Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Thursday 28 August 2014

Pindah Lagi

Hmm..Belum pun tengahari, Mr.Hubby sudah tercongak didepan pintu rumah dengan membawa berita yang mengejutkan. "Kita kene transfer lagi"..hanya itu saja perkataan yang mampu disampaikan padaku dengan riak wajah yang agak sugul. Aduhhh...perasaan aku hilang dalam sekelip mata, apakah aku harus ketawa gembira ataupun menangis sedih.
Yup..pernah satu ketika dahulu aku begitu emosi dan terkesan bila mendengar bahawa kami akan berpindah ke daerah ini kerana ketika itu aku merasakan daerah ini terlalu sepi hingga aku tak mampu membayangkan bagaimana harus aku megikut rentak hidup mereka disini. Namun ternyata aku silap kerna sebenarnya daerah inilah yang telah mengajar aku tentang sesuatu. Hmmm..Terasa sayang ini makin menebal dari hari ke hari.

Aku ingat lagi ketika sampai didaerah ini, hatiku sering tertanya sendiri apakah yang dapat aku lakukan disini namun dalam tak sedar rupanya daerah ini memberi aku peluang untuk membina harapan dan cita-cita lama yang mungkin agak sukar aku perolehi di tempat lain. Aku juga akui suatu ketika dahulu, aku sering merungut kerna bekalan air dan elektrik sering terputus, masalah untuk mendapatkan ikan dan sayur-sayur segar juga begitu sukar sehingga pernah satu saat aku terpaksa berhari-hari menyediakan bubur nasi untuk menu tengahari kami ketika banjir melanda berminggu-minggu dan dalam masa yang sama aku cuba mengajak Mr.Hubby dan puteri tersayang berimaginasi dengan menikmati makanan yang enak biarpun semuanya cuma dalam fikiran kami hehehe.Dan apa yang aku lihat, sebenarnya tinggal didaerah kecil begini memberi kami lebih peluang dan ruang untuk memberanikan diri melihat dunia luar kerna tanpa kami sedari saban tahun kami cuba mengatur jadual percutian walau dalam kocek hanya tinggal seciput.Sesungguhnya kebiasaan hidup kami disini mengajar kami untuk selalu merasa cukup walau dalam kekurangan. Pernah aku berseloroh dengan Mr.Hubby suatu masa dahulu andaikata dia dihantar bertugas ke pendalaman sekalipun pastinya kali itu kami hanya ketawa kerna waktu itu mental dan fikiran kami sudah cukup kuat untuk menerima kejutan dan sudah tentu pengalaman disini telah banyak mengajar kami. 

Pun takku lupa, wajah mak dan ayah ketika pertama kali menjenguk kami didaerah ini, dapat aku melihat airmata mereka bertakung di kelopak mata namun cuba disembunyikan dengan senyuman. Ouchhh..hatiku sudah tentu sayu melihat wajah mereka kerna mungkin mereka sedar yang aku tak biasa dengan keadaan dan suasana begitu tp jangan risau mak..jangan sedih ayah kerna anakmu ini dilahirkan untuk menjadi seorang yang kental hatinya. Jika bukan daerah ini, sudah tentu mak dan ayah belum melihat tangan anakmu berlumur dengan tanah dan kini hampir setiap hari menikmati sayur segar dari kebun sendiri. Jika bukan didaerah ini sudah tentu mak dan ayah belum jelas dengan cita-cita anakmu yang seorang nih dan alhamdulillah dari hasil dan rezeki yang diberikan olehNya, Insya Allah akan aku cuba bahagiakan hati kalian sehingga terakhir nafasku. Syukurlah kekurangan yang ada rupanya mendidik kami untuk menghargai semuanya.

