Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 29 May 2013

Kari Ikan Siakap Ku :-p

Senja semalam, sekali lagi kami sekeluarga menerima seekor Ikan Siakap besar hasil pemberian dari seorang penduduk tempatan (Baiknyalah hati diaaa...). Alhamdulillah rezeki kami agaknya, dan aku anggarkan berat ikan ni pun dalam lingkungan 6 atau 7kg. Sejujurnya, inilah pertama kali aku berhadapan dengan Ikan Siakap sebesar nih dan ini membuatkan aku memerlukan khidmat Mr.Hubby untuk turut membantu aku dalam kerja potong-memotong nih. Jika dibahagi kepada bahagaian-bahagian kecil kan nampak lagi cantik, lagipun tulang Ikan Siakap nih leh tahan "kebal"nya ngee....

Dan bila bangun pagi nih, aku merasa sedikit teruja apabila menginggati Ikan Siakap yang disimpan didalam Freezer petang semalam. Owhh..semestinya hari ini aku membuat Kari Ikan Siakap kerana sejak dari semalam Mr.Hubby telah "berdongdang sayang" tentang seleranya yang lebih kepada kari hehehe..Macam biasa, cara aku buat pun simple jer..takdenye over sana-sini hokeyyy..Nak resepi Ikan Siakap dari aku? Leh jer..kalau nak cuba hehehe..Yeay!!


Tadaaaa..Besar tak Ikan Siakap nih? Biasa aku beli size kecik jer tapi bila dapat size sebesar nih, senyum sampai ketelingalah jawabnyeeee hehehe...

Kari Ikan Siakap

Ikan Siakap (4,5 potong)
Serbuk Kari Ikan (semangkuk kecil)
 Asam keping(Guna 2 keping sudah)
Bawang Putih (4 biji)
Bawang Merah(3 biji)
Sedikit Halia (Panjang ibu jari) 
Serai (sebatang )
Bawang Besar (sebiji)
Terung (2 biji dipotong panjang)
Santan (sekotak)
Sedikit Minyak
Sedikit Garam
Sedikit perasa Ajinomoto/Gula

Cara-cara

1.Cuci Ikan Siakap dan letak dalam bekas bersih. Masukkan dua sudu serbuk kari dan gaul, biarkan beberapa minit untuk serapan.
2.Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dahulu,boleh juga dikisar. Manakala serai dipotong kepada 3 bahagian dan cukup hanya diketuk hujungnya. Bawang besar pula dipotong memanjang atau melintang mengikut selera anda.
3. Asam keping tadi direndam dahulu di dalam sedikit air dan ketepikan.
4. Masukkan minyak kedalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumbukan tadi seperti bawang putih, bawang merah dan halia. Selepas itu masukkan serai yang telah diketuk hujungnya. 
5. Setelah tumisan kekuningan atau naik bau, masukkan lebihan serbuk kari dan kacau hingga rata. Dalam 5 minit..tuangkan sedikit air untuk menggelakkan kari tersebut menjadi pekat dan kehitaman.
6. Kemudian masukkan Ikan Siakap, asam keping bersama airnya dan tunggu mendidih sebentar barulah masukkan santan.
7. Selepas naik minyak,barulah masukkan terung dan hirisan bawang besar tadi. Akhir sekali, masukkan sedikit ajinomoto/gula dan garam, tunggu hingga masak. Bila siap bolehlah dihidangkan..

Inilah hasilnya....Sengaja aku letak seciput jer didalam piring tu ye walaupun ikan beso gedebak. Al-maklumlah..makan pun bertiga,buat sikit-sikit sudaaaa. Dan seperti yang pernah aku katakan sebelum ini, sejak demam masterchef, plating tu mesti nampak cunnn kuikukuikui...


Puisi Mencari KasihMu

Malam nih aku rajin pulak berpuisi..puisi lak lebih kearah Puisi Ketuhanan. First time buat puisi jenis camni tetapi apa-apa pun aku tetap suka hehehe..layan jer la mode malam-malam nih..Yeay!!!

