Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 27 October 2013

Tapau Buah Lagi

 Jika hujung minggu lepas aku cuma melepak sorang-sorang di rumah disebabkan Mr.Hubby sibuk outstation manakala puteri tersayang pula dipilih untuk mengikuti latihan sukan bagi mewakili sekolah Selasa lepas sehingga mengakibatkan jadual dan aktiviti keluarga terbatal secara automatiknya. Tercangok-cangoklah aku sorang-sorang dihujung minggu huhuhu

Dan sebelum hujung mingguku berlalu seperti angin maka aku cuba merancang sebaik mungkin kehkehkeh...Masanya untuk aku lak bercuti ngeee...Owhh...dengan cuti hujung minggu yang ada cuma 2 hari, what else yang bermain didalam fikiranku melainkan ajak Mr.Hubby dan puteri tercinta balik ke kampung halamanku sekejap kehkehkeh Yippieee!!!... Balik sehari pun jadilah asalkan dapat melepaskan rindu buat ayah dan emak dikampung kuikuikui

Yang lagi bestnya bila balik kampung kali nih aku lihat pokok-pokok buah yang ayah tanam di keliling rumah mula menampakkan hasil. Tak sia sia ayah tanam pokok-pokok nih dulu...sampai ke anak cucu merasa. Thanks a lot buat ayah dan mak..keranamu perut kami kenyang hehehe. Guyssss...hari nih aku balik 'bertapaukan' segala buah yang ada. Hmmm...Nampaknya berpesta buahlah kami 2,3 hari nih yer yumm..yumm....yumm...Yeay!


Kalau tak silap aku nama jambu nih Jambu Bol atau Jambu Kepal...Jambu nih antara buah favourite kakak aku time muda remaja dulu ekekeke Aku lak tak kuat makan jambu nih tapi kalau cecah dengan belacan+kicap+sedikit gula memang aku tak tolak kuikuikui

Nih buah favourite satu family sebab tu bila balik kampung nampak buah ni berlambak dalam peti sejuk maka aku mula jadi hesteria kat dapur hahaha..Yang aku tempek ni antara tempat mak aku simpan buah mangga nih dan yang selebihnya masih banyak di dalam bakul cuma aku malas nak selongkar je..Tak kuasa aku Kak Tonnnn!!!...baik aku layan anak tekak aku dulu huhu

Agaknya musim nih pun musim buah Kuini kut. Kemana je aku pergi pasti buah nih bermaharajalela...Buat yang alergic dan tak boleh makan buah nih sangat, hati-hatilah ketika membuang kulit,memotong,memegang atau memakan buah kuini ye...kang ade yang kulit bertukar jadi kulit kodok lak jadinya nanti kwang3x Tapi apa-apa pun aku tetap suka buah nih...makan sampai tak hingatttt!!!...

Buah betik yang ayah aku subuh-subuh sound suruh bawa balik rumah. Aku buat muke blur almaklumlah baru nak gosok gigi hehe..Ni dah siap kene jaring segalak mean orang lain takleh sentuh doh hokeyyy..

Yang paling best kami dapat souvenir kiriman dari abang ipar yang baru balik dari Jogjakarta,Indonesia beberapa minggu lepas. TERIMA KASIH banyak-banyak ye buat family kakakku..Lain kali kalau gi lagi tolong belikan aku fridge magnet leh? Tu je...ekekeke...

Lukisan yang anak aku lukis waktu aku dan dia dok bersarapan didapur pagi tadi. Sambil melayan dia minum dan melukis maka terhasillah satu lukisan yang dia cakap kat aku tajuknya "My lovely family."...Nih aku tak tau motif aku letak dalam entry tapi yang pastinya lukisan anak aku semakin meningkat dari hari ke hari so aku pun mula sibok nak kongsikan kegembiraan aku pada satu dunia ngeeee...

