Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Saturday 18 April 2015

Kad Harijadi

Tarikh 17/04/2015, maka genaplah usia aku 3+ (<-- Opsss...Nak jugak cover kannn ngeee..). Diusia begini, mood nak celebrate sangat tu takdelah seteruja 2,3 tahun lepas. Bila dikenang saat-saat macam nih terkadang terkenang juga kata-kata sahabat handai...Ada yang yakin itu cumalah nombor dan ada pula yang berpendapat kita semakin melangkah ke alam tua maksudnya rambut semakin beruban,wajah semakin berkedut,badan semakin lemah terutama melawan penyakit haha..Almaklumlah semakin meningkat usia kita semakin cepat pula kita meninggalkan muda..Nampak sangat takot tua kannnn hahaha...

Apa-apa pun guys...aku percaya setiap dari kita mendoakan sesuatu yang baik-baik dalam hidup, begitu juga aku. Untuk tahun ini, dalam situasi yang berbeza, ditempat yang juga tak sama, dan dengan berbekalkan azam, keyakinan dan keberanian yang sedikit ini, Insyaallah aku akan cuba untuk memenuhi segala impian yang ada ini sebagai cabaran kepada diri dan juga hadiah buat yang sentiasa menyokong dari segi mental dan emosi selama ini terutama suami dan puteri tersayang, juga ayah yang sering memberi tunjuk ajar disaat aku memerlukan serta ibu yang sering sematkan rasa percaya dalam diri bahawa aku mampu bangkit walau setelah melihat jatuh bangunnya aku selama ini. I LOVE YOU ALL!!

Dan terima kasih diatas ucapan yang aku terima daripada keluarga dan teman-teman. Aku juga mendoakan perkara yang sama buat kalian..

Dan akhir sekali buat puteri tersayang.. "Terima kasih tak terhingga kerana hadiah yang tak ternilai ini mama terima dengan penuh rasa syukur di hati. Mama tak perlukan sesuatu yang mahal untuk menggembirakan mama, cukuplah apa yang sayang buat kerana ia lebih bermakna dan Mama simpan didalam hati. Nampaknya anak mama semakin cepat dewasa, setiap kata-kata yang tertulis di setiap kad harijadi yang anakanda buat selama ini untuk mama semakin tersusun indah dan lebih indah dari sebelumnya. Sesungguhnya mama sangat terharu dan mama juga sayang sangat buah hati mama nih. Muah" 

Lihat gambar di bawah.."Guyssss...I benar-benar terharu hokeyyy." Yeay!!

Seperti biasa...muka depan kene ada gambar anak dan ibu hehehe....

Kata-kata yang sangat ikhlas dari anakku...Tahun depan agaknya apa yang dia nak tulis ye hahaha....



Nota: Sekarang puteri tersayang dah mula jadi pembaca utama blog seripelangidivra nih. Jika ada kelapangan pasti aku melihat dia curi-curi membaca blog nih...jangan ingat mama tak tahu ye hehehe... Kerna itu sejak dari mula membuat blog ini aku tidak mahu menggunakan bahasa yang biadap dan kasar kerna aku yakin pasti suatu hari nanti puteriku adalah salah seorang pengikutnya. Fuhhh...rasa semakin gementar jari jemari menekan keyboard kahkahkah...k.bye

No comments:

Followers