Tajuk: Mencari Nur KasihMu

Dalam kegelapan, 
Ku berdiri sendiri,
Terkial-kial mencari,
Jalan untuk kembali,
Jasadku terkaku, 
Jiwaku terkeliru, 
Hatiku menangis, 
Berlagu penuh sayu,

Dalam linangan airmata,
Dan penuh rasa rendah hati,
Ku menadah tangan kepadaMu,
Merintih dan berdoa tanpa henti,
Mohon dilimpahi rahmat buatku, 
Dan seribu petunjuk dariMu, 
Agar ketenangan itu akhirnya kutemu,
 Dalam melalui satu persatu ujianMu,

Ya Allah Ya tuhanku,
Perasaan ini terlalu malu untuk menghampiriMu,
Terlalu kerdil untuk berhadapan denganMu,
Terlalu lemah untuk mengikut jejakMu,
Terlalu perlahan menuju ke arahMu,
Dan terlalu biasa tersekat ditengah-tengah jalanMu,
Namun kuyakini kasihMu 
Tak pernah berubah terhadapku,
Dan membiarkan aku menunggu,
Kerna aku pasti cahayaMu sentiasa ada untukku,
Walau diri masih lagi teraba-raba, 
Dalam belajar mencari Nur KasihMu. :-)







Monday 27 May 2013

The Orchid Hotel Sibu

Waktu dulu-dulu aku selalu lalu depan The Orchid Hotel Sibu nih tetapi tak pernah pun singgah. Namun sejak akhir-akhir ini, ayah dan emak aku selalu cadangkan aku untuk cuba stay di hotel tersebut maka aku pun mula ajak Mr.Hubby mencuba Hotel Orchid nih hari sabtu lepas. Hmm..komen aku, hotel ini terletak agak terselindung namun masih berada di tengah-tengah bandar dan tak menjadi masalah untuk tetamu yang ingin berjalan kaki ke sekitar kawasan bandar. Mungkin kerna keadaan sekeliling yang agak sunyi menyebabkan hotel tersebut menjadi agak terasing tetapi bagi yang sukakan privacy, inilah antara hotel yang boleh aku cadangkan untuk anda. Selain kedudukan hotel yang agak bebas dari kesibukkan jalan, tempat letak kereta turut disediakan dan boleh aku katakan agak selamat kerana No.Kereta turut dicatit oleh pihak hotel untuk langkah keselamatan serta sentiasa diawasi oleh pak guard yang bertugas diwaktu malam.

Jika dibandingkan, harga sewa bilik hotel ini agak murah dari hotel bertaraf 3 bintang yang lain, keadaan bilik juga kelihatan bersih dan kesegaran jelas terasa apabila menjejaki kaki kedalam bilik tersebut. Kekemasan serta susun atur juga menjadikan ruang yang kecil tampak luas dan besar. Pada pandangan aku, hotel ini sesuai untuk tetamu yang mengadakan percutian pendek atau datang atas urusan perniagaan kerana faktor keadaan sekeliling yang agak tenang. Perkhidmatan kauter hadapan juga harus aku berikan pujian kerana pekerjanya agak mesra dan murah dengan senyuman jadi terasa tenang sedikit jiwa bila melihat pekerja yang begitu berdedikasi begini. Walau apa pun, aku tak suka bercerita kosong, biarlah gambar menjadi bukti bahawa anda sememangnya boleh mencuba hotel ini sekiranya ingin melancong ke bandar Sibu,Sarawak. Jika ingin mencari hotel bajet yang sempurna, cubalah singgah dan bermalam di Hotel Orchid ini. Yeay!

Buka je pintu bilik terus nampak tuala yang dibentuk ala-ala angsa gitu..Hotel-hotel mewah pun tak buat macam nih tau..Betapa pihak pengurusan mementingkan pandangan pertama para tetamu yang datang untuk menginap di hotel nih. Thumb-up untuk pekerja-pekerja bilik yang begitu kreatif dan rajin menghias tuala-tuala nih setiap hari huhu.. 

Yang bestnya juga, hotel nih dah guna tv LCD walaupun rak tempat letak tv tu comel jer hehe..Bagus-bagus..satu pencapaian yang hebat.

Meja solek yang siap dihias dengan bunga orkid plastik ..niceeee...sesuai dengan namanya...

