Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 26 March 2013

Orang Baru

Pada 19 Mac 2013 lepas, seawal 0619am aku mendapat call daripada sepupu perempuan aku dari Hospital Besar Sibu yang mengatakan bahawa dia sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang merupakan anak keduanya. Alhamdulillah sesangat dengan kehadiran orang baru nih. Dan katanya pula bahawa dia ingin menamakan bayi tersebut dengan nama Jacqualine sempena nama jururawat yang menyambut kelahiran anaknya ketika itu. Wahhh...Beruntunglah nurse tu ye, tetiba ada yang nak namakan bayi yang disambut sempena dengan nama dia hehehe.. Nih le yang bestnya jadi bidan..mesti ada dikalangan ibu bapa yang ingin menyampaikan tanda penghargaan dengan cara begitu termasuklah sepupu aku nih. Macam style orang dulu-dulu lak (^,^)Ahh..tak kisahlah siapa pun nama asalkan bayi tu selamat.. 

Owhh..!! sebagai makcik A.K.A aunty bayi comel ini pastinya aku juga merasa cukup bersyukur diatas kehadiran orang baru dalam keluarga belah mak aku nih, ini bermakna bertambahlah cucu mak aku tahun nih hahaha... Nampaknya awal tahun nih kami disajikan dengan berita gembira diatas terlahirnya bayi perempuan nih namun dalam masa yang sama kerisauan tetap tersemat dihati diatas kesihatannya yang kurang menentu dan hingga ke hari ini masih dibawah pemerhatian pihak hospital. Apa-apa pun aku harapkan semoga keluarga sepupu aku tu terus bersabar dan dalam masa yang sama sentiasa terus berdoakan agar anak buah baru aku nih akan sihat sepertimana anak buah aku yang lain.Tak sabar nak cubit pipinya yang gebu tu.Yeay!!!



 Comelkan anak buah baru aku nih?...huhu..excited lak aku tengok dak nih hehehe...

Thursday 21 March 2013

Cuak!

Arghh!!! Bulan Mac yang membawa seribu rasa stress, dugaan dan kepenatan diminda. Bila imbas kembali kertas-kertas kerja yang dipos minggu lepas memang membuatkan hatiku sedikit rasa cuak.Segala idea-idea yang cuba dicurahkan mungkin belum cukup untuk memberi sebarang pengaruh namun begitu melalui sedikit pengalaman walaupun hanya berbekal dengan ilmu yang tak seberapa, aku tetap yakin bahawa itulah yang terbaik telah aku lakukan. Dan disaat ini, aku hanya mampu berdoa agar kesungguhan yang aku cuba usahakan ada petanda ke arah satu kesuksesan hidup.Moga aku tak rapuh disaat aku perlukan keyakinan itu. 

Okey...Enough of thinking!!...walaupun aku tak suka menunggu camni tapi kesabaran itulah yang aku perlukan sekarang. Aku sedia terima segala kemungkinan dan tak mahu meletakkan apa-apa harapan kerna bagiku pengalaman itu lebih penting kerna disitulah bermulanya satu langkah yang mengajar aku untuk mara seribu langkah lagi ke hadapan(^.^). Apa-apa pun,seharusnya aku serahkan segalanya kepada Allah, andai ada rezekiku..in shaa Allah takkan kemana tetapi jika sebaliknya pula..aku tak harus berputus asa. Mungkin aku kena usaha lebih gigih lagi lepas nih. Tetap aku bersyukur diatas rezeki-rezeki yang diberikan sejak akhir-akhir ini, sesungguhnya aku merasa sedikit kelapangan yang membuatkan aku percaya bahawa setiap kesabaran pasti tersembunyi seribu hikmah.

