Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 31 December 2018

Selamat Tahun Baru 2019


Alhamdulillah hari ini kita berada di penghujung 2018. Sisa-Sisa yang berbaki sebelum detik tengah malam menjelang 2019 aku banyak gunakan masa ini untuk mengimbau semula apa yang berlaku di tahun 2018. Banyak memori pahit dan manis yang sukar aku lupakan, jika aku kenang tiap satu darinya pasti ada yang membuat hatiku tersenyum dan menangis. Namun syukur kehadrat ilahi..semua yang terjadi pasti bersebab.

Apapun guys...tinggalkanlah segala yang membuat kita kecewa semalam dan ambillah iktibar dari setiap yang terjadi.  Esok merupakan episod baru dalam kehidupan kita., bukalah buku baru...berikanlah peluang pada diri untuk menjadi lebih positif dimasa akan datang..just ignore yang negatif nescaya hati lebih tenang. Semua itu terpulang kepada diri kita sendiri...

Lastly semua....Terima kasih kerana sampai ke saat ini masih setia melawat blog aku yang kekadang timbul tenggelam dalam alam maya. Syukur aku masih diberi kesempatan untuk menaip sebaris dua kata buat tatapan kalian. Dikesempatan ini juga, aku ingin memohon maaf kiranya saudara dan saudari terkadang berkecil hati dengan kata-kataku ketika membaca tiap entriku. Dan tak lupa juga aku ingin ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik...dimurahkan rezeki...dipanjangkan umur...diberi nikmat bahagia bersama keluarga dan rakan-rakan serta gembira dengan diri sendiri. 
Happy New Year 2019!!!....YEAY!!!

*Dibawah aku sisipkan beberapa gambar kenangan 2018 bersama keluarga besarku. Dan andaikata aku tiada didalam gambar tersebut bererti aku juga tidak berada dalam situasi itu...Sengaja aku letakkan disini agar aku boleh kenang kembali suatu hari nanti diwaktu aku sudah tidak mampu menaip begini. Melihat sahaja aku sudah rasa bahagia inikan pula jika kita bertentang mata😘. Maaf andai ada adik..kakak..uncle..aunty.. cousin2ku..anak2 buahku terasa hati kerna tiada gambar kalian disini..kerna aku hanya megambil kira peristiwa yang berlaku ditahun 2018 hehe...Apa2pun aku tetap sayang korang semua.
Buat familyku yang jauh dan dekat...Kita mungkin jarang bersua muka, tetapi kalian sentiasa berada di dalam hati dan doaku. 




Sunday 30 December 2018

Christmas Yang Simple

Sorry gaissss...mood aku terlebih rajin pulak bulan nih sampai terupdate 2 entry dalam satu hari..Nih nak kena update sebelum berakhirnya tahun 2018 kuikuikui..Dipendekkan cerita...Ada teman yang tanye, time Christmas aku buat apa hehe...of coz la temankan ayah dan ibuku.Ye la sementera masih ada nih kita jangan lak biarkan diaorang calebrate tanpa kita kang kecik hati pulak orang tua aku hehe..Kita mudahkan aje..takyah nak over hokeyyy...Family tetap family...

So di hari gembira mereka, aku dan kakak aku gigih la isi balang yang kosong...cuci gelas2 yang ada untuk diguna menghidang and so on...Alaa...sama je macam kita Raya. Sanak saudara, kengkawan datang kita sambut juga macam biasa cuma kali nih tetap disambut secara sederhana seperti tahun-tahun sebelumnya.

Apa pun perbezaan kita...jangan pernah lupa pada yang berada dan pernah ada disekeliling kita. Sekali sekala seronok bertemu sanak saudara di hujung tahun camnih...ada yang sihat, ada yang sakit..ada yang makin encem dan cantek..ada yang serabai dan ada yang kemas siottt....ada yang makin kurus tak kurang gak yang macam aku..makin tembam wakakaka..Alhamdulillah walau apa pun keadaan..kami masih berkesempatan bertemu di tahun 2018 nih.Syukur...kenangan terukir sekali lagi untuk 2018. Jika ada family and kengkawan yang lalu blog nih...Makasih untuk korang yang sering membahagiakan hati ini.

