Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 2 September 2013

Madah Kekuatan Hati


Pernah satu ketika dalam fasa kehidupan kita melalui peringkat-peringkat yang begitu menyukarkan. Dugaan hidup terlalu banyak dan besar sehingga perasaan sakit yang hadir serta hati yang menangis tidak sedikitpun dibenarkan untuk diketahui oleh sesiapa.  Saat itu pastinya kita cuba bertahan selagi mampu walau airmata seakan tak sabar jatuh sendiri.

Mungkin perjalanan hidup kita tidak selancar yang lain, ada-ada sahaja yang menghalang dan mematahkan semangat. Ada pula saatnya dugaan yang diberi terlalu berat sehingga membuatkan kita berfikir kenapa harus kita yang menerima nasib dan ujian sebegitu?. Kenapa harus kita menghadapi sesuatu ujian itu bertubi-tubi sedangkan yang ada pun susah untuk kita lalui . Dan kesedihan turut menghantui bilamana kita ditertawa kerana mungkin diingatan dan mata yang memandang, kita layak  menerima keadaan dan nasib sebegitu. Benarkan manusia ini suka mengadili walhal segalanya terletak ditangan Allah. 

Sebaiknya,usah dikesali diatas apa yang kita lalui dalam hidup ini, seandainya Allah memberi kita ujian yang begitu berat untuk kita hadapi....terimalah dengan tenang. Aku yakin Allah menguji dan memilih kita kerana DIA tahu kita mampu menghadapinya berbanding mereka. Itulah tanda kasih sayangNya kepada kita...Terus kuatkanlah hati dalam menghadapi dugaan dari-Nya kerana kita seharusnya bersyukur dan tahu betapa DIA menyayangi kita. In Sya Allah diatas kesabaran, ketabahan dan kesengsaraan yang pernah anda lalui, pasti ada hikmah disebalik semua itu. Yeay!







No comments:

Followers