Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 21 February 2019

Musim Rambutan 2019

Assalamualaikum semua, dah lama tak update..terasa rindu dan agak lama pula tak menjengah blog kesayanganku nih, silap haribulan kemungkinan besar blog aku nih mereput macam tahun sebelum nih. Apa-apa pun yang penting aku sentiasa adakannnn walaupun keberadaan aku dalam dunia maya ini agak perlahan dari biasa..Aduhaiii camnilah cara aku nak memikat semula hati sendiri walhal macam dah bersarang dah blog aku nih.

Oklah cukup soal tu, cerita kita beralih pula pada cuti baru-baru nih. Walaupun dah berakhir 2,3 minggu lepas tapi aku tetap gak nak update kat sini. Cuti sekolah dan cuti Tahun Baru Cina tak la lama mana tetapi aku rasa cukuplah masa yang diberi digunakan untuk merehatkan minda dan melayan karenah keluarga terutama anak-anak buah. Alhamdulillah kali ini family kakak aku pun balik kampung juga jadi kemeriahan di musim buah-buahan nih memang terasa. Tahun nih agaknya asyik cuti jeee...sama gak macam tahun lepas..cuti sekolahnya tak pernah berakhir sampai aku pun rasa tahun untuk bercuti bagi puteri aku hehe...

Dipendekkan cerita cuti seminggu nih kita gunakan dengan sebaiknya kemana lagi kalau bukan ke kebun rambutan mak ayah aku. Alahai sebut je rambutan mesti semua tahu yang sekarang nih musim buah rambutan. Kalau kawasan aku nih kiri kanan jalan semuanya dipenuhi dengan pokok rambutan, aku kalau diletak dalam situasi mak dan ayah aku mesti mati kutu tengok buah rambutan yang "masak" serentak camtu apalagi kalau nak memetik satu persatu. Aku sebagai anak yang sekadar melihat sahaja pemandangan kebun mak ayah aku pun dah penat inikan pula orang tua aku yang hari-hari kene ngadap buah-buah tersebut tapi apa-apa pun kami sekeluarga tetap bersyukur diatas rezeki yang diberi, dapat gak anak tekak nih makan rambutan tauuu!!!...Pemandangan camni bukan selalu pun dapat kami anak menantu terutama cucu-cucu mak ayah aku dapat lihat, paling-paling pun setahun sekali itupun bergantung pada cuti masing-masing. Jika kene pada waktu, dapat la balik jika tidak cuma setakat mendengar berita dari kampung je laaa hehe.

Cukuplah aku bercerita panjang lebar, aku cuma nak tempek gambar kenangan di musim rambutan kat sini hehe...Takde ape pun nak dicerita panjang lebar. Jika melalut nanti ada yang bosan. Aku pun sampai takde idea nak taip apa. Ok jom layan gambar karenah kiteorang tapi maaflah kepada adik beradik aku, ada gak yang aku tak masukkan disini disebabkan situasi korang memang tak sesuai untuk aku publish kat sini, cukuplah tengok gambar dalam Whatapps group family kita je. Yeah!



Adik bongsu laki aku, time nih mula la nak tunjuk hebat.

Mr. Hubby cuma mampu petik camnih jer haha

Korang tengoklah betapa gigihnya dia posing haha..ngalahkan orang lain lak gelagatnya.

 Mak aku lagi hebat tau...ayah aku pun tak sehebat camni...

Tengok untuk gambar lagi jelas...haha...hebat tak?

Nih model buah durian kauuuuuu!!!!...

Makan takleh banyak, sikit-sikit cukup kang masuk hospital balik pulakk... huwaaa

Muka dia lagi dan lagi..dasyat tak...

Taktau nape macam heran je tengok rambutan hahaha...

Panjat pokok limau jer dia mampu, nak tergelak pun ada..Gambar aku and kakak dan anak2 aku tak update ye so takyah cari.

Followers