Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 9 March 2019

Trip Ber-4 ke Bintulu

Semenjak Mr. Hubby keluar hospital dulu, dah agak lama kami tak keluar bersama. Aduhaii..tetiba rasa teringin pula nak bawa anak bersantai dihujung minggu. Syukurlah walaupun cuma santai dekat-dekat sahaja tetapi kami sekeluarga tetap 'enjoy' dengan trip singkat kami ditambah lagi ditemani seorang lagi teman anak kami yang aku dan Mr. Hubby kini anggap juga seperti anak kami sendiri telah menambah lagi kecerian family kecil kami. Terasa sedikit perubahan percutian kami yang biasa kami lakukan bertiga jadi agak berbeza bilamana sudah berempat. Aku serius rasa janggal tapi dalam masa yang sama aku rasa inilah keadaanya bila anak lebih dari satu hehehe..

Alhamdulillah walaupun tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan pada trip minggu lepas tambahan pula kami cuma bermalam sehari sahaja di bandar Bintulu namun jauh disudut hati aku tetap merasa lega...Yes..lega melihat lontaran gerak tubuh serta emosi yang terbebas dari kepenatan persekolahan dan juga tekanan hidup hingga menampakkan senyuman yang terukir di wajah dua insan yang berdiri didepanku yang aku kira dapatku baca dengan mudah. Alhamdulillah sekali lagi.. Semestinya aku dan Mr.Hubby turut merasa lapang melihat moment2 bagitu. Kepuasan dan rasa itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata mungkin saja yang melalui sahaja faham. Yang tak faham boleh semak balik entry aku sebelum ini.

Aku tidak mahu bercerita panjang lebar, cukuplah aku berkongsi detik2 bahagia itu melalui gambar yang aku ambil dengan caption2 yang aku sertakan. Semoga menjadi kenangan kami dimasa akan datang. Yeay!


Bawa 'Double C' menonton wayang Happy Death Day..Aduhaii movie in memang tak patut aku bawa tonton tapi apakan daya ini movie pilihan mereka. 

Sempat cuba main games segalakk..try nasib main basketball sebelum wayang bermula. 

Mr.Hubby pun join sama..

Movie baru nak mula..aku ajak bergambar dulu...momen pentinggg youu..

Bawa gi jalan ke Pantai Tanjung Batu Bintulu. Pemandangan yang awesomeee!

Bila suruh Mr. Hubby ambik gambar..camnilah kejadiannya..

Belah malam sambung lagi tengok movie Indonesia..Hide and Seek Minako..entah apa2

Bawa gi tengok Bintulu Light Festival...aduhaii RM5 utk tiket masuk tapi tak sampai 5 MINIT jalan dalam tu..oklaaa..ade gak umtuk cuci mata



Yang nih je paling cantekk

No comments:

Followers