Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 30 August 2013

Anak Kucing Mati :-(


Hari nih mood terasa jatuh merundum...arghhhh...apa dah jadi pada anak kucing kami???..OMG...sedikit memberi kesan kepada aktiviti harian setelah melihat sendiri apa yang berlaku didepan mata. Hadoii....  tak terkata rasa kasihan setelah melihat begitu tragisnya kematian salah seekor anak kucing puteriku yang cuma tinggal kepala ketika pintu rumah dibuka. Kejutan yang sangat dasyat dipagi jumaat dan sekaligus mengundang pelbagai perasaan dari sedih...kasihan...menakutkan...menggerunkan dan dah tentu mematikan selera makanku sejak melihat kepala anak kucing itu pagi tadi.

Yang lagi tak disangka-sangka, baru petang semalam betapa gembiranya aku publish gambar anak kucing dan keluarga dalam wechat dan itulah kali pertama aku menggambil gambar mereka setelah beberapa minggu dilahirkan.Rupa-rupanya gambar yang aku capture semalam merupakan yang terakhir bakal aku dan puteriku tatap dalam kemera handphoneku bersama keluarga kucing yang ku anggap sempurna huwaaaa.....Kesihan juga menggenangkan betapa seronoknya puteriku melayan karenah anak2 kucing ini petang semalam....sedihnyeee...


Antara gambar yang aku letak dalam moment wechatku semalam buat tatapan teman-teman :'(

Kekenyangan hingga tertidur....comelnya tapi itu kenangan semalam :-(

*Hari ini sedih sampai tahap mengadu pada mak dikampung dan sms Mr.Hubby yang tengah travelling beberapa hari huwaaa...

Friday 23 August 2013

Madah Tentang Hubungan


"Manusia tidak pernah akan rasa puas." 
Begitulah sebaris ayat yang sering diungkapkan oleh seorang sahabat suatu ketika dahulu. Jika difikirkan kembali kata-kata itu adakalanya membuatkan aku merasa terkadang apa yang diucapkan ada benarnya. Melihat saja setiap apa yang keluar masuk dalam kehidupan dan sekeliling kita sudah cukup membuktikan betapa kita masih tercari-cari dan terlalu pentingkan kesempurnaan sehingga mengabaikan apa yang berada didepan mata. 

Yes...Pandangan yang jelas bisa saja menjadi kabur dalam permainan duniawi. Mungkin adakalanya kita sukar untuk  memahami diri namun apa yang lebih menyukarkan hidup ini apabila kita terpaksa memaksa diri untuk memahami kehendak orang lain. Menurut dan merelakan sahaja adalah penyudah atau jalan terbaik untuk segalanya. Namun adakalanya hidup ini memang tak mudahkan kerna terus diduga dengan pelbagai cara. Tetapi siapa pun kita takkan pernah tercatit dalam lubuk hati kita menginginkan sesuatu  kesuraman dalam hubungan disaat semuanya masih kukuh dan indah. Terfikir seketika, kenapa ada yang terlalu kejam sehingga semuannya dianggap mudah?.

Entri ini mungkin sekadar pendapat biasa atau bingkisan kosong dari aku yang tak mengerti banyak perkara, namun aku percaya setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita mungkin ada persamaan. Nasihat yang sering aku utarakan untuk kebaikkan diri dan para pembaca tetap sama...hargailah dan jujurlah dengan pasangan kita sementara sayangnya masih ada, jangan biarkan kesedihan yang anda berikan akan mematikan mata, telinga dan hatinya kerna anda takkan sedar bila detik indah itu akan kembali. Dan yang pasti, jawapannya akan memberi seribu kemungkinan....mungkinkah sayang itu akan hadir semula atau mungkin juga akan lenyap untuk selama-lamanya. 
Ingat...."Anda mungkin merasakan diri anda hebat kerana berjaya menakluki setiap proses perhubungan baru dengan mudah namun tak mustahil kesilapan anda akan memusnah hubungan yang sedia ada sehingga satu ketika akan merasakan proses untuk menyelamatkan kembali hubungan lama adalah terlalu tipis."
 Renung-renungkanlah...YEAY!