Monday 21 October 2013

Hotel Capitol Kuala Lumpur

Hari nih awal pagi menapak depan komputer sambil-sambil tu sempat lagi usik makcik-makcik whatsApp   dalam handphone kuikuikui..Hmm..macam biasa benda pertama sebelum aku buat apa-apa mestilah aku jenguk blog kesayangan aku nih walaupun untuk seminit dua. Dah jadi habit kut..asal online jer terus klik dashboard blog ngeeee..Dan dalam aku sibuk check itu dan ini...tetiba tergerak hati lak nak check draf yang padahal sebelum nih aku tak peduli langsung ponnnn almaklumlah aku nih bukan rajin sangat nak flashback benda-benda nostalgia dan bersejarah dalam draf aku nih. Entah tak tahu kenapa aura pagi nih terasa agak rajin untuk menyelongkar semula..(Choiiii.....Rajinlah sangatttttt!!!...) 

Alasan menggunung pun takde guna jadi aku pendekkan cerita ye wahai pembaca-pembaca sekalian bahawa dengan ini aku telah terjumpa satu entri lama yang sepatutnya aku dah publish lama dulu tapi sampai ke hari ini masih juga setia menapak didalam draf aku nih.  Al-kisahnya entri nih adalah berkaitan dengan salah satu hotel yang pernah aku rasa gak ketika berada di Kuala Lumpur. Agaknya ramai yang tahu Hotel Capitol nih kut sebab ia betul-betul terletak di kawasan Bukit Bintang dimana sedia maklum ia merupakan kawasan tumpuan kepada pelancong-pelancong dari dalam mahupun luar negara..chewahh...Bagi aku jika anda yang masih baru dengan selok belok di KL mungkin ada yang bersetuju dengan aku bahawa  lokasi hotel ini kelihatan agak tersembunyi dan sukar di cari oleh pemandu-pemandu teksi. Dan aku yakin antara puncanya ialah mungkin disebabkan oleh bangunan-bangunan atau shoppingmall-shoppingmall yang menghadang pandangan bangunan hotel itu sendiri sehingga menenggelamkan bangunan Hotel Capitol itu. But trust me guyss.. jika anda seorang yang suka bershopping atau gemar berjalan kaki untuk melihat pemandangan di kota metropolitan nih..inilah hotel yang paling dekat dan sesuai untuk dicuba.

Mengenai rate untuk bilik pula aku tak nak la komen sangat sebab hotel ini pun terletak di Bukit Bintang jadi tak hairanlah harganya boleh mencecah ratusan ringgit sehari lagipun memang dah standard hotel di KL, kalau nak selesa kenelah bayar lebih kalau nak berjimat kenelah cari hotel yang lebih murah. Jangan risau, pilihan dan citarasa tu ditangan masing-masing hehehe..Bercerita tentang bilik pula aku rasa untuk harga yang dibayar mungkin agak tinggi untuk sebuah bilik yang kecil tetapi apabila berada di KL aku harus mengambil kira semua aspek iaitu tarafhidup, lokasi, bajet dan semua perkara....peningggg.. huhu..Orang kata poket penuh pun boleh jadi kempis kalau dok kat KL lama-lama kuikuikui...Yup..hiasan dalaman bilik juga terlalu simple dan tiada kejutan yang kita nampak dari segi perabot, dekorasi, warna atau sebagainya. .Aku boleh katakan hotel nih biasa-biasa je tetapi menjadi best bila semua tempat yang ingin aku tuju menjadi tersangat dekat diantara satu sama lain jadi kenderaan awam tak diperlukan sangat dikawasan nih kecuali anda ingin meninjau ke tempat lain . Rasanya hotel ini paling sesuai bagi mereka yang ingin membuat percutian pendek kut atau mungkin shopahorlic haha..Kat bawah ada beberapa gambar yang dapat dikongsikan bersama anda, bagi yang ingin melihat hotel-hotel lain bolehlah Klik disini

P/s: Maaf tak banyak gambar yang dapat dikongsikan dan kualiti gambar juga kurang memuaskan almaklumlah guna camera hp jer..zaman tak larat nak usung camera gedebak macam zaman nih kut hehehe..

