Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 10 July 2016

Nostalgia RayaKu

Haaaa....Balik dari berhari Raya nih, mesti rakan blogger semua tak sabar nak "update"kan entri baru di blog masing-masing. Dan Aku?...yerp..aku juga antara salah seorang dalam kumpulan blogger-blogger tersebut hehehe..Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dan Mr. Hubby tidak mempunyai masalah soal balik beraya kerana sedia maklum keluarga belah aku cuma menyambut Christmas, jadi setiap kali Raya pastinya hanya rumah mertuaku yang menjadi pilihan utama. 
Sebenarnya aku pun tak tahu nak mulakan dari mana, sebabnya agak banyak yang ingin aku kongsikan bersama pembaca semua kerna perasaan teruja untuk mengaplikasikan perasaan dalam bentuk tulisan itu tetap ada..huh...Nampak??? keluar dah sastera aku nih hehe..aplikasi bagaiiii!!!...

Oklah, sejujurnya selama 16 tahun aku merayakan Hari Raya..tak banyak perubahan pun yang aku rasakan saban tahun cuma yang bezanya jika dulu bila aku balik rumah mertuaku, ada je arwah ayah mertua dan mak mertua menyambut kepulangan aku dan Mr.Hubby. Cakap je nak makan apa..pasti arwah ayah dan mak mertua aku akan usahakan terutama bab ikan keli dan udang hehehe... Yang paling aku tak lupa bila aku baru puji bunga yang ditanam oleh mak mertua aku tu cantik...Bila nak balik jer, mak mertua aku kasi dengan pasu-pasu sekali bunga yang aku puji hari sebelumnya...Bukan satu atau dua pasu je tapi sampai 4,5 pasu hehehe....Adeiiii...Macam VIP lak aku rasa time tu hehehe....Lepas tu aku kurangkan bab memuji takut kang semua bunga yang dia tanam dia kasi kat aku semua lak...Korang jangan ingat aku tak faham erti penat dia menanam..Cuma aku je tak mampu nak tolak sebabnya mak mertua aku nih memang tau aku tak reti tanam bunga kut (-,-)...Tapi kannn.... Best tak mertua aku?...wink..wink...(^,^). Anyway...Sayang Mak and arwah ayah sesangat. Thanks sebab terima seadanya menantu yang selalu berlagak cam minah salleh nih padahal aku pun anak kampung gak kahkahkah...sedar diri jap...Ya ampunnnn...!!!.. 

Petang dan malam Raya pula, abang, kakak dan adik ipar pula kecoh satu rumah bila sudah duduk berkumpul disatu ruang, seronok pula melihat telatah adik beradik suami bergurau senda  dengan volume yang dilengkapi dengan sound system yang aku kira satu kampung boleh dengar walaupun ketika itu aku tak faham sepatah apa pun cerita mereka..Diaorang gelak, aku pun ikut gelak...Diorang tanye apa pun, aku tetap rilex jer sambil lemparkan senyum kambing aku nih. Kalau aku dapat jawab pun macam bunyi ayam dan itik jer kot..Diaorang tak faham, lantak diaorang la time tu hahaha...Walawehhh....Aku bukan berlagak tak faham tapi serius, waktu tu aku memang perlukan "translater" cuma aku tak mampu nak bayar untuk perkhidmatan macam tu je kut( <-- ayat nge-ngada aku datang balik). Nak harapkan Mr.Hubby translatekan untuk aku, hmm...takyah laa..sebabnya dia dah seronok dalam dunia mereka jadi tinggallah aku tercungap-cungap dan terkapai-kapai sorang diri. Amboiii menjadi-jadi imaginasi aku memalam camnih ekekeke. Untuk pengetahuan pembaca, Walaupun kami duduk satu Sarawak, sama berbangsa Melanau namun dialek kami berbeza jadi tak hairanlah jika aku mengambil masa 2,3 tahun untuk memahami dialek belah suami aku. Satu-satunya yang boleh aku buat ketika berkumpul ramai-ramai begitu, aku kene gunakan formula "Frozen" kan diri aku kahkahkah... Nak hidup kene pandai ikut rentak babe, korang ingat aku sesuka guna formula camtu?? Kalau Doraemon tu benar-benar wujud, memang aku pinjam sekejap "Pintu Suka Hati dia tu untuk aku bawa diri jap kuikuikui...Tapi sekarang, alhamdulillah..setelah 16 tahun bertapa dan berguru maka aku yakin aku faham 89% daripada perbualan family husband aku walaupun dalam kepala aku nih masih berlegar-legar perkataan untuk disusun ketika menjawab. (Tepuk bahu sendiri jap sambil mejeling kat korang semua....) "Syabasss betehhh!!". Nasihat mudah daripada aku 
Kalau kau sayang suami/isteri kau, kau juga harus berusaha untuk sayang seluruh ahli keluarga dia barulah dunia and cerita hidup kau akan menjadi penuh warna warni."..Chehhhh...semua pun tahu cuma aku jer perasan aku yang create ayat tu...Ada aku kesahhhh.!!...hahaha...