Ahh!! dipendekkan cerita untuk menghilangkan rasa celaru dan debar yang membuak-buak didada maka aku pun mula meyopping online lagi bulan nih. Antara satu hobi favourite aku bila duduk mengadap lappy,sambil menyelam minum air hehehe... Hobi yang aku amalkan sejak tahun 2003..lamalah juga, sekarang dah jadi macam habit lakkk.Setakat ini alhamdulillah,semua barang pesananku selamat sampai. Nampaknya aku berurusan dengan orang yang jujur jadi tidak menghadapi apa-apa masalah. Hilang juga tension aku bila lihat parcel2 ku sampai dalam keadaan baik dan sekaligus memberikan senyuman dibibirku hehe Dan hari ini aku gembira sesangat sebab parcelku telah selamat sampaiiii...dua-dua datang serentak lak tu...Yeay!!..



Nota: Takyah tau apa benda aku beli..tak penting pun kat korang hehehe.Thumb up untuk perkhidmatan yang diberikan,juga kepada supplier2 yang pernah berurusan dengan aku sebelum nih. Korang memang mantap, dan semestinya aku akan terus menggunakan perkhidmatan korang jika beginilah hasilnya.

Friday 15 March 2013

Madah Niat


Melafazkan niat itu mudah namun untuk mengotakannya pula mungkin payah. Ramai diantara kita masih keliru tentang erti niat itu sendiri. Adakah niat itu lebih dipandang cuma sabagai syarat untuk melepaskan kata semata ataupun sesuatu yang benar-benar terlahir dari rasa ikhlas dan jujur dihati? Sebagaimana 
hadis Rasulullah S.A.W pernah bersabda "Sesungguhnya setiap perbuatan itu tergantung dengan niat." Andai dari mula lagi niat anda tidak seiring dengan perbuatan anda, mungkin semua itu akan menjadi sia-sia. Setiap agama pun mengajar kita tentang sesuatu yang baik tetapi jangan mencelakan atau mencacatkan niat yang baik dengan sesuatu yang salah. Bukankah setiap perbuatan itu dinilai berdasarkan niatnya? Yeay!


Wednesday 13 March 2013

Bila Hati Sudah Bersuara

Pernah satu saat dalam hidup kita dimana betapa lemahnya diri sehingga hanya mampu untuk tunduk membisu..terdiam tanpa sepatah kata. Mungkin dengan membiarkan apa yang berlaku di sekeliling kita dan mengikut saja rentak yang cuba digerakkan oleh manusia-manusia di kiri mahupun dikanan kita sudah mencukupi. Namun adakala kita tewas untuk terus berbuat begitu kerna kita hanya manusia biasa yang tak mampu memenuhi hati sesiapa. Bersabar itu terkadang melukakan diri sendiri tetapi untuk membina hidup baru, melepaskan apa saja yang terbuku dihati adalah satu pilihan yang lebih berkesan daripada terus menuruti. Terpulang kepada penerima untuk menganggap ia sebagai dendam atau kemarahan kerna yang penting adalah hati sendiri. Buat apa kita penuhi permintaan orang lain andai hati sendiri yang sengsara!

 "Speak your heart" guyss...Untuk mara ke hadapan, kita tidak perlu melihat sejarah lama tetapi cukup dengan mencipta sejarah baru. Lihatlah segala kemungkinan perubahan disekeliling anda
 Bila Hati Sudah Bersuara.Yeay! (^,^)





Sunday 10 March 2013

Petrosains Miri, Sarawak

Tengok gambar lama dalam laptop kesayangan aku nih, terjumpalah gambar masa aku dan family melepak di Petrosains Miri hujung tahun lepas huhu..Baru pasan yang aku belum masukkan gambar2 nih dalam blog aku hehe..Entry yang nih patutnya aku dah masukkan tetapi oleh kerana kesibukkan dan masa untuk aku berblog agak terhad diketika itu maka ia telah membuatkan aku terlupa untuk berkongsi kepada kengkawan tentang tempat ini. Alaaa..penatlah juga asyik promot tempat orang...sekali sekala aku promotlah apa yang ada dinegeri sendiri iaitu Sarawak. Aku bangga jadi anak Sarawak, cuma dalam blog aku lebih suka gunakan Bahasa Melayu sebab aku tak focus pada satu bangsa jer tetapi biarlah seluruh rakyat Malaysia faham..kitakan 1 Malaysia hehehe...

