Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 12 January 2020

Trip bersama Anak buah

Alhamdulillah niat aku terlangsung juga akhirnya nak membawa anak-anak buah aku jalan2 walaupun tak jauh mana. Dari sebelum cuti sekolah bermula aku dah suarakan pada Mr.Hubby dan alhamdulillah aku dapat seorang suami yang sangat memahami. Bagi aku setiap rezeki aku dan Mr.Hubby dapat hari ini, seeloknya kami bahagikan sedikit darinya dengan cara apapun kami mampu. Apa yang penting kita buat atas niat ikhlas bersedekah, moga dimasa akan datang rezeki kami sentiasa luas. Semoga saja ya, Puteri kami ini belajar melihat dan meneruskan apa yang kami lakukan suatu hari nanti.

Pesan aku untuk korang (wow mcm ganaz je ayatt😜).
."Tak perlu jadi tersangat kaya guys utk buat sesuatu, yang penting cukup..Syukur apa adanya..nikmatilah hidup ini selagi masih sihat dan ada masa. Duit boleh dicari tapi untuk mencukupkan sesuatu yang kurang dalam hati kau bukan dengan menyimpan hingga duit kau berbukit tetapi dengan berbahagi rezeki bersama keluarga dan siapa saja yang memerlukan. Bahagiakan hati dengan selalu bersedekah. Jangan berkira guys...ini saja peluang yang Allah beri untuk kita selagi ada hayat kita di dunia nih. Insyaallah ...rezeki tak kau duga akan menyusul kemudian hari. " 

 Syukur tahun 2019 aku langsungkan juga walau berbeza cara kami melakukannya. Kali ini kami buat trip untuk anak-anak buah aku pula padahal kebiasaannya kami menjamu keluarga dengan hidangan yg tak seberapa. Yerp..first time aku buat untuk mereka. Walaupun dekat tapi aku rasa cukup memenuhi kemahuan mereka. Yang penting aku dapat melihat wajah kegembiraan sepanjang trip ini bermula. 
Nahh...aku jangkakan ini adalah salah satu memori yang aku pahatkan dalam fikiran mereka bila aku sendiri tak mampu lagi menginggati detik-detik ini suatu hari nanti. Moga ketika mereka terkenangkan saat ini bersama puteri kami untuk tidak terlupa bahawa ada aku dan Mr. Hubby begitu berusaha menjayakan impian mereka untuk membuat trip bersama. 
Ayat mudah dari aku
"Aku happy bila aku nampak mereka happy. Yeay!"

Sebelum ke Bintulu..aku ambil gambar diarorang dulu..buat kenang-kenangan..Jika gambar terdelete or hilang dalam hp..don't worry.. kat sini masih boleh dilihat hehe..

Aku dan Mr.Hubby sediakan bilik khas untuk diaorang. Memang sengaja tak nak campur dengan diorang sbbnya aku nak mereka nikmati moment2 bersama sebagai kazen mazen...

Bila aku suruh buat pose macam nih, rasa macam tengok orang bersedih lak hehehe 

So aku suruh pandang depan semula sebabnya tak sesuwaiii gambar di atas..hilang mood happy

Aku nak jugak join...dier orang rasa macam aku nih peminat diaorang padahalllll aku ada waktunya terlalu menghargai moment2 yg org lain tak nampak ketika aku buat sesuatu yg menjengkellkan haha

Pelepasan untuk berjalan tepi pantai..aku dan Mr. Hubby pantau dari jauh ye..haha...

Saturday 11 January 2020

Trip ke KL dan Melaka 1st update Tahun 2020

Assalamualaikum and hai guysss...aduh-aduh sudah agak lama menyepi sampaikan aku rasa rindu balik nak buat entry hari ini. Beginilah keadaannya guys bila dunia berblogging nih semakin tenggelam tapi alhamdulillah aku masih gigih meneruskan walau bukan tiap hari seperti dulu hehehe...Kita pun dah masuk ke tahun 2020 dan sudah 11 hari meninggalkan kita dari tarikh aku publish nih, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 buat teman-teman yang masih sudi berkungjung ke blog seripelangidivra nih.