Kat bawah aku gigih editkankan semua photo yang ada gambar aku...Gara-gara nak share kat sini buat kenangan aku suatu hari nanti. Jarang aku dapat bergambar dengan cousin mazen aku tau hahaha...Yeay!


Mr.Hubby and me with cousin paling sulung belah mak aku..aduhaiii...taktahu napa kali nih dia nampak lebih kurus berbanding tahun lepas haha..Kalau aku cakap depan2 nanti dia berlagak pulak cakap diet..tu pasal aku buat bido wakaka

Nih dengan isteri Cousin sulong aku tu..Berbangsa Iban tapi fasih yang amat berbahasa Melanau...I'm Melanau hokeyyy..cuma kat blog kene guna BM...biar rakyat Malaysia semua faham...kalau nak taip BI aku tak reti sangat...Kelaut la jawabnya hehe...

Nih cousin lelaki aku dari pakcik kedua..still single and available...Muka ala2 geng Shah Rukh Khan haha....kitaorang memang berbilang bangsa..cakap je Family kiteorang mesti muka banyak tak sama sebab kebanyakkan anak angkat haha...

Rumah ayah dah kene serbu...halamakkkk..baru lepas isi biskut dalam balang...tak ready lagi sebenarnya haha..kul 10am lebih oiii...anak2 baru je lepas mandi semua haha

Nih cousin aku yang paling rapat zaman bebudak dulu..still gak manja2 camnih ngan dia..umur kecik dari i rasanya 2 tahun tapi dah ada 2 anak haha....Muka cina sbb memang asal Cina mix Iban cuma pakcik aku jadikan dia anak angkat gak...Maka jadilah dia kakak sulung kepada mamat geng Shah Rukh Khan tuuu haha..Berdua je diaorang..

Nih la anak buah aku yang comel2 tu...Anak i cuma sorang kot..menumpang kasih sayang diaorang jap..teringin lak ada baby tp apakan daya rezeki tak memihak aku dan Mr.Hubby huhu...

Mini Family Gathering 2018

Percutian dah lepas so aku kene focus untuk buat makan-makan buat family kecilku. Beginilah perangai aku sejak dari dulu..memang suka menjamu satu family dengan harapan agar kami sekeluarga dapat berkumpul bersama. Aku percaya..dalam rezeki aku dan Mr. Hubby mungkin tersirat rezeki mereka semua..Syukur kami masih setia dengan cara begini walaupun berbeza tiap tahun. Aku juga sentiasa berdoa dan berharap moga melalui didikan diri sendiri begini dapat mengalir terus ke dalam jiwa Puteri kami. Insyaallah dia mempelajari sedikit demi sedikit tentang bagaimana kita meraikan keluarga suatu hari nanti. 

Tak banyak pun ingin aku ceritakan disini kerna semua yang aku rancangkan alhamdulillah berjalan dengan lancar. Mungkin berkat niat baik yang aku dan Mr. Hubby rancangkan untuk membuat mini family gathering nih tanpa berkira, Allah mudahkan dengan menambahkan lagi rezeki kami sekeluarga tanpa diduga serta melapangkan dengan menghilangkan segala keletihanku dari hari sebelumnya dengan sekelip mata setelah melihat telatah dan ragam setiap satu daripada mereka...Aku gembira kerana semuanya lancarrr....Yeay!!



Aku memang dah letih sangat masa nih..time tunggu mak ayah dan adik beradikku sampai hehe...loteh sampai tidur malam pun tak selesa haha

Tahun nih nampak tak banyak yang aku buat  setakat Mr. Hubby hiriskan daging ayam dan lembu serta hati ayam dan lembu lepas tu cari segala macam fishball..cendawan...mee..sea food cikit then sayur2 je. Mudahnya buat Young tau Fu and Mini BBQ grill nih...Tapi bab buat dim sum tu memang aku rasa macam nak mereput sorang-sorang haha..