2 single bed haha..macam gado lah pulokkkk padahal ni la bilik last yang tinggal time tu untuk 2 orang dewasa hahaha..Nasib ler tapi tak kisahlah..asal dapat tido sudaaaa...

Pemandangan luar yang boleh dilihat dari tingkat 4.

Satu-satunya hotel yang aku jumpa telah meletakkan poskad percuma didalam bilik untuk dibuat kenangan dan turut kelihatan sekeping kertas yang tertulis bahawa hotel tersebut telah menggunakan carpet baru hehe..Ye betul..nampak cantikkkk!!

Didepan pintu lift, disediakan ruang khas untuk tetamu berehat atau menunggu.

Restoran yang aku rasa agak menarik untuk dikunjungi oleh pelancong luar dimana susun atur dan hiasan yang digunakan adalah agak unik.




Pautan untuk Hotel yang lain:

Hotel Garden Sibu (sila klik)
Marina Court Resort Condominium Kota Kinabalu, Sabah(sila klik)
Habour View Kuching, Sarawak (sila klik)
RH Hotel Sibu, Sarawak(sila klik)
The Paramount Hotel Sibu(sila klik)
Hotel Grand Continental(Sila klik)
Kingwood Hotel Sibu(Sila Klik)
Regal Court Hotel Kuching(Sila klik)
Hotel Capitol Kuala Lumpur (Sila klik)
Citrus Hotel, Johor (Sila Klik)


Wednesday 22 May 2013

Jom Sign-Up Churpchurp


Churpchurp ...churpchurpppp..cute kan gambar atas ni? Opss nih gambar yang aku ambil dari laman facebook Churpchurp, saja tempek kat sini buat penyeri entryku kali nih hehe..Wahai pembaca yang rajin skodeng blog aku nih, pernah ke dengar tentang Churpchurp nih?..Blur? Blinkk..blink?? ekekeke..Tak apa jika tak pernah, hari ini aku tersangatlah lapang hingga teringin untuk berkongsi dengan korang sikit tentang Churpchurp nih. Yang dah tahu tu, sila abaikan entry nih ye kuikuikui...Semangat aku lain macam sikit 2,3 hari nih..ada je benda nak share..lagipun sharing is caring hokeyyy!!

Hmm..Untuk pengetahuan korang, Churpchurp nih adalah antara salah satu web yang sangat digemari oleh para blogger Malaysia dan juga pengguna-penguna laman sosial. Yuppp...Ini adalah antara web yang paling mudah untuk menjana pendapatan dilaman-laman sosial. Tak salah aku katakan bahawa, kita juga boleh berchurp dengan celebrities di churpchurp nih, tetapi part tu korang perlu rajin baca laaa ye sebab aku tak focus bab tu hehehe...Secara jujurnya, aku juga adalah antara pemegang account churpchurp nih cuma tahap keaktifan aku agak menurun jika dibandingkan dengan mula-mula aku join churpchurp 2,3 tahun dulu. Al-maklumlah berblog nih pun ada waktunya turun naik jadi kesan-kesan diatas kemalasan yang bermaharajalela dalam badan aku nih sudah tentu tertempias pada account2 yang bersepah aku pegang..sampai tak terjenguk dan terlupa password segalakkkk!!!.... chewahhh..<--macam banyaklah pulokkk hahaha..ngegada jap...Churpchurp (^,^)

Apa yang best tentang churpchurp nih?

1. Mudah untuk mendaftar..bila join apa-apa pun kena daftar dulu so jangan lupa klik disini dan sign up untuk mendapatkan account Churpchurp anda. Isi semua apa yang perlu..kalau boleh sejujurnya ye, jangan pula guna nama dan alamat pelik-pelik kang nanti dapat cek pun nama pelik2, boleh meraung dibuatnya huhu..Untuk cashout pula jumlah minimum ialah RM100 diperlukan, jika belum sampai jumlah tersebut kenalah usaha dan terus bersabar lagi..kene keje keraslah oiiii..ingat semua free??. Jangan heran sebab kekadang bertahun-tahun baru dapat angka tersebut. Berjanggutlah tunggu jawabnya hahaha...Itu untuk yang malas nak share macam aku, kalau yang super rajin tu mesti dalam sebulan dua dah melepasi target. Waktu tu, terpulang la nak cashout ataupun nak simpan sampai berkepuk-kepuk dulu haha..

