Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 17 October 2019

Melawat Anak Buah Di Miri

Assalamualaikum dan hai semua, dah lama rasanya aku tak update blog aku nih. Semakin lama aku tak buka komputer aku nih semakin lama gak blog aku nih ditinggalkan. Aduhaiiii...macam nih la bila dah berumur sedikit, mulanya rajin tapi lama-lama penyakit "M" pun datang entah dari celah mana...huhuhu...Tapi tak mengapalah asalkan kudrat aku untuk berblog nih masih ada walaupun korang terpaksa tunggu berbulan-bulan untuk membaca entry yang baru. Sabarlah ye wahai teman-teman, aku akui terkadang mood untuk berblogging nih semakin menurun dari hari kehari, benarlah kata orang masa muda takkan sama dengan masa kita dah berusia camnih haha..Kalau dulu bersekang mata nak buat entry pun sanggup tetapi sekarang usahkan bersekang mata, nak menahan mata hingga pukul 9pm pun payahhhh hahaha (Gelakkan diri sendiri satttt....😁)

Oklah entry aku kali ini agak istimewa sikit sebab jarang aku dapat cerita aktiviti aku bersama anak-anak buah aku yang tinggal di bandar Miri lagipun aku memang jarang ke sana kecuali Mr. Hubby ada program atas urusan kerja disana maka aku dan puteri kami dapatlah ikut bersama. Syukur kali ini diberi kesempatan untuk berkumpul bersama keluarga disana tambahan pula niat aku kesana untuk melawat anak buah paling bongsu aku yang akan menjalani pembedahan jantung beberapa hari lagi. Oh ye dikesempatan ini juga aku memohon semua rakan-rakan untuk mendoakan anak buah aku ye, mudahan doa kalian semua didengar Allah sekaligus meringankan kesakitan dan tekanan keluarga kakakku...Amin. Terima kasih untuk doa kalian.

Berbalik kepada cerita aku dan anak-anak buahku, sememangnya awal-awal lagi aku sudah merancang untuk membawa mereka berjalan-jalan bersama puteri kami dan alhamdulillah segala rancangan aku berjalan dengan lancar. Walaupun aku hanya mampu membawa berjalan sekitar bandar Miri sahaja namun aku puas kerana masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Melihat keceriaan diwajah mereka membuatkan aku sedar betapa mereka rindukan hiburan dalam hidup mereka. Syukur juga kerna kebetulan hari aku membawa mereka bersantai adalah hari dimana terdapatnya program di bandar Miri jadi ini memudahkan aku dan Mr. Hubby untuk merancang aktiviti kami.

Oklah aku tak mahu berbicara terlalu panjang cukuplah gambar-gambar yang aku sertakan menceritakan segala aktiviti kami. Yeay!



Inilah anak buah paling bongsu ku...doakan dia ye..Mudahan dipermudahkan semua urusan mereka oktober ini.

Sebelum keluar aku suruh mereka pose terlebih dahulu. Jauh beza cara bergambar zaman kanak-kanak dan bila dah remaja camnih hehe..Cepat je masa berlalu, dah besar panjang semuanya huhu..

Sampai di Mall, bawa mereka makan di KFC dan selepas tu terus tanya mereka nak main bowling tak..tapi mereka memilih untuk memanah, so aku turukan saja kemahuan mereka. 

Puteri aku memang taktau langsung benda camnih, first time kot..yang lain tu ada la pengalaman hehehe...

Tu Mr. Hubby pun sempat gak join hahaha...Aku tak nak sebabnya aku lebih suka bowling drp acara memanah camnih hehe...berlagaknya aku tapi takpe jadi tukang ambik gambar pun hokey hehehe..

Beriya coach dier ajar, macam la mereka faham...haha

Tengok Puteri aku tu..semangat orang baru first time main haha...dapat la 1 je masuk line kuning daripada 25 anak panah yang ada haha..hebat tak? haha

Dak baju hijau nih kira paling hebat dalam mereka berlima..dapat 2 masuk lubang kuning kau...ye..dapat masuk 2 tu kira okey la untuk budak baru belajar..Masalahnya dia baru belajar ke dah berkali-kali...kompius pulak ngeee...

Sian aku ngan coach Puteri aku nih, aku rasa dia pun redha jer nak ajar orang baru camnih..hahaha..

Tengok tu masih lagi gigih ajar Puteri kami, nampak sangat anak aku nih memang blur kwang3x

Akulah juaraaa haha...muka malu dan bangga bercampur aduk.

Mr. Hubby nampak cam tarer je kannn..tapiiiii..level dia sama je ngan anak aku haha..

