Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 14 January 2016

Saja je...

Assalamualaikum and hai semua...

Fuhhh...orang dah update separuh aku pula baru buat entry pertama untuk tahun 2016. Nampak tak tahap "kerajinan" aku sekarang nih semakin pudar, seiring dengan usiaku kottt hehe...Melihat kengkawan semakin galak bercerita, aku pula terkial-kial seorang diri...entah la apa yang aku nak coretkan disini, aku sendiri pun tak pasti tetapi keinginan untuk mengupdate tu tetap ada...hehehe..

Hari ini bila aku "flash back" apa yang aku lalui tahun 2015, ternyata tahun itu begitu banyak mengajar aku tentang erti suka dan duka. Yerp... Jika berat rasaku, pasti ada lagi kengkawan atau keluarga yang menghadapi dugaan 2,3 kali ganda beratnya dariku. Alhamdulillah, jauh disudut hati rasa syukur yang teramat sangat kerana setiap dugaan itu mengajar aku tentang erti sesuatu. Aku tak ingin berkongsi tentang sesuatu yang agak personal tetapi cukuplah aku juga berdoa agar keluarga dan rakan-rakan yang masih sudi singgah di blog ini akan dilimpahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang lebih baik untuk tahun 2016 serta tahun-tahun yang mendatang ini. 

Oklah....untuk blog ini...In Sya Allah...tahun ini aku akan kembali menceriakan kembali blog ini dengan entry-entry terkini. Semoga rakan blogger sekalian jangan berputus asa melakukan sesuatu yang anda suka dan aku juga berharap agar semangat kalian sentiasa bersamaku untuk terus berkongsi cerita dimasa akan datang. Thanks guy!!!...muah!!..Yeay!!





No comments:

Followers