2. Yang bestnya juga, sudah tentu disebabkan duit masyukkkk!!!...Ganjaran yang diberikan oleh pihak Churpchurp tak la tinggi mana, boleh aku katakan dari serendah RM0.20 hinggalah ke RM1.00 untuk satu "campaigns" atau bahasa mudah iaitu iklan .Walaupun mendapat hanya dalam linkungan 20sen  untuk 
"per unique click" janganlah tak bersyukur pulak. Jika 20sen tu dikumpul pasti akan mencecah ribu raban jugak, dapat pulak 4,5 campaigns dalam sehari dan yang Terklik secara sengaja dan tak sengaja kempen tersebut setelah disharekan tu pulak dalam 7,8 orang untuk satu kempen di facebook, pasti tip top pendapatan sehari yang anda dapat hehe...Tetapi kenalah selalu online dan alert sebabnya tempoh ganjaran tu kekadang tak sampai sehari, nih kes semua pakat nak sharekan kempen tersebut arr..pisang goreng youuu!!!.. hehe..Harus diingatkan juga jangan sesekali buat "fraud click" ye nanti sia-sia jer usaha dan penantian korang hehe..Kita memang bijak tetapi pihak Churpchurp lagi bijak sebab dapat kesan penipuan hasil dari fraud click nih. Biasa yang tak sabar macam aku nih, mulalah gatal tangan nak klik2 sendiri kempen tu tapi bila nak cash out tetiba dapat email maut siap bagi flying kick jumpa kesalahan kita haha..Nyesal tak sudahlah jawabnya..sob..sob..sobbb...sadissss!!!

3. Sebab terakhir ialah banyak pilihan hehehe..Ini adalah antara kelebihan churpchurp...pilihan untuk kita berkongsi kempen tu agak banyak caranya sama ada dishare di facebook, twitter, blog, email, chatroom dan sebagainya.Yang penting korang rajin copy and paste jer, takpun auto sharekan je lepas tu tinggalkan bodo ngeee...Orang yang bijak sudah tentu ada cara tersendiri untuk mempromosikan kempen-kempen churpchurp nih. Lagi aktif dan banyak anda share, lagi banyak la masyukkk..itupun bergantung kepada jumlah klik unik yang anda dapat hasil dari kempen yang dibuat oleh pihak churpchurp dalam satu jangkamasa tu. Jadi, rajin-rajin la copy dan paste code-code yang disediakan di account churp-churp anda ye, selak apa yang patut. Aku? errkk..aku malas bab share-share kat FB nih..takut bersemak lak mata aku tengok tetapi account aku tetap aktif hokey cuma terpulang la kalau pihak churpchurp nak bersedekah kat aku melalui promosi manjaku ini hehehe...,makaceh churp churp ....(^,^)wink winkkk!! haha..

Kesimpulannya kat sini, kita selalu mendengar bahawa pengguna facebook, twitter, friendster dan otai-otai blogger terkenal kat Malaysia nih semuanya poket berisi disebabkan keaktifan mereka dilaman sosial sambil menjana pendapat melalui internet, jadi pernahkah anda terfikir bahawa adakah dengan Churpchurp ini juga salah satu cara mereka menjana pendapat melalui internet? hehe..Fikir-fikirkanlah yeee..nothing is impossible frenzzz..Pesanan ikhlas dari aku, jangan tamak..sikit-sikit lama-lama jadi bukit ngeee.Jaga jari jemari tu kang terklik sendiri lak hahaha...Yeay!!!.




Tuesday 21 May 2013

Membeli Di ShaShinki

Tajuk entry aku hari ini lebih kepada mempromosikan satu web yang aku rasa memang sesuai untuk dikongsi kepada photographer diserata dunia. Dengan mood aku yang agak baik hari ini, tak salah untuk aku memberi ruang khas untuk memperkenalkan produk dari ShaShinki nih lagipun inilah antara website yang selalu mencuri tumpuanku. Mungkin kepada kengkawan yang sudah bergelar photographer yang bertaraf pro atau amatuer sudah lama mengenali nama ShaShinKi nih tetapi aku tetap percaya masih ramai diluar sana yang tak tahu pun tentang kewujudan web nih hehe. Jom kaki-kaki gambar semua, aku perkenalkan kat korang semua....