Manakala anak-anak buah yang dulunya comel-comel belaka, riuhnya tak terkata terutamanya pada malam pertama Raya membuatkan aku rasa sedikit "gelihati" sebab semua pun dah pakat nak minta duit raya daripada aku walhal aku baru je nak merasa raya Nak oiii. Belum apa-apa bebudak nih dah nak mencekik aku. Berpinar gak kepala hotak aku nih memikir...Mujurlah aku selalu sediakan payung sebelum hujan..Hebat tak ilmu teka silang kata aku? hahaha... Nak sangat duit rayakannn...Apalagi...Aku kerah bebudak perempuan semua cuci pinggan mangkuk lepas makan manakala bebudak laki pula tolong kemas apa yang patut..angkatlah apa yang patut nakkk..Dah siap semua aku kasi laaa...kahkahkah..kelakar lak bila aku ingatkan balik. Manja-manja belaka diaorang kat aku ye, sampai tiap kali Raya je aku la jadi mangsa keadaan dan sasaran. Pejam celik..pejam celik....Bila umur anak buah aku nih meningkat dewasa nih, amalan meminta duit Raya daripada aku nih dah pupus...selamat akuuu!!!..hehehe. Sekarang pula anak-anak buah aku punya life sendiri. Dah tak boleh pun nak kerah macam dulu dah, nak usik pun aku kene ada limit jugak. Kang aku terover gurau ada pula yang retak seribu hatinya hahaha...Ada yang dah menjadi suami dan isteri orang, sibuk pula melayan anak masing-masing. (Haha tergelak sendiri sebab aku rasa aku nih makin tua sebabnya di usia begini aku dah ada cucu sedozen)...Sebahagiannya pula mempunyai komitmen sendiri dalam bidang pelajaran dan kerja masing-masing. Alhamdulillah, semuanya berusaha kearah yang lebih baik. Syukur kerana rezeki yang datang itu daripada titik usaha mereka sendiri. Mungkin aku tak banyak bicara, memuji atau menasihati tetapi setiap doaku pasti akan sampai pada mereka. Hmm....sungguh cepat masa berlalu, aku juga masih begini..makin bertambah lemak-lemak saban tahun haha..Ok...jgn ungkit lelemak aku!~