Masih cuba memahami kot anak aku nih

Tu diaaa...dah ada gaya seorang Pro hahaha

Aku nak ambil gambar 2 orang budak kat hujung tu tapi terhalang oleh badan Mr. Hubby so tak banyak aku nak cerita kat sini hehe

Petang tu habis memanah terus ajak tengok wayang. Sebab bawa bebudak so kene pilih filem yang sesuai..Ingat nak tengok movie Joker tapi sebab tak boleh jadi kita pilih movie lakonan Will Smith "Gemini Man"...oklah untuk suka-suka.

Pas mewayang, aku bawa la bebudak tengok konsert tepi pantai di Coco Cabana Miri. Sebelum tu kita isi perut dulu dengan makan bontot ayam panggang hahaha...Nak ajak makan nasi semua bebudak tak mahu so aku redha je la walau lapar...Makan camni jer la dulu sebelum konsert start haha..

Duduk atas tanah..rela kauuu..

Cam dating pulakkk hahaha

Ouchhh...Faizal Tahir kauuu...My Favourite Male singer...aduhaii aku sanggup datang walau terpaksa berjalan setengah jam sebab tempat parking keta memang jauh. Demi mu FT...hehehe

Bila dengar dia nyanyi aku punya excited lain macam, bebudak yang ikut aku nih cam control ayu tapi aku tak leh kalau bab konsert nih mesti nak melonjak gak hahaha..gila babas perangai time tu..

Persembahan last bunga api muzikal..best siotttt...aku tengok muka anak-anak buah aku memang teruja habis...hati aku cam happy je tengok wajah mereka camtu.

Hari last di Miri, betapa laparnya aku haha..

Monday 5 August 2019

Animation GIF AKU

Bulan nih aku terlebih rajin buat animation GIF mungkin sebab request daripada teman-teman dan juga memang minat aku sejak dari dulu lagi tentang benda camnih. Nampak tak ke arah mane hobi aku sebenarnya???...hehehe.

Untuk aku jadikan kenangan lepas update kat status whatapps terus aku letak dalam blog nih memandangkan kt sini bertahan berabad lamanya jika dibandingkan aku letak dekat whatapps yg hanya bertahan sehari . Insyallah akan jadi cerita utk anak cucu aku dikemudian hari. Jangan korang taktau pulak nenek korang pakar dalam hal2 camnih wakakaka  berlagak siottt...

Oklah buat teman-teman yg nak copet..aku halalkan je..no problem. Aku dh siap
sign tauu haha...oklah lain kali aku update lagi k..YeaY!.πŸ˜‰







Saturday 15 June 2019

SELAMAT HARI RAYA 2019

Assalamuailaikum and hai semua, alhamdulillah hari raya tahun nih sepertinya sekelip mata dah pun berlalu. Aku , Mr.Hubby dan juga puteri kami seperti biasa jika tibanya Hari Raya sememangnya akan balik ke kampung Ibu mertuaku, begitulah kebiasaannya kita jika tiba hari lebaran.

Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar, selamat sampai dan pulang ke rumah kami semula. Seperti tahun-tahun sebelumnya juga, kami cuma sekadar hanya menyambut secara sederhana dan tidak berlebih-lebih. Bagi kami cukuplah balik berkumpul bersama keluarga jauh dan dekat serta menikmati juadah dan melayan karenah family semua. Sekali sekala seronok juga melayan memandangkan jarang bersua.  Yes guys penat memang penat tetapi penat itu cuma sementara, apa yang penting kita ada bersama. Tiap tahun berbeza auranya, ada yang bertambah ahli dan ada pula yang pergi tanpa diduga jadi bagi aku, inilah satu-satunya masa yang paling afdal untuk berkumpul.

Oklah aku pun tak larat nak taip panjang, umur dah meningkat nih agak malas untuk berceloteh seperti dulu-dulu. Mungkin ada waktunya aku akan rajin semula seperti dulu haha...Akhir sekali, walapun aku terlambat namun aku tetap nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada pembaca blog aku nih. Mungkin terkadang diatas ketelanjuran yang tak aku sedar serta ada kata-kata yang menyakitkan hati kalian ketika membaca, mohon dimaafkan ye. Semoga kita semua menikmati raya ini dengan penuh makna. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019 GUYS!!!!...YEAY!!

*Aku titipkan beberapa gambar kenangan raya kami bagi tahun 2019. Aku simpan disini buat kenangan aku dan keluargaku dikemudian hari.