Antara kamera yang dijual dan hot-hot belaka hehe..

Mengikut apa yang aku baca dan buat pengetahuan semua ShaShinKi nih merupakan web Malaysia yang pertama menjual kamera secara online. Di web ini anda boleh jumpa pelbagai jenama kemera yang begitu dikenali sehingga ke jenama yang kurang meletop dipasaran. Namun begitu, walaupun produk utama ialah kamera dslr atau digital tetapi barang-barang lain juga turut dijual diweb ini seperti laptop, tablet, handphone, bag(khas utk kamera), tripod, memory dan pelbagai jenis aksesori kamera yang cantik-cantik belaka. Pada pandangan aku, harga yang diletakkan juga tidak jauh bezanya dari harga pasaran bahkan aku merasa jauh lebih rendah daripada harga diluar sana. Bagi yang kekurangan bajet tu jangan risau disamping pihak ShaShinKi menjual barangan original, mereka turut menjual barang terpakai dengan harga yang sesuai dengan kondisi sesuatu barang tersebut dan yang bestnya juga jika anda mempunya barangan yang berkaitan dengan kamera pun boleh dijual kepada pihak ShaShinki daripada disimpan hingga berhabuk ngeeee...Cara pembayaran pula tak jauh bezanya dengan cara anda membeli barangan online di web lain iaitu melalui online banking, paypal, kredit kad, cek atau cash deposit. 

Oklah akhir sekali..jika anda merasa ingin meninjau, menjenguk atau menambah koleksi kamera anda silalah berkunjung ke web ShaShinKi.com- Malaysia's First & Largest Online Camera Shop! (<--sila klik). Jangan risau perkhidmatan yang diberikan adalah tersangat tip top dan aku bukan setakat bicara kosong kerana aku juga adalah antara pelanggan yang rajin menjenguk web ini hehehe..Guy..untuk kepuasan, sekali sekala kita berbelanja untuk sesuatu yang kita minat apa salahnya kannn hehehe. Nak dapatkan bonus, silalah register yeeerrr..Enjoy shopping allzzzzz.....Yeay!


Sunday 12 May 2013

Selamat Hari Ibu 2013


Dah agak lama aku tak update blog aku nih.Erkk...lama ke? Padahal baru seminggu je haha...perasan bertapa lama jap (^,^) Dan hari ini 12 May 2013, seperti biasa..seluruh dunia pun suka untuk menyebutkkannya..apa lagi kalau bukan hari untuk mengenang jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh ibu kita. Sebagai seorang anak sememangnya saat ini memberikan kita peluang untuk bersama, berhubung, bermesra dengan ibu tercinta. Sekarang kita duduk dizaman yang serba canggih, jika kesibukkan membatasi kita..gunakanlah teknologi yang ada untuk berchatting, beremail, membuat panggilan ataupun  cuma dengan sebaris sms saja kerna aku percaya walaupun cuma sebaris ayat  tetapi siapa tahu ia akan menyentuh hati seorang yang bergelar ibu.

Namun seandainya bagi kawan-kawan kita yang tidak lagi mempunyai kesempatan untuk berbuat demikian..kirimkanlah sekalung doa buat ibu anda di alam sana, semoga rohnya sentiasa aman dan dirahmati selalu. Jadi jika kita bersedih kerana telah kehilangan ibu, itu tidak bermakna kasih sayang yang dicurahkan selama ini akan terkubur jua kerna kasih sayang diantara ibu dan anak tiada penghujungnya biarpun terpisah jasad. Apa-apa pun, sabarlah menerima dugaan Allah.

Untuk ibuku tersayang..tercinta dan dikasihi selalu..Anakmu serta keluarga sentiasa doakan mak berada dalam keadaan sihat, gembira dan awet muda selalu hahaha...Muahhh!!! Yeay!

