Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Wednesday 2 April 2014

Berbelanja di Pasar Serikin

Cuti sekolah selama seminggu digunakan sebaik mungkin, apa lagi kalau bukan masa untuk bersantai bersama keluarga. Perjalanan panjang dari Sibu ke bandar Kuching dengan menaiki kereta sendiri selama 7,8 jam memang cukup memenatkan, inikan pula jika perjalanan bermula dari depan pintu rumah sendiri yang rasanya boleh memakan masa setengah hari dengan cuma duduk didalam perut kereta sahaja. Fuhhh...terkadang kesabaran amat diperlukan jika ingin memulakan perjalanan sejauh ini tetapi In Sha Allah semua tidak akan menjadi rungutan sekiranya rancangan itu memudahkan kita ditempat orang. 3 hari 2 malam berada di Kuching memang sudah mencukupi bagi kami sekeluarga bahkan jika diberi pilihan tempoh had masa tertentu untuk bermalam di Kuching, aku kira tempoh itu sudah lebih dari cukup. Bimbang nanti akan timbul rasa bosan tambahan pula bandar Kuching bukan tempat asing bagi kami sebelum ini. 


Rancangan ke Kuching kali ini adalah bertujuan untuk ke Pasar Serikin iaitu pasar yang terletak di perkampungan kecil orang Dayak-Bidayuh yang lebih kurang 15Km dari Bau dan 80km dari Bandar Kuching. Kedudukan pasar ini mungkin agak terpencil tetapi untuk pengetahuan semua Pasar Serikin ini merupakan salah satu tempat favourite para pelancong dari dalam dan luar negara, tak hairanlah keadaan disitu agak sesak bila menjelang tengahari tambahan pula cuma beroperasi pada hujung minggu sahaja. Antara barangan yang terdapat disitu adalah seperti kain, baju, telekung, anyaman, perkakas dapur, beg tangan, minyak wangi, jam, bantal, makanan, souvenir dan sebagainya. Fuhhh!!!..banyak lagi yang terdapat disini, pendek kata "poket penuh pun leh jadi kempis" bila sampai sini hehehe.. Oh..buat pengetahuan pembaca juga, Pasar Serikin ini merupakan pasar yang terletak di sempadan Malaysia dan Indonesia jadi tak hairanlah peniaga disini dimonopoli oleh orang Indonesia tapi jangan risau tentang keselamatan kerana aku boleh nampak sendiri para pegawai-pegawai kita yang bertugas di Pasar Serikin tersebut sentiasa berlegar-legar sambil mengawasi dan memantau pergerakkan peniaga-peniaga tersebut. 


Oklah..aku malas nak cerita panjang lebar cuma buat kengkawan yang berhajat ke Sarawak atau ke Bandar Kuching, aku boleh tolong cadangkan kepada anda selain Kampung Budaya, sila masukkan jadual ke Pasar Serikin didalam jadual perjalanan anda kerana aku yakin anda takkan merasa sia-sia setelah berada disini. Jika nak berbelanja sepuah hati atau cuba tawar menawar dengan penuh "Gaya"  maka di Pasar Serikinlah tempatnya hehehe..Pasti anda akan merasa teruja sebaik menjejak kaki ke Pasar Serikin nih kerana disini terdapat berpuluh-puluh gerai kecil tetapi semuanya akan memberikan senyuman dan kenangan kepada anda. So..nak merasa belanja ditengah panas sambil peluh membasahi dahi, meh la datang Serikin..Dan aku..pastinya akan datang lagi ke sini....Yeay!!....



Nota : Sorry aku terleka bershopping sampai lupa nak capture gambar hehehe....errr..rasanya aku dah pernah buat entry tentang Serikin nih tapi tak pasti aku dah delete atau tak sebabnya entry aku dah cecah sampai 368 entri jadi aku malas nak tengok satu per satu hehehe...layan jer laaaa..




No comments:

Followers