good morning Worlddddd!!!...wowww..pagi2 aku dah bermadah segalakkk ekekeke.Inilah akibatnya bila menjenguk FB diwaktu pagi.Terbias dek terbaca status2 yang diupdate kengkawan di FB masing2 dan seterusnya berjangkit kat aku.Yupp...Seeloknya hari ini kita mulakan sesuatu dengan sedikit doa dihati dan secebis senyuman :-)

Tertarik dengan gambar2 yang diupdate oleh kengkawan pagi nih,maka aku pun mula menggunakan 30minit yang ada untuk berphotoshop sebentar sebelum aku meneruskan benda2 yang bertaburan diatas meja.Pagi ini aku kurang berimaginasi jadi gambarnya agak kemalapan dan simple.Walaupun simple tapi gabungan brush yang digunakan agak memperlahankan pergerakkan aku tapi takpe laa..janji siap dlm 30minit hehehe.Aku lupa dari mana aku dapat word2 nih tapi itulah yang melekat dlm minda aku dari dulu hahaha...Ok guysss....Keep Smiling yerrr...jangan kedekut senyum tauuu..Yeay!! (^,^)


Sunday 8 July 2012

Wallpaper Baru


Fewwww....hari nih sedikit free..dan dari cebis2 masa yang ada, aku mula memikirkan satu wallpaper baru. Hmm..perlahan-lahan idea menerpa diminda dan hasilnya kini mampu mengukir senyuman dibibir hehehe.Yup memang terasa penat setelah memerah otak tapi dont worry,aku larat lagi mengupdate seminit dua ekekeke

Oh ye...Sedikit emosi dan mood tercetus dalam wallpaper ini tapi itu semua tak penting..yang penting aku dah ada satu lagi wallpaper baru untuk hari ini.Jalan cerita aku mudah..Stop hurting me...!!!.. Yeay!!!.

Thursday 5 July 2012

AWISAR

Ouchhh..beberapa hari travel memang amat terasa keletihannya tambah2 bila terpaksa menggunakan kenderaan sendiri dengan duduk hampir 7,8 jam lamanya.Hadeiiii...apa yang boleh aku katakan bahawa perjalanan kali ini terlalu panjang dan sangat mencabar stamina,minda dan fizikal aku.Hayooo..Letihnya tak mampu aku ungkap dengan kata-kata tapi untuk sesetengah perkara aku tetap bersyukur kerna selamat sampai ke destinasi dan kembali semula ke rumah tercinta tanpa sebarang halangan..alhamdulillahhhh...

Hmm..tiba masanya untuk aku berblog sambil menikmati salad buah yang baru aku buat petang tadi.Dalam menikmati rezeki terasa segala keletihan setelah beberapa hari tak henti2 berulang alik dan berhempas pulas menghabiskan sisa masa di bandaraya Kuching sedikit demi sedikit hilang. Ohhh...melangkah kaki ke bandaraya kuching bukanlah destinasi favourite aku tapi nak buat macam mana,dah kat situ gak kene gi nyeeee huhu.. Ye..lokasi yang sering mematikan tiap langkah-langkahku kuikuikui

 Mengenangkan kembali saat melawat Automotive And Welding Institute Of Sarawak (AWISAR) dibawah Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak bertempat di Jalan Bako Kuching 2,3 hari lepas membuatkan aku tersenyum sendiri dan mungkin juga sedikit terbit rasa gelisah dihati mengenang sesuatu hehehe...Pada pandangan dan pemerhatian mata kasar aku, bilik2 kuliah atau tempat2 pembelajarannya,jadual2 yang disusun,yuran2 yang dikenekan tidaklah ada bezanya dengan Institut yang ada diserata Malaysia nih.Kalau ada terlebih dan terkurang sedikit tu memang perkara biasa.Yelaa..memang dah lumrah mencari ilmu,kenelah berkorban sedikit..tak kira la dari segi wang ringgit ataupun MUNGKIN juga perubahan yang bakal kita terima..jangan ada kejutan budaya sudaaaaaaa ekekeke...Biasalah tu..zaman dulu dan sekarang semuanya sama jerr...mana der free...yang bezanya samaada mendapat biasiswa atau tak je.Tu semua bergantung pada kelayakkan dan nasib masing-masing (^,^).

Cuma yang menjadi persoalan di minda aku ketika itu,kenapa lokasi AWISAR terlalu jauh dan terpencil,tidakkah itu terlalu menyukarkan para pelajar(<--terkenang pada hari pertama dimana saat aku merasa sedikit kecut perut mencari lokasinya..tersesatnya entah kemana walau alamat dan peta sudah disediakan hahaha) Itu cuma dari sudut negatif aku walhal pengangkutan ada disediakan bagi kemudahan para pelajar2 hehehe..Alhamdulillah..jarak asrama dan AWISAR yang aku kira agak jauh diantara satu sama lain mungkin sedikit menyukarkan para pelajar tetapi sebenarnya tiada kenderaan bukan penghalang kerna van disediakan oleh Pihak AWISAR maknanya setiap pagi dan petang pasti akan dijemput hehe Bagaimana pula dengan asrama? huhu...Part yang sukar untuk aku gambarkan setelah dibawa warden untuk meninjau sekeliling asrama lelaki dimana menempatkan 3 hingga 4 orang sebilik.Yup..sedikit tersentap...mungkin kerna melihat  keadaannya agak sempit,panas dan kurang sedap mata memandang tapi dalam masa yang sama aku sempat terfikir,itu semua bergantung pada penghuni bilik sendiri.Jika ingin bersih atau sebaliknya,pandai2lah jawabnye yeee.Bak kat warden tempohari "Belajar Hidup Susah" hehehe..Yup,i agree tapi lebih afdal jika disebut "Belajar Hidup Berdikari" ..Ahh..malas berceloteh panjang lebar,jom tengok gambar yang aku nak sharekan dalam blog nih hehe..Yeay!


Pemandangan dari tingkat 8 Hotel Habour View Kuching

 Lapar tahap maksima..tak daya menahan lapar lagi....bersih2 belaka piring kitaorang kannnn.... hehehe..kau adaaa???

 Menu aku..entah nape,malam2 bedal nasi lemak di THE SPRING shopping mall..nak menambahkan lemak tul ahhh..


My lovely princess and me...huhu..aksi sebelum check out dari hotel Paramount Sibu..hehehe..Aku dan dia sempat jerrr..hehehe..

Pemandangan dari Riverside Kuching untuk Bangunana Dewan Undangan Negeri Sarawak..

Halamakk..sempat capture satu jer gambar kat AWISAR...tu pun baru teringat time dah masuk keta hehehe..



Followers