Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 21 March 2014

Fikirku Sendiri

Perjalanan ke bandar Sibu petang tadi sudah cukup membuat aku sedikit letih apatah lagi mengenang sambungan perjalanan ke bandar Kuching esok hari. Nampaknya aku, Mr.Hubby dan Puteri tersayang perlu menyimpan lebih banyak tenaga malam ini sebagai bekalan untuk perjalanan panjang esok hari. Sungguh aku tak sanggup duduk berjam-jam didalam perut kereta...ouchhh!!! Aku tak larat tapi dalam masa yang sama aku seronok..hehe

Hmmm..menikmati keindahan malam bandar Sibu dari tingkap bilik Hotel, banyak membuat aku berfikir sendiri namun tiada satu pun yang dapat aku fahami. Adakalanya aku 'penat' tetapi  aku juga sudah 'malas' untuk menjelaskannya satu persatu. Dan saat mengenangkan kembali entry-entry yang terdapat dalam blog ini mungkin membuatkan ramai pembaca yang terasa hati atau meluat sendiri. Andai benar tekaanku, maafkanlah aku diatas segalanya. Setiap apa yang aku kongsikan bersama anda bukan untuk dinilai atau diungkit tetapi lebih kepada untuk memperbaiki kekurangan diriku sendiri disamping mengajak teman-teman untuk selalu positif didalam hidup. Bukankah lebih afdal kita memandang sesuatu itu dengan cara baik daripada kita bersangka buruk sepanjang masa?. Aku juga manusia biasa...tiada pendidikan tinggi untuk dibandingkan dengan yang bijak pandai, bukan juga hadir untuk disanjung atau juga meminta sebarang perhatian tetapi sekadar menyampaikan beberapa baris kata yang lahir dari pemikiran yang sarat dan teruja untuk dikongsi bersama anda. Dengan harapan semoga apa yang disampaikan dapat membantu teman-teman dikala kesulitan serta dimegerti suatu hari nanti. 

Ibnu Umar pernah berkata
 "Apabila kau orang muda, jika ada kebaikkan yang dapat dilakukan hari ini, jangan kau tunda hingga keesokkan hari."

Kata-kata diatas sering aku pahat didalam jiwa...Siapapun kita.... walau berharta atau tak punya apa-apa...Walau kau lebih bijak atau merasa begitu daif...cubalah lakukan kebaikkan walau sekecil zarah kepada kedua orang tuamu, keluarga, teman-teman dan orang disekelilingmu. Lakukanlah selagi peluang itu masih belum ditarik oleh-NYA kerna kita tidakkan pernah tahu kapan takdir akan menyentuh kita pula. Yeay!



Nota: Tolong jangan berkias...Jika suka bilang suka, jika benci bilang benci...mudahkan? Opss...Andai mudah kenapa ramai yang tidak berani berterus terang? AKU FAHAM TETAPI BUAT-BUAT TAK FAHAM hehehe...Malam yang panjang membuatkan aku terlalu banyak berfikir.Masanya untuk aku melelapkan mata. Nite2 (*,*)

Thursday 20 March 2014

Madah Bicara Kata

Jika kelantangan berkata-kata itu bererti hak masing-masing, jangan sampai terlupa menjaga hak orang lain. Sehebat manapun ucapan yang keluar dari bibirmu, ianya hanya akan berarti bilamana ada hati yang memahami dan mengambil makna dibaliknya. Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa, kau akan terasa. Yup...seharusnya kita berbicara dari hati tetapi biarlah melalui akal. 
Pesanku kali ini cukup mudah difahami..., 
"Manis kata-kata janganlah kau jadikan pahit kerana lidahmu." Yeay!



Monday 17 March 2014

Puisi Wanita Diluar Jendela


Puisi: Wanita Diluar Jendela

Memerhati di luar jendela,
Ada seorang wanita dihimpit rasa,
Gagah melangkah walau tak berdaya,
Menyembunyikan luka memikul duka,
Mencari bahagia dikala bersama,
Namun takdir masih enggan bersua,

Memerhati di luar jendela,
Ada seorang wanita dihimpit rasa,
Mengatur langkah penuh derita,
 Rentaknya bukan lagi seperti yang biasa,
Terkadang tersungkur di kaki tangga,
Kakinya berdarah masih jua berpura biasa,

Memerhati diluar jendela,
Ada seorang wanita dihimpit rasa,
Terus mencari penawar derita,
Hilang kata-kata dikala semua tertanya,
Menahan titis airmata dalam ketawa,
Sanggup dipersenda demi mereka yang tercinta,

Memerhati diluar jendela,
Ada seorang wanita dihimpit rasa,
Sekilas mendongak membuatku terasa,
 Betapa hancurnya harapanmu disana,
Impian dulu mungkin bersatu hingga kesyurga,
Rupanya kini cuma terkubur dialam nyata.

