Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 17 October 2019

Melawat Anak Buah Di Miri

Assalamualaikum dan hai semua, dah lama rasanya aku tak update blog aku nih. Semakin lama aku tak buka komputer aku nih semakin lama gak blog aku nih ditinggalkan. Aduhaiiii...macam nih la bila dah berumur sedikit, mulanya rajin tapi lama-lama penyakit "M" pun datang entah dari celah mana...huhuhu...Tapi tak mengapalah asalkan kudrat aku untuk berblog nih masih ada walaupun korang terpaksa tunggu berbulan-bulan untuk membaca entry yang baru. Sabarlah ye wahai teman-teman, aku akui terkadang mood untuk berblogging nih semakin menurun dari hari kehari, benarlah kata orang masa muda takkan sama dengan masa kita dah berusia camnih haha..Kalau dulu bersekang mata nak buat entry pun sanggup tetapi sekarang usahkan bersekang mata, nak menahan mata hingga pukul 9pm pun payahhhh hahaha (Gelakkan diri sendiri satttt....😁)

Oklah entry aku kali ini agak istimewa sikit sebab jarang aku dapat cerita aktiviti aku bersama anak-anak buah aku yang tinggal di bandar Miri lagipun aku memang jarang ke sana kecuali Mr. Hubby ada program atas urusan kerja disana maka aku dan puteri kami dapatlah ikut bersama. Syukur kali ini diberi kesempatan untuk berkumpul bersama keluarga disana tambahan pula niat aku kesana untuk melawat anak buah paling bongsu aku yang akan menjalani pembedahan jantung beberapa hari lagi. Oh ye dikesempatan ini juga aku memohon semua rakan-rakan untuk mendoakan anak buah aku ye, mudahan doa kalian semua didengar Allah sekaligus meringankan kesakitan dan tekanan keluarga kakakku...Amin. Terima kasih untuk doa kalian.

Berbalik kepada cerita aku dan anak-anak buahku, sememangnya awal-awal lagi aku sudah merancang untuk membawa mereka berjalan-jalan bersama puteri kami dan alhamdulillah segala rancangan aku berjalan dengan lancar. Walaupun aku hanya mampu membawa berjalan sekitar bandar Miri sahaja namun aku puas kerana masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Melihat keceriaan diwajah mereka membuatkan aku sedar betapa mereka rindukan hiburan dalam hidup mereka. Syukur juga kerna kebetulan hari aku membawa mereka bersantai adalah hari dimana terdapatnya program di bandar Miri jadi ini memudahkan aku dan Mr. Hubby untuk merancang aktiviti kami.

Oklah aku tak mahu berbicara terlalu panjang cukuplah gambar-gambar yang aku sertakan menceritakan segala aktiviti kami. Yeay!



Inilah anak buah paling bongsu ku...doakan dia ye..Mudahan dipermudahkan semua urusan mereka oktober ini.

Sebelum keluar aku suruh mereka pose terlebih dahulu. Jauh beza cara bergambar zaman kanak-kanak dan bila dah remaja camnih hehe..Cepat je masa berlalu, dah besar panjang semuanya huhu..

Sampai di Mall, bawa mereka makan di KFC dan selepas tu terus tanya mereka nak main bowling tak..tapi mereka memilih untuk memanah, so aku turukan saja kemahuan mereka. 

Puteri aku memang taktau langsung benda camnih, first time kot..yang lain tu ada la pengalaman hehehe...

Tu Mr. Hubby pun sempat gak join hahaha...Aku tak nak sebabnya aku lebih suka bowling drp acara memanah camnih hehe...berlagaknya aku tapi takpe jadi tukang ambik gambar pun hokey hehehe..

Beriya coach dier ajar, macam la mereka faham...haha

Tengok Puteri aku tu..semangat orang baru first time main haha...dapat la 1 je masuk line kuning daripada 25 anak panah yang ada haha..hebat tak? haha

Dak baju hijau nih kira paling hebat dalam mereka berlima..dapat 2 masuk lubang kuning kau...ye..dapat masuk 2 tu kira okey la untuk budak baru belajar..Masalahnya dia baru belajar ke dah berkali-kali...kompius pulak ngeee...

Sian aku ngan coach Puteri aku nih, aku rasa dia pun redha jer nak ajar orang baru camnih..hahaha..

Tengok tu masih lagi gigih ajar Puteri kami, nampak sangat anak aku nih memang blur kwang3x

Akulah juaraaa haha...muka malu dan bangga bercampur aduk.

Mr. Hubby nampak cam tarer je kannn..tapiiiii..level dia sama je ngan anak aku haha..

Masih cuba memahami kot anak aku nih

Tu diaaa...dah ada gaya seorang Pro hahaha

Aku nak ambil gambar 2 orang budak kat hujung tu tapi terhalang oleh badan Mr. Hubby so tak banyak aku nak cerita kat sini hehe

Petang tu habis memanah terus ajak tengok wayang. Sebab bawa bebudak so kene pilih filem yang sesuai..Ingat nak tengok movie Joker tapi sebab tak boleh jadi kita pilih movie lakonan Will Smith "Gemini Man"...oklah untuk suka-suka.

Pas mewayang, aku bawa la bebudak tengok konsert tepi pantai di Coco Cabana Miri. Sebelum tu kita isi perut dulu dengan makan bontot ayam panggang hahaha...Nak ajak makan nasi semua bebudak tak mahu so aku redha je la walau lapar...Makan camni jer la dulu sebelum konsert start haha..

Duduk atas tanah..rela kauuu..

Cam dating pulakkk hahaha

Ouchhh...Faizal Tahir kauuu...My Favourite Male singer...aduhaii aku sanggup datang walau terpaksa berjalan setengah jam sebab tempat parking keta memang jauh. Demi mu FT...hehehe

Bila dengar dia nyanyi aku punya excited lain macam, bebudak yang ikut aku nih cam control ayu tapi aku tak leh kalau bab konsert nih mesti nak melonjak gak hahaha..gila babas perangai time tu..

Persembahan last bunga api muzikal..best siotttt...aku tengok muka anak-anak buah aku memang teruja habis...hati aku cam happy je tengok wajah mereka camtu.

Hari last di Miri, betapa laparnya aku haha..

Followers