 Ni adalah adalah antara tempat yang aku rasa korang harus singgah jika berada di bandar Miri. Petrosains ini terletak agak tinggi daripada bangunan2 lain dan aku kira diatas bukit kecil gitu hehehe..Tapi jaraknya dari bandar menuju ke Petrosains itu tidaklah mengambil masa yang lama cuma faktor bentuk muka bumi sepanjang menuju ke situ membuatkan kita sedikit gerun. Bagi aku tempat ini sesuai untuk mereka2 yang gemarkan sejarah atau mencari maklumat2 yang berkaitan dengan pengalian minyak di Sarawak. Terdapat beberapa info yang aku sebelum ini tak pernah tahu tetapi bila sampai disini membuatkan aku faham bagaimana cara orang dulu-dulu bekerja. Nak tahu selebihnya? Luangkanlah masa dan datanglah sendiri ke Petrosains ini dan lihatlah apa yang kita tak pernah tahu sebelum ini. Yeay!

 Sampai jer,terus nampak tiang segalakkk...

 Mengikut maklumat yang tertulis ini merupakan Kapsul Masa yang mengandungi Buku Cenderamata Perayaan Perisytiharan Bandaraya Miri, Surat khabar tempatan dan pelbagai dokumen bercetak yang akan dibuka dengan rasminya pada 20 Mei 2105 nanti..huhu..karang nih baru tahun 2013..berjangutlah menunggu ye tetapi itulah salah satu keunikan di Petrosains Miri. Agaknya aku dah bongkok tiga time tu kahkahkah

 Nak gak rasa mengerudi cara manual nih..pakat tolak ramai2,bersatu teguh bercerai roboh hokeyy!! hehehe..

 Mr.Hubby dan kenalan baru dia..:-D

Pose yang tiada penghujungnya...

Telaga minyak yang pertama di Malaysia yang digerudi dengan cara alat kawat...err..tempat yang kita orang tolak ramai2 dalam gambar atas tu arrr..hehehe..



Antara sejarah2 yang boleh kita lihat dalam teknologi mencari gali minyak dan gas..yang suka korek info-info bolehlah meneliti gambar2 pada dinding nih secara detail..huhu.

 Owhh..Mr.Hubby dan ayah tercinta sempat memanjang membuat perbincangan dan kesimpulan sendiri, segala pakar kut diaorang nih??..hehehe

 Dua adikku yang nakal..kwang3x..malas nak komennnn.. :-s

Salah satu pelantar minyak darat yang terdapat disitu yang dibuka untuk tatapan umum dan dijadikan bahan rujukan bagi pelajar2 dan guru2 kita sekarang dan termasuk individu seperti aku hehehe...



Wednesday 6 March 2013

Madah Tentang Kejayaan


Kata-kata diatas selalu mengingatkan aku tentang betapa tingginya tahap motivasi seseorang yang tak pernah kenal erti putus asa. Untuk menjadi seteguh dan seyakin begitu mungkin banyak perkara yang harus dilalui, dugaan dari sekecil semut hinggalah sebesar lautan. Dan apa yang manjadi tekanan utama ialah bilamana kita terpaksa berperang dengan diri sendiri. Perasaan goyah yang hadir tanpa kita sedari sehingga memusnahkan sebahagian daripada harapan yang kita bina.

Kegagalan sering mematahkan semua keinginan kita tetapi berapa banyakkah diantara kita yang bangkit semula untuk menebus kegagalan itu?.Siapa lagi yang boleh melemahkan dan membangkitkan semangat kita jika bukan datangnya dari diri sendiri? Kejayaan itu takkan datang bergolek didepan mata kita tanpa sebarang usaha dan apa yang lebih penting biarlah ianya seiring dengan usaha kita. Tak mengapa lambat asalkan berbaloi untuk tiap langkah yang kita lalui. Sebenarnya pengalaman itulah yang mengajar kita tentang sesuatu dalam hidup. Marilah kita sama-sama fikirkan.Yeay!

Followers