Panjang meja nih tapi focus la dekat jagong kontot tu..kite orang tanam sendiri tauu...hehe...tu pun aku simpan dalam freezer sebulan sebab nak suruh Kakak and satu family rasa jagung yang Mr. Hubby tanam..Gigih tauu nak simpan..risau pun ada haha...risau jadi hitam haha

Camnilah ayah aku..diajaknya makan, dia buat tak layan dulu lepas separuh orang makan baru la nampak dia makan...tengah baca berita online...Orang dah pencen memang macam nih...taknak jauh dari berita..tak dapat tengok kat tv..baca kat hp pun okey...zaman dah berubah...Surat khabar tu jarang beli dah hehe..

Adik laki bongsu aku...Hari ahad kene keje gak..kesian tol..nasib baik ada sejam untuk rehat makan...sempat la singgah kejap hehe...lapar dia tu..makan pun terketar-ketar haha

Suasana time nih..cuma aku tak dpt nak publish sangat gambar kakak and anak-anak buah aku sbb tak guna tudung..so sorry ye sebab tak tempek sini..nanti aku usahakan camne nak hide..scroll bawah je dulu hahaha..

Hp zaman sekarang memang canggih...jambu tak anak buah aku nih haha...Oppa...opsss... Oppooo memang tak dapat dinafikan flawless dia camne haha

Anak buah paling bongsu...ikut sukahati dia je nak tido...orang ajak makan dia nak tido pulakk...hurrmmm..

Dia ngan daddynya...aku suruh diaorang keliling guna motor skuter aku nih haa..sebabnya banyak ari dah tak start semenjak gi KL aritu..nasib baik la dapat start cara manual..kalau tak..mampos...poning mokcikkk memikir nak baiki starter tu

Sebab gigih nak tunjuk betapa meriahnya time tu, maka semua mahluk yang tak bercover aku kene tapiskan...kan dah cakap aku usahakan nak masukkan diaorang kat blog nih haha

Makan lagi..makannn..makannnn...dan makan sampai kenyang..syukurrr

Aktiviti lepas selesai makan, bebudak gigih isi air dalam belon..Main lempar belon katanya...

Bila awie dan erra dah tukar guna motor..camnihlah keadaannya huhu 

Lepas main lempar2 belon, sempat suruh diaorg pose..basah kuyuppp beb..

Kau hingat perut kiteorg tak lapar lepas tengok anak2 berlari petang tu...Nih la buktinya lepas mandi je bebudak...kitaorang sambung balik makan petang tu..dah dikira dinner gak la kottt....perabiskan apa yang patut biar takde yang tinggal...tapi still gak ada yang tinggal nokkk...



Saturday 29 December 2018

KL here we comeee....

Assalamualaikum semua.....aduhaiii..tahun nih terasa cepat je berlalu. Tak terasa pula kita dah berada di penghujung 2018. Alhamdulillah aku bersyukur sekali lagi kerana tahun ini aku dan family diberi sedikit kelapangan, kesihatan yang baik dan rasa bahagia yang berpanjangan jika dibandingkan dengan tahun sebelum ini..syukurrrr😍.

Tahun ini aku tak banyak merancang, cuma aku lalui sahaja apa yang mendatang. Dan alhamdulillah berkat rezeki dan kesihatan yang baik, sekali lagi aku dan Mr.Hubby tidak mempersiakan cuti sekolah yang ada. Percutian yang singkat tapi amat bermakna untuk kami sekeluarga. Jika sebelum ini percutian kami biasanya dirancang diawal tahun tetapi tidak kali ini kerana kali ini aku lebih menitik beratkan soal kesihatan kami sekeluarga yang ada kala ada turun naiknya. Apa yang boleh aku simpulkan keseronokkan dan nikmat menempah  serta merancang segala aktiviti secara "last minute" memang lebih menyeronokan bak kata  rakan-rakan blogger hehe...