Thursday 22 August 2013

Harijadi yang ke-8

 Semalam harijadi puteri kesayangan yang ke-8. Tak terasa masa cepat berlalu dan semakin hari anak tunggal kami nih meningkat dewasa dengan begitu cepat didepan mata. Jika semalam kami menggendong kehulu ke hilir, hari ini pula dia sudah pandai melakukan semua. Hati ibubapa mana yang tak gembira melihat setiap peningkatan dalam hidup anaknya. Syukurlah diatas kesempatan yang diberi kepada kami.

Buat satu-satunya puteri yang hadir dalam hidup kami, tak banyak yang hendak diperkatakan tetapi kami sentiasa berdoa dan berharap agar puteri kami sentiasa sihat, menjadi anak yang soleh, bijak dan in sya Allah akan menjadi seorang yang berguna dan berjaya suatu hari nanti. We love you always....Happy Birthday Sayang...Muah!..Yeay!


 Kek tahun nih agak kecil daripada sebelumnya tetapi alhamdulillah ini sudah cukup buat keluarga kecil kami walaupun datuk dan nenek join sekali semalam hehehe...

3 layer youu..rasa pun tak manis...Best...

Tiap tahun asyik angrybird...apa nak buat beli pun main rembat je...nak tempah pun tak cukup masa huhu

Sunday 18 August 2013

Puisi Selagi Kita Anak Mereka


Tajuk : Selagi Kita Anak Mereka

Selagi mimpi ini masih belum menjadi realiti,
Selagi kisah ini masih belum menjadi kenangan abadi,
Selagi mata ini masih belum menitis sendiri,
Selagi tawa ini masih belum lagi berhenti ,
Selagi kesilapan ini masih belum terlambat untuk dimaafi,
Dan....
Selagi hasrat ini masih belum dilihat sekadar janji,
Tak mungkin akan cuma hadir untuk menghiasi.

Selagi kudrat ini masih berdaya,
Selagi peluang ini masih ada,
Selagi Allah masih mengizinkan kita,
Selagi kesempatan ini masih terbuka,
Selagi penyesalan ini masih belum merajai jiwa,
Dan....
Selagi nafas ini masih megah di dada
Tak mungkin akan dipersia begitu saja.

Selagi darah mengalir sama seperti mereka,
Selagi wajah calar tetap mirip mereka,
Selagi perbuatan dilihat tak tumpah mereka,
Selagi kejayaan kita diatas titik peluh mereka,
Selagi bahagia dunia akhirat atas doa mereka,
Dan...
Selagi kita bergelar anak mereka
Tak mungkin ada yang berbeza....

Wednesday 14 August 2013

Gambar Ala-ala Studio (^,^)

Hari nih bangun pagi tersangatlah liat tetapi dalam kepala banyak lak benda yang kene fikir. Alkisahnya lain pula cerita bila pagi-pagi nampak muka Mr.Hubby. Nahhhh...tak semena-mena terus tanya soalan bodo lak..hahaha..Sepatutnya aku dah tahu jawapannya tetapi sesaja aku nak tanya jugak...kecoh jer kannn...huh!!...Nak tahu soalan apa yang aku tanya? hehehe..Soalan aku pendek dan ringkas je..sesape pun leh jawab tetapi biasalah aku nih, kalau tak dengar jawapan daripada mulut orang lain mesti hati nih macam tak puas jer :-s

Nahh..soalanku berbunyi begini ..

"Kenapa bila Raya jer mesti ramai yang pakat bergambar dekat studio? Masa lain takleh bergambar keluarga di studio ke?" kahkahkah..

Cian...Terkebil-kebil mata Mr.Hubby yang dah berstokin segalak sebab ready nak gi kerja dek soklan yang entah apa-apa camtu. Aku rasa dia pun malas nak jawab kut tapi dalam malas dia tetap jawab gak. Apss..soalan aku tu logik hokeyy!!!..Dalam ramai-ramai kawan kita mesti ada seorang dua yang pose dekat studio bila Hari Raya menjelma..tol tak?? Kalau tak pun cuba perhatikan gambar yang tergantung didinding rumah mereka, mesti ada gambar raya yang made in studio hehehe..

