Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 11 April 2014

Moga Cepat Sembuh

Salam all.....Dua minggu nih agak tak keruan bila memikirkan kesihatan ibu mertuaku yang telah dimasukkan ke hospital baru-baru nih. Namun begitu, alhamdulillah dan syukur sesangat kerana setelah hampir 5 hari ditahan dihospital akhirnya dibenarkan keluar tengahari semalam. Hatiku kembali lega mendengar berita itu setelah beberapa hari berulang-alik dan dalam waktu yang sama terkejar-kejar masa dengan jadual persekolahan anakku dan lebih stress apabila semua berlaku ketika Mr. Hubby terpaksa bertugas beberapa hari di luar daerah.

Yup aku akui bahawa aku kepenatan beberapa hari ini tetapi semua itu bukan menjadi penyebab untuk aku melupakan tanggungjawab aku sebagai anak dan menantu. Let me first say that my mother-in-law are the best woman on earth after my own mother!. She was very kind, patient, selfless, loved her family so much and sometime funny. Separuh dari perjalanan hidupku ditemani dengan kehadiran wanita tabah ini, jadi sudah tentu aku cukup beruntung mengenali seorang lagi ibu yang begitu banyak mengajar aku tentang sesuatu. Bagiku, dia mungkin tidak mempunyai apa-apa tetapi kaya dan mewah dengan kasih sayang dan thanks juga buat mak mertuaku kerana segala sifat itu telah dimiliki oleh Mr.Hubby hehe..Apa-apa pun, kami sentiasa doakan kesihatan mak akan pulih seperti dahulu. We love you Mak!..

And guys...aku mungkin negatif jika berbicara tentang nyawa tetapi pesanku usah membandingkan nyawa kita dengan berapa lama usia orang lain kerna ia milik ALLAH. Syukurlah kau mampu bernafas untuk sehari lagi kerana kematian itu bukan cuma berpunca dari sakit tua sahaja. Sedangkan bayi yang baru lahir juga Allah boleh tarik nikmat itu, inikan pula kita yang telah separuh usia begini jadi seandainya masih ada peluang, teruslah berusaha untuk menggembirakan kedua orang tua kita kerana mungkin saat itu takkan berulang lagi dalam hidup kita nanti. Yeay!


Nota: Thanks kepada nurse yang mengajar cara suntikan insulin harian yang betul kepada ibu mertuaku sebelum keluar tengahari semalam. Penerangan yang panjang dan In Shaa Allah dapat aku fahami dengan mudah. Sedikit sebanyak mengajar aku dalam sesuatu yang aku tak fahami sebelum ini.

Dan buat Sahabatku Julia yang kini abangnya dalam kondisi koma yang aku kira telah melebihi seminggu, aku serta keluarga sentiasa mendoakan semoga kalian terus tabah dan sabar menerima dugaan ini. Besarlah juga harapan aku agar para pembaca blog ini untuk sama-sama mendoakan abang kepada sahabatku ini. Kita mungkin mungkin tak pernah mengenali tetapi In Shaa ALLAH doa kalian dapat memberi keajaiban, kelapangan dan ketenangan kepada keluarga dan pesakit itu sendiri. Terima Kasih.


No comments:

Followers