 Tahun nih, walaupun tak lama beraya bersama Ibu Mertua, abg,kakak,dan adik ipar serta anak-anak buahku tetapi setiap Raya tetap memberi kenangan termanis dalam hidup aku. Setiap daripada kita pun merasa ada kekosongan jika salah seorang dalam keluarga itu telah tiada, namun apa yang perlu kita lakukan cuma teruslah hadiahkan doa buat mereka yang telah pergi dan bertabahlah menghadapi Ujian Allah. Untuk Raya tahun ini aku benar-benar berusaha untuk menjauhkan sebarang teknologi terutamanya telefon bimbit dalam persekitaran aku kerana aku merasakan masa yang ada, adalah lebih afdal kiranya aku fokuskan dahulu kepada mereka yang ada didepan mata aku berbanding senarai nama yang terdapat dalam list handphone aku. Siapa tahu, aku mungkin akan menyesal suatu hari nanti kerana tidak pernah memberikan masa untuk menatap wajah-wajah kesayangan aku ataupun berusaha untuk mencipta beberapa detik kenangan lagi di hari bahagia begini. Kita takkan pernah pasti bilakah Raya terakhir kita bersama keluarga yang selalu ada dan sering memberi kenangan, senyuman, tangisan dan sama-sama pernah bersusah payah bersama kita. Aku juga percaya... yang tergambar diingatan kita lebih indah daripada apa yang tertulis di screen telefon kita. Kawan-kawan semua, gunakanlah masa yang singkat ini sebelum semuanya berakhir tanpa dapat kita ulangi lagi. Sekali lagi Selamat Hari Raya daripada Aku dan keluarga. Ini cumalah Nostalgia Rayaku...Yeay! 


Satu-satunya gambar yang aku ambil ketika hendak pulang ke kampung halaman Mr.Hubby. Ini bukanlah gambar terbaik daripada kami tetapi percaya atau tidak inilah satu-satunya gambar kami bertiga untuk Raya tahun ini..Aku dan Mr. Hubby tak punya gambar Raya keluarga seperti tahun-tahun yang lepas atau seperti yang lain kerna masing-masing enggan mengeluarkan handphone ketika berada dirumah Ibu mertua. Kami hanya menjawab panggilan masuk dan yang selebihnya kami simpan dalam memori dikepala kami hehe...Mudahan gambaran di ingatan ini lebih jelas dan mekar selalu hingga ke hari tua kami. In Sya Allah....



Friday 1 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Dah hampir masuk 3 bulan blog aku senyap...Pejam celik..pejam celik...dah nak masuk raya pun kita. Tak terasa masa tu cepat berlalu. Hmm..dalam masa aku banyak menyepi nih, banyak betul perkara yang berlaku di keliling aku mahupun pada diri sendiri. Ada suka ada pula tikanya duka melanda. Ah...lumrah hidup kita sebagai hamba-Nya..Ada masa kita diuji dan ada pula ketikanya kita melihat kaum keluarga dan sahabat handai juga tidak terlepas dari ujian-NYA. Usahlah bersedih, terkadang ujian yang hadir dalam hidup kita membuatkan kita lebih matang dan tabah agar sentiasa ada rasa redha dengan ketentuan daripada-Nya. Bukankah sebahagian daripada tanda sayang Allah kepada umatnya apabila kita didatangi pelbagai cubaan dan ujian dalam meniti perjalanan hidup ini. Bersyukurlah kerana ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

Oklah aku tak nak berceloteh panjang lebar, cukuplah aku ringkaskan saja entri aku untuk kali ini. Dengan cuma berbaki beberapa hari lagi sebelum Hari Raya menjelma, dengan rasa rendah hati...saya serta keluarga memohon maaf di atas segala salah dan silap yang tak tersengaja selama anda mengenali saya mahupun mengenali saya melalui alam maya ini. Setiap ketelanjuran kata atau kekasaran bahasa ketika bersama saya mahupun yang membaca setiap entri saya selama ini, mohon dimaafkan dan jangan disimpan di dalam hati. Yang baik itu datang dari ALLAH dan semua yang buruk itu datangnya dari kesilapan saya sebagai manusia biasa.  Akhir sekali, 
Semoga Ramadan kali ini memberi seribu keinsafan,
Semoga syawal kali ini memberi seribu kegembiraan
Dan semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu kenangan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016



Followers