Jawapan Mr.Hubby lak:

"Biasalah, baju semua baru. Kalau bergambar kat studio mesti nampak lagi lawa."

Adehhh..tu je ke sebabnye? ekeke..Dalam hati aku siap cakap "Habis yang kita pose kat rumah nih tak lawa ke?"..Ambooii...over lak aku kannn..tapi betul gak tu, tak ada salahnya nak buat macam tu. Ikut la keluarga masing-masing kannn. Dek kerna soalan dan jawapan yang diberi. Maka aku mula membelek gambar raya kami sebelum nih. Aduii..tol laa..nampak tak lawa la bacground gambar raya kami tempoh hari, macam tak ceria dan happeninglah pulokkk hahaha..choyy..choyy..choyyyy...Ni le yang buat aku tak senang duduk sampaikan aku terfikir nak tukar pulak background gambar raya kami tempoh hari. Biasalah kan..aku kan suka usik-usik gambar nih..nama pun hobiiii huhu... Tak dapat bergambar di studio, edit ala-ala studio pun ok aperrr ekeke...Lihatlah betapa cerianya kami sekarang hahaha..Yeay!!!...



Merah itu garang dan berani..Sekali sekala guna warna ganaz pun ok aper..Nampak lagi menyerlah..Ape yang menyerlahnye? Mestilah dagu aku hahaa..ampesss

Purple Pink warna favourite puteriku tersayang..Kene le letak warna dia ye tak..baru dia dengan senang hati dan happy memandang gambar nih huhu..

Tema: Biru mata hitamku hahaha..sesajelah oiii..tak baik tau..Nih ayah dan ibu tercinta..Siap berbaju melayu dan berkurung lak tu..Cute tak? hehehe...

Gambar yang nih aku forward dekat kazenku tetapi yang lawaknya bila dia tanya aku gambar nih gambar kita orang kat studio time raya hari tu ke...Aku jawab "Studioo lah sangatttt!!!!" ayat kaber line hahaha..Kat kawasan aku nih studio mana lak yang ada? hahaha..ampesss...


Nota: Edit sampai pening...Syok sendiri...terasa berdiri di studio lak bila tengok gambar2 nih..Pasannnnnnn!!!...

Monday 12 August 2013

Gempaknya Raya!

Entri-entri yang lepas mesti ada yang kata dok asyik pose dalam rumah je, keluarnye tidakkkk!!!! Apsss...jangan lak pepandai buat spekulasi sendiri. Waktu raya mestilah wajib singgah rumah mak mertua dan suku sakat terdekat. Bila lagi dapat bermaafan sesama kita jika tak hari raya ye takkk...??? Hmm acara sampingan pula singgah kat mana2 je rumah saudara terdekat sebelah Mr.Hubby.  

Yup...Kata orang serawak masa raya nih la masa yang sesuai untuk 'melanggar meja' hehehe..Walaupun kami cuma sempat singgah beberapa buah rumah je tetapi kami tetap rasa seronok dan enjoy..Gempaklah jugokkkk....Yeay!

Cucu dan nenek....control senyum nampokkkk....hehehe

Kami bersama ibu tersayang...

Anak buah dan suku sakat mula berkumpul..

Pose ala2 zaman 60an huhu

Amboiii  meriah dengan bebudak....kau aderrr???


Anak buah belah Mr.Hubbyy...merahnya makngahhh!!!

Dirumah kazen Mr.Hubby...

Suami isteri yang sehati dan sejiwa kuikuikui

Sibok je tangan aku kannnn...

Mr.Hubby dengan puteri kami dan adik perempuannya. Sama tak????

Tu diaaaa...bila dah berkumpul mesti riuh...

Tetamu yang datang ketika kami juga menjadi tetamu haha

Adehhh...malu lak tengok muka sendiri...gemok sampai tak hingatttt!!!!!

