Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 18 September 2017

Barbeku cara kami

Alhamdulillah, peperiksaan UPSR 2017 bagi puteri kesayangan kami sudah pun berakhir dan syukur kerna semuanya berjalan dengan lancar sepanjang minggu lepas. Sebagai seorang ibu, apa lagi yang membuat anda berasa gembira setelah selesai kertas terakhir UPSR. Hari itu aku menanti di depan pintu, dengan senyuman yang dilemparkan dari dalam kereta dapat aku teka betapa gembirnya dia setelah semuanya selesai..kecerian di wajahnya tidak dapat disembunyikan lagi sepertinya beban itu telah hilang dari bahunya. Jauh di sudut hati, kita dapat meneka betapa tertekannya minda serta letihnya badan mereka sebelum ini kerana jadual-jadual yang disusun oleh pihak sekolah kebelakangan ini untuk mempertingkatkan serta membantu mereka mencapai keputusan yang diharapkan adalah sangat padat. Aku..sebagai seorang ibu, cuma dapat berdoa dan berharap ketika itu agar anakku selalu tabah kerana semuanya adalah untuk masa depannya sendiri. Mama tak kesah berapa pun keputusannya nanti, asalkan kami nampak usahanya...itupun dah cukup.

Di atas usaha yang ditunjukkan serta untuk memulihkan semula semangatnya selepas sebelum ini kebanyakkan aktiviti luarnya terpaksa di halang demi untuk tidak menganggu pelajarannya, aku dan Mr Hubby mula mencadangkan agar kami melakukan sesuatu yang lebih santai pada hujung minggu dengan membawa anak kami berBBQ di dalam hutan walhal di tanah kebun sendiri je pun hahaha..Mungkin pengalaman pertama puteri kami barbeku di dalam hutan seperti ini sedikit sebanyak memberi mood dan merasa usahanya lebih dihargai..Insya Allah..Niat kami sebagai ibubapa juga cumalah untuk membuatkan hati anak kami gembira jadi kami isi dengan aktiviti begini untuk mengubah suasana persekitarannya sebelum ini yang kebanyakkan masa dihabiskan untuk menghadap buku-buku sekolah. Kalau aku penat cuma melihat dia menelaah, apatah lagi otaknya yang siang malam menghafal segala benda yang ada dalam bukunya.

And you know whattt??...Syukur...tanpa diduga...she is very excited dengan aktiviti sebegini dan sepanjang masa menyuarakan betapa seronokknya dia walaupun cara kami barbeku adalah simple sahaja. Nampakk??..ada ketikanya tak perlu kita menjelajah keserata dunia atau membeli sesuatu yang mahal untuk dihadiakan kepada anak kita, cukup dengan memberi sedikit masa kita untuk melakukan aktiviti sebegini. Yes...inilah dimaksudkan " quality time with family". Alhamdulillah misi dalam hutan kami suami isteri berjaya ekekeke...Yeay!

Habis kain pelikat daddynya dijadikan pengesat peluh haha...Padahal aku sediakan untuk lap meja tapi sampai kat tangan dia jadi lain pulakkk!!

Mee kari pengganti nasi hahaha

Ayam ada..daging adaa..mee pun adaaa hahaha.Ayam hampir rentung sebabnya chef tak pandai control api....layannn...


Selalu tengok masterchef..taktau la kenapa berminat nak cuba halfcook..tp mmg sedap




Monday 4 September 2017

Aku, Kau dan Ikan

Cuti sekolah, cuti Hari Raya Haji ditambah pula Cuti umum sempena pencapaian terbaik kontijen kita dalam Sukan SEA 2017 nih maka makin panjang la cuti kita bulan nih huhu...Dan bagi aku tempias cuti kali ini biasa-biasa saja walau ada yang teruja sakan kerna aku pula sibuk "monitor" puteri aku yang nak UPSR minggu depan..Glurp...Entah kenapa mama nya pulak yang gelabah..risau sebab cuti terlalu panjang..alahaiii...haha..

Oleh kerana cuti nih banyak duduk di rumah..time puteri belajar pula rumah senyap gila...No TV..No Hp( Jadi malas pulak pegang Hp..entah taktau sebab apa). Sementara waktu nih, aku control sikit kemahuan anakku memandangkan UPSR tinggal beberapa hari je lagi. Mudahan pengorbanan yang sikit ini menaikkan semangat anak aku..Korban mata kuttt..hahaha... Maka aku pun mula bangun dan mengadap ikan-ikan kami. Tenang juga hati nih dibuatnya...Meh aku tunjuk sikit kat korang ikan yang menjadi peneman aku saat ini haha...Sambil-sambil bagi makan, kita share kat korang yee...Terlebih dahulu sorry ye mungkin aquarium nampak sempit..tolong jangan kecam huhu...Tunggu la rezeki lain kali, Insyaallah akan berganti yang lebih selesa....Aquarium lama semua adik laki kite angkut..tinggal yang nih je lagi yang mampu aku selamatkan kahkahkah..πŸ˜₯😒😒. Apa-apa pun hidup harus ceriaaa😝🐬🐬...Yeayyy!!...

Kaloi Red Tail..cantik tak???πŸ˜‹

Kaloi Sabah

Angel Fish...

Taiwan Koiiii!!

Followers