Aku nak tunjuk meja kaca bulat tu sebenarnya tapi budak nih asal nampak camera jer mesti nyempat memanjang hehehe...tengok tangan tu..love..love gituuu...korealah sangatttt!!!

Macam biasa..minta deluxe room dapat guess room hahaha layan jerlah labuu..janji dapat tido lena
Pandangan dari dua-dua sudut...

Ruang pintu masuk dan tempat anda pose modelling...kuikuikui... Opss..puteri tersayang nyempat jerr...Owh ye..tandan dan bilik mandi berada disebelah kanan gambar..Lupa lak nak capture time tu hehe..

Pemandangan diwaktu pagi..berembun gitu..klcc pun dah terlindung sikit..yang selebihnya rasanya takyah cerita lah kutt..tak sesuwaiiiii....semakkkkk!!!

Toleh ke bawah nampak la view camnih..gerai-gerai mamak baru nak buka..huhu..dah cakap dah tengok belakang bangunan jer huhu...

Thursday 17 October 2013

Madah Peluang


Dalam kembara mencari cinta Ilahi, terkadang kita tersungkur dipertengahan jalan hingga hilang arah dan tujuan. Dan ketika sedang asyik dibuai keindahan duniawi tiba saatnya kita tersedar semula dan sedaya upaya ingin kembali ke jalan yang diredhaiNya. Namun sayangnya, dalam kita berusaha untuk kembali pastinya ada hati yang ragu dan ada mata yang melirik tajam. Lebih menghampakan bila niat baik itu dianggap ada pasang surutnya. Terfikir seketika apakah peluang itu tidak layak diberi kepada mereka yang cuba memperbaiki kekurangan dan memperbetulkan semula kesilapan lama?

 Buat teman yang berusaha dan berjuang, tidak mengapalah seandainya peluang itu tidak kita perolehi daripada manusia kerana pastinya Allah sentiasa membuka jalan dan memberi ruang serta peluang itu kepada siapa pun hambaNya yang benar-benar ingin kembali. Dan KITA mungkin antara manusia yang suka memperbetulkan orang lain tanpa memperbetulkan diri sendiri. Guyss....Permulaan hidup kita mungkin berbeda tetapi sebelum semuanya berakhir, pasti tersimpan di lubuk hati setiap dari kita ingin menuju ke arah yang sama. Fikir-fikirkanlah...Yeay!

Saturday 12 October 2013

Tragedi Kebakaran Di Kpg.Tian Matu

Dalam kita sedang lena dibuai mimpi dan berselimut tebal ditemani cuaca dingin malam, ramai yang tidak menyedari ada keluarga yang sedang berhempas-pulas atau bekejaran berusaha menyelamatkan diri, keluarga dan harta benda masing-masing pada malam Selasa(8/10/2013) jam lebih kurang 2 pagi. Sungguh tak terduga kejadian kebakaran berulang lagi di Sarawak dan kini berlaku di Kampung Tian, Matu dan anggaran yang dicatat berkemungkinan sebanyak 12 buah rumah yang telah ranap dijilat api. Apa yang boleh aku katakan bahawa berita ini benar-benar telah mengejutkan penduduk tempatan dan sememangnya mendapat perhatian ramai pihak luar. Dan tak salah juga aku katakan bahawa ini merupakan kejadian kebakaran yang juga agak besar berlaku di Sarawak pada tahun 2013 nih saja selepas perkara yang sama berlaku di Kampung Datu, Sibu beberapa bulan lepas yang melibatkan berpuluh-puluh penduduk.  Hmm...Sesekali Ujian datang dari-Nya adalah sesuatu perkara yang diluar dugaan dan kemampuan kita. Sesungguhnya Allah telah merancang dan menetapkan ajal, rezeki, kecelakaan dan kegembiraan kita.