Memerhati diluar jendela,
Ada seorang wanita dihimpit rasa,
Kali ini kau nampak berbeza,
Tekad berjuang walau ada bahaya,
Dan aku masih memandang dari dalam jendela,
Ku tahu jalanmu rumit kini semakin bercahaya.



Nota: Puisi ini diilhamkan daripada seseorang yang aku kagumi semangatnya dalam mempertahankan kebahagiaan keluarganya...Buat wanita diluar jendela...:-)

Sunday 9 March 2014

Doakan MH370

Aku percaya, dalam 2 hari ini pasti jutaan rakyat Malaysia juga resah serta terkesan dengan kehilangan Pesawat MH370. Apa yang lebih membuatkan kita lebih merasa sayu apabila melihat dan membaca keluhan hati dari keluarga mangsa MH370 itu sendiri. Dan aku sendiri mengakui turut merasa sedih dengan apa yang berlaku kepada penumpang MH370 walaupun tidak mengenali siapa mangsa-mangsa tersebut.

GUYS....melihat saja kawan-kawan kita begitu bersahaja mengupate status di FB, twitter dan sebagainya di laman sosial membuatkan aku terpanggil untuk membuat entry ini. Disaat-saat begini bukan masanya untuk kita menunjuk kehebatan melaporkan atau 'mengupade' berita yang belum tentu sahih di laman sosial masing-masing.  Tolong hentikan spekulasi yang tidak berasas kerana tindakkan anda hanya akan mengelirukan banyak pihak lebih-lebih lagi kaum keluarga yang ternanti-nanti akan berita tentang kehilangan MH370 ini. Aku merasa berita yang tidak ada hujung pangkal begini terlalu cepat tersebar sehingga membuatkan kita tertanya-tanya apakah kita benar-benar memahami situasi yang dialami oleh keluarga mangsa MH370 tersebut?  Guys...Boleh tak kita hormati sedikit akan perasaan kaum keluarga mangsa?.

Aku bukan siapa-siapa tetapi besarlah harapan aku agar kita menyerahkan tugas tersebut kepada yang sepatutnya daripada kita hanya memandai-mandai 'mengupdate' segala berita yang belum tentu benarnya, biarlah yang pakar melakukan kerja mereka. Dan kita sebagai rakyat Malaysia teruslah bersatupadu dengan memberi sokongan kepada seluruh keluarga mangsa serta mendoakan agar pesawat MH370 itu ditemui  segera.  Kita mungkin datang daripada pelbagai latarbelakang tetapi doa kita semua tetap sama iaitu agar mangsa semua selamat dan ditemui segera...selebihnya kita serahkan kepada ketentuan Allah..:-(

NOTA: Aku kagum dengan kerjasama yang cuba dihulurkan oleh negara-negara luar dalam membantu kita untuk mencari MH370. Aku sebagai salah seorang rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada usaha mereka yang membantu.


Saturday 8 March 2014

Popia SeaWeed Di Hari Wanita

Owww yeahhhh...hari nih tetiba dapat text dari anak buah belah Mr.Hubbyku yang jauh dimata tu( err..jauh ke?) tetiba bagitau yang dia ada kirim sesuatu buat aku sekeluarga disini. Adeiiii..tak pernah dibuat dak nih berkirim-kirim segalak sebelum nih tapi entah apa mimpi dia hari nih tetiba nak beri aku something pula. Owhh..aku pun mulalah rasa cam kejutan di Hari Wanita lak padahal minah nih tak cakap pun camtu hahaha..Aku jer la yang terperasan lebih kuttt kahkahkah..

Buka jer beg kertas gedebak nampak dua kontena...Walawehhh...popia seaweed youuu...Merasa gak aku akhirnya airtangan anak buah aku yang sorang nih walaupun aku ketegorikan sebelum nih airtangan dia agak mahal sebab susah aku nak merasa hahaha.... Seronoklah juga hati nih kan..sebab dapat pemberian daripada anak buah yang selalu menginggati gitew..terharulah jugokkkk hehehe...

