Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 12 September 2014

Jumaat Yang Emo

Pagi ni bangun hati rasa terbang-melayang...menginggatkan hari ini merupakan hari terakhir anakku menjejak kaki kesekolah dimana tempat pertama dia menimba ilmu dan berkenalan dengan rakan-rakan baru suatu ketika dulu sudah cukup membuatkan hati ini terusik. Hmm...jika aku merasa begitu apatah lagi rasa anakku disaat ini. Melihat wajah puteriku menyembunyikkan perasaan sedihnya ketika bersarapan dan mengenakan baju serta kasut sekolah lebih meruntunkan jiwaku. Kasihan ..cuma itu yang dapat aku ungkapkan. Wajah Mr.Hubby juga agak sugul mungkin perasaan kami sama ketika melihat wajah Puteri tersayang kami pagi ini. 

Apa yang lebih menyedihkan aku bila Mr.Hubby balik dari menghantar anak dari sekolah pagi ini terserempak dengan Gurubesar  dan beliau telah menyuarakan hasrat bahawa sekolah ingin membuat jamuan perpisahan khas untuk kami sekeluarga.Nampak? Kenapa kami begitu berat hati sebegini? Yup..Sekolah tempat anakku belajar mungkin jauh terpencil, sukar dari segala-galanya namun aku dan Mr.Hubby selalu memuji sikap para guru yang begitu bersungguh-sungguh dalam semua segi termasuk hal-hal kecil seperti kami. Jarang ada sekolah yang ingin membuatkan jamuan perpisahan untuk murid melainkan untuk guru.Jika disambut pun mungkin untuk satu kelas tapi disini berbeza kerana perpisahn ini akan dihadiri oleh satu sekolah dimana ibu bapanya juga turut dijemput hadir. Aduhhh....tak terbayang olehku bila saat itu tiba. Moga waktu itu kami sekeluarga akan menjadi tabah dihadapan mereka semua. Apa-apa pun terima kasih semua Huwaaaaa....

Hadiah perpisahan yang akan anakku berikan disekolah pagi ini kepada setiap seorang rakan sekelasnya dan guru kelas yang amat disayanginya sejak dia berusia 6 hingga 9 tahun. Hanya itu yang mampu kami berikan berbanding ilmu yang telah dicurahkan oleh gurunya serta keceriaan yang menemani hidup anak kami selama ini ketika anak kami bersama rakan-rakannya.



2 comments:

Juls Julie80 said...

tedah crystallll.... sedih alu tan serik bak berpisah in... dek2 lo sakai ngak paut jegem nyin kepaut ih.. mcm2 kenangan..ngak puah serasi kawak... mesti baat alu rasa nyin...paya laa kelo pulik mapun dalet terus Vra..?

betul sau au in vra..kdg2 sekul umik kejin menitikberatkan perkara2 remeh wak telo x pernah terfikir mun di kalangan komuniti @ sakai2 kerja dagen jumlah ayeng... in wak menak telo lebih selesa & serasi...

seripelangi said...

Minggu bao naah Ju..settle min siew sebelum keluar kubo. Ienlah Ju..makin lemau tan naseng buyak makin2 temu lo ibu bapa tan..pejuk min ji mata luin mun cerita jegum ko nyenged crystal pindah kwang3x

Followers