Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 21 May 2013

Membeli Di ShaShinki

Tajuk entry aku hari ini lebih kepada mempromosikan satu web yang aku rasa memang sesuai untuk dikongsi kepada photographer diserata dunia. Dengan mood aku yang agak baik hari ini, tak salah untuk aku memberi ruang khas untuk memperkenalkan produk dari ShaShinki nih lagipun inilah antara website yang selalu mencuri tumpuanku. Mungkin kepada kengkawan yang sudah bergelar photographer yang bertaraf pro atau amatuer sudah lama mengenali nama ShaShinKi nih tetapi aku tetap percaya masih ramai diluar sana yang tak tahu pun tentang kewujudan web nih hehe. Jom kaki-kaki gambar semua, aku perkenalkan kat korang semua....

Antara kamera yang dijual dan hot-hot belaka hehe..

Mengikut apa yang aku baca dan buat pengetahuan semua ShaShinKi nih merupakan web Malaysia yang pertama menjual kamera secara online. Di web ini anda boleh jumpa pelbagai jenama kemera yang begitu dikenali sehingga ke jenama yang kurang meletop dipasaran. Namun begitu, walaupun produk utama ialah kamera dslr atau digital tetapi barang-barang lain juga turut dijual diweb ini seperti laptop, tablet, handphone, bag(khas utk kamera), tripod, memory dan pelbagai jenis aksesori kamera yang cantik-cantik belaka. Pada pandangan aku, harga yang diletakkan juga tidak jauh bezanya dari harga pasaran bahkan aku merasa jauh lebih rendah daripada harga diluar sana. Bagi yang kekurangan bajet tu jangan risau disamping pihak ShaShinKi menjual barangan original, mereka turut menjual barang terpakai dengan harga yang sesuai dengan kondisi sesuatu barang tersebut dan yang bestnya juga jika anda mempunya barangan yang berkaitan dengan kamera pun boleh dijual kepada pihak ShaShinki daripada disimpan hingga berhabuk ngeeee...Cara pembayaran pula tak jauh bezanya dengan cara anda membeli barangan online di web lain iaitu melalui online banking, paypal, kredit kad, cek atau cash deposit. 

Oklah akhir sekali..jika anda merasa ingin meninjau, menjenguk atau menambah koleksi kamera anda silalah berkunjung ke web ShaShinKi.com- Malaysia's First & Largest Online Camera Shop! (<--sila klik). Jangan risau perkhidmatan yang diberikan adalah tersangat tip top dan aku bukan setakat bicara kosong kerana aku juga adalah antara pelanggan yang rajin menjenguk web ini hehehe..Guy..untuk kepuasan, sekali sekala kita berbelanja untuk sesuatu yang kita minat apa salahnya kannn hehehe. Nak dapatkan bonus, silalah register yeeerrr..Enjoy shopping allzzzzz.....Yeay!


No comments:

Followers