Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 21 August 2014

Harijadi Yang ke-9♥

 Alhamdullilah...hari nih genaplah 9 tahun umur puteri kami. Dihari yang bertuah ini tak banyak yang kau minta cuma cukuplah menyediakan makan malam ala-ala steamboat dan BBQ. Hmm...Sejuk pula hatiku mendengar permintaan sebegini, InSya Allah mama akan tunaikan permintaanmu sayang. Namun tetap hatiku terusik seketika sepertinya baru semalam aku menggendongmu dalam pelukkan dan hari ini aku melihat kau berjalan berpimpinan tangan disisi kami. Banyak waktu kita habiskan bersama dan setiap saat menjadi cerita dan kenangan bermakna buat kami. Terima kasih sayang kerana kehadiranmu menyerikan hidup kami selama ini. Tanpamu pasti Mama dan daddy tidak seceria begini.(^,^)

Apa-apapun Selamat Harijadi Sayang, jadilah seorang insan yang berjaya dan berguna serta taat kepada Allah. Jagalah segala tutur kata dan tingkah laku selalu. Kami doakan juga semoga suatu hari nanti akan tercapai segala cita-cita dan hajat yang pernah kau bisikkan pada kami selama ini. Pastinya kami tidak melarang seandainya itu sesuatu yang baik malah kami sentiasa menyokongmu sehabis mampu. We love you so much.Muah! Yeay! 

Macam biasa kek last minute sebab tu nampak kosong...ada kek ada lilin kira dah cukup syaratlah tu hehehe

Senyum lebar sambil memasang wish nak jadi princess ekekeke

Lapar dah dia tengok kek nih..tak sabooo betol birthday girl nih

Awwww...sorang gajah sorang semut...layannnn hehehe

Camne style senyum leh sama nih? :-s

  
Our family!

Semangat bersteamboat and berBBQ huhu...

Saje buat korang lapar ngeeee....campur aduk hokey!!!...Ada aku kesahhhh!!! Ngehh..ngehh..ngehh...

No comments:

Followers