Menjejak kaki ditempat kejadian sudah cukup membuatkan hati aku sayu melihatnya apatah lagi apabila mengenangkan nasib mangsa-mangsa kebakaran ini. Tak terbayang beban dan trauma yang ditanggung oleh mangsa-mangsa semua tambah-tambah benda yang musnah itu pasti sesuatu yang telah diusahakan selama bertahun-tahun atau ada antaranya merupakan kenangan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Hati siapa yang tidak menangis atau bersedih, sedangkan kita kehilangan benda berharga yang kecil pun sudah tidak keruan inikan pula perasaan mereka yang kehilangan rumah tempat mereka berteduh, berehat dan berkumpul bersama keluarga.

Buat para pembaca semua, situasi begini mungkin tidak atau belum berlaku kepada diri kita tetapi sama-samalah kita membantu dan berdoa agar keluarga mangsa kebakaran ini diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian sebegini. Bantuan dan sumbangan kita mungkin kecil tetapi insyaallah dapat meringankan beban mereka yang ketika ini berada di dalam kesusahan.


 Beberapa keping gambar yang dapat dikongsikan bersama anda semua dan gambar ini diambil pada hari ini iaitu setelah 4 hari berlakukan kebakaran di Kampung Tian Matu.

Antara bantuan yang tak putus-putus diterima daripada orang perseorang, badan-badan kerajaan dan swasta yang cuba dihulurkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Tian, Matu.

Wednesday 9 October 2013

Anak Buah Baruku

Pagi nih aku semangat driving sorang-sorang ke rumah Mak mertuaku almaklumlah dikhabarkan adik ipar aku sudahpun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3kg dan kebetulan juga semalam adik ipar aku call minta aku bawakan dia dan babynya membuat rawatan susulan di hospital yang berdekatan. Phewww...Setelah seminggu dilahirkan baru hari ini aku berkesempatan untuk melihat sendiri betapa comelnya anak buah baruku ini. Tahniah buat adik iparku iaitu Pn.Muhaini serta keluarga diatas kelahiran orang baru dalam keluarga mereka. Sesungguhnya aku juga tumpang gembira, bahagia dan memanjatkan rasa syukur tak terhingga diatas kehadiran bayi yang comel nih. Errr...tentang nama? Hmm... Menurut adik iparku, mereka juga masih tercari-cari nama yang sesuai untuk anak ke-2 mereka nih sebelum didaftar esok hari jadi aku tak dapatlah tayang nama dia kat sini hehehe..Beginilah kehidupan bila sudah bergelar ibu dan ayah. Sekadar memperingati diri dan sesama kita bahawa betapa besarnya jasa, tanggungjawab dan peranan yang dipikul oleh ayah dan ibu kita, dari mula dikandung hinggalah dilahirkan pasti ada-ada saja yang harus diuruskan apatah lagi bila sudah meningkat dewasa. Jangan sampai kita terlupa dimana kita bermula.


Sesekali menjeling karenah manjanya membuatkan fikiranku jauh melayang, alangkah bestnya jika aku juga melalui saat-saat begitu dan tak perlu menunggu terlalu lama untuk semua ini hehehe.. Wahhh..melayan perasaan memang membuatkan kita banyak berfikir tetapi tak mengapalah, itu cuma bisikan hati biasa dari kaum isteri yang begitu rindukan sesuatu dalam dirinya namun aku sentiasa percaya rezeki nih semuanya datangnya dari Allah. Kita cuma mampu merancang tetapi hanya Tuhan yang menentukan. Tak perlu ada rasa cemburu atau bersedih kerna semua itu telah tertulis untuk kita. Insyaallah suatu hari nanti Allah pasti akan makbulkan doa-doa kita yang masih berjuang, berharap dan berusaha untuk sesuatu. Dan pesanan aku buat teman-teman yang merasa dugaan itu terlalu besar..teruskanlah mencuba dan berusaha. Don't ever give up guysss..your miracle is on the way!!!!....Yeay!!!...

