Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 5 May 2018

2017 dalam Kenangan

Assalammualaikum semua,  semoga teman2 semua dilindungi dan diberi kesihatan yang baik hendaknya. Hampir 6 bulan lamanya aku menyepi dalam dunia berblogging nih, namun begitu aku tidak pernah lupa akan blog kesayanganku ini. MUNGKIN kehadiran apps seperti wechat dan whatapps membuatkan aku lebih cenderung untuk 'Mengupdate' segala aktiviti yang aku lakukan sepanjang tempoh ini. Bagi teman2 yang still mengikuti perkembanganku, pasti tahu betapa  aku aktif di alam sana🤣.....Hmmm...betapa teknologi cepat memisahkan kita 😅😅😅😆..

Sebenarnya tak banyak yang ingin aku taip hari ini memandangkan inilah entry pertama aku untuk tahun 2018 nih, jadi idea-idea agak kurang singgah di benak fikiran😑😑😑.  Maaflah bagi yang menanti update terkini...errr...masalahnyaaa..ade ke yang menanti?kahkahkah🤣🤣

Untuk hari ini aku lebih suka untuk 'flashback'  tahun 2017 namun kata-kata aku tak terluah dalam perkataan, jadi aku sisipkan beberapa foto suka dan duka yang mewakili perasaanku. Lumrah hidup kita didunia, ujian juga datang juga berbeza. Sungguh aku rasa tahun 2017 ujiannya agak berat untuk aku dan puteri kami namun aku bersyukur di hujungnya kami menerima berita kecermerlangan puteriku untuk peperiksaan UPSR 2017. Dalam lelahku untuk segala dugaan yang aku rasa entah dari mana datangnya hingga ada masanya aku terdiam sendiri dan merenung kosong akhirnya hilang sekelip mata. Hanya seorang aku yang faham apa yang aku rasa dan alhamdulillah aku lega dengan kejayaan Puteriku dan kerana dia juga aku akhiri 2017 dengan tangisan gembira😂.Syukur Ya Allah😂😂😂. Yeay!😙

*Maaf gambar kucar kacir tak tersusun ikut urutan.


Diatas kecemerlangan UPSR, janji untuk membawa Puteri kami ke Aquaria KLCC Dec 2017 telahpun ditepati.

Saat aku merasa patahnya sebelah sayap. Di saat ini juga aku merasa wang tidak bermakna andai ada kesayangan kita berada dalam situasi begini . GUYS...satu ingatan daripadaku, jika kau hendak mencari wang beribu..carilah sepuasnya tetapi jangan pernah berhenti untuk membina kenangan bersama orang yang anda sayang kerna kita takkan pernah tahu bila waktunya kita mampu mengulang waktu sihat kita. Alhamdulillah Mr.Hubby kembali sihat seperti biasa berkat doa family dan rakan2 semua.

Bersantai di Pantai Tanjung Batu Bintulu

Mood Christmas bersama Mak dan ayah..

Mengikut Mr.Hubby berpindah kali ke-4 pada November 2017..Anak dara aku gigih membantu. Syukur perpindahan kali ini still dekat dengan daerah kelahiranku.

Gambar sebelum ke KL dalam Airasia..save bajet hehehe


Clearing tapak rumah yang bakal kami bina pada tahun ini di kampung halamanku. Insyaallah...

Balik beraya di Kampung Mr.Hubby

Hujung tahun lepas beli baju sekolah sempat singgah kedai ikan di area Miri..

Ayah dan KLCC..besar lagi jasa ayah membesarkan kami😂

Membuat majlis makan arwah ayah mertua di kampung Mr. HUBBY

Puteriku konvo utk tahun 6

Lambakkan buah durian di Miri

First time jejak kaki ke rumah panjang hehe..untuk aku lerrrr...Mr.Hubby selalu jeee😐


2 comments:

Juls Julie80 said...

welcome back bebehhh..uiiiyahhh caiii ihhhh?? cai auuu..??

ekekeke.. compilation alu ji entry ih uhhh..hehehe..

seripelangi said...

Hahah..tak kuasa nak buat satu-satu nokkkk!!!..layan je laaa

Followers