Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 15 September 2015

Hargailah Sebelum Terlewat

Lama tak muncul, dan hari ini aku agak sentimental. Jika bicara soal ujian dari Allah, mungkin ada sahabat di luar sana yang mungkin menghadapi ujian yang maha dasyat dari apa yang aku lalui. Jadi tak adil dan kurang elok rasanya aku menyalahkan takdir yang menimpa keluarga aku baru-baru ini. Sesungguhnya aku berserah dengan ketentuan dari-Nya. Mungkin disebalik dugaan itu tersimpan sejuta hikmah yang harus aku fahami dikala fikiran masih bercelaru. 

Andainya saat diduga itu hatiku menangis dan dalam masa yang sama merasa takut akan kehilangan, cemas, sepi duniaku seolah seperti patah sebelah sayapku bererti ikatan antara kami selama ini begitu utuh sekali sehingga ke saat ini. Syukur ke hadrat Ilahi, kerna 2 insan( Mr.Hubby & puteri kami) yang menemani hidupku selama ini masih mampu aku tatap wajah mereka dan ku pegang tangan mereka sepertimana aku selalu lakukan dulu.

Ku sedut udara  yang berlegar di sekelilingku sehingga menyapa dada dan perlahan kuhembus tanda betapa leganya perasaanku ketika ini. Alhamdulillah dan syukur tak terhingga biarpun terlalu berat untuk aku hadapi, aku yakin Allah masih mahu melihat kami bersama. Tiada yang lebih bererti dan menggembirakan aku selain  hari-hari yang berlalu terus ditemani wajah ceria puteriku dan wajah suami tercinta. Alhamdulillah syukur sesangat diatas peluang itu sekali lagi.
 
Pesanku...

Buat Mr.Hubby..mungkin kesihatanmu bukan apa-apa bagimu tetapi ia sesuatu yang amat penting buat aku dan puteri kita..jagalah kesihatan selalu biarpun sakitmu bukan sesuatu yang serius tetapi ia sudah cukup membuat hati ini gelisah dan sayu. Ingatlah Mr.Hubby...masih banyak cerita yang ingin kita kongsikan bersama...jadi jagalah kesihatanmu selalu kerna aku tak sukakan kejutan datang dengan cara begitu...sangat..sangat menakutkan tauuu!!!

Buat Puteri tersayang pula...Biarpun usiamu masih terlalu muda untuk memahami apa yang terjadi dalam hidupmu. Namun sebagai orang tuamu, besarlah harapan kami agar Allah menghilangkan segala memori yang membuatkan hatimu selalu merasa takut. Bersabarlah dengan ujian Allah sayang, in shaa Allah..semuanya akan berakhir. Sentiasalah berhati-hati sayang kerna Mama dan Daddy tak selalu ada untukmu.

Dan buat pembaca...Hargailah orang yang sering menemani hari-harimu kerna kita takkan pernah tahu bilakah saat terakhir kita berkesempatan untuk bersama mereka semula. Berpisah nyawa tidak semesti penyebabnya adalah sakit, mungkin juga ada sebab lain yang tak pernah terduga oleh minda kita. HARGAILAH IA SEBELUM TERLEWAT!..Yeay!
 

Aku masih ingat, saat pertama aku menghadapi pintu ini iaitu ketika sedang menunggu ibu untuk dibedah  beberapa tahun yang lalu dan kali keduanya pula ketika menunggu Mr.Hubby baru-baru ini. Bayangkan betapa berdebarnya hatiku setiap kali melalui pintu ini dan Alhamdulillah dengan izin dari Nya, kedua-duanya melepasi saat-saat yang aku anggap terlalu sukar untuk aku lihat dan lalui berulang kali. Alhamdulillah sekali lagi...syukur Ya Allah semuanya telah pun berakhir.
 
Bila semuanya berakhir, aku mula mengajak Mr.Hubby untuk berselfie. Gambar ini cumalah sebagai sedikit kenangan untuk kami dan juga sebagai bukti berita gembira yang ingin aku sampaikan kepada keluarga dan sahabat handai yang juga bimbang akan kesihatan suamiku ketika itu. Terima kasih diatas doa-doa mereka serta kepada yang datang menjenguk ketika itu

Followers