Senyum vs serius :-D

Nenek ni tanye aku banyak soklan...aku jadi penin jap hehehe


Gambar Keluarga Raya

Entry yang nih istimewa sikit sebabnya buat pertama kalinya aku paksa mak dan ayah bergambar khas untuk hari raya. Biasanya takdelah formal begini, setakat candid tu ade laa  tapi tak kecoh macam yang nih kuikuikui...Dan yang lagi bestnya bila aku paksa mak, ayah dan adik menggunakkan baju melayu dan baju kurung hehehe...Gempaklah jugokkk!!!

Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya inilah first time tengok ayah dan adik guna baju melayu lengkap bersamping...memang nampak smart and handsome2 belaka hehehe  Dan semestinya mak aku walaupun dah biasa aku lihat mengenakan baju kurung sebelum ini tetapi masih nampak cantik dan anggunnnn...Nasib baiklah family aku nih jenis sporting belaka, jadi tak susah untuk aku pujuk untuk bergambar sempena raya 2013 ni kuikuikui....Bestnye tiap kali tengok gambar2 kat bawah ni...Yeay!!!....

Pasangan dua sajoli hehehe...cunnyeeee!!!! Limited edition hokeyyy!!!

Bukan selalu dapat pose camni...kenangan terindahlah katakannnn...

Adikku dengan gaya tersendiri..sayangnya adik bongsuku tak dapat bercuti..kalau tak mesti dia yang lagi kecoh huhu

Wat ape tuuuuu????....

Tadaaaaa...sekali lagi aku buat pose poyosss ekekeke...layan jelah anak2 gajah ni  kannnnn...haha

Adehhh..macam nak terbang lak aku, pinjam bahu pakkkk..Steady mak dengan gaya ala2 remaja...Nape pula muka anak aku nampak muncung..mesti tak puas hati nih huhu.

Gambar ramai-ramai memang wajib hehe..

Inilah kami...

Main Bunga Api Raya

Alhamdulillah orang yang ditunggu sudah pun tiba. Yup..raya ku tak seronok jika tanpa kehadiran orang tuaku jadi seperti biasa aku pasti akan menjemput ayah dan emak untuk beraya bersama kami di daerah Mr.Hubby. Semestinya semangatku lebih berkobar-kobar dengan adanya kehadiran mereka. Hmmm...walaupun kami merayakan perayaan yang berbeza tetapi itu tidak menghalang untuk kami merayakan Hari Raya bersama..kan ke tujuan raya juga untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama keluarga. Jadi berbeza agama bukan penghalang untuk bersama ayah dan ibu tercinta ketika hari Raya. 

Untuk tahun ini walaupun tak semeriah tahun sebelumnya namun aku dan Mr.Hubby telah menyusun beberapa aktiviti menyeronokkan sempena kehadiran emak, ayah dan adik dari kampung. Aktiviti tu tak lain tak bukan iaitu bermain bunga api kahkahkah...Seronok ape????...Yeay!!

.....................................

Gambar bawah menunjukkan Mak dan anak aku sedang sibuk memasang lilin. Yup...Malam raya masih diteruskan dengan memasang lilin didepan rumah. Rasanya inilah kali pertama mak aku memasang lilin pada Hari Raya, sebelum ini tak berkesempatan pun tambahan pula rumah lama tak sesuai nak pasang lilin camni hehe...


Gambar kat bawah ni pula menunjukkan pelbagai aksi yang ditunjukkan oleh ayah, mak dan puteri kami apabila bermain mercun. Opsss..nampak macam bahaya tetapi sebenarnya ini adalah hasil effect dari cameraku berkat berguru sendiri dari menelaah dan memahami setting camera...dan rasanya ini juga boleh disebut light painting selain menggunakan lampu LED..Cuma kali ini aku guna bunga api kecik je hehe...Hebat tak aksi mereka? Hehe






Dan kat bawah adalah pertunjukkan bunga api dari kami chewahhhh...Tak sempat nak capture pun sebab belum ready, tangan adikku dah sibuk nak bakar bunga api tu...frustlah jugak tapi tak apa...dapat 1,2 pun ok..


