Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Sunday 4 November 2012

Takdir Kita Berbeza


Sesuatu yang sering membuat kita merasa kesal dalam menempuhi perjalanan hidup ini bilamana dikiri dan kanan kita didatangi pelbagai jenis kelompok manusia. Yang lebih menyedihkan apabila mereka yang singgah disisi kita merupakan seorang yang gemar mengkaji, menfitnah, mengaibkan, meramal dan memperlekehkan peribadi orang lain. Wow..Dunia ini penuh kejutan..terkadang kita tak kenal siapa kawan dan siapa pula lawan. 

Persoalan demi persoalan pasti menerpa di benak minda, kenapa harus begitu..atau kenapa pula harus begini?..Adakalanya sesuatu yang terjadi itu membuat kita berfikir panjang, apakah kepuasan yang diperolehi selepas mempersendakan hidup orang lain? Apa pula keuntungan yang kita dapat selepas itu? Adakah hadiah? wang? ataupun tergolong dalam ahli syurga? Dan lagi menghairankan sejak bila pula kita boleh menentukan takdir sesiapa?Entahlah apakah kehebatan diri sehingga mereka berani menghukum kekurangan orang lain. Adusss...Kenapa harus menarik kain orang lain sedangkan tak sedar kain sendiri sudah awal-awal lagi terlondeh?

Hmm..Aku turut bersimpati dan kasihan andaikata ada dikalangan kita menghadapi nasib sedemikian dimana  hanya mampu mendengar segala cemuhan tanpa sepatah kata yang terluah dibibir. Namun dalam pada yang sama aku turut mengagumi kesabaran mereka yang bersifat begini.  Mungkin saja ada yang berbeza pendapat denganku tetapi aku lebih suka mengganggap mereka yang bersifat menerima sebegini adalah mereka yang tak mahu sebarang permusuhan itu berlaku. Dan seandainya sifat terpuji mereka ini dicemuh kerna enggan bersuara demi kebaikan...tak mengapalah kerna Allah sendiri telah mengajar kita untuk menjadi seorang yang sabar dalam menjalani dugaannya apatah lagi berhadapan dengan musuh. Cuma ingin aku ingatkan bahawa hidup kita tak sama maka percayalah juga bahawa takdir kita berbeza.Yeay!.

No comments:

Followers