Tuesday 8 October 2013

Berehat Di Hotel Grand Continental Kuching

Setelah menyepi seketika dan merehatkan badan daripada keletihan yang melampau-lampau minggu lepas membuatkan hari ini semangat aku kembali seperti sedia kala. Para silent followers and readers pun sudah sedia maklum, antara favourite aku sewaktu "travel" dan berada ditempat orang ialah mencuba hotel yang bersesuaian dengan kehendak dan bajet aku. Dan aku juga sedar bahawa beberapa entri yang berkaitan didalam blog ini begitu popular dan menjadi tumpuan untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Tujuan aku bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar berkongsi pandangan serta pengalaman dan tentunya besarlah harapan aku agar entri ini dapat membantu para sahabat yang ingin menginap ditempat yang sama suatu hari nanti. Insyaallah jika ada yang ingin melancong ke bandar Kuching mungkin entri ini dapat memberi petunjuk dan membantu.

Oklah..dipendekkan cerita, minggu lepas aku telah berada di bandar Kuching iaitu Ibu Negeri Sarawak. Lawatan singkat telah membuatkan aku memilih Hotel Grand Continental sebagai tempat bermalam. Hotel 3 bintang yang berada di Jalan Ban Hock, Kuching mungkin tidak asing lagi bagi penduduk tempatan mahupun pengunjung dari sekitar Sarawak. Kedudukkan atau lokasi bangunan ini agak menyendiri serta jauh daripada deretan bangunan-bangunan lain dan secara tak langsung membuatkan sekitarnya agak sunyi dan aman daripada pencemaran bunyi. Bagi anda yang mempunyai kenderaan sendiri, inilah kelebihan anda. Namun begitu, walaupun aku berkata demikian...pengunjung-pengunjung luar yang datang menggunakan kenderaan awam janganlah risau kerana masalah ini bukanlah penghalang untuk anda bergerak lebih jauh atau meninjau kawasan sekitar bandar Kuching kerana aku sendiri dapat melihat pemandu-pemandu taxi begitu setia menunggu didepan hotel dengan senyuman sentiasa terukir dibibir cuma perlu menunggu anda untuk berurusan dengan mereka. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukannnn..hehehe..

Bercerita tentang keadaan bilik pula, kali ini aku telah menggunakan Dulexe Room dengan anggaran harga yang dikenakan ketika itu dalam lingkungan RM150 ke atas selepas discount tanpa sarapan pagi dan apa yang aku baca sekiranya anda menempah tanpa discount mungkin bilik tersebut boleh mencecah RM200- RM300 keatas begitu. Walaupun pada mulanya aku menjangkakan bahawa dengan bayaran sedemikian ditambah dengan keadaan hotel yang aku lihat sendiri agak mewah dari segi susun atur bermula dari lobi dan restoran ketika melangkah masuk, mungkin aku hanya berkesempatan untuk mendapat sebuah bilik kecil tetapi ternyata tanggapan aku salah. Yup..sejujurnya angka yang aku bayar mungkin kecil tetapi alhamdulillah bilik yang aku dapat agak luas dan besar untuk harga sebegitu almaklumlah sebelum ini aku pun pernah menggunakan bilik-bilik hotel lain yang bertaraf sama dan pada harga yang lebih kurang sama jadi bayangan aku sudah tentu tidak jauh beza dari segi sizenya. Hmm..rasanya ini adalah antara Hotel 3 bintang yang benar-benar memberi kepuasan kepada pelanggan dari segi keluasan biliknya. Satu yang aku selalu puji disetiap hotel yang aku kunjungi adalah tentang pekerjanya yang cekap dan cepat menjalankan tugas mereka sehingga kita sebagai pelanggan tidak menunggu terlalu lama untuk check-in. Dan pujian yang sama harus aku berikan kepada mereka-mereka yang bertugas dibahagian meja hadapan. Thumb-up untuk mereka yang begitu berdedikasi menjalankan tugas masing-masing. Selebihnya aku ceritakan dalam gambar-gambar dibawah yer. Jauh perjalanan luas pandangan.Yeay!!..

