Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Tuesday 30 October 2012

Madah Beringat Selalu

 Membaca semula kata-kata didalam gambar tersebut mengingatkan aku tentang sesuatu, tercuit dihati namun ia mampu membuatku menggeleng-gelengkan kepala seketika. Itu cumalah satu contoh yang sering berlaku tetapi bila difikirkan balik, jika kita berada didalam situasi sedemikian...agaknya apa reaksi kita sebenar? Hmm..Tidak terniat untuk menyindir sesiapa, sekadar mengajak teman-teman untuk berfikir dan berpijak dibumi nyata. Perkataan menerima dan menolak terlalu subjektif untuk diperkatakan. Pendek kata, dalam apa-apa hubungan pun ,kita boleh saja menjadi sesiapa...sama ada menjadi orang yang mudah menerima atau mungkin juga sebaliknya.Tetapi itu semua bergantung dengan cara, perasaan dan kata-kata yang keluar dan ingin disampaikan. Jika cara itu betul disusuli dengan niat yang baik dan ditambah dengan kata-kata yang tidak menyinggung hati sesiapa, nescaya ia akan diterima dengan mudah.Tetapi seandainya cara menyampaikan sesuatu itu sudah awal-awal lagi salah dengan menghebahkan seolah-olah tiada lagi hari esok bagi orang lain, disusuli dengan riak wajah yang sinis dan terselit perasaan yang tidak seharusnya ada ditambah pula dengan penggunaan kata-kata yang agak pedas dan kesat, pasti tiada siapa yang bisa menerimanya. Betulkan.?..

Aku tidak mengajak untuk menilai sesiapa tetapi sekadar ingin menasihati sesama kita dan diri sendiri.  Aku kira, perkara ini lebih mudah diperjelaskan dengan pepatah dan ungkapan melayu yang sering bermain dibibir kita. Dan antara ungkapan yang boleh aku kaitkan adalah seperti "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"..Nahh..jelaskan??...Walaubagaimana pun mungkin ada yang berpendapat keadaan itu mudah diatasi tetapi sebenarnya apa yang membimbangkan nanti akan menjadi  seperti ungkapan "Bagai meludah ke langit terkena ke muka sendiri". Jadi sebagai orang yang diberi akal dan fikiran, selalulah beringat bahawa berhadapan dengan sesiapapun, kita harus sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku kita supaya tidak ditertawakan kembali kemudian hari. Bukan sekadar bebelan tetapi itulah realitinya. Bercakap jangan sesekali ikut suka kerna terkadang kita terlupa bahawa Allah itu maha berkuasa, seandainya kita tersalah menilai, Dia akan tunjukkan sendiri dimana kesilapan kita. Pesan aku...berhati-hatilah bermain dengan kata-kata kerana siapa tahu ia akan menjerat diri sendiri esok hari..Yeay!


No comments:

Followers