Percutian kami tak la jauh mana pun cuma diantara Sarawak dan Semenanjung tapi itupun dah dianggap jauh bagi kami yang kekadang cuma berpeluang sekali setahun bercuti begini bersama family...Wohoooo...tak payah nak heran sangat dengar aku jakun camnih haha..Ade je aku melawat tempat sama sebelum nih cuma nikmat bercuti pada bulan December aku lebih prefer ke tempat yang ada aura Christmas gitewww untuk membuatkan feel ayah dan ibuku lebih seronok. Maklum diaorang kan calebrate Christmas takkan aku nak bawa tepi pantai pulakkk..hilang feel nokkkk!!!... Yang penting kita saling hormati perasaan orang lain walapun berbeza agama dan perayaan.

Guys....jangan pula nak bandingkan kata-kata aku...ini pendapat masing-masing...lain tempat lain auranya....Syukurrr...kat mana pun bercuti tak penting, asalkan dapat hilangkan stress, happy2 with family and of coz la dapat shoppinggggg...Kat mana lagi kalau bukan kat KL....Yeayyyy!!!!😝😝


With my mom and dad...dah macam adik beradik pun adaaa wakakak...Love youuu!

With Mr.Hubby and our Puteri...tinggi dah diaaa...sesiapa yang mengikuti blog i dari zaman kekanak dia tau la rupa dia time tu haha...

Kat Pavilion...Mickey Mouse everywhere nokkk...excited gileeeee....Terasa kat DisneyLand pulak haha
Ramai and sesak kat Pavilion tapi yang penting kene gigih juga pose haha

Ragam cucu and nenek...adoiyaiii...anakmu and mamanya letak tepi dah...😑

Cantikkan deco Christmas Tree kat Pavilion kali nih, tahun depan nak tengok lagi...Tiap tahun dah nampak berbeza..tahun depan mesti lagi gempak hehehe..insyaallah..

Gigih nak bergambar ngan Puteri kesayangan hamba tapi hampa haha..dia tak layan pun..camni lah bila anak dah beso...

Ayah aku sejenis yang kureng nak bergambo jadi aku kene paksa setiap kali nak bergambar and siap share kat dia balik lepas bergambar...Kalau tak alamatnya takde la gambar dalam hp dia.Sadiskannnnn....haha

Gara-gara Puteri Kesayangan kami singgah sini lagi tahun nih...alahai..tiap kali gi sini nak ambik gambar je..bukan nak nyopping punnn...kang poket kering kalau nyopping kat sini hehe..KLCC bukan tempat fav tapi kalau sampai KL tak kesini jadi lain macam pulak haha...

Niat nak selfie sekali nampak anak dara ko tengah seronok berposing kat belakang..batal niat nokkkk...

Aku, makku dan Puteriku...ku ku ku.....hahaha

Happy holiday buat ayah dan mak aku..chewahhh...

Christmas tree kat taman luar KLCC...Abang Misai gigih jadi Pak Guard

Aku jarang posing camnih ngan ayah aku tapi style camnih mmg aku idamkan haha 

Dia kalau dah melaram camnilah kejadiannya...Jangan cepat beso please...mama masih nak manjakan anak mama nihhh...

Abang Misai payungkan Mak and Puteriku...payunggggglah sangatttt haha

Mokcik Penat tauuu...Ingat jadi tourist guide nih senang ke haha

Style korea gak ko bawa nokkk...

Sudah-sudahlah selfie tuuu...

6 hari 5 malam dah cukup lama..kalau lagi lama lagi banyak beg tu...End of our journey kononnn...datang bawa beg cuma 2 je..sekali balik dah camnih....Aduiyaiii...kau rasa camne nak idup kat KL nih...kuar je nak beli..kuar je nak beli hehe..rambang mata mokcik nih oiii...

Teringin nak kaluar gate kat belakang tu lagi...Saja suruh Mak and Puteriku pose kat situ..ambik berkat and aura haha...

Mr. Hubby and mertuanya memang kene buat muka redha selalu...Tukang angkat beg la katakan haha...Yesss...kita memang letih tapi seronokkkk hehe..ayat pujuk hatiii...

Sentiasa berdua..korang tau la mana kedudukan mamanya kalau dia dah bersama neneknya tu..agaknya ada yang faham situasi aku sini tak? haha...

Followers