Buat Mr.Hubby, aku tahu perasaanmu lebih perit dari aku ketika ini tambah-tambah lagi dengan keadaan bondamu yang kurang sihat kebelakangan ini. Namun selama 5 tahun disini, aku selalu bahagia melihat dirimu tidak pernah merungut atau mengabaikan ibumu walau dalam keadaan sibuk sekalipun kerna bagiku itulah contoh terbaik buat anak kita. Moga apa yang kita lakukan untuk orang tua kita akan diikuti oleh puteri kita suatu hari nanti. Tahun pertama kita di daerah ini, kita telah diuji dengan kehilangan ayahanda tercinta. Walaupun bertugas ditempat sendiri dikatakan menyeronokkan ketika itu tetapi jika kehadiran kita disambut dengan suasana mendung pastinya tiada apa yang menjadi menarik. Tak mengapalah Mr.Hubby..ajal maut itu ditangan Tuhan..kita yang hidup teruskanlah hidup kita. Kenangan pahit dan manis kita banyak disini, mudahan setiap apa yang terjadi akan menjadi panduan hidup kita ditempat baru nanti.

Dan puteriku tersayang, sepanjang hari mama melihat dirimu menangis selepas mendengar berita perpindahan ini. Hati mama juga sebak melihat dan mendengar rayuanmu pada kami tetapi mama cuma mampu membalas dengan pelukan. Betapa sayangnya kamu pada guru-gurumu, rakan-rakan dan juga kucing-kucing liar yang bermanja didepan pintu hingga mama merasa tak mampu menggantikan mereka dihatimu. Terkenang saat kali pertama sayang membuat reques mahu menghadiahkan sesuatu buat semua cikgu yang mengajarmu di Hari Guru beberapa bulan lepas. Ahh...Rupanya itulah petunjuk kecil bahawa dirimu akan berpisah dengan gurumu selepas ini. Dan aku juga tak menduga keterujaan kita beraya dan dalam masa yang sama dikejutkan dengan kehadiran tetamu yang luar biasa banyaknya berbanding tahun-tahun sebelumnya, rupanya raya kali ini merupakan tahun terakhir kita beraya bersama dirumah ini. Sabarlah sayang dengan kesulitan yang kami berikan dalam hidupmu. Insya Allah, ditempat baru nanti sayang akan bertemu sahabat baru yang mampu menceriakan hari-hari sayang lagi. Buat masa ini mama dan daddy mohon agar sayang megerti.

Maaf andai entri ini terlalu panjang dari biasa, kali ini aku cuma meluah apa yang terbuku dihati..moga segalanya mampu melapangkan dadaku selepas ini. Bagiku, tak mungkin perpindahan kami akan mematahkan semangatku untuk terus berusaha. Masih banyak yang perlu aku lakukan.Aku sentiasa yakin..rancangan Allah itu lebih indah dari rancanganku jadi  aku pasti kesulitan yang kami rasakan pasti akan dipermudahkan sepertimana didaerah ini. Terima kasih tak terhingga buat jiran-jiran yang menjadi tempatku meminta pertolongan ketika dalam kesusahan, penduduk tempatan yang terkadang aku tak kenali siapa mereka dengan memberi pelbagai jenis sayur-sayuran segar, ikan-ikan sungai, beras-beras huma dan bermacam lagi dan keluarga serta sahabat handai yang sudi datang menemani hari-hariku ketika disini. Persahabatan kita sentiasaku kenang didalam ingatan. Dan terima kasih tak terhingga juga kepada pekerja-pekerja yang pernah aku kerahkan untuk menjayakan sesuatu projek di daerah ini. Khidmat anda masihku perlukan dimasa akan datang dan pastinya anda semua tetap menjadi pilihan pertamaku jika rezeki kita masih ada..Insya Allah dengan izin dariNya. Jangan risau, aku masih mampu meneruskan apa yang aku mulakan dulu walau selepas ini dalam suasana berbeza. Thanks everybody!Yeay!

Kasihan...selepas lama menangis dan merayu dia pun tertidur di sofa mungkin fikirannya juga penat...

No comments:

Followers