Hari Raya Kedua 2013


Hari Raya kedua buat apa?....Ye semestinya sesi bergambar diteruskan pada pagi raya kedua, artis pun tak camni tauuuuu ngeeee....Biasalah tu...bulan ni tak mustahil semua blogger yang menyambut raya akan tempek gambar raya masing-masing dalam blog, takkan aku nak biarkan blog aku ni sepi tanpa gambar raya pula..... kannnn !!!...huhu

Jom saksikan detik-detik gemilang kami sebelum anda membaca entry seterusnya hehehe...Hari ni nak buat 'marathon', jadi jangan heran kalau banyak entri baru yang aku publish hari nih...wachaaaa guysssss!..Yeay!


Gambar bertiga wajib hokeyyyy!!!!....Owwww...begitu montelnye aku kat situ..tak lama lagi triple le dagu aku camnih huhu sadissssss...

Kecian puteri aku sampai tak sedar dicekik Mr.Hubby...Over excited ke aper Mr.Hubby nih sampai anak sendiri nak pengsan dibuatnya???...haha...Guraulah weiii..takkan le kejam sangat sampai macam tu, puteri aku tu yang suka wat muka camtu padahal ayah dia rilex je letak tangan atas bahu haha...Tipah tertipuuuu!

Eh...nak wat gaya camne nih???...


Beginilah kesudahannya setelah berguru dengan Usain Bolt hehe



Sunday 11 August 2013

Hari Raya Pertama 2013


2,3 hari menyepi disebabkan terlalu sibuk dengan perayaan Hari Raya...Cehhh!..Ibu dan isteri mana yang tak sibuk jika Hari Raya tiba??? Dari secubit baking powder hinggalah seluas ruang tamu, ada je benda yang harus difikirkan tetapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. 

Kehadiran 1 syawal sememangnya amat dinantikan  oleh seluruh umat Islam diseluruh dunia setelah sebulan menunaikan ibadah puasa dan begitu juga kami sekeluarga. Seperti biasa aktiviti wajib setiap tahun pada raya pertama semestinya bersalam sesama kami sehinggalah kepada aktiviti kemuncak iaitu 'pose' sakannnnn...Fuhhhh...lihatlah gelagat kami 3 beranak di pagi hari raya pertama. Sebelum memory camera menjadi penuh biarlah wajah kami menghiasi dan memenuhi ruang kosong memori camera agar dapat disimpan sebagai kenangan 2013 hehehe Sudi-sudikanlah menatap wajah tembamku, wajah comel Mr.Hubby dan puteri cantik manis kami tanpa segan silu kuikuikui...Selamat Hari Raya allzzzzzzz...Yeay!

 Ciuman dari kami buat puteri tersayang. Moga raya kali ini memberi makna dan dapat diabadikan didalam ingatan selama-lamanya. Kau yang pertama dihati kami.

Peace yoooo...senyuman itu satu sedekah jadi senyumlah dengan iklas hehehe

Pasangan montel yang berangan untuk kembali kedunia remaja ngeeee...Kene ruggedlah cikit..walau berbaju melayu dan berkurung segalakkk...Dagu double tu penting kene tunjuk kahkahkah

 Amboiii..dasyatnya anak mata (gelak dlm hati jap)...Tak pasan lak dia leh wat mata camtu sebelum ni..Errr...Jari jemari Mr.Hubby nape 2? Ayulah sangatttttt!,,,

Tunjuk ape tu??...hehehe


 Beginilah aksi dari kami yang cuba untuk menjadi tidak terlalu formal...setiap kali melihat gambar2 ini pasti aku akan tersenyum sendiri..Mungkin kami nampak seperti keanak-anakkan walaupun dah berumur tetapi ada aku kesahhhhh????....Hidup ini boring kalau terlalu skemaaaa hehehe...kan Raya kita kene happy dan seronok bukannya membosankkan huhu  Enjoy your life guyssss...

Followers