Syukur juga guys tahun 2020 ini merupakan tahun ke-10 blog aku berada dalam alam maya. Satu tempoh yang agak lama bagi aku. Begitu lamanya blog aku disini, begitu jugalah berjalannya usia aku hehe..Alhamdulillah aku diberi nafas yang panjang hingga ke hari ini untuk terus menaip kata-kata dalam entry baru dan semoga akan dipanjangkan lagi usia aku dan aku juga doakan semoga teman-teman semua juga begitu..Insyaallah..Nikmat yang harus kita syukuri selalu guys..bernafas untuk satu hari lagi adalah satu saat yang sangat berharga. Oh terkadang aku tertanya sendiri sama ada rakan-rakan blogger zaman aku dulu masih aktif atau tidak, aku doakan juga buat mereka yang dulunya gigih seperti aku upadate siang malam, walau dimana pun anda berada semoga terus diberi kesempatan untuk membuat entry baru walaupun kita nih dah "klasik" sangat hehe...

Oklah aku beralih ke topik seperti tajuk diatas pula, almaklumlah aku susah nak potong ayat jika aku dah mulakan so macam ni je la cara aku nak alihkan topik hehehe..Buat pengetahuan semua, ini bukanlah trip yang kami buat pada tahun 2020 tapi ini adalah trip yang sepatutnya aku update pada December 2019 cuma waktu itu aku agak sibuk dan mungkin juga aku terlupa tentang blog nih..Aku ngaku aku lupa je laaa..So what? hehe..

Trip nih takperlulah aku explain bagai memandangkan ini cumalah trip biasa bagi aku iaitu trip cuti sekolah cuma kali ini aku dan Mr. Hubby berkesempatan untuk membawa puteri kami ke Bandar Melaka. Yep..first time untuk dia dan 2nd time untuk kami. Trip ke Melaka nih boleh aku ketegorikan juga trip yang tak dirancang, sebab tu kami memilih untuk pergi hari sahaja or orang kata ulang-alik ke Melaka dengan menggunakan perkhidmatan bas. Alhamdulillah bas agak selesa dan tak perlu dirisaukan keadaannya. Niat nak kesana dipasang hanya sekadar angan-angan tetapi memandangkan puteri kami request dan beriya sangat mengajak ke sana so kali ini kami turukan juga. Di bawah aku selitkan beberapa keping gambar untuk kenangan kami dimasa akan datang. Sekali lagi dari aku...."Happy New Year 2020 guysss...Yeay!"


Semakin hari semakin tua dan puteri aku pula semakin membesar bagai johaannnn huhu
Chubby tu memang aku still juara kwangg..kwangg..kwangg...

Duduk kat tangga Pavilion tempat favourite bila sampai KL ..

Permintaan nak ke Menara..kita turutkan saja takut nanti kempunan pulak ngeee

Dalam banyak-banyak snowman kat KLCC..snowman yang takde idung gak tempat bergambar..ya ampunnn


Nampak tak guys macam mana aku nak elak kecomelan aku time bergambar wakaka..

Model dari kejauhan haha..

Dah sedaya upaya tutup sana sini tapi tak berhasil gak..redha je laa tengok lelemakkkss aku...camnihlah bila berdiri sebelah jack sparrow ...aku mintak pistol dia bagi kipas..ampes tol haha..

Kat seberang jalan gigih lagi ambik gambar padahal same je hehe..

Deco times square tahun 2019..cantek kauuu...leh click youtube aku kalau nak tengok lebih lanjut...bukan lanjut usia hahaha.

Model aku yang pemalu tapi mahu

Isk...cam tak sesuwai lak jadi model..biasalah tu dah ketegori pokcik2 dan mokcik2...Sikit lagi nak kene tanduk kerbau dari belakang 

Balik guys...balikkkk...balik ke pangkal jalannn...

Followers