P/s: Sebelum berakhirnya tahun 2013 ini aku telah menyasarkan untuk mencuba beberapa lagi hotel lain. Insyaallah itu semua bergantung kepada rezeki dan jadualku. Pastinya aku juga teruja ingin berkongsi bersama pembaca semua. Semoga apa yang aku paparkan dapat membantu anda semua. Bagi yang rajin mencari info atau ingin meninjau bilik-bilik hotel lain silalah Klik Disini Yerrr... 

With Compliments katanyeee...iyolahhhhh...makacehlah yerrrr...

Biliknya leh tahan luas, besar dan bersih siap dengan sebuah katil Queen Size yang korang leh buat lompatan kanak-kanak rebena kat atasnya ngeee...Bagi sesiapa yang rasa nak jogging pusing keliling sangat dalam bilik, inilah hotel yang paling sesuai hahaha...Cuma yang aku suka sangat nak komen kenapa tv masih belum bertukar ke flat screen? Alaa beli yang murah pun takpe asalkan nampak sepadan dengan bilik kannnnnn kuikuikui...

Meja executive turut disediakan disatu sudut dengan pencahayaan yang minima dari lampu meja. Sambil-sambil membuat kerja diwaktu siang bolehlah merenung keluar bilik melihat betapa indahnya dunia ciptaan Tuhan chewahhhhhh...hehehe...

Almari baju yang bersebelahan dengan peti sejuk kecil dan beberapa rak minuman..Oklah daripada takde..bukan guna sangat pun almari bila dah sampai hotel kann..biasanya baju-baju terperuk gak dalam beg hahaha..Yang rajin-rajin je terus selongkar beg dan gantung baju kat situ..hehehe..

Bilik mandi yang bersesuaian dengan sizenya. Tak besar dan tak terlalu kecil..cukup-cukup untuk seorang hehehe..

Pemandangan dari tingkat 11 Hotel Grand Contiental Kuching..Pemandangan waktu siang dan malam yang sungguh mendamaikan hati..pot pet pot pett....

Salah satu komen aku minggu lepas kat satu laman web yang menjadi favourite aku. Dia orang suruh aku komen maka aku dengan senang hati memberi komen dengan sebaris dua kata..Amboii..tingginye aku bagi..9.7/10  tuuu..hehehe..Taktau lak tetiba jadi camtu..camne diaorang kira ye? Awesomelah jugokkkk....



Thursday 3 October 2013

Sehari Dalam Memori

Hari nih bangun seawal yang mungkin, packing apa yang patut sebelum berangkat ke Bandar Sibu pada belah petang. Selesai berkemas tetiba kepala tumbuh tanduk comel hehehe..Yup masanya untuk aku menerjah sejam dua di beberapa lokasi kuikuikui..Saje jer nak takutkan diaorang tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, lega cikit hati aku dibuatnye hehe..Sekali sekala kenelah buat "spotcheck" ala-ala guru disiplin ye takkk?..Ade ke yang ketar lutut tengok muka aku nih? Kahkahkah...asem tol ahhhh!!!

Penat menerjah terus balik rumah, teringat longgokan jagung dan separuh sayur labu didapur pemberian salah seorang teman dari kampung yang berdekatan pagi semalam. Baiknye lah hati dia yang sanggup berkongsi titik peluhnya dengan kami sekeluarga. Dan dah tentu aku bersyukur diatas rezeki yang kami perolehi. Terima kasih banyak-banyak kepada wanita tersebut walaupun sampai ke hari ini aku tak tahu nama dia tetapi setiap keikhlasan itu tetap aku ingat sampai bila-bila. Aku doakan semoga dia serta keluarga akan sentiasa diberi kesihatan yang baik dan bertambah rezeki selepas nih.Amin..