Buat anakbuahku yang sangat rajin nak sediakan popia seaweed nih, terima kasih banyak-banyak ye.. sedap sesangat dan auntymu ini pasti selalu mendoakan yang terbaik buat dirimu sekeluarga disana chewahhhh ayattt!!!...Apa-apa pun niat baik dia guys aku tetap hargai sesangat dan teruja sampaikan tersharing kat korang semua, nampak tak betapa sentimentalnya aku..semua pun nak canangggg hahaha...Hah..korang nih baca-baca gak, kalau rasa nak order tu bagitau jer aku , leh aku beri contact number dia,..mana tau dia nak buka bisness popia seaweed pasnih,,,hehehe.....(<--matilah aku!!!  bilamasa lak dak nih suruh aku promosi camnih? ...kwang3x...)...Yeay!!!...


Jangan main-main you...kontena pun beso gedebak nih...makan 3 hari 4 malam pun tak habis kata pakciknya tapi sehari habis kut heheh...

Betapa detailnya hasil kerja dia, kalau aku buat popia seaweed camnih memang aku dah awal-awal fedup dah dibuatnya..leh tak tido malam jadinya huhu

Bila dah aku kata favourite tu...yang lain leh jadi putih mata jelah yee...

Macam biasa...model popia seaweed sudah mari...meh kita borong ramai2 kahkahkah...

Thursday 6 March 2014

Alahaii...RedVelvet MuffinKu

Salam and hai everybodyyyyy!...Emm...entah tak tahu mengapa, seminggu dua nih kesihatan turun naik...kejap baring kejap berjalan kejap duduk ..Kejap penat kejap segarrr  maklumlah dah tua kerepotkannnn haha..Tak apalah..Kita dah diberi terlalu banyak nikmat, bila sesekali Allah turunkan ujian..jangan sesekali mengeluh...Be positive guys...itu tandanya Allah sayang kita sesangat hehehe..

Oh ye..dipendekkan cerita dalam aku rasa kurang enak menahan segala bagai benda yang melemahkan fizikal aku nih, terjumpa lak tepung Cake RedVelvet yang jenis ready mix dalam kotak..jeng..jeng ...jeng....Huishhh...sempat jer selongkar walau rasa cam nak pitam tapi bak kata orang ...time sakit-sakit nih semangat kene tinggi nak melawan segala penyakit yang datang..chewahhh..tetiba nak jadi "bionic women" lak ekeke.. Daripada expired baik aku buatkan kek nih memandangkan bahan-bahan yang diperlukan tak banyak mana...Alaa..Zaman karang takyah pening-pening dah..semua dah ready mix pun cuma tunggu korang jer nak buat atau tak hehehe..Sekali sekala aku mencuba dan teringin nak rasa apa bezanya bahan-bahan ready mix nih dengan kek redvelvet yang kita buat sendiri. Bila dah over excited time buat sampai badan pun rasa cam okey jer maka segala skill mulalah keluar hingga tersengeh sorang-sorang. Berangan jadi masterchef lagiii.....ngeee. Apa-apa pun i really enjoyed my cake decorating!!..Yeay!!...

Tepung Cake Red Velvet ready mix yang aku hanya perlu campurkan dengan sedikit minyak + air dan telur huhu..Mudah tak kerja aku? hehehe.. 

Ni penting..jangan lupa sapu minyak atau butter yee...

Mulanya aku nak buat dalam acuan kek segiempat biasa jer..tapi bila difikirkan balik..yang nak makan bukannya aku tapi my little princess and Mr.Hubby almaklumlah aku tak minat makan kek nih hehe....Jadi aku mula la buat ala-ala muffin gitewww...senang lagi keje aku kannn takyah potong-potong segalak..kau nak makan kau ambik seketul-seketulllll hehehe...( <-- ganaznye bahasa aku huhu)

Bila nampak kosong jer mulalah terfikir nak buat topping pada muffin cake velvet nih...Selongkar lagi lebihan butter..maka buatlah butter cream hehe...

Ingat nak buat satu style jer topping tapi al-maklumlah perasan masterchefkannnn maka segala bagai deco topping aku buat..lantak ler nampak hodoh janji aku puas hati ngeh ngeh ngehhh..balas dendam asyik baring berhari-hari kut hahaha...

Nih ler model muffins cake redvelvetku...balik sekolah makan, minum petang makan, sebelum makan malam pun makan gak..adehhh...lepas makan muffin tu tetiba cakap lagi nak breakfast muffin nih gak...Adehhh..terfikir gak aku, tak muak ke tekak dia telan butter cream tu? huhu...

Followers