Friday 3 May 2013

Madah Hati Terluka :-)

Kita...adalah sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya, tiada yang lebih sempurna melain manusia. Dan dengan kesempurnaan yang ada, masih Allah berikan kita hati yang tak mampu ditandingi walau cara kita berfikir, melihat, mendengar  dan berbicara. Hmm..begitu hebatnya hati kita kerna walau diketika berfikir kita sering mengutamakan kehendak hati, walau dikurniakan pengelihatan yang jelas namun masih diajar untuk melihat dengan mata hati, walau diberi suara yang merdu namun bisikan tanpa suara dari hati ke hati adalah lebih mengasyikkan, difahami dan didengari bahkan dalam membuat pilihan pun terkadang kita  mengikut naluri hati agar tidak tersilap membuat sebarang keputusan. 


Namun dalam hebat dan kentalnya hati seseorang, pasti ia tetap sesuatu yang rapuh dan mudah tercalar. Bak kata-kata yang pernah kita dengar "Dalam kerasnya hati pasti ada kelembutan". Contoh dari aku mudah...Kegembiraan takkan hilang jika hati tak bersedih, kemarahan takkan terjadi jika hati tak disakiti, hubungan takkan jadi renggang seandainya hati tak tersinggung dan aku percaya sekalipun didalam doa, airmata takkan jatuh andai hati kita tidak menangis kerana merintih kepada yang Maha Esa. Siapa pun diri anda, sentiasa fikirkan hati mereka yang ada dihadapan anda. Ingat, sekali kita melukakan hati orang yang kita sayangi ini bermakna dua kali kita menyakiti hati sendiri. Mudah untuk kita merawat hati sendiri tetapi bukan hati orang lain walaupun kita menangisi hingga ke akhir hayat hidup kita. Penyesalan itu juga bermula dari hati dan adakah ia juga akan berakhir didalam hati orang lain? :-).

Mungkin membaca entry ini sesuatu yang membosankan, namun jika tidak terkesan tak mungkin anda meneruskan. Mungkin juga semua kata-kata ini tidak berdesing ditelinga anda tetapi yang jelasnya, setiap kali diri anda membaca didalam hati pasti telingamu juga akan turut mendengar . FIkir-fikirkanlah hehehe....Yeay!

Wednesday 1 May 2013

Selamat Hari Pekerja Malaysia!

Selamat Hari Pekerja Guys!!!..Woweee..satu Malaysia leh rilex hari nih..Opss..bagi yang keje ikut shift tu, takpe laa..walau lambat dapat cuti daripada orang lain..janji dapat cuti gak kannnn hehehe..Agaknya apa la korang buat time cuti hari pekerja camni ek? Hmm..aku macam biasa gak..aktiviti tak menentu walaupun mood sedikit hilang pagi nih, mungkin juga disebabkan rasa malas yang melampau-lampau dek penangan Hari Pekarja. Goshhh!!!.. Kalaulah aku masih baby lagi mesti aku tidur sampai petang time nih hahaha..

Oklah..cuti-cuti juga, tanggunjawab keluarga jangan dilupa..Chewahh..macam lah aku nih bertanggunjawab sangatttttt!!!.(<--Prasan jap hahaha) Ye walaupun hari nih cuti tetapi tak semestinya dapur aku tak berasap, kang Mr.Hubby dan Puteri kesayangan aku kebulur lak dalam rumah sendiri huhu..Bangun tidur takde benda lain nak buat selain masuk dapur dan buat home made nasi lemak. Sekali sekali aku tunjuk skill buat nasi lemak lah pula walaupun aku rasa tak la sehebat makcik-makcik nasi lemak kat luar sana..Ye..for your information, sememangnya menu sarapan dan makan tengahari nampaknya benda yang sama untuk hari nih..Nama pun cuti pekerja..jadi takyah banyak songeh..aku buat ala kadar dan biarlah kami malantak dengan aman dan sampai kenyangg hahaha...Sekali lagi ..Happy Labour Day Malaysiaaa!!!..Yeay!!!


Setelah campak segala benda untuk membuat sambal dan kemudian menggoreng maka akhirnya siaplah sudah nasi lemakku ini. Nasi lemak aku nih simple jer tetapi colour hijau kat nasi tetap jadi pembuka selera hehehe..Meh la makan..yum..yum..yumm..nampak hijau je nasi aku kan..saje la tu..ubah colour hahaha...Plating nih pengaruh Masterchef! hehehe..

Followers