Dan malam ni, dek kerana berangkat dari rumah agak lewat, sampai hotel pun jam 5.45pm maka badan aku pun mula malas semacam. Kebanyakkan waktu yang ada, aku gunakan untuk membaca dan berehat di bilik memandangkan perjalanan aku pagi esok ke bandar Kuching memerlukan lebih banyak tenaga.Yup...aku memang penat tetapi penatku hilang apabila terbaca salah satu tajuk entri yang ditulis oleh seorang teman yang 'mungkin' ditaipnya tiga hari lepas khas ditujukan pada aku di dalam blog peribadinya. Walaupun 'mungkin' entry tersebut telah dipadam sebelum aku sempat membaca kandungan sepenuhnya tetapi aku tetap rasa bahagia dan tersentuh dengan beberapa patah kata yang masih boleh aku baca.Maaf kawan kerana terlambat menyedari tetapi sejujurnya aku terharu and of coz i feel Yipieeee!!!!...Kerana akhirnya dia wish jugak birthday kat aku walaupun belateddd katenyeee hehehe..Guysss...Nak tahu kenapa aku happy?...Sebabnya aku tahu dialah satu-satunya kawan yang tak pernah lupa akan tarikh birthdayku semenjak kami jadi rapat sejak berbelas tahun dahulu. Walaupun kini kami dah semakin dimamah usia, aku tetap yakin dia takkan pernah lupa tarikh harijadiku yang dah terlepas berbulan-bulan yang lalu hahaha.Guysss..Malu nak ngaku tetapi hakikatnya akulah sebenarnya orang yang sering terlupa dan terlambat untuk mengucapkan selamat harijadi padanya. Apa yang boleh aku teka mungkin semuanya kesan dia berguru dengan aku...balas dendam kutttt?? ekekek. What to do frenz..aku memang slow camnih hahaha Apa-apa pun Thanks sebab selalu menginggati aku.Yeay!





Tuesday 1 October 2013

Mr.Hubby Masak Ketam

Minggu nih fikiran sedikit celaru. Letihku belum berbayar selepas balik travelling Jumaat lepas dan minggu ni kena menyusun jadual baru untuk travel semula ke bandar Kuching khamis nih. Haduiii laaa..lagi memeningkan kepala bila malam-malamku menjadi terlalu singkat dek mengadap setambun kertas-kertas yang harus aku siapkan dalam masa singkat. Owhh... perkataan 'Lebam bijik mataku' memang sesuwaiiii untuk diriku minggu nih hahaha Tak apalah, apalah maknanya usaha jika tiada cabaran.

Pun begitu walau kesibukan yang aku hadapi membuatkan aku sedikit stress sepanjang 2,3 hari ni tetapi alhamdulillah Mr.Hubby dan Puteri tercinta tersangatlah memahami situasiku. Dan petang nih terasa ringan beban dibahu dan semestinya sedikit rasa lega apabila mendengar Mr.Hubby begitu beriya-iya ingin membantu aku untuk memasak ketam yang telah awal-awal lagi aku bersihkan. Bukan kerna tak reti masak tetapi keletihan yang melampau membuatkan aku hilang mood seketika hahaha...Biasalah tu...manusia mana yang tak ada emosi?...

Terima kasih buat Mr.Hubby yang begitu prihatin dan rajin menghulurkan bantuan. Menu ketam malam nih memang best dan sedap. Dan antara sebab utama membuatkan aku suka dan happy  kerna keikhlasan membantu dan semestinya juga kerna ia adalah air tangan suami. Maka dengan selamberrrnya jugak aku letak tajuk  pada entri kali ni ialah 'Mr.Hubby Masak Ketam' ekekeke......Yeay!


Yummyyy..walaupun nampak simple tetapi rasanya boleh tahan gakkk....Agaknya aku jarang makan masakkan suami sebab tu puji melambung-lambung kat sini hahaha...Sorry guys jika korang rasa meluat dengar ngeeee.....

Followers