Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 29 May 2013

Kari Ikan Siakap Ku :-p

Senja semalam, sekali lagi kami sekeluarga menerima seekor Ikan Siakap besar hasil pemberian dari seorang penduduk tempatan (Baiknyalah hati diaaa...). Alhamdulillah rezeki kami agaknya, dan aku anggarkan berat ikan ni pun dalam lingkungan 6 atau 7kg. Sejujurnya, inilah pertama kali aku berhadapan dengan Ikan Siakap sebesar nih dan ini membuatkan aku memerlukan khidmat Mr.Hubby untuk turut membantu aku dalam kerja potong-memotong nih. Jika dibahagi kepada bahagaian-bahagian kecil kan nampak lagi cantik, lagipun tulang Ikan Siakap nih leh tahan "kebal"nya ngee....

Dan bila bangun pagi nih, aku merasa sedikit teruja apabila menginggati Ikan Siakap yang disimpan didalam Freezer petang semalam. Owhh..semestinya hari ini aku membuat Kari Ikan Siakap kerana sejak dari semalam Mr.Hubby telah "berdongdang sayang" tentang seleranya yang lebih kepada kari hehehe..Macam biasa, cara aku buat pun simple jer..takdenye over sana-sini hokeyyy..Nak resepi Ikan Siakap dari aku? Leh jer..kalau nak cuba hehehe..Yeay!!


Tadaaaa..Besar tak Ikan Siakap nih? Biasa aku beli size kecik jer tapi bila dapat size sebesar nih, senyum sampai ketelingalah jawabnyeeee hehehe...

Kari Ikan Siakap

Ikan Siakap (4,5 potong)
Serbuk Kari Ikan (semangkuk kecil)
 Asam keping(Guna 2 keping sudah)
Bawang Putih (4 biji)
Bawang Merah(3 biji)
Sedikit Halia (Panjang ibu jari) 
Serai (sebatang )
Bawang Besar (sebiji)
Terung (2 biji dipotong panjang)
Santan (sekotak)
Sedikit Minyak
Sedikit Garam
Sedikit perasa Ajinomoto/Gula

Cara-cara

1.Cuci Ikan Siakap dan letak dalam bekas bersih. Masukkan dua sudu serbuk kari dan gaul, biarkan beberapa minit untuk serapan.
2.Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dahulu,boleh juga dikisar. Manakala serai dipotong kepada 3 bahagian dan cukup hanya diketuk hujungnya. Bawang besar pula dipotong memanjang atau melintang mengikut selera anda.
3. Asam keping tadi direndam dahulu di dalam sedikit air dan ketepikan.
4. Masukkan minyak kedalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumbukan tadi seperti bawang putih, bawang merah dan halia. Selepas itu masukkan serai yang telah diketuk hujungnya. 
5. Setelah tumisan kekuningan atau naik bau, masukkan lebihan serbuk kari dan kacau hingga rata. Dalam 5 minit..tuangkan sedikit air untuk menggelakkan kari tersebut menjadi pekat dan kehitaman.
6. Kemudian masukkan Ikan Siakap, asam keping bersama airnya dan tunggu mendidih sebentar barulah masukkan santan.
7. Selepas naik minyak,barulah masukkan terung dan hirisan bawang besar tadi. Akhir sekali, masukkan sedikit ajinomoto/gula dan garam, tunggu hingga masak. Bila siap bolehlah dihidangkan..

Inilah hasilnya....Sengaja aku letak seciput jer didalam piring tu ye walaupun ikan beso gedebak. Al-maklumlah..makan pun bertiga,buat sikit-sikit sudaaaa. Dan seperti yang pernah aku katakan sebelum ini, sejak demam masterchef, plating tu mesti nampak cunnn kuikukuikui...


No comments:

Followers