Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 7 January 2019

Ulcer ke-3 Mr.Hubby di tahun 2019

Baru nak merasa lega awal tahun nih tetiba Mr.Hubby masuk hospital pulak pada 3 Januari 2019. Rasanya ini kali ke 3 Mr. Hubby masuk hospital berpunca dari sakit yang sama iaitu ulser usus. Aduhaiii...yang buat aku lagi gelisah and semak kepala, sepanjang tempoh tersebut aku tak dapat menemani Mr.Hubby kerana dihantar ke Hospital di bahagian lain iaitu di Sibu dan kebetulan waktu ini anak pula masih berada di sekolah. Almakkum..kami cuma bertiga jadi agak sukar untuk merancang dan hanya mampu menunggu hari sabtu dan ahad untuk ke sana. 

Walaupun pertama kali tidak meneman Mr.Hubby, kali ini aku merasa kekhuatiranku lebih berkurangan dan agak tenang kerna aku simpulkan bahawa keadaan Mr.Hubby adalah lebih baik berbanding ketika kali pertama dan kedua dia ditahan. Dan syukur juga kesihatan Mr.Hubby semakin baik dan dijangka akan keluar tengahari ini iaitu pada 7 Januari 2019 setelah 5 hari bermalam di hospital😓. Sehari tidur dihospital pun dah rasa macam setahun..inikan pula sampai 5 hari..mesti Mr.Hubby pasrah memanjang haha😅.

 Dikesempatan ini, aku ingin megucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada para doktor, staff nurse serta kakitangan hospital Dalat dan hospital Sibu kerana sentiasa membuat terbaik walaupun dalam keadaan keletihan melayan karenah pesakit dan familynya. Jasa korang tak terbalas diketika semua mahu keluarga mereka kembali dalam keadaan sedia kala.Terkadang kami meletakkan harapan kami kepada usaha anda semua walaupun kami percaya ajal dan maut ditangan Allah..TERIMA KASIH tulus ikhlas dari hati daripada seorang yang bergelar isteri😘. Dan buat keluarga, sanak saudara dan para sahabat yang datang menjenguk serta memberi kata-2 semangat serta doa yang berterusan buat Mr.Hubby...terima kasih juga kerna Allah mendengar doa2 kalian semua. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik hendaknya. Lastly...apa yang ingin aku katakan disini..
"My Mr.Hubby keluar hospital...YEAY!!💕😘"

Selfie sorang-sorang kat hospital...yang ni pun aku yang suruh sbbnya jarak memisahkan kita chewahhh...nak tau gak keadaan dia macam mana..jauh kottt...

Mr.Hubby siap sent gambar camnih hehe

Antara saudara terdekat yang datang melawat.,TQ💕

Baru nak minta bilik sorang2..sempat tidur sehari je haha....kalau aku..mesti lebih rela tidur ramai2 kat luar sebabnya aku nih jenis penakut.. Imaginasi aku melampau sikit haha

Hari pertama aku sampai, memang leh nampak Mr.Hubby asyik senyum. Penangan seorang isteri hahaha cuma aku je yang kurang tersenyum time dia macam nih kot🤣

Mak and my princess...datang bersama untuk jenguk menantu..Mak aku mmg stilk sihat lagi...mudahan selalu begitu.

Hari aku nak balik..dia buat pose dengan muka penuh ceria hehe...aku rasa dia excited nak balik juga kot tp sayangnya dia terpaksa stay sehari je lagi haha

Followers