Setiap warna ada cerita..ada makna..ada rupa..dan sudah pasti ada serinya..Itulah warna kehidupanku...YEAY!!!

Friday 1 August 2014

Tetamu Raya Ke-5

Alhamdulillah walaupun dah masuk hari ke-5 Raya, nampaknya teratak kami masih dikunjungi tetamu
yang kebanyakkannya terdiri daripada anak-anak buah dan cucuku yang comel. Bagus betul anak-anak buah aku tahun nih, semua pun excited nak tunjuk muka depan auntie yerrr hehehe Syukurlah dengan kehadiran kalian dihari raya begini...maka makin berserilah Hari Raya makcik dan pakcik korang nih hehehe 

Yup..Seronok sekali sekala melayan karenah bebudak nih, dari budak hinggusan hinggalah muda remaja dan dah berkeluarga aku mengenali mereka tetapi tetap mesra seperti dahulu. Bak kata orang tua "Biar kecil-kecil dilayan seperti anak, bila dewasa layanlah seperti seorang kawan". Aunty doakan kalian semua tetap mesra begini sampai bila-bila walaupun masing-masing sudah berkeluarga suatu hari nanti. Yeay!


P/s buat anak buahku yang baru sampai dari Pahang semalam dan sempat singgah melepak dirumah pagi tadi iaitu Cik AniMJ..Maaflah ye.... lama kita berborak pagi tadi sampaikan aunty terlupa nak mengabadikan gambar buat kenangan dihari raya ke-5 nih..Lain kali temankan aunty lunch lagi ye hehehe..Harap jangan terasa hati jika tiada wajahmu disini hahaha...

4 comments:

Juls Julie80 said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & batin uolssssss... semoga dimaafkan segala seluruk2, penyei2 kepaut ih..hahaha cam x biasaaaaaaaaaaaa

:p

seripelangi said...

Haha.. ye..samalah kite..Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin kawak yeee..(Tak cukup kat wechat..whatapps..kat sini pun dia nak jugeeee...Berapa kali nak ulang daaaa kuikuikui...)

Jari Manis said...

Hai hai hai Jm in the house selamat hari raya maaf zahir dan batin buat seripelangi selama Jm komen d blog ni ada salah dan silap eh. Dh lama Jm x singgah sini kan. Terima kasih kerana masih setia dgn blog Jm tu. .i lap u :-)

seripelangi said...

Hai JM...err rasanya dah banyak kali dah wish ker aku yg hilang ingatan?ngeee...Makaceh kerana masih sudi bertandang ke sini apa-apa pun jgn stop berblogging yerr hehehe Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin and I love u 2,3,4 and bla...bla..bla..♡♥♡♥

Followers