Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 27 May 2013

The Orchid Hotel Sibu

Waktu dulu-dulu aku selalu lalu depan The Orchid Hotel Sibu nih tetapi tak pernah pun singgah. Namun sejak akhir-akhir ini, ayah dan emak aku selalu cadangkan aku untuk cuba stay di hotel tersebut maka aku pun mula ajak Mr.Hubby mencuba Hotel Orchid nih hari sabtu lepas. Hmm..komen aku, hotel ini terletak agak terselindung namun masih berada di tengah-tengah bandar dan tak menjadi masalah untuk tetamu yang ingin berjalan kaki ke sekitar kawasan bandar. Mungkin kerna keadaan sekeliling yang agak sunyi menyebabkan hotel tersebut menjadi agak terasing tetapi bagi yang sukakan privacy, inilah antara hotel yang boleh aku cadangkan untuk anda. Selain kedudukan hotel yang agak bebas dari kesibukkan jalan, tempat letak kereta turut disediakan dan boleh aku katakan agak selamat kerana No.Kereta turut dicatit oleh pihak hotel untuk langkah keselamatan serta sentiasa diawasi oleh pak guard yang bertugas diwaktu malam.

Jika dibandingkan, harga sewa bilik hotel ini agak murah dari hotel bertaraf 3 bintang yang lain, keadaan bilik juga kelihatan bersih dan kesegaran jelas terasa apabila menjejaki kaki kedalam bilik tersebut. Kekemasan serta susun atur juga menjadikan ruang yang kecil tampak luas dan besar. Pada pandangan aku, hotel ini sesuai untuk tetamu yang mengadakan percutian pendek atau datang atas urusan perniagaan kerana faktor keadaan sekeliling yang agak tenang. Perkhidmatan kauter hadapan juga harus aku berikan pujian kerana pekerjanya agak mesra dan murah dengan senyuman jadi terasa tenang sedikit jiwa bila melihat pekerja yang begitu berdedikasi begini. Walau apa pun, aku tak suka bercerita kosong, biarlah gambar menjadi bukti bahawa anda sememangnya boleh mencuba hotel ini sekiranya ingin melancong ke bandar Sibu,Sarawak. Jika ingin mencari hotel bajet yang sempurna, cubalah singgah dan bermalam di Hotel Orchid ini. Yeay!

Buka je pintu bilik terus nampak tuala yang dibentuk ala-ala angsa gitu..Hotel-hotel mewah pun tak buat macam nih tau..Betapa pihak pengurusan mementingkan pandangan pertama para tetamu yang datang untuk menginap di hotel nih. Thumb-up untuk pekerja-pekerja bilik yang begitu kreatif dan rajin menghias tuala-tuala nih setiap hari huhu.. 

Yang bestnya juga, hotel nih dah guna tv LCD walaupun rak tempat letak tv tu comel jer hehe..Bagus-bagus..satu pencapaian yang hebat.

Meja solek yang siap dihias dengan bunga orkid plastik ..niceeee...sesuai dengan namanya...

2 single bed haha..macam gado lah pulokkkk padahal ni la bilik last yang tinggal time tu untuk 2 orang dewasa hahaha..Nasib ler tapi tak kisahlah..asal dapat tido sudaaaa...

Pemandangan luar yang boleh dilihat dari tingkat 4.

Satu-satunya hotel yang aku jumpa telah meletakkan poskad percuma didalam bilik untuk dibuat kenangan dan turut kelihatan sekeping kertas yang tertulis bahawa hotel tersebut telah menggunakan carpet baru hehe..Ye betul..nampak cantikkkk!!

Didepan pintu lift, disediakan ruang khas untuk tetamu berehat atau menunggu.

Restoran yang aku rasa agak menarik untuk dikunjungi oleh pelancong luar dimana susun atur dan hiasan yang digunakan adalah agak unik.




Pautan untuk Hotel yang lain:

Hotel Garden Sibu (sila klik)
Marina Court Resort Condominium Kota Kinabalu, Sabah(sila klik)
Habour View Kuching, Sarawak (sila klik)
RH Hotel Sibu, Sarawak(sila klik)
The Paramount Hotel Sibu(sila klik)
Hotel Grand Continental(Sila klik)
Kingwood Hotel Sibu(Sila Klik)
Regal Court Hotel Kuching(Sila klik)
Hotel Capitol Kuala Lumpur (Sila klik)
Citrus Hotel, Johor (Sila Klik)


2 comments:

Juls Julie80 said...

gud info bebeh..cantek ji hotel ih..lakau mudei kenah laa nua try stay hotel ih.. biasa nua stay gak TanahMas singen..heheh

seripelangi said...

first time mencuba you..not bad la..bajet hotel..dlm rm90 camtu hehe..

Followers