Tuesday 7 May 2019

Trip tengah bulanπŸ˜‚

Assalamuailaikum and hai semua...dipendekkan cerita sepatutnya aku update entry yang nih tengah bulan lepas tapi dek kerana terlalu busy ditambah dengan mood yang ada masanya turun naik maka terbengkalailah gambar2 nih dalam draft hahaha....Nampak tak perubahan mood aku dari tahun ke tahun huhu

Apa pun aku tak nak la melalut panjang lebar kat sini sebabnya idea aku pun dah tak macam dulu lagi. Nak2 umur dah meningkat nih memang la semuanya jadi perlahan...hampir 9 tahun kot berblog nih...bukan 9 hari hokeyyy..πŸ˜… Jiwa blogger kental je masih setia kat blog sendiri walaupun kengkawan dah ramai yang beralih arah ke IG...agaknye laa🀣

Oklah hari nih aku cuma nak simpan beberapa gambar kenangan aku untuk tatapan insan2 yang mengenali diri dimasa akan datang. Ye laa...Siapa tahu kan....dua sahat ini akan baca balik blog aku time aku dah takde esok2..nothing is imposibble haha..imagine jauh sangat nihπŸ€£πŸ˜‚. Orang kata...buatlah kenangan tu sebanyak yang mampu, biar suatu hari nanti kenangan tu dapat diceritakan balik dan diingat selalu.. Alahaiiii..skema ayat aku nih...cehhhπŸ™„

Sekian saja buat kali ini, aku pun taktau dah nak taip ape dah..Puasa hari kedua buat aku mamai. Sebelum itu selamat menunaikan ibadah puasa buat kawan2 yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Yeay!



Sekali sekala ajak family makan di Sushi King Bintulu






Makan tengahari di The Spring Bintulu...laperr bangettt!

Aku tak faham ape mimpi dua budak nih ajak minum kat starbucks..Alahaiii..layan je la anak tekak dua minah nih...pasrah mode...haha


Bawa jalan ke Tumbina Bintulu walaupun aku dah banyak kali ke sini tapi sebab tak ada tempat lain dah nak pergi so bawak anak2 ke sini..ngadap hutan dan burung2 dalam sangkar hehehe..bijak tak.?



Saturday 9 March 2019

Trip Ber-4 ke Bintulu

Semenjak Mr. Hubby keluar hospital dulu, dah agak lama kami tak keluar bersama. Aduhaii..tetiba rasa teringin pula nak bawa anak bersantai dihujung minggu. Syukurlah walaupun cuma santai dekat-dekat sahaja tetapi kami sekeluarga tetap 'enjoy' dengan trip singkat kami ditambah lagi ditemani seorang lagi teman anak kami yang aku dan Mr. Hubby kini anggap juga seperti anak kami sendiri telah menambah lagi kecerian family kecil kami. Terasa sedikit perubahan percutian kami yang biasa kami lakukan bertiga jadi agak berbeza bilamana sudah berempat. Aku serius rasa janggal tapi dalam masa yang sama aku rasa inilah keadaanya bila anak lebih dari satu hehehe..

Alhamdulillah walaupun tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan pada trip minggu lepas tambahan pula kami cuma bermalam sehari sahaja di bandar Bintulu namun jauh disudut hati aku tetap merasa lega...Yes..lega melihat lontaran gerak tubuh serta emosi yang terbebas dari kepenatan persekolahan dan juga tekanan hidup hingga menampakkan senyuman yang terukir di wajah dua insan yang berdiri didepanku yang aku kira dapatku baca dengan mudah. Alhamdulillah sekali lagi.. Semestinya aku dan Mr.Hubby turut merasa lapang melihat moment2 bagitu. Kepuasan dan rasa itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata mungkin saja yang melalui sahaja faham. Yang tak faham boleh semak balik entry aku sebelum ini.

Aku tidak mahu bercerita panjang lebar, cukuplah aku berkongsi detik2 bahagia itu melalui gambar yang aku ambil dengan caption2 yang aku sertakan. Semoga menjadi kenangan kami dimasa akan datang. Yeay!


Bawa 'Double C' menonton wayang Happy Death Day..Aduhaii movie in memang tak patut aku bawa tonton tapi apakan daya ini movie pilihan mereka. 

Sempat cuba main games segalakk..try nasib main basketball sebelum wayang bermula. 

Mr.Hubby pun join sama..

Movie baru nak mula..aku ajak bergambar dulu...momen pentinggg youu..

Bawa gi jalan ke Pantai Tanjung Batu Bintulu. Pemandangan yang awesomeee!

Bila suruh Mr. Hubby ambik gambar..camnilah kejadiannya..

Belah malam sambung lagi tengok movie Indonesia..Hide and Seek Minako..entah apa2

Bawa gi tengok Bintulu Light Festival...aduhaii RM5 utk tiket masuk tapi tak sampai 5 MINIT jalan dalam tu..oklaaa..ade gak umtuk cuci mata



Yang nih je paling cantekk

Followers