Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Monday 14 January 2013

Madah Senyumlah


Kita sering mendengar...
Jika dirundung derita..
Jika ditimpa musibah...
Jika diduga yang Maha Esa...
Cubalah untuk tersenyum..
Jika hati dalam kecewa...
Jika airmata kesedihan jatuh dalam tawa.
Jika nasib sentiasa tak menyebelahi kita..
Cubalah untuk terus tersenyum..
Kerana senyum itu adalah penawar sakit di hati dan ubat segala keperitan yang kita alami.

Tiada siapa diantara kita dimuka bumi ini yang tak pernah merasa bahagia dan derita. Sering juga kita diberikan nikmat berkali-kali namun selalu terlupa untuk rasa bersyukur keatas apa yang diberikan. Dan apabila tiba saatnya diduga, seolah-olah hidup sudah tidak bermakna lagi. Putus asa dan berharap agar semuanya berakhir segera. Dan apa yang lebih menghampakan ada diantara kita lebih memilih untuk mengakhiri segala daripada terus menghadapinya.Terlalu lemahkah kita sehingga membuat keputusan yang tak masuk akal?

Teman-teman semua, kita ini terlalu kerdil untuk mempertikai, merungut dan mengeluh tentang sesuatu yang kita benci. Perasaan itu tak salah tetapi lebih afdal seandainya kita selalu menjadi positif, setiap ujian yang diberikan kepada kita merupakan rahsia Allah.  Andai merasa diri dipenuhi kekurangan dan terlukis rasa rendah diri, teruslah tabah dan bersabarlah..in shaa Allah akan ada waktunya terjawab nanti. Ramai lagi yang hidupnya lebih sukar daripada kita diluar sana, betapa beruntungnya kita. Bersyukurlah bahawa kita masih diberi peluang untuk terus tersenyum dihari seterusnya dan sentiasa ada sehari lagi kesempatan untuk membina hidup baru. Jangan pernah hilangkan rasa bertuah dihati kerana saat yang paling merugikan ialah saat anda tidak pernah menghargai apa yang anda ada.Yeay! 

Nota: Kita mungkin pernah melihat dengan mata kita sendiri akan situasi dimana kesulitan seseorang ketika hidupnya diduga berulang kali, namun masih mampu melemparkan senyum dibibir. Dan senyuman itu sudah cukup menceritakan bahawa betapa tabahnya dia menghadapi perjalanan hidupnya. Dan aku akui, pasti ada antara kita akan mengatakan bahawa betapa egonya dia, namun aku lebih suka melihat bahawa dia seorang yang cukup bahagia dan terlalu menikmati hidupnya, kerana masih mampu tersenyum dikala hati yang lain sebak dan mengalir air mata melihat kearahnya. Tidakkah itu sudah cukup untuk mengajar kita sesuatu?

No comments:

Followers