Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 1 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Dah hampir masuk 3 bulan blog aku senyap...Pejam celik..pejam celik...dah nak masuk raya pun kita. Tak terasa masa tu cepat berlalu. Hmm..dalam masa aku banyak menyepi nih, banyak betul perkara yang berlaku di keliling aku mahupun pada diri sendiri. Ada suka ada pula tikanya duka melanda. Ah...lumrah hidup kita sebagai hamba-Nya..Ada masa kita diuji dan ada pula ketikanya kita melihat kaum keluarga dan sahabat handai juga tidak terlepas dari ujian-NYA. Usahlah bersedih, terkadang ujian yang hadir dalam hidup kita membuatkan kita lebih matang dan tabah agar sentiasa ada rasa redha dengan ketentuan daripada-Nya. Bukankah sebahagian daripada tanda sayang Allah kepada umatnya apabila kita didatangi pelbagai cubaan dan ujian dalam meniti perjalanan hidup ini. Bersyukurlah kerana ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

Oklah aku tak nak berceloteh panjang lebar, cukuplah aku ringkaskan saja entri aku untuk kali ini. Dengan cuma berbaki beberapa hari lagi sebelum Hari Raya menjelma, dengan rasa rendah hati...saya serta keluarga memohon maaf di atas segala salah dan silap yang tak tersengaja selama anda mengenali saya mahupun mengenali saya melalui alam maya ini. Setiap ketelanjuran kata atau kekasaran bahasa ketika bersama saya mahupun yang membaca setiap entri saya selama ini, mohon dimaafkan dan jangan disimpan di dalam hati. Yang baik itu datang dari ALLAH dan semua yang buruk itu datangnya dari kesilapan saya sebagai manusia biasa.  Akhir sekali, 
Semoga Ramadan kali ini memberi seribu keinsafan,
Semoga syawal kali ini memberi seribu kegembiraan
Dan